........... Politik IPTA - Adeh, KJ Kena Lagi .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Politik IPTA - Adeh, KJ Kena Lagi ....

Tuesday, August 28, 201212comments

TerimaKasih Datuk Seri Khaled Nordin kerana pantas membuat penjelasan mengenai penubuhan Kelab Penyokong Parti Politik di IPTA. Dari Sinar -

Sebarang pertubuhan politik tidak dibenarkan bergerak di dalam kampus kerana tertakluk kepada Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku), kata Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Berdasarkan kepada Auku, tidak boleh ada (pertubuhan) politik dalam kampus, jadi kita kena ikut undang-undang sedia ada. Itu sahaja komen saya,”


Beliau merujuk kepada komen KJ yang beria-ria hendak mengembangkan sayap Umno didalam IPTA ( ada saya komen - KLiK )

Menurut artikel itu lagi -

Pada 19 April lalu, Dewan Rakyat meluluskan Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012, yang membenarkan penuntut universiti terbabit dalam politik dan memegang jawatan dalam persatuan serta pertubuhan di luar kampus.

Pindaan itu menyediakan peruntukan bahawa seseorang pelajar boleh menjadi ahli mana-mana pertubuhan, termasuk parti politik, sama ada di dalam atau di luar Malaysia.


Bagaimanapun, ia mengenakan sekatan ke atas penglibatan pelajar dalam aktiviti politik di kampus.


Malah rang undang-undang itu juga menghalang pelajar daripada memegang apa-apa jawatan dalam pertubuhan kampus atau bertanding dalam pemilihan di peringkat kampus jika memegang jawatan dalam parti politik.


Sekatan itu bertujuan untuk mengekalkan neutraliti dalam kampus
.

TERNYATA ramai yang tidak jelas akan maksud Pindaan AUKU dan ini termasuk Ketua Pemuda Umno DAN SEMUA Pemimpin2 Pembangkang ! Ini dapat kita lihat dari komen2 Saifuddin Nasution dan Salahuddin Ayub - SINAR

" Lagi cepat tubuhkan ( Kelab Penyokong BN ) lagi bagus ! "

Mengikut pemahaman saya - Pelajar boleh menyertai parti politik tapi bukannya bermaksud parti politik boleh masuk kampus.

Mungkin ada baiknya jika Khaled Nordin dapat memberikan penjelasan panjang lebar dengan bahasa mudah faham apakah maksud disebalik Pindaan AUKU itu. Antara persoalannya -

- Bolehkah pelajar melakukan aktiviti politik dalam kampus contohnya seperti berdemo mengenai isu politik ?

- Bolehkah penceramah politik masuk kampus untuk berceramah atas jemputan persatuan2 bukan politik yang ada ?

 Kalau pemimpin pembangkan yang buat salah tafsiran tu dah kira standardlah tapi agak memalukan bila ada pemimpin  Umno sendiri tak faham undang2......

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2012 at 10:03 AM

walau ramai membenci KJ, tapi KJ adalah definisi sebenar suara org muda jenerasi kini.

mereka tdak terlalu terikut dengan rentak atasan dan tidak terlaluterikut dengan rentak baru.

Persoalan KJ silap faham AUKU atau tak tu no 20456, yg penting itu yg jenerasi muda mahukan. pro-BN bebas bersuara & pro-pembangkang bebas bersuara. golongan selainnya bebas buat nilaian berdasarkan isu, prestasi & cara menangani sesuatu perkara dari kedua2 pihak.

pelajar2 sekarang bukan semua mcm Adam Adli.. itu budak bodoh, gila glamour..last2 membakar diri.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2012 at 10:08 AM

AKU SAYANG LAH KAT HANG DIN!!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2012 at 10:48 AM

cepat cepat masuk meminang. jangan tunggu lama lama, nantik lama lama dikebas orang. he he he! itu luahan rasa juga kan bro DT?

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2012 at 10:49 AM

Semua orang berhak berpolitik, tetapi tidak semestinya menyertai mana-mana parti politik baru boleh berpolitik.

Berpolitik tanpa parti lebih terbuka dan lebih matang berbanding mereka yang menyertai parti politik yang terpaksa terikat dengan peraturan dan perlembagaan parti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2012 at 10:58 AM

Kalau tak diundang undangkan, agaknya pasti hebat keadaan di university agaknya. Dah jadi kelab politik pulak. Mana taknya, UMNO/BN dengan kelab penyokongnya, PR dengan kelab penyokongnya. Nampak seolah olah UMNO sudah terdesak sangat kerana sanggup memperjudian masa depan anak bangsa. PM minta anak anak Melayu di IPT terus belajar dan buktikan mereka adalah yang terbaik terlebih dahulu sebelum hendak berpolitik. KP pulak berkehendakkan anak anak bangsa berpolitik semasa belajar. Baik juga Khaled bersuara, kalau tak jadilah sapertimana artikel penulis sebelum ini, tak boleh tapi boleh kompromi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2012 at 11:03 AM

Aku rasalah, kalau Din ni perempuan, dah beratur panjanglah orang nak masuk minang. Agaknya orang cair dgn sikap ramah dan mesra tamu yang Din tunjukkan. Tapi tak tau pulak kalau ada tamu orang perempuan.

