........... My Body My Rights ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

My Body My Rights !

Friday, August 31, 20123comments

Hajat nak sambung cerita Janji Bersih tapi rasa malas lah pulak ... nanti-nanti la. Ni berita lebih sensasi dari berita Bersih hehehe..dari Sinar

Mak nyah cabar JHEAINS 

Rakan kepada mak nyah terbabit memegang sepanduk di luar Mahkamah Tinggi Seremban, semalam.
 
SEREMBAN – Keputusan empat mak nyah yang sebelum ini mendapat kebenaran mahkamah untuk mencabar perintah undang-undang Syariah yang menghalang mereka berpakaian seperti wanita, akan diketahui 11 Oktober depan.

Dalam prosiding mendengar permohonan semakan kehakiman yang berlangsung semalam, Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad berkata, pihaknya akan meneliti kes tersebut dengan mendalam sebelum membuat sebarang keputusan.


Mereka, Muhamad Juzaili Mohd Khamis, 24, Shukor Jani, 25, Wan Fairol Wan Ismail, 27, dan Adam Shazrul Mohd Yusoff, 25, yang bekerja sebagai juruandam menamakan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), Pengarahnya, Ketua Pegawai Penguatkuasa Syariah, Ketua Pendakwa Raya Syariah dan Kerajaan Negeri sebagai responden.


Terdahulu, empat lelaki itu meminta Mahkamah Tinggi mengisytiharkan Seksyen 66 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 tidak mempunyai kesan dan tidak terpakai, kepada mereka yang secara psikologi adalah wanita atau mempunyai kecelaruan identiti jantina.


Mereka juga mendakwa seksyen itu juga melanggar Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan, berhubung hak kebebasan terutama dari segi kebebasan memilih.


Menurut peguam pemohon, Aston Paiva, keempat-empat anak guamnya itu mempunyai laporan perubatan dari Hospital Kuala Lumpur yang mengesahkan bahawa mereka ini secara psikologi mempunyai sifat kewanitaan lebih berbanding lelaki.


Responden diwakili Peguam Datuk Ishak Sahari dan Mohd Fairuz Iskandar.


Hmmm ... nak komen apa ya ? Majlis Peguam ngan Anwar mesti suka ngan isu ni ... kan, kan ?  errrr... Pakatan Rakyat tak mahu perjuangkan hak mereka diatas ?



PS - “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melaknat orang-orang lelaki yang menyerupai perempuan dan orang-orang perempuan yang menyerupai lelaki.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2012 at 8:01 PM

Apalah nak jadi pada anak anak muda tu. Dulu suruh pergi ngaji agama tak nak. Sekarang ni pulak dah cabar hukum Allah. Anak anak Melayu lak tu. Apasal mak bapat dorang tak pantau anak anak mereka dari kecil lagi? Allah telah menciptakan maknusia secantik cantik kejadian, kenapa nak ubah lak. Semangat anak anak Melayu sekarang ni semangat mencabar. Kalau yang betul tak per jugak. Anak anak bangsa lain yang terjebak sama saperti mereka mereka itu tak pulak nak ke depan mencabar sama. Memang sahlah mereka sangat menyokong Pakatan nombor wahid kerana tuntutan mereka untuk kerajaan menghalalkan LGBT.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Empat kalangan yang pada waktu pagi mereka dimurkai Allah dan pada waktu petangnya juga dimurkai Allah. Abu Hurairah bertanya: Siapa mereka wahai Rasulullah? Jawab baginda: Orang lelaki yang berlagak seperti wanita, kaum wanita yang berlagak seperti lelaki. Orang yang bersetubuh dengan binatang dan orang yang melakukan hubungan sejenis. - JAKIM

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2012 at 8:18 PM

cuba sesiapa tanya mereka ini - mereka cabar undang2 negara atau mencabar Hukum Allah ? Buat kita terkedu memikirkan masalah sosial dan keberanian mereka ini ..

....................
Reply To This Comment ...................
September 1, 2012 at 2:44 PM

kalau yg Islam tu, dakwa sj ikut undang2 syariah..hukum dah jelas, akta & peruntukan dah ada, kuatkuasakanlah...takkanlah nak tangkap & adili kes khalwat ngn cerai berai sj????

Post a Comment