Persepsi saya, Dap lebih bersifat kaum cina jadi nak kena buat adjustment sebelum boleh menerima kesinoniman baru itu. Tidak semudah itu ....sekarang pun kalau sebut nama Dap, yang timbul dalam kepala adalah apek. Agak slow sikit kepala nak terima Dap itu kemungkinan besar adalah juga Apek Kristian.
Sebabnya Dap tidak mempromosikan diri sebagai sebuah parti yang memperjuangkan agama. Perjuangan mereka lebih tertumpu kepada kaum cina walaupun mereka mendakwa Dap berjuang untuk semua kaum. Hmmmmm BELUM PERNAH saya dengar Dap memperjuangkan walau satu pun isu yang melibatkan orang Melayu ....... atau bahasa Kebangsaan.
Tapi perkembangan politik 2-3 tahun kebelakangan ini telah menyaksikan campurtangan lebih aktif dari puak gereja dimana pentas politik telah digunakan dengan begitu efektif dalam mereka membuat tuntutan. Ingat lagi isu nama Allah dalam alKitab semasa Pilihanraya Sarawak tahun lepas ?
Pihak gereja bijak menggunakan kesempatan dan modus operandi nya sama sepertimana kaum cina memperjuangkan kaum mereka.
Dalam keadaan orang Melayu berpecah dek sebab berebut kuasa politik, kaum cina bersatu dalam perjuangan kaum mereka dan kuasa undi mereka digunakan sepenuhnya sebagai bargaining chip/ umpan ( ? ). Cuba gantikan perkataan Melayu dengan orang Islam dan kaum cina itu dengan gereja Kristian dan anda akan faham maksud saya.
Mengkaitkan Dap dengan Kristian menjadi antara fokus utama blogger Helenang dimana banyak artikel beliau memberi tumpuan kepada aktiviti pemimpin2 Dap yang bercorak keagamaan Kristian. Semuanya berlaku didepan mata tapi kita sering terlepas pandang akan kaitannya Dap dengan Kristian kerana persepsi yang saya tulis diawal tadi.
Kita memakai kanta perkauman bila melihat Dap.
Artikel ini bertujuan mengajak pembaca untuk cuba melihat Dap menggunakan kanta agama pula. Tidaklah secara khusus dan bersungguh, sekadar membuka satu pintu baru ...... mungkin akan diperhalusi lagi bergantung kepada keadaan.
Mereka yang ingin menerokai kesinoniman baru ini bolehlah klik ke blog Helen, diartikel itu ada link2 yang berkaitan dengan isu yang beliau bincangkan. Pemimpin2 Dap yang terkenal aktif dan vokal dibawah, ramai yang tak perasan mereka sebenarnya masih baru bersama Dap dan secara kebetulan pula merupakan penganut Kristian yang aktif dalam aktiviti gereja.
- Charles Santiago, Ahli Parlimen Klang: Februari 2008
- Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang: Januari 2008
- Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong: Julai 2007
- Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara: Februari 2007
- Hannah Yeoh, Adun Subang Jaya: Januari 2007
Dan apakah secara kebetulan juga sejak akhir2 ini Dap begitu aktif mempertahankan puak gereja dalam beberapa isu yang melibatkan Kristian ? Ingat isu Murtad DUMC ?
************************************
SEKARANG cuba anda lihat senario politik Pakatan Rakyat dengan fokus kepada hubungan Pas - Dap dengan menggunakan kanta agama yang sama.
Jika Pas mahu kita kaitkan mereka dengan Islam, kita kaitkan Dap dengan Kristian ....... APA PANDANGAN ANDA ?






+ comments + 2 comments
gǔzào hǎiguī,
最后一次,当PAS的行为,因为他们比你圣洁,DAP是一个一贯批评PAS这样的行为。
如今,看起来好像DAP是做同样的事情,在此之前,他们讨厌它呢。
结论是:DAP是以往任何时候都愿意咽了回去吐的唾液,只要它服务于一个目的
Marhaeman
saya google translatekan -
gǔzào hǎiguī,
The last time, when the behavior of the PAS because they are holier than thou, DAP is a consistently criticized the behavior of the PAS.
Today, it seems as if DAP is doing the same thing, before this, they hate it.
Conclusion: DAP is ever willing to swallow it the back spit the saliva, as long as it serves a purpose
sepesen lah Pas sama Dap !
Post a Comment