........... NFC - Kenyataan Shahrizat dan Komen Rafizi / Zuraida | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

NFC - Kenyataan Shahrizat dan Komen Rafizi / Zuraida

Tuesday, August 7, 20125comments

Prosiding mahkamah sudah bermula dalam kes saman fitnah Shahrizat terhadap Zuraida dan Rafizi berkaitan NFC. Dalam keterangannya, Shahrizat berkata -

"NFC seolah-olah hanya satu alat yang digunakan untuk menyerang saya secara peribadi. Yang Arif boleh nampak bagaimana defendan sering merujuk NFC sebagai 'syarikat milik keluarga Shahrizat', 'syarikat milik suami Shahrizat' atau 'anak Shahrizat'."

"Defendan telah memutarbelitkan cerita ini sepenuhnya semua ini dalam percubaan jahat mereka untuk menyerang saya sebagai menteri dan Ketua Wanita Umno serta Ketua Wanita Barisan Nasional,"

"Ia merupakan muslihat mereka untuk menjatuhkan serta memburuk-burukkan saya sebagai seorang ahli politik, menteri dan pemimpin Barisan Nasional."

"Jika Yang Arif kaji kenyataan dan dakwaan yang dibuat berkaitan NFC, defendan kelihatan seolah-olah tidak ingin mendengar maklum balas daripada NFC sendiri, sebaliknya lebih berminat untuk mendapatkan maklum balas saya hanya kerana saya ialah isteri pengerusi NFC," Shahrizat berkata nama beliau telah dibersihkan daripada mana-mana salah laku atau mempengaruhi proses membuat keputusan NFC selepas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada 31 Mei.


Shahrizat berkata Rafizi telah membuat rumusan yang mendakwa beliau bertanggungjawab atas segala-galanya yang melibatkan NFC dan mencadangkan beliau memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas salah laku atau jenayah.

"Ini adalah tidak adil dan hanya menambahkan kebencian dalam kempen terhadap saya. Pada asasnya, hampir setiap orang yang saya temui memaklumkan perkara itu dan tuduhan tidak berasas terhadap saya ini hingga menjadi topik perbualan di Internet dan rangkaian sosial,"

Shahrizat juga berkata Zuraida pula secara tidak langsung mendakwa beliau meraih keuntungan secara tidak sah.

Shahrizat menuntut ganti rugi am RM50 juta dan RM50 juta lagi sebagai ganti rugi teladan dan teruk daripada defendan. SINAR 


Komen Rafizi dari Harakah

"Kita telah nenjangkakan keterangan yang beliau berikan hari dan ia tidak mengejutkan kita. Kita tunggu pada Jumaat ini bagi memulakan soal balas dari pihak peguam berhubung keterangan yang dilakukan nanti," jelasnya.

"Gambaran yang diberikan olehnya menunjukkan kami berdua telah berjaya mempengaruhi rakyat di negara ini melalui sebaran media. Seolah-olah kami ini pemilik Utusan Malaysia ataupun TV3, begitu jauh andaian yang diberikan olehnya,"

Komen Zuraida

"Penceritaan latar belakang yang kemas dan apa yang kita harapkan penceritaan yang kemas ini mempunyai keputusan sebaliknya,"


                                              **********************************

Masih terlalu awal untuk saya komen apa-apa....... tapi dipersilakanlah kalau ada sesiapa nak kongsikan pandangan terutama tentang komen Rafizi dan Zuraida.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 7, 2012 at 1:40 AM

Padan muka

....................
Reply To This Comment ...................
August 7, 2012 at 1:56 AM

hmmm satu pandangan yang sungguh berinformasi ! :)

....................
Reply To This Comment ...................
Tertido
August 7, 2012 at 2:24 AM

kalo bar council tak cucuk belakang aka talam 2 muka,gerenti rafizi ngan zuraidah tersungkur:)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2012 at 12:41 AM

Apa yg aku nmpk.. sesapa jadi keluarga di kalangan menteri2 BN tidak dibenarkan berbuat apa2, berurus niaga ngan kerajaan tak bole, bekerja ngan kerajaan/glc tak bole.. sbb nnt akan menjadi isu pembangkang haprak..
Tapi dipihak.pembangkang mereka dibenarkan melantik anak beranak, isteri/suami dan sedara mara ke jawatan penting didlm parti mereka yg konon2 mempunyai "accountability", "transparency" & segala yg ada y di blakangnya..
Org putih panggil double standard.. dlm Islam dinamakan MUNAFIK!

....................
Reply To This Comment ...................
August 10, 2012 at 4:33 PM

Diaorg kata Rafizi telah DIHUKUM umno kerana mendedahkan salah laku pemimpin umno.Kata mereka persetankan BAFIA,MAFIA,MAFLA dll yg pentg KEBENARAN. Tp bila pasukan pendakwaan dn pakar perubatan berjaya MEMBUKTIKAN DNA yg terdapat pd air mana lelaki-Y,maka bukti itu ditolak kononya bukti diambil tidak mengikut SOP yg mana mgkn blh dimanipulate.

Hbs 2 kalau Rafizi plak yg mendedah,adakah ia bebas dari unsur manipulate?Mana pegi SOP dn segala prosedur yg pencacai PR dok canang.Sepatutnya kes akaun bank ker,kes DNA ker PAS sebagai parti yg mencanagkan prinsip ISLAM yg menekankan keadilan tidak boleh double standard.PAS sepatutnya tetap dgn pendirian iaitu MENEGAKKAN KEADILAN.

Mmg semakin munafik diaorg ni.

Post a Comment