........... Malangnya Melayu Jika Pas PR Berkuasa Kerana Nik Aziz Fobia Dengan Bangsa Melayu Saja | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Malangnya Melayu Jika Pas PR Berkuasa Kerana Nik Aziz Fobia Dengan Bangsa Melayu Saja

Monday, August 20, 201223comments

Perjuangan Bangsa Melayu Tak Boleh TAPI Bangsa Cina OK !


 Dibawah adalah kenyataan Nik Aziz yang saya copy dari Harakah -
 
“Sesungguhnya dalam perkara ‘urusan agama’ dan ‘politik’ mestilah selari. Itulah perbezaan di antara hidup 'beragama’ dengan hidup 'berdemokrasi’ yang tidak disebut Eropah,” katanya.

Beliau berkata, kalau komunis ada kerajaan, demokrasi ada kerajaan, maka kenapa ‘Islam’ tidak boleh ada kerajaan, selaras dengan bumi dan manusia serta segala benda di dunia ini dijadikan Allah.

Justeru, kata Nik Aziz, Kerajaan Islam lebih mustahak didirikan di muka dunia ini.

Bahkan dalam perkara agama, sangat penting bagi manusia mengikuti jalan Nabi-Nabi termasuk dalam urusan rumah tangga, peperangan dan lain-lain. Beliau menambah terdapat manusia yang sibuk dengan ‘kebangsaan’ dan ‘Melayu’. Justeru secara sinis beliau meminta golongan itu supaya mencari ‘Nabi Melayu’.

“Ini kerana Nabi Muhammad bukan orang Melayu tetapi orang Arab. (Oleh itu) carilah Nabi Melayu, jangan cari Nabi Arab."

Agak sombong bunyinya ...... seolah Pas saja yang Benar. 'CAKAP-CAKAP' beginilah yang sering buat orang Pas syok sendiri, perasan konon perjuangan Pas adalah perjuangan Islam sementara parti lain semuanya tidak Islamik. Saya tak pasti apakah kebangsaan diatas merujuk kepada Nasionalisma atau perjuangan bangsa. Sekadar cakap saja ....semua orang pun boleh. Tapi apakah tindakan para pemimpin Pas selari dengan apa yang dicakap ?

Saya malas nak memikirkan hujah balas buat masa ni cuma agak hairan kenapa Nik Aziz asyik merujuk kepada bangsa Melayu saja tiap kali beliau mahu memperlekehkan mereka yang berjuang mempertahankan hak bangsa mereka ?

Bagaimana dengan kaum lain yang juga sibuk memperjuangkan hak kaum mereka seperti kaum Cina dan India ? Mengikut kefahaman saya, Assobiyah Nik Aziz juga harus merangkumi kaum2 lain juga tapi kenapa hanya kaum Melayu saja yang menjadi sasaran Nik Aziz ?

Apakah tidak ada orang Islam dari kaum lain selain Melayu ? Atau pasaran Nik Aziz hanya terhad kepada orang Melayu saja ?  Nik Aziz pun tak bolehlah hadkan sasarannya kepada kaum Melayu saja. Bukankah perjuangan Pas adalah untuk SEMUA kaum ?

Nik Aziz punya masalah dengan orang Melayu yang sibuk dengan perjuangan bangsanya TAPI Nik Aziz tidak punya masalah pula nak bekerjasama dengan orang kafir yang memperjuangkan bangsa mereka ? Tu yang saya hairan ...... apakah Nik Aziz punya masalah dengan kaum Melayu ? Apakah Nik Aziz punya dendam terhadap kaum Melayu ?

Apakah menurut Nik Aziz, Orang Melayu akan hilang nilai bangsa mereka dibawah Pas ? Nasib bangsa lain akan terbela melalui perjuangan rakan Pas dalam PR tapi siapa pula yang akan membela nasib bangsa Melayu ? 

Malangnya bangsa Melayu jika PR berkuasa ....

Share this article :

+ comments + 23 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 20, 2012 at 9:09 PM

bro, sy mintak orang-orang utara dan pantai timur supaya jangan terasa.. sy drpd dulu lagi sedia maklum bahawa puak-puak yang saya sebut di atas memang MEMANG TINGGI SEMANGAT ASSOBIYAH mereka..

bukan ASSOBIYAH KEBANGSAAN tapi ASSOBIYAH KENEGERIAN dan KEPARTIAN.. daripada yang baru datang menetap di KL sehinggalah yang dah bertahun tinggal sampai memegang status 'Melayu Damansara' boleh dikatakan semua masih tebal semangat ASSOBIYAH KENEGERIAN mereka.. sy yg orang Perak+N9 pun meluat nak termuntah dibuatnya tgk perangai deme nih..

apabila Tok Guru dan pengikutnya kata semangat kebangsaan itu ASSOBIYAH, sy ingin bertanya pula bagaimana dengan semangat kenegerian?? adakah itu tak ASSOBIYAH?? sy tgk kebanyakan yg totok bagai nak mampus semangat kenegerian ini rata2nya PENGANUT PAS daripada negeri yang saya sebut2 kan tu..

