........... Nasharudin ANCAMAN Kepada Budaya Taksub Pas | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Nasharudin ANCAMAN Kepada Budaya Taksub Pas

Thursday, August 16, 20127comments


Semua sudah sedia maklum akan perangai Pas yang ini - Jangan Tegur Pendirian Parti ! Sesiapa yang punya pandangan/pendirian yang tak selari dengan kepimpinan parti, janganlah nak berani suarakan. Simpan jer dalam hati.

PAS TAK BOLEH DITEGUR. Pas itu MAKSUM. Sesiapa yang tegur Pas bermakna dia telah diracuni fikirannya oleh Umno. Itulah yang dipegang oleh Pas. Sebab apa ? Sebab Pas sebenarnya TAKUT menerima kritikan, mereka tidak boleh terima hakikat yang Pas itu tidak maksum.

Kritikan bermakna kekurangan. Kekurangan bermakna tidak lengkap. Dan jika diakui Pas itu punya kelemahan dan tidak lengkap bermakna akan hancurlah dakyah yang mereka pegang kononnya Pas itu Islam. Kerana Islam itu lengkap .....

Untuk mengelakkan ahli Pas dari punya pemikiran yang berlawanan dengan parti, maka sebarang kritikan akan disifatkan sebagai Pertentangan. Orang yang menentang harus dinyah keluar dengan segera supaya tidak meracuni fikiran ahli lain. Penentang harus segera di beri label negatif supaya kritikan dan pandangan bertentangannya itu turut sama dilihat dari sudut negatif.

Cara paling mudah adalah - Letakkan kesalahan pada Umno.

"Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro-Umno sejak kebelakangan ini, Pemuda Pas Negeri Kelantan melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama Pas atau sebaliknya," kata Setiausaha Pemuda Pas Kelantan, Mohd Nuri. SINAR yang merujuk kepada komen Nasha yang menggesa parti itu keluar Pakatan Rakyat (PR) ekoran pendekatan DAP terus menentang hukum hudud.

MANA BOLEH TEGUR DAP ! GILA ! Biar Dap pijak2 cara Islam, tapi untuk tegur atau kritik Dap - Jangan sekali-kali ! Kalau macam ni takper - Pas puji sikap terbuka DAP - Mujahid

Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro-Umno sejak kebelakangan ini. Apakah yang dimaksudkan dengan SIKAP PRO-UMNO itu ? Apa yang Nasha cakap yang dilihat sebagai kenyataan pro Umno ?

"Nampaknya DAP dan Karpal secara konsisten menolak penubuhan sebuah negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud. Sesuatu perlu dilakukan dan bagi saya Pas perlu keluar daripada pakatan pembangkang," Utusan



Adakah menentang LGBT itu dianggap sebagai pro Umno ?
Adakah tidak bersetuju dengan pendirian Tolak Islam Dap itu dianggap sebagai pro Umno ?

Bermakna kalau nak dilihat pro Pas, mestilah sokong LGBT ? Puji Karpal @ Dap ?

Sebelum ini Pas sudah mencantas ancaman serupa dari Hasan Ali, juga menjadikan Umno sebagai dalang. Cara yang sama digunakan - Kaitkan dengan Umno supaya hujah2 dan pendirian tidak sehaluan yang dipegang oleh Hasan tercemar dengan Umno. Pas perlu kekalkan imej Maksumnya yang tidak pernah dan tidak akan buat salah. Sekarang giliran Nasharudin pula....

Kesimpulan yang saya nampak - Pas perlu mencantas dengan segera suara2 yang tidak sehaluan bagi mengekang budaya mengkritik pendirian parti kerana ia bakal menjadi ancaman kepada budaya TAKSUB yang diamalkan oleh orang Pas.

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2012 at 3:13 AM

DT,

TEGUR TAK BOLEH BRO. TEGURAN MEMBUATKAN PIHAK KENA TEGUR TERASA KECIL DAN TERMALUAN

NAMUN, GERTAK TAK APA. CONTOHNYA -- LANGKAH JASAD AMBO KALAU MAHUKAN TEOKRASI -- MESKIPUN SATU GERTAKAN, IA MEMBUATKAN PIHAK YG DIGERTAK BERASA BESAR DAN MACHO.

AGAKAN SAYA LAH...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2012 at 3:30 AM

SAUDARA/I,

TEGURAN adalah ibarat baja UTAMA yang menjadikan demokrasi berkembang subur, mampu bersaing dan berdaya kekal

Taksub dan perasan maksum adalah racun utama yang membuatkan teokrasi semakin terbantut yakni tidak mampu menyaingi demokrasi, meskipun tidak pupus tetapi 'kembang tak mekar, mati tak boleh'

Kesimpulannya, teokrasi itu indah tetapi dirosakkan oleh sikap beberapa titik 'nila taksub' dan 'nila perasan maksum'.

SEKADAR PANDANGAN

....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2012 at 3:40 AM

Jom gertak Pas beramai-ramai ...... :)

....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2012 at 3:42 AM

Saya nak tulis macam itu lah, tapi tak terjumpa perkataan......

TerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2012 at 2:37 PM

Sangat molek kupasan mu din... cukup dgn garam, gula dan serbuk perasa...
tapi kupasan yang terlalu kemas akan menyebabkan puak pencacai PR tak berani masuk daun. itulah kelemahannya.....

....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2012 at 3:15 PM

Nak tengok pencacai PR komen...leh tibai balik

....................
Reply To This Comment ...................
August 16, 2012 at 9:01 PM

walaupun saya tahu ramai juga orang Pas yang baca tapi mereka agak segan nak komen.... tak tahulah kenapa. Saya tak padam komen kecuali ada perkataan menghina dan mencarut yang keterlaluan. Atau yang terlalu jauh menyimpang dari topik.

Post a Comment