........... Royalti Minyak - APA CERITA SEBENARNYA ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Royalti Minyak - APA CERITA SEBENARNYA ? ?

Saturday, August 4, 20122comments

Apa cerita sebenarnya dengan ROYALTI MINYAK Kelantan ni ? Sebelum ni ada saya kata nak komen mengenainya tapi sejujurnya, saya sendiri tidak tahu dengan PASTI bagaimanakah kedudukannya.

Kalau mengikut blogger pro Umno -

Tun Faisal - Royalti Minyak : Jawapan untuk pemimpin Pas yang tak tahu malu

Gelombang Kick - Royalti Kelantan - Jawapan Kerajaan Pusat VS Kerajaan Negeri

Panjang tuh beb... korang klik dan baca sendiri lah.

Tapi jika benar tidak ada langsung Royalti, kenapa Tengku Razaleigh kata isunya BELUM SELESAI ? - Sinar

Tak pun kenapa semasa pemberian wang ihsan kepada para pelajar oleh Awang Adek baru ni, beliau ada berkata -

“Sedangkan konsep kedua-duanya sama hanya yang berbeza pemberian royalti disalurkan kepada Kerajaan Negeri, manakala pemberian wang ihsan melalui JPP." - Sinar


Bagaimana pula dengan berita terbaru dari harakah ni -

Najib hantar surat minta Kelantan hantar wakil bincang royalti

KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberitahu, Perdana Menteri telah menghantar surat kepada beliau memintanya menghantar wakil untuk membincangkan pembayaran royalti minyak untuk Kelantan.

Menurut beliau, surat itu dihantar kepada beliau Jumaat semalam dan sampai ke tangan Setiausaha Sulitnya.

Perkara ini dimaklumkan oleh Tuan Guru Nik Aziz kepada Harakahdaily sebaik sahaja selesai solat subuh di masjid berhampiran rumahnya di Pulau Melaka pagi ini
.


Cerita dah lama ... tapi kenapa pihak kerajaan pusat tidak keluarkan secara resmi kedudukannya ? Kalau ada sepertimana didakwa oleh Pas, katakan ADA. Kalau tidak ada sepertimana dakwaan para bloggers diatas yang hujah mereka agak menyakinkan, katakan TIDAK ADA.

Masalahnya saya lihat KERAJAAN TIDAK BERANI UNTUK MENJAWAP SAMADA - ADA ATAU TIDAK ADA ! 

Bagaimana dengan surat seperti yang didakwa Harakah diterima oleh Nik Aziz ? Kalau tak ada Royalti, nak buat apa jumpa bincang lagi ?

KENAPA BERMAIN TEKA TEKI DENGAN RAKYAT ?

Satu lagi, bercakap tentang Royalti, selalunya akan dikaitkan dengan Royalti Terengganu. Itu juga menjadi persoalan kerana hingga kini kerajaan masih tidak menjawap apakah perjanjian antara Pusat dengan Kerajaan Terengganu yang menyebabkan tuntutan tunggakan royalti sebanyak RM2.8bil digugurkan ? KLiK


Saya tidak mahu bermain politik dalam hal ini. Saya juga tidak mahu berpihak kepada sesiapa. SAYA CUMA MAHU TAHU CERITA SEBENAR DARI KERAJAAN PUSAT.

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2012 at 10:52 AM

salam,

please go to kickdefella blog to get clear understanding about this issue.

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2012 at 2:34 PM

Understanding? i just want clear answers from the gomen.

Post a Comment