Bagi saya semangat kenegerian yang diterapkan puak2 tersebut lebih JIJIK daripada semangat kebangsaan MELAYU!!.. sebabnya ianya lebih merbahaya kerana sudah berlaku terlalu banyak FAVORITISM di dalam jabatan kerajaan hinggalah di IPT.. sebabnya pegawai dan jawatankuasa atasan lebih mengutamakan puak senegeri mereka!!

mintak maapla bro kalau komen ni kasar sikit bunyinya..

SALAM AIDILFITRI BUAT BRO DIN SEKELUARGA ;)

Maaf Zahir dan Batin..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2012 at 9:13 PM

MELAYU OTOMATIK TERBELA, lain-lain bangsa tidak, makanya Pas akan jadi pembela kepada lain-lain bangsa dan agama? Itulah persepsinya, bro

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2012 at 9:32 PM

Binatang khinzir ni ada agama ka tidak.
Senang2 sj cakap.
ingat islam tu untuk bangsa arab sj kali.
kata ulamak tapi tak tau yang islam itu untuk semesta alam.
Ada juga orang yang sanggup berguru dgn sibinatang khinzir ni.
Kalau Melayu itu lebih baik islamnya dari bangsa Arab tak la jadi mcm ni.
Tapi bila ada bangsa melayu spt binatang khinzir ni maka bercelarulah umat islam dibuuatnya.
Allah jadikan manusia berbangsa2 sebagai bukti kekuasaannya agar kita saling kenal2 mengenali dan diturunkan nabi dikalangan bangsa arab sebagai tanda kebesaran dan kemuliaan Allah kerana Bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran dan bahaasa pertuturan penghuni syurga.
Cuba banyangkan wahai manusia khinzir kalau Quran itu bahaasa melayu mcm yang kau restui ustaz Dapig bacakan,apa nak jadi?
Atau kau mau Nabi tu dari kelantan sebagaimana kau dilantik oleh ustaz budak bodoh nak mapuih tu?
Pencenlah wahai manusia khinzir dari kau terus memalukan umat Rasulullah.
kau dan parti kau tak boleh menjamin manusia kesyurga yang hanya milik Allah.
Sudah2lah berlagak sebagai orang alim.
Orang dah tau siapa kau...wahai manusia khinzir.
Berbanggalah dilahir di sunia ini sebaggai bangsa apa sekalipun.
Pembelaan pada bangsa melayu harus diteruskan kerana melayu adalah islam d negara ini.
Orang arab sendiri dah kucar kacir.
Kalaulah bukan kerana Dua Tanah Suci umat islam di bumi arab sudah pasti kafir laknat akan mencerobohinya.
Kalaau bukan dgn izin Allah seluruh umat islam mempertahankannya apa akan terjadi pada 2 kota suci tersebut?
nak harap kaan kau..manusia khinzir..Nauzubillahhiminzalik.
Umat islam di Malaysia yang tak sebesarmanapun kau tak mampu pertaahankan inikan pula nak bercakap soal Nabi melayu dsgnya.
siapa Nabi melayu yang kau mahu?
Kau sendiri ka?
Suluh cermin?
Jgnkan akhlak nabi.Akhlak sebagai umat Muhammad pun sudah terlalu jauh untuk kau?
Selamat hari Raya.Maaf Zahir dan Batin.
Allahuakhbar 100x

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2012 at 9:49 PM

Susah bercakap dengan orang tua yang dah nyanyuk dan tak sedar diri, tak tau dek untung.....

....................
Reply To This Comment ...................
Meow Bergaya
August 20, 2012 at 10:33 PM

Menyampah dah nak komen apa2 pun berkenaan dgn org tua sekor ni.

Babi menggila itu dah ketentuan kejadian Tuhan, tapi org berperangai gila babi itu mungkin juga kutukan, tanpa kesedaran.

