........... Pemimpin Umno Kelantan Dan Terengganu Pandang Rendah Peranan Bloggers ! Tak Nak Ubah Ker ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pemimpin Umno Kelantan Dan Terengganu Pandang Rendah Peranan Bloggers ! Tak Nak Ubah Ker ?

Friday, August 17, 201217comments

Saya rasa tajuk artikel ini saja sudah cukup memberi hint kepada anda halatuju penulisan saya seterusnya ... Saja saya tulis dekat nak Raya ni supaya mereka yang berkenaan tu, bila dah berjumpa beraya sesama anda, boleh berbincang sejenak isu yang saya timbulkan ini..... itu pun kalau mereka cakna dengan perkembangan dunia politik dialam maya.

Setakat ini saya berani katakan bahawa pemimpin2 Umno di Kelantan dan Terengganu langsung tidak pandang akan peranan bloggers ! Bukan saja tidak hiraukan bloggers malah sesetengah mereka melihat secara NEGATIF akan bloggers. Menganggu, mengacau, menyemak dan tidak diperlukan. Adalah sorang dua tu yang nampak sedar tapi majoriti yang lainnya - Bloggers ni SERABUT !

Mereka tidak sedar banyak isu2 politik masakini yang bermula dari blog, ditangani oleh bloggers dan dijawab oleh para bloggers pro Umno. Peperangan politik didunia maya ini tidak banyak disedari oleh pemimpin2 Umno Pantai Timur yang rata2nya masih berfikiran konservatif.

Kelantan dan Terengganu punya persamaan dari segi politik dimana hampir kesemua isu nya melibatkan isu2 Melayu Islam dan parti Pas. Disinilah lubuk kekuatan Pas, dan waktu sama disinilah juga sebenarnya banyak isu yang boleh dibangkitkan tentang Pas.

Kalau disebelah pantai barat kita boleh lihat betapa rancaknya peranan para bloggers dalam menangani setiap isu yang timbul. Pantang ada isu sikit ....... berderu mereka serbu macam semut ! Kalau takde isu pun, mereka akan pecahkan otak wujudkan isu ! Pendekata, meriahlah.....Dan peranan mereka pula jelas diiktiraf oleh para pemimpin. Tapi di sini .... hampeh.

Cuba tanya berapa ramai bloggers pro Umno yang aktif di sini ?

Tidakkah anda mahu melihat dunia bloggers Pantai Timur ini juga turut 'meriah' dengan pelbagai isu yang begitu cepat dan tangkas ditangani oleh para bloggers pantai timur sendiri ? Malah mode operasi diPantai Timur mungkin boleh bertukar kearah MENYERANG dengan mencari pelbagai isu yang selama ini tidak dipandang langsung.

Peluru yang sama juga akan dibekalkan kepada para bloggers dipantai barat kerana setiap isu lokal jika diolah dengan betul, akan menjadi isu nasional.

Tapi sayang .... seperti yang saya sering katakan kepada rakan2 bloggers dari Pantai Barat, disini pemimpin2 Umno tidak pandang walau sebelah mata akan peranan bloggers. Tak tahulah mereka TAKUT senjata akan makan tuan ( ! ) atau mereka tidak mampu untuk berfikir diluar kawasan masing2 ! Semua hanya pentingkan diri dan kawasan mereka saja.

Tak kisahlah kalau ada yang nak marah dengan artikel saya ini. Nak kejut orang yang tidur lena kenalah keras sikit. Nak maki orang yang kejut itu pun, maki lah ..... janji dah bangun !

Punyalah banyak isu Pas yang boleh dibangkitkan tapi takde siapa yang mahu ambil cakna. Dan kalau ada mana-mana pemimpin yang kena serang, ikut pandai mu lah .. Cuba kalau ada Team Bloggers yang mampu memainkan peranan dengan berkesan ...... Terutama di Kelantan - Umno serius ke nak menang ? Atau di Terengganu - Bukan ke cukup makan jer ?

Tak perlulah saya berikan contoh2 .... anda semua tahu sendiri. Saya bukan maksudkan bloggers yang sibuk bersama2 pemimpin melaporkan perasmian itu ini ..... semua kerja itu dah ada 'pekerja' nya. Faham2 sendirilah ...

PRU13 dah semakin hampir ...... saya sekadar memberi pandangan saja. Untuk cadangan pula ..... takkanlah saya nak tulis kat sini ! Giler ... ramai juga orang Pas baca ni hehehehe ....

Akhir kata, kepada semua Pemimpin Umno Kelantan dan Terengganu - SELAMAT HARI RAYA !

Share this article :

+ comments + 17 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2012 at 4:35 AM

ya bro ambe setuju dengan tulisan bro nih.. mmg peminpin Umno Kelantan & Terengganu kurang atau tidak menitikberatkan kuasa yang ada pada blogger atau dunia siber ni..

saya pernah menyarankan pemimpin-pemimpin ini untuk mengambil peluang di atas kelebihan ini. jawapannya adalah mengecewakan, tapi mereka tidak berhenti berjuang di dunia realiti.. ada jugak yang kecewa dengan para-para pengundi sehingga terjadi perkara seperti ini.

sejarah telah membuktikan yg pihak pembangkang telah menggunakan sepenuhnya kelebihan dunia siber, hasilnya lihatlah pru lepas..

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2012 at 5:59 AM

umum kan lah nama PEMIMPIN UMNO yang tak mahu beri kerjasama kepada BLOGGERS di PANTAI TIMUR ..... aku rasa TAK TERPILIH NANTI dalam PRU13, kalo hang umum kan NAMA gang tu ... INSYALLAH ...

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2012 at 6:15 AM

Saudara nak tengok semua muka baru di teganu dan kelantan ke? Hahahaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2012 at 7:24 AM

Buleh aje ding......Mat Said je kita tinggal kan sorang.Ada sebab dia kena tinggal se penggal lagitu..........

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2012 at 7:50 AM

Salam Din.....sebenarnya para bloggers tidak diketepikan oleh UMNO Terengganu....kita ada unit yg mengendalikan isu dan bloggers.....mungkin masalah penyelarasan saje....kita byk buat rujukan terutama drp blog dinturtle ni......sgt membantu......t ksh sgt2......selamat hari raya

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2012 at 8:26 AM

Pening juga pemimpin kalau nak beri perhatian kepada pemikiran bloggers Yang pelbagai. Teruskan saja menulis dengan pelbagai fikiran Dan cadangan at as kepuasan sendiri, bloggers perlu pengaruhi pembaca kerana mereka adalah pengundi Dan majoriti- pemimpin sekadar datang dan pergi

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2012 at 10:09 AM

Salam 1Malaysia

Maaf PAB berkata :

PAB setuju sgt dgn artikel tuan. PAB juga pernah tetlibat secara langsung memberi pandangan politik Terengganu & Kelantan melalui blog. Malahan pernah memberi pandangan secara terus kpd pemimpin UMNO Terengganu & Kelantan. Secara jujurnya dia org cakna tapi strategi UMNO Terengganu & Kelantan ialah Strategi berhemah, berbudi & berbahasa sbb nilai estetika org pantai timur nie x suka sgt terlalu menonjol, terlalu menyerang @ 'bekeng' sesangat.

Tapi PAB nk nasihatkan kpd UMNO Tganu & Kelantan jgn terlalu 'pasif' sgt. Sbb strategi fitnah PAS & PKR kalu x diatasi segera jd makanan pengundi klk.

SELAMAT HARI RAYA

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2012 at 1:08 PM

oooooooooooohhhh ......Aaaaadaaaaaaaaaaaaa....... macam takder jer!

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2012 at 1:12 PM

Lamanya saudara tak muncul :)

seperti kata anon kat atas, sebab berhemah, berbudi dan berbahasa lah kot, sampai takder siapapun sedar Umno dah ada unit blogger hehehehe ... simpan buat pekasam jer lah

Selamat Hari Raya :)

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2012 at 1:15 PM

Persoalannya, berapa lama boleh bertahan kalau begini cara mereka ? Padahal antara bloggers pembangkang yang top datang dari sini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2012 at 2:08 PM

taklah semua bro, ada yang muka lama masih umphh lagi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2012 at 2:10 PM

dengarkan tu bro, jangan berputus asa; teruskan perjuangan anda. saya yakin DT akan menjadi glamour di pantai timur, insya allah. masa tu janganlah pulak lupakan pelawat pelawat saperti kami ni.

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2012 at 2:15 PM

hehehe... kepada unit itu - TERUSKAN KERJA MEMANTAU ANDA !

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2012 at 9:36 PM

bro ... tak ada nama . atas . PENYELARASAN tu yang selalu tak betoi . Najib bagi duit hangpa utk support bloger hang pa LAP sat duit tu . kalo RM1000 dok ada 3 LAP ...last bro DIN TURTLE boleh dapat paling banyak RM300 saja . tapi lap last mungkin ada lagi .... bayangkan lah bro . MAcam tu la jugak SUKAN dulu sapa pon tak LAYAN terjun 10 M macam pandalela rinong . sekarang Jawatan UNTUK presiden berebut 2 orang dok nampak .Contoh paling baik sekali TEAM BOLA kedah . jahanam terus pi divison 2 tahun depan .Wan Jamak tak keluar lagi dengar kata TIMBALAN pi enjoy di CROTIA sign coach baru ....GILOOOOOOOOO

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2012 at 9:43 PM

saya TIDAK pernah menerima duit dari Umno baik Pusat atau Terengganu untuk menulis artikel dalam blog ini !

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2012 at 12:16 AM

betoi DIN ...aku pon amat pasti hang tak mengharapkan duit depa ....tapi at least tanya la khabar . hantar offical dekat email hang kata KAMI SUPOORT perjuangan mu . hantar offical mail bukan dok sembunyi ANOYMOUS ...aku yakin ANOYMOUS tu mungkin salah sorang DATO ... tapi takut nak tunjuk muka ... maklom la ..bila tunjuk muka nanti kena HULOQ sikit .... dari nak HULOQ kat hang baik dia REBIAH ( makan tahap gila ) sorang 2 dia ....

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2012 at 12:19 AM

bukan nak bodek hang ...apa yang aku tulis tu ... tapi aku sendiri PERNAH mengalami SITUASI macam hang ...tapi dalam BERLAINAN BIDANG ...sikit 2 cakap PENYELARASAN kurang berkesan .....itu tahun 1980 boleh la bagi alasan tu ........

Post a Comment