........... PR Yang Masih Celaru - Dulu, Kini Dan Selamanya .. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

PR Yang Masih Celaru - Dulu, Kini Dan Selamanya ..

Saturday, August 11, 20126comments

Baru sebentar tadi Berita TV3 menyiarkan rakaman Karpal yang sekali lagi menyentuh tentang isu Hudud dan Negara Islam. Antara dengar tak dengar, Karpal meminta Tun Salleh Abbas supaya dapat 'mengajar' undang-undang kepada pemimpin2 Pas dan meminta mereka melupakan perjuangan Hudud @ Negara Islam kerana isu ini sudah terlalu lama menjadi masalah kepada kerjasama Pas-Dap.

Yang pertama terlintas dikepala adalah persoalan - Tujuan penubuhan PR ni sebenarnya nak menawarkan sesuatu yang LEBIH BAIK kepada rakyat berbanding BN ATAU semata-mata nak jatuhkan BN ?

Saya tanyakan begitu kerana jika benar perjuangan demi rakyat, isu yang seharusnya menjadi fokus PR adalah mempromosikan Dasar Bersama mereka, kalau tak silap Buku Jingga. Itu pun belum lengkap kerana ia lebih bersifat Retoriks dimana hanya menyatakan secara umum perkara2 molek didengar tanpa diperincikan bagaimana mahu mencapainya.

Tapi apa yang saya nampak, parti2 dalam PR MASIH teraba-raba , tercari-cari SATU KATA SEPAKAT akan jenis perjuangan atau dasar bersama akan kemana mahu dibawa negara !

Kesepakatan PR hanya satu - Jatuhkan BN. Selain dari itu - HANCUR ! Masing2 punya misi tersendiri yang juga turut kabur.


Perkara ini sudah lama diperkatakan dan saya sendiri pernah menulis tentangnya tapi malangnya, PR masih belum sedar. Masing2 Pas, Dap dan Pkr membawa hala sendiri. Bila bertemu rakyat, Pas bercerita apa yang Pas mahu, Dap bercerita apa yang Dap mahu dan Pkr bercerita apa yang Anwar mahu. Bila menyentuh tentang apa yang PR mahu, mereka sepakat dalam satu perkara saja - Jatuhkan BN.

Sungguh berisiko tinggi kepada negara sekiranya rakyat memilih PR !

Saya tidak membabi buta bersetuju bahawa segalanya tentang BN adalah baik dan molek belaka. Ada juga kelemahan2 Umno dan BN yang saya tidak setuju tapi sekurang2nya kita masih nampak negara ditadbir dengan baik. Tidak kacau bilau, aman dan makmur.

Jika dikatakan kerajaan kejam, dimana kejamnya itu ? Apakah rakyat yang didakwa dianiaya itu tidak punya saluran undang2 untuk mempertahankan haknya ? Apakah rakyat dinafikan hak untuk bersuara ?

OK, mereka yang tidak bersetuju dengan ayat diatas dan masih kuat percaya bahawa kerajaan BN adalah Jahat dan Kejam dan Rasis pelbagai konotasi negatif yang lain, pendekkata MESTI DITUMBANGKAN, saya ingin bertanya - Selepas ditumbangkan, mahu digantikan dengan PR, apakah DASAR2 DAN CARA PR itu LEBIH BAIK ?

Masalahnya, soalan itu tidak dapat kita jawap dengan penuh yakin sebab kita TIDAK NAMPAK apakah dasar2 dan cara2 yang ingin dibawa oleh PR !

Tunjukkanlah ! Dan jawapan Retorik yang kita boleh jangka adalah - Undi dulu, lepas menang nanti baru kita tunjukkan.  Itu adalah jawapan klasik seorang Diktator !

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2012 at 9:50 PM

jangan jadi seorang politicfags..itu sahaja..

....................
Reply To This Comment ...................
August 11, 2012 at 9:57 PM

Betul tu ... errr... benda apa tu ? Mesin Faks ?

....................
Reply To This Comment ...................
Jebon Tua
August 11, 2012 at 11:17 PM

politicfags = anwar ibrahim

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2012 at 11:18 PM

Tahniah Din.....artikel2 yg saudara tulis mmg mantap dan mampu meyakinkan pembaca bahawa UMNO / BN tidak boleh disaingi.....PR terbukti terumbang ambing tanpa hala tuju yg jelas....ayuh rakyat Malaysia katakan TIDAK pada PR.....terutama PAS! !!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
August 12, 2012 at 4:53 AM

tak jelas misi pembangkang masing masing ada misi tersendiri.kesepakatan hanyalah untuk tumbangkan bn.DAP mcm ada 2 bini.dia raja

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2012 at 11:46 AM

DAH KATA DAH..

KALAU NAK TUKAR KERAJAAN YANG ADA SKRG..TAKDE MASALAH JIKA OPTION PENGGANTI ITU JAUH LEBIH BAIK.. TAPI NAK TUKAR KEPADA PR? ORANG BODOH TAKDE OTAK JE AKAN SOKONG..

Post a Comment