........... Obama Pun Pakai Janji DiTepati ? Hahahaha .... Yalah Tu .. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Obama Pun Pakai Janji DiTepati ? Hahahaha .... Yalah Tu ..

Friday, August 3, 20125comments

Ramai dah yang menulis memuji2 slogan JANJI DITEPATI  sempena Hari Kemerdekaan tahun ni ..... dan yang terbaru ramai juga yang membandingkan dengan pemilihan slogan yang hampir serupa yang dipilih oleh  Obama - Promises Kept, konon - Tengok, Obama pun pakai slogan yang sama !

Aduyai ..... saya boleh bayangkan ada antara mereka yang menulis itu sendiri tergelak2 dengan 'saiko' yang mereka nukilkan. JUJUR lah, anda benar-benar, SEBENAR2NYA percaya bahawa pemilihan Janji DiTepati sebagai slogan Hari Kemerdekaan ke55 TIDAK ADA kaitan dengan kempen pilhanraya BN ?

SEMUA orang pun setuju Janji DiTepati adalah satu nilai sejagat yang murni. Tapi untuk digunakan sebagai satu slogan bersifat Nasionalisma sempena Hari Merdeka ? Lainlah kalau dibuat satu Kempen Khas Janji DiTepati macam Kempen Berbudi Bahasa ( yang juga merupakan nilai sejagat yang murni ) .... tapi untuk dijadikan slogan Hari Merdeka .... saya tidak berapa setuju.

Soal Obama tuh .... hehehehe .....  Pemilihan Slogan itu oleh Obama LEBIH TEPAT sesuai dengan keadaan kerana mamat tu pakai Promises Kept untuk KEMPEN PILIHANRAYA ! Bukannya nak sambut National Day 4th of July .

Bagi saya slogan2 yang lunak2 bunyinya seperti juga pilihan PR Sebangsa Sejiwa Senegara , SEMUANYA mengajar rakyat supaya bersifat HIPOKRIT !

Dalam keadaan Perpaduan antara Kaum kita ditahap yang membimbangkan, sepatutnya dipilih slogan yang dapat membuatkan rakyat berfikir dan menginsafi kemana hala tuju kita jika keadaan itu tidak diperbaiki. Contohnya slogan - Bangga Sebagai Rakyat Malaysia.

Sebarang perdebatan atau perbincangan akan tertumpu kepada apakah maksudnya bila kita mengaku sebagai rakyat Malaysia. Apakah kita sudah memenuhi tanggungjawab sebagai rakyat ? Bagaimana kita buktikan kebanggaan kita itu ?

Tak pun mungkin slogan ini pun bagus juga, GERENTI tidak akan menerima tentangan dari pembangkang ! Slogan juga berupa satu nasihat sejagat yang murni .....


BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU !


Muahahahahahaha .......

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 3, 2012 at 8:48 PM

Lps ni msti cai2 ckp yg DS Najib ikt @ m'dptkn pndpt zionis bg slogan 2 krn Obama pn guna slogan hmpir sama..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2012 at 12:22 AM

Bro Din, aku setuju dgn hang, janji ditepati, tidak berapa sesuai sebagai slogan hari kemerdekaan, nasihat aku kpd PM dlm kegairahan mood pilihanraya, jangan lah melakukan kesilapan mudah, yang bolih dipersendakan olih pihak lawan, walaupun kita bermaksud baik.

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2012 at 1:01 AM

saya ikhlas dalam memberi pandangan :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2012 at 9:07 AM

SORI LA BRO DIN..AKU SUKA DENGAN JANJI DITEPATI ITU. KALI INI SAYA BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU DENGAN ANDA...TAU TAK? HAHAHAHAHAHAHA

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2012 at 9:31 PM

saya bersetuju je dengan pandangan anda..sebenarnya saya agak respek dengan Blogger Pro BN yang lebih berani mengkritik kem sendiri berbanding Blogger2 PR 24 jam menjilat-jilat pemimpin2 mereka.

Post a Comment