........... Pas Umpama Kena Mandrem Dengan Dap .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Pas Umpama Kena Mandrem Dengan Dap ....

Tuesday, August 14, 20126comments

Baru jer disorak sebagai Gelabah ( semasa disoal oleh para peguam pujaan  pembangkang dalam kes Anwar Saman Utusan ) oleh bloggers Pas, kali ni entah apa pula akan dilabelnya Hasan Ali selepas mereka baca kenyataan terbaru beliau -

"Pemimpin Pas dan Dewan Ulama perlu mengkaji semula kedudukan Pas dalam Pakatan."

"Tidak boleh biarkan bersetuju untuk tidak bersetuju. Pas kena yakin dan menegakkan konsep dan objektif mereka sebelum ini untuk  menegakkan negara Islam,"

"Amat malang pemimpin Pas tidak berani bersuara. Semakin lantang penolakan negara Islam  dan hudud oleh DAP, pemimpin Pas hanya berdiam diri. Mereka tidak mahu menjejaskan undi orang  bukan Islam terhadap mereka seterusnya menjejaskan peluang mereka ke Putrajaya." 

Rasanya tak terkesan kalau kita nak suruh Pas keluar dari Pakatan. Pastinya orang Pas marah, konon kita nak mengajar mereka. Otak dah beku, fikiran macam dah kena mandrem .... cakap apapun memang tidak akan dipisahnya hubungan cintan mereka dengan Dap.

Umpama pasangan kekasih .... kemana saja, mereka akan berkepit. Jangan ditegur pasangannya itu, akan melompatlah Pas. Jangan dikritik pasangannya itu, akan dihamburnya kembali maki hamun kat kita... Tak boleh usik sikit !

Umpama cubit paha kanan, paha kiri terasa aduh ! sakitnyaaaa........

Acu cuba try test sekali .... nah aku cubit paha kanan ! - AUUUUUW ... SAKITLAH , BODOH ! bentak paha kiri
Cubit sekali lagi ....... - KO CUBIT SEKALI LAGI, AKU BELASAH KO BODOH ! ! ! 
Sekali lagi ..... - ANGKAT SENJATA KO BODOH ! MATI AKU JIHAD ! !  fuyooooooo...

Gitu gamaknya .......

Acu cuba try test cubit paha belah kiri pulak ...... - BODOH MU ! tapi ditujukan pada paha kanan ?? Pulak... ?
Cubit lagi ....... - WAKPE MU NI BODOH SANGAT ? !  Masih ditujukan pada paha kanan ...

Hubungan ni memang pelik. Cubit paha kanan, paha kiri sakit. Cubit paha kiri, paha kanan sepak paha kiri macamana tuh ? hehehehe... Queen Control ? Mandrem ?

Mungkin gesaan Hasan ini -  "Pemimpin Pas dan Dewan Ulama perlu mengkaji semula kedudukan Pas dalam Pakatan."   wajar dilihat dalam konteks PENGARUH Pas dalam PR. Kaji semula supaya Pas LEBIH BERPENGARUH dari Dap dan/atau Pkr. Biar Pas ada MARUAH dalam PR.

Itu yang membezakan Umno dalam BN berbanding Pas dalam PR dan kenyataan ini membawa maksud yang luas.

Biasanya yang lebih besar pengaruhnya yang akan menempelak yang kurang pengaruh. Perkongsian kuasa diatas kertas mungkin samarata tapi faktor pengaruh ni lain sikit. Contohnya, katakanlah bilangan kerusi yang dimiliki oleh orang Melayu Islam dalam PR ( Pas + Pkr ) lebih banyak dari Dap tapi itu tidak bermakna orang Melayu lebih berpengaruh.

Walaupun bilangan kerusi mereka tidak sebanyak Melayu Pas Pkr tapi Dap sedar dengan bilangan yang ada, sekiranya mereka tarik diri keluar dari Pakatan, secara otomatis peluang Pas untuk berkuasa melalui PR akan hancur lebur ! Niat Pas adalah untuk ambilalih kuasa yang ada pada Umno maka untuk berpakat dengan Umno JAUH SEKALI !

Maka nak tak nak, terpaksalah Pas tunduk menerima segala maki hamun yang dihamburkan oleh Dap ....... dan sebab itu jugalah Pas bersungguh2 mempertahankan Dap apabila Dap diserang ....... dan sebab itulah Dap berani memaki hamun Pas sebab Dap tahu pengaruh yang mereka ada keatas Pas .... dan Dap pula tidak merasakannya menjadi satu keperluan untuk mempertahankan pemimpin Pas yang diserang Umno.

Tidakkah macam orang kena mandrem jer tuh ? MANDREM KUASA !

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2012 at 7:22 AM

itu la padah nya nik aziz benci sangat kat UMNO. benci yg akhir nya makan diri. nasib baik pakai serban, kalau tak nampak la kepala dia yg kosong.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2012 at 8:50 AM

resmi kecintaan ialah bahagia apabila pasangan menikmati kebahagiaan tetapi kecewa kalau pasangan berdepan kekecewaan...harap-harap jangan sampai terjun bangunan sudah ler ye???

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2012 at 8:53 AM

kalau orang muda dilamun cinta, keluarga sanggup dilepaskan

kalau si tua-tua bercinta, ahli keluarga sendiri sanggup dibuang

renung-renungkan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2012 at 9:29 AM

setuju untuk tidak bersetuju perlu dilihat
tidak terpisah dengan aspek adil.

adil dalam erti kata pihak lebih tua mendapat
lebih suara atau pihak yang lebih ramai ahli
perlu diberikan lebih suara berbanding pihak
yang seciput jua ahlinya.

secara khususnya, pihak lebih keahlian patut
dapat lebih hak bersuara yakni untuk sama ada
menyatakan setuju atau tidak bersetuju. itu
baru baru adil namanya

kalau pihak kurang keahlian sebaliknya muncul
lebih lantang dan mendapat lebih banyak hak
untuk bersetuju atau tidak bersetuju..

inilah yang dikatakan tidak adil dalam konteks
agree to disagree

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2012 at 12:25 PM

Rasanya PAS kena belajar dgn lagu 'Kebahagiaan dlm perpisahan'.......kat PAS sekarang suka artis.....ari tu bergegar serban tgk Abby pakai jean.....he he....

....................
Reply To This Comment ...................
August 14, 2012 at 2:06 PM

http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=lBmNzGC0DWI

SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT!!SOKONG PAS ANDA SESAT!!!

Post a Comment