........... Royalti - Najib Cakap Belit ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Royalti - Najib Cakap Belit ?

Saturday, August 4, 20123comments

Memang sah Najib ada menghantar surat kepada Nik Aziz memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan. Sinar.

Hari ini Najib keluarkan kenyataan resmi mengenai kedudukan tuntutan royalti bukan saja oleh Kelantan tapi juga yang melibatkan Terengganu. Satu JK Khas akan ditubuhkan bagi mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Saya copy paste sepenuhnya lapuran dari Sinar dibawah.

Hmmmm ... biasanya sebelum nak hantar surat tu, sebulan sebelum tu dah hebuh ! Tapi kali ni Najib hanya bersuara SELEPAS Nik Aziz bersuara dulu telah menerima surat dari Najib ....... whatever la.

"Jawatankuasa Khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan,"

"Jawatankuasa Khas itu juga akan menentukan kaedah serta jumlah pembayaran bayaran tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan,"

"Kerajaan Persekutuan mengambil pendirian bahawa dari segi perundangan, Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.

"Pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan. Oleh itu, dari segi perundangan, kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum,"


Seperti yang saya tulis diartikel sebelum ini ( KLiK ), apa yang penting BUKANNYA penjelasan panjang lebar oleh siapapun .... tak perlu semua gambarajah, peta, statistik bla bla bla , apa yang penting saya nak tahu - APAKAH PENDIRIAN RESMI KERAJAAN ?

Kerana SERING kerajaan bertindak BERLAWANAN dengan LOGIK !

Saya warnakan berlainan kenyataan Najib diatas kerana keduanya bertentangan antara satu sama lain. Warna oren kata dari segi perundangan Kelantan tidak layak menerima hasil petroleum sementara yang biru berkata JK akan mengkaji semua aspek tuntutan dan menentukan kaedah dan jumlah pembayaran tunai kepada Kelantan dan Terengganu. ( pembayaran sudah pasti ada ! )

Jika sudah tidak layak, kenapa dilayan lagi ? Biar sajalah Kelantan saman dimahkamah..... Terengganu saman untuk dapatkan tunggakan pun makan bertahun2 tak selesai juga, last2 BURN begitu saja tanpa diberi penjelasan.

Kalau kesian pada rakyat Kelantan dan nak beri juga bantuan, JANGAN KAITKAN dengan petroleum supaya tidak timbul salah faham.

Untuk apa ditubuhkan JawatanKuasa Khas untuk kaji perkara yang sudah muktamad dari segi perundangan ? Kalau Rais dihentam/sindir teruk kerana menubuhkan JK bagi mengkaji keaslian lagu Merdeka yang sebelumnya beliau sendiri sudah dakwa sebagai asli, bagaimana dengan kes Najib ni ?


Najib: Jawatankuasa Khas kaji isu royalti minyak

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas yang akan mengkaji secara adil dan telus berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum kepada negeri-negeri di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Jawatankuasa Khas itu akan dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad dan akan dianggotai oleh pakar undang-undang dari dalam dan luar negara, wakil dari kerajaan negeri Pahang, Kelantan dan Terengganu yang diperkenan Sultan negeri-negeri berkenaan.

"Jawatankuasa Khas ini akan membuat satu kajian menyeluruh dalam tempoh masa enam bulan dari tarikh penubuhannya dengan mengambil kira semua aspek tuntutan dan akan membuat syor yang sesuai kepada kerajaan persekutuan," kata Najib dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata Jawatankuasa Khas itu akan membuat kajian berhubung mengenal pasti negeri-negeri yang layak menerima bayaran tunai daripada hasil petroleum di Pantai Timur Semenanjung Malaysia.

"Jawatankuasa Khas itu juga akan menentukan kaedah serta jumlah pembayaran bayaran tunai tersebut kepada negeri-negeri berkenaan," katanya sambil menambah bahawa semenjak enam bulan lepas, beberapa perbincangan dalaman dibuat berhubung isu bayaran tunai daripada hasil petroleum dan sehubungan itu kerajaan bersetuju untuk menubuhkan Jawatankuasa Khas tersebut.

Najib berkata dengan penubuhan Jawatankuasa Khas itu, kerajaan persekutuan berharap isu-isu yang dibangkitkan oleh kerajaan-kerajaan negeri di Pantai Timur Semenanjung akan dapat diselesaikan secara adil, telus dan saksama.

Beliau berkata berdasarkan Perjanjian di antara kerajaan negeri Kelantan dengan Petronas mengenai pembayaran mengikut Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam 1974 yang dibuat pada 9 Mei 1975, Petronas hendaklah membayar wang tunai kepada kerajaan negeri secara bayaran tahunan sebanyak yang setara dengan lima peratus dari nilai petroleum yang didapati dan diperoleh di Kelantan.

"Kerajaan Persekutuan mengambil pendirian bahawa dari segi perundangan, Kelantan hanya mempunyai hak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum yang dihasilkan dalam perairan negeri tersebut iaitu kawasan yang terletak tidak melebihi tiga batu nautika dari pesisir pantai negeri.

"Pada masa ini, tiada pengeluaran petroleum dilakukan dalam kawasan perairan negeri Kelantan. Oleh itu, dari segi perundangan, kerajaan negeri Kelantan tidak layak untuk menuntut bayaran tunai daripada hasil petroleum," katanya.

Najib berkata kerajaan persekutuan sentiasa meletakkan keutamaan kepada kehendak rakyat dengan membuka pintu rundingan tetapi pada waktu yang sama tidak boleh membelakangkan perundangan negara.

Najib berkata walaupun peruntukan perundangan ini adalah jelas, namun pada November 2009, beliau mengumumkan di Dewan Rakyat mengenai pemberian bayaran tunai kepada Kelantan meskipun pengeluaran petroleum buat masa ini terletak di luar perairan negeri tersebut.
 
"Keputusan ini dibuat berdasarkan keperluan untuk terus membangunkan negeri Kelantan dan meningkatkan kesejahteraan rakyatnya.
 
Peruntukan tersebut telah disalurkan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan," katanya.
 
Beliau berkata sebahagian besar peruntukan itu adalah untuk bantuan pelajar sekolah dan pelajar daripada Kelantan yang memasuki tahun pertama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA). - Bernama

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2012 at 7:41 PM

hehe...janji DICAPATI....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2012 at 8:38 PM

baru lepas kena sound dgn sultan kelantan la tu..hihihiih

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2012 at 2:03 AM

dari segi perundangan memang Kelantan tiada hak sbb semua telaga gas melebihi 3 batu nautika dari pantai, rujuk akta kemajuan petroleum 1974 dan perjanjian 1975.

dalam salah satu klausa akta tersebut menjelaskan, PM boleh mempertimbangkan atas budi bicara atau ehsan dengan memberi bayaran wang kepada negeri-negeri yang luar pantainya ada menghasilkan sumber minyak atau gas.

Post a Comment