Hanya yg boleh disimpulkan secara ringkas, org tua sekor ni patut diberi gelaran BAPA PAS = BAPA 'PARASIT AGAMA SEMULAJADI', sejak azali.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2012 at 11:07 PM

Jelas sudah saranan Tun Dr M kepada PAS, untuk apa kalau tidak untuk menubuhkan kerajaan Islam? Kerajaan Islam bagaimana yang Nik Aziz ingin tubuhkan? Saya berpendapat tidak akan tertubuhnya kerajaan Islam sekiranya tiada persepakatan diantara orang orang Melayu. Dalam hal yang demikian, semangat kebangsaan yang patut ditiupkan kepada bangsa Melayu. Oleh itu apalah salahnya kiranya kebangsaan dan Melayu yang menjadi agenda?

Ada kah bersekongkol dalam PR PAS boleh menegakkan kerajaan Islam? Tidak kah faham akan kata kata Karpal yang memberikan kata putus tentang penubuhan kerajaan Islam dan perlaksanaan hukum hudud? Apa kah Nik Aziz, dalam usia yang begitu larut tidak memahami kata kata mudah Karpal?

Sebenarnya Islam itu terletak dihati dan bukanya dimulut. Allah tidak melihat akan rupa, bangsa, harta sekalipun tetapi hanyalah apa yang ada dihati. Islam dapat dilihat dari perbuatan dan pertuturan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2012 at 11:13 PM

saya rasa bukan semuanya bang, hanya sebahgian dari sebahgian. biasanya mereka mereka ini tidak dapat membezakan antara kenegerian dan kebangsaan. saperti kata setengah dari setengah supaya tidak berkawan rapat dengan orang Kelantan sebab bila berjumpa dengan orang Kelantan lain, kita akan ditinggalkanya. dalam soal ini, perbuatan sedemikian patut dibuang kerana didalam keadaan sekarang ini, SEMUA Melayu patut BERSATU kerana tabi'enya orang orang Melayu itu beragama Islam.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2012 at 11:16 PM

bila digunakan perkataan OTOMATIK biasanya orang orang Melayu menjadi tidak kesah dan tak mau berusaha kerana menganggapkan OTOMATIK. patutnya orang orang Melayu hari mesti bangun agar OTOMATIK itu benar benar menjadi kemestian dan tidak boleh dicabar oleh mana mana bangsa sekali pun. maknanya orang orang Melayu mesti tegas dan tak boleh mengalah dimana hak kalau dijadikan cabaran.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2012 at 11:21 PM

Inilah yang dinamakan ada ilmu tapi tidak diamalkan; mengaji tapi tidak mengkaji. tak ubahlah saperti burung kakak tua yang pandai bercakap dari apa yang didengarkanya. bagi pencacai pencacainya pulak hanya melihat yang diluar sahaja, asalkan berserban, berjanggut dan berilmu, dah dikatakan ulamak tanpa menimbangtarakan apa yang pertuturkan. tanpa juga menilai dari fe'elnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2012 at 11:22 PM

mungkin juga produk ni dah tamat tarikh luputnya tak atau dah hampir hampir nak tamat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2012 at 11:48 PM

Sebab kenapa dia kutuk melayu hanya kerana umno berstatus pembela melayu.

Kalau umno berstatus pembela cina. Maka. Nik aziz akan serang cina. Kiblat mereka hanya nk benci umno je. Sbb tu org mcm ni x bolwh harap. Bila dh kalahkan umno jadi kerajaan negeri derang hilang punca. Sbb dh menang n x payah nk serang lagi. Derang hanya hidup nk membenci umno.

Pasal melayu sudahla tua lakhnat. Jgn kau hina bangsa aku kalaupn ko xnak jadi melayu. Celaka punya org tua. Sebab nk benci umno melayu plak yg dia hina. Sedangkan byk dr segi agama yg tidak menghalang memperjuangkan bangsa. Asalkan tidak melanggar hukum dan prinsip islam.
Kene tgk kwadilan ada tptnya dan baca la sejarah.

Kubur kata mari rumah kata pergi. Lebih baik ko jaga lidah dr terus buat org angin. Keje nk ikut nafsu benci je. Xde ciri2 keimanan langsung. Habis tu kalau melayu xde nabi? Betul ke? Mana kau tau? Setau aku ade beribu2 nabi kot yg kita x penah dgr. Ape Allah ckp dgn kau kasi wahyu ke?

Melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2012 at 12:38 AM

Pas tidak terhad pada Kelantan saja, Teganu, Kedah dan Perak pun ramai. Mana Melayu ramai, maka ramailah juga orang Pas. Tak nampaklah pulak bukan Melayu jadi orang Pas sebagaimana didakwa yang Pas itu untuk semua ....