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2012 at 11:03 AM

Auuuuuuw.....

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2012 at 11:06 AM

Klimaksnya adalah ketika pengundi memegang pensil untuk memangkah/memilih siapa yang mahu diundinya pada kertas undi. Apa yang berlegar dalam fikirannya ....

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2012 at 11:07 AM

Biar JELAS SEJELAS-JELASnya supaya tidak timbul salah faham siapapun.

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2012 at 12:11 PM

Orang-2 mlayu ni kdg2 mempunyai mentaliti yang pelik... kalau sesuatu yang mereka nak buat, tapi ditahan2, maka berebut-rebut pakat nak buat, yang tengok pun terasa nak cuba, kdg2 sampai sanggup bermati-matian. Tapi kalau sesuatu perkara tu disuruh atau kata lain tak disekat, maka masing2 buat dekk je. mungkin pendekatan ini yang diambil oleh k'jaan dlm isu AUKU ini. sebagai contohnya ialah isu rempit, ambil dadah, bermain mercun dan berdemo...
Mungkin mulai sekarang kerajaan boleh mula menyuruh rakyat dan memaksa mereka melakukan perkara diatas tu, nanti mesti ada yang menyuarakan supaya kerajaan mengharamkan pula aktiviti yang dibenarkan tu. kdg2 pening kepala kita dgn kerenah puak2 ni...
Dulu pernah saya menulis di forum utusan meminta kerajaan menangkap semua penagih dadah dimalaysia dan menempatkan disebuah pulau, suruh mereka mengambil dadah secara sah, malah bekalan diberi secara percuma melalui bekalan dadah rampasan. Mana penagih yang betul2 ingin insaf sahaja yang masuk pusat serenti. Yang ditempatkan dipulau akan dibela sampai meninggal.
perkara ini kemudiannya kedengaran disuarakan diparlimen, tapi ada pihak yang menentang. Dari segi lojik, kita akan berjaya melumpuhkan sendiket pengedaran dadah di Malaysia dan membanteras jenayah kecurian yang begitu berleluasa di kawasan perumahan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2012 at 12:55 PM

Bro Nonbal,
Maaf ye!!!!!Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin....Cukuplah kita bela banduan dgn kos sebanyak 2billion setahun. Berapa billion pulak nak habis nak suruh kerajaan Malaysia jadi Pusher kat penagih dinegera sendiri.Kut ye cadangan Bro tu berkesan dah lama Amerika buat....Borong semua dadah kat Mexico letak penagih kat Alcaltus bagi hisap mati-matian.

Bro kata ada dibentangkan di Parlimen!!!Boleh saya tau no. rujukan Hansard dia tak.Saya tak nampak sebarang realistik dari penulisan saudara.Bagi saya ,menulis bersandarkan fakta dan sumber yang benar lagi realistik menyebabkan kita tidak BIAS kepada diri sendiri.

Maaf ye Bro. Telah berkata Zun AL Mishri: "Janganlah biarkan apa yang kamu tulis menyebabkan kamu menangis di hari Kiamat kelak"

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2012 at 11:14 PM

Salam... Anon, maksud saya, bukan dibentangkan diparlimen, tapi disebut oleh salah seorang ahli parlimen, tapi mendapat bantahan beberapa pihak. Ini bukan bermaksud ahli parlimen tu terbaca tulisan saya, mungkin beliau juga terfikir begitu.
Untuk makluman tuan, tulisan saya hanyalah satu pandangan peribadi, semua org boleh memberi pandangan, samaada diterima atau tidak, itu terpulang, cuma dalam islam tertibnya ialah jika pandangan kita diterima pakai, maka hendaklah banyak kita beristigfar takut2 buah fikiran kita akan memudaratkan ummah.
Boleh tuan sebut dimanakah silapnya jika diaplikasikan cdngan tersebut selain dikatakan membazir? Sebenarnya pembaziran dlm bentuk lain didlm usaha mengawal keselamatan harta benda, nyawa dan kos membanters sindiket dadah adalah jauh lebih besar.
Maksud disebalik cadangan saya ialah masih kepada untuk menyatakan sikap sesetengah lapisan rakyat yang suka membuat sesuatu jika perkara tersebut dilarang. Umum mengetahui bahawa kos untuk memulih seorang penagih adalah cukup tinggi , lebih dari 70 peratus yang keluar dari pusat akan menagih semula, wang siapa yang digunakan untuk menampung semua itu? Apakah itu bukan satu bentuk pembaziran yang tidak kita sedari.

Post a Comment