........... Rm2juta Pondok Geting - Kenapa Pas Hentam Teruk ! ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Rm2juta Pondok Geting - Kenapa Pas Hentam Teruk ! ?

Thursday, August 16, 20125comments

Kenapa yang orang Pas cukup berbulu dengan ini ?


Apa yang saya dapat simpulkan adalah -

1 - Yang nyata Pas cuba menggambarkan yang Tok Guru Abdullah Saamah telah dibeli oleh Umno. Makanya segala kenyataan belaiu sebelum ini harus dilihat sebagai membodek Umno demi wang.

Mungkin ramai yang dah lupa kritikan Haji Lah terhadap Nik Aziz @ Pas bukan baru. Cuba baca artikel Utusan bertarikh 22 November 2009 ini - Nik Aziz sudah terlalu takbur

atau ini - Berdosa sokong Pas ? bertarikh 21 Februari 2012

Saya tidak nampak kritikan beliau terhadap Nik Aziz dan Pas sebagai bermotifkan imbuhan wang. Dipihak Umno mungkin ada mungkin tidak atau mungkin serampang dua mata .......wallahualam, tapi kita diajar supaya bersangka baik jika tidak ada bukti menunjukkan sebaliknya.

2 - Isu sekolah agama rakyat dan sekolah pondok yang daif sering menjadi senjata Pas dalam menghentam kerajaan Umno. Selagi tempat2 itu dalam keadaan daif dek kesempitan sumber, selagi itu ia menjadi isu politik bagi Pas. Bagaimana hendak spin lagi jika ternyata Umno sudah mula membantu dan mengubah nasib sekolah2 agama dan pondok ?

3 - Sekolah2 agama dan pondok yang banyak bertaburan diKelantan merupakan antara kilang utama yang mengeluarkan kader2 yang taksub kepada Pas. Kemunculan Pondok Geting sebagai anti Pas merupakan satu tamparan hebat kepada reputasi Pas. Ia perlu ditangani segera sebelum merebak !

Bayangkan Pas yang mendakwa sebagai pejuang Islam tapi mendapat tentangan dari sekolah2 agama dan pondok ? !

4 - Pas kehilangan Promosi Percuma ! Saya percaya jika wang Rm2 juta itu disalurkan MELALUI kerajaan Pas, ia tidak akan menjadi isu. Wang yang sumbernya konon haram ( kerana dari tangan Umno ) akan terus bertukar menjadi halal bila bertukar tangan ( diberikan menggunakan tangan Pas ). Sewaktu menyerahkan sumbangan yang diamanahkan oleh kerajaan pusat kepada sekolah2 pondok, apakah kerajaan Pas akan menyatakan yang ia sebenarnya adalah sumbangan kerajaan pusat ?

Hahahaha ... memang lawak kalau itu benar berlaku, malah kalau tidak dinyatakan sumbernya pun, Pas sudah pasti akan berikan gambaran yang ia adalah dari Pas !

Tok Guru Abdullah ada memberitahu saya bahawa dari 5 sekolah pondok yang mahu dibantu oleh kerajaan Umno, tiga menolak dengan alasan mereka tidak pernah lagi menerima bantuan dari Pusat selama ini dan tidak ingin memulakannya. Apakah ia bermakna, mereka akan terima jika kerajaan negeri Pas yang beri ? Apakah pemberian Pas ( jika mereka ada menerima bantuan dari keraajaan negeri ) itu sumbernya dari kantung kerajaan negeri atau Pas cuma menjalankan amanah kerajaan pusat ?

Dikatakan mereka tidak pernah lagi menerima bantuan dari kerajaan pusat selama ini ......Samada mereka telah tertipu oleh Pas selama ini atau jika kenyataan itu benar, saya harap kerajaan pusat dapat meneruskan amalan memberi bantuan kepada sekolah2 pondok mulai dari sekarang dan Pondok Geting menjadi permulaannya.

5 - Sumber Wang tuh ! Cuba baca Utusan bertarikh 23 Januari 2002 ini -

Terengganu arah 12 sekolah agama serahkan wang ihsan

Kerajaan negeri Pas mahu menjadi PENAPIS  ! Kalau sekolah2 pondok sudah mula menerima secara terus dari kerajaan pusat, akan hilanglah satu sumber pendapatan negeri !

Begitulah kira-kiranya .......

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2012 at 4:22 AM

DT,

tidak ada bezanya dua ungkapan ini

1. sokong 'pakatan harami' dapat imbuhan ukhrawi

2. sokong pihak Pesaing kepada pakatan harami tak dapat imbuhan ukhrawi

2x5 = 5x2

kalau dua ungkapan di atas dibenarkan dalam konteks demokrasi, makanya tang mana tidak dibenarkan ungkapan Tok Guru Lah dalam konteks teokrasi/DEMOKRASI?

SEKADAR RENUNGAN

....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2012 at 4:26 AM

soalan macam ni yang saya malas nak layan pagi2 buta sebelum sahur ni !hehehe :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2012 at 6:19 AM

Caya la din, terbukti TG Abdullah Saa'mah secara konsisten telah menyelar Pok Nik selama ini. Namun tak pernah pula dengar TG Abdullah Saa'mah mendoakan yang tak baik buat Pok Nik, seperti mana yang MB tua tu doakan buat musuh-musuh politik beliau. Segala selaran TG Abdullah terhadap Pok Nik berlandaskan Al-Quran iaitu wajib menegur pemimpin yang terlalu riak dan takbur, apatah lagi sanggup bersengkongkol dengan kafir harbi untuk menjatuhkan pemerintahan Islam di Malaysia ni.

Mengenai duit pemberian kerajaan pusat pada pondok-pondok pengajian di Kelantan, aku setuju 100% tindakan kerajaan pusat salur peruntukan terus pada mereka dan tidak melalui kerajaan negeri. Selama ini pun, kerajaan negeri hanya pandai ambil kredit atas apa sahaja yang diusaha atau dilaksanakan oleh kerajaan pusat.

Kalau dulu, segala projek pembangunan di Kelantan yang dibawa kerajaan pusat, puak-puak PAS ni mendabik dada mengaku mereka yang suruh dan konon dapatkan projek untuk rakyat Kelantan, sehinggalah kerajaan pusat bertindak supaya setiap papan cadangan projek MESTI ditulis "Projek dari Barisan Nasional'. Bukan tujuan untuk menimbulkan riak, tapi untuk menutup penipuan yang didakwa oleh PEMIMPIN PAS dalam setiap CERAMAH-CERAMAH mereka.... itu adalah satu FAKTA...!!!!

Dan memang benar juga, kerajaan PAS Terengganu pada tahun 1999-2004 secara zalim sanggup mengambil duit pemberian kerajaan pusat kepada institusi ilmu dinegeri itu dan menggunakan duit tersebut untuk kepentingan mereka. Pada Disember 2000 Kerajaan Pas merampas sebahagian RM40 juta wang ehsan sumbangan Kerajaan Pusat kepada insititusi pendidikan negeri seperti KUSZA, TATI dan Sekolah-Sekolah Agama di bawah Kerajaan Negeri. Pas Pecat Pengarah TATI, Dr.Mohd Zaki Abdul Muin dengan notis 24 jam pada 27 Disember 02 kerana yang tidak mahu pulangkan gran (wang ehsan) Kerajaan Pusat untuk TATI kepada Kerajaan Pas Terengganu serta telah membongkar penyelewengan di TATI.

Jadi apakah ini Islam yang mereka laung-laungkan mahu dilaksanakan kelak jika mereka memerintah Malaysia?? Aku sarankan tolak mereka-mereka ini sebelum bumi Malaysia menjadi kucar kacir dan rosak dek tangan-tangan penzalim yang cuba dihalalkan atas nama 'Islam'

....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2012 at 7:20 AM

TerimaKasih diatas info tambahan :)

....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2012 at 2:52 PM

"Kalau sekolah2 pondok sudah mula menerima secara terus dari kerajaan pusat, akan hilanglah satu sumber pendapatan negeri !" bukan sahaja hilang pendapatan, tapi yang lebih utama ialah pas takut imej islam akan berpindah kepada UMNO. selama ini mereka bermain wayang kulit menggambarkan umno adalah musuh islam, penindas, tolak islam, tolak hudud dan tidak berhati perut, dan pas tentulah imej sebaliknya..
Saya penuh yakin akan motif bidasan Th Hj Abdullah kpd PAS adalah dtg dari sifat beliau yang ikhlas, hati yang ikhlas murni. bukan ada kaitan dgn peruntukan kerajaan... Macam kita yang dok bertikam lidah dgn puak2 maci pas nilah juga... adakah ada sebarang imbuhan atau mengharap imbuhan? tentunya tidak

Post a Comment