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2012 at 12:40 AM

Akibat tarbiah Pas, sudah ada orang Melayu sendiri yang menentang perjuangan Hak Melayu ... padahal mereka sendiri samada mereka sedar atau tidak telah menerima manafaat yang bukan sedikit hasil dasar2 affirmatif pro Melayu.

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2012 at 12:42 AM

Kalau ditolak perkataan khinzir itu, mungkin lebih ramai yang akan baca komen saudara :))

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2012 at 12:45 AM

Cuba para ulamak Pas dan bukan Pas berkumpul dan berbincang dan gariskan apakah dia nilai2 sebuah negara Islam..... Katakanlah ada 10, kemudian nilaikan pula dari 10 itu berapa banyak yang telah dimiliki oleh Malaysia.

Point saya - Mana yang lebih penting, NILAI2 sebuah negara Islam atau slogan negara Islam ?

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2012 at 12:49 AM

Nik Aziz @ Pas hanya serang Melayu kerana mereka juga sebenarnya sebuah parti orang Melayu dimana musuh politiknya juga sebuah parti orang Melayu. Disebalik kata2 retorik Pas itu bercirikan Islam yang tidak mengenal bangsa, hakikatnya Pas adalah sebuah parti Melayu. hmmmmm ... point untuk sebuah lagi artikel !

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2012 at 1:17 AM

1. Nika Aziz tahu Nabi Muhammad dari Bangsa Arab,tapi buat-buat lupa bahawa Nabi-Nabi sebelum Baginda keturunan Bani Israil(Yahudi). Kenapa Nik Aziz tak mahu sebut? Bukan kah Allah SWT Maha Benar pilihan NYA?

2.Kenapa Nabi Muhammad tidak dari keturunan yahudi? Adakah Nik Aziz akan menjadi yahudi juga? Sejarah nya kaum Yahudi ialah bangsa/kaum yang paling engkar dengan perintah Allah SWT, sehingga riwayat menyebut mereka di sumpah menjadi kera dan babi!

3.Bila kita iktiraf Bangsa(Kebangsaan), maka kita tahu susur galor nya. Kita ada rentetan sejarah nya.Begitu lah besar nya bangsa dan keturunan Arab. Begitu juga bangsa Bani Israil. Nasara dan sebagai nya. Ini lah IDENTITI. Suka sangatkah Nik Aziz berindentitikan Mao Tse Tong? (Al Quran sentiasa menyebut bangsa dan kaum dalam peristiwa-peristiwa kejadian dan pembalasan). Mana mungkin Nik Azizi tidak tahu? Secara terang dia menafikan ilmu Allah SWT.

4.Saya berbangsa Melayu. Dinturtle bangsa apa pula? Jawaban Nika Aziz mungkin tiada bangsa, cuma 'bangsa' Islam agak nya......he..he.. Bila di terjemah pula, Islam itu ialah 'cara hidup'....feniiing dengan perosak bangsa ni...

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2012 at 1:26 AM

Saya penyu bangsa Melayu :)

Komen yang baik, TerimaKasih !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2012 at 1:38 AM

dah tentunya NILAI tu yang lebih penting. slogan hanyalah penyedap bunyi yang sepatutnya dimengertikan, dihayati serta dipersembahkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2012 at 6:52 AM

mintak maaf bebanyaklah sebelum saya berikan pendapat, kerana ISLAM itu suci, dan yang dikatakan peraturan hidup itu adalah AGAMA. disebabkan itulah orang Melayu agamanya Islam dan dituntuk menjalankan hidup mengikut peraturan Islam. anak anak kita semasa kecil lagi hendaklah dididik dengan peraturan Islam, satu agama yang lengkap dan tegas. Buat yang disuruh dan tinggalkan yang ditegah kerana perjanjian Allah buat baik balasnya baik juga dan jahat sebaliknya.

mintak maaf sekali lagi kalau dalam hal ini kita berbeza pendapat.

wallahu'alam

....................
Reply To This Comment ...................
August 21, 2012 at 7:37 AM

Dalam hal apa yang kita berbeza pendapat?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 21, 2012 at 7:51 AM

maaf kerana menebabkan kekeliruan. saya sebenarnya respond kepada saudara kita maae berkenaan pengertian AGAMA. maaf sekali lagi saya pohonkan kerana menyebabkan saudara penulis tersalah sangka.

....................
Reply To This Comment ...................
August 22, 2012 at 1:02 PM

Umno bercirikan bangsa iaitu melayu dan pas digembar gembur sebagai bercirikan agama iaitu islam. Tujuan nik aziz menghentam melayu ialah kerana melayu menjadi teras perjuangan umno. Bila dihentam teras, maka diharapkan umno pula akan menghentam teras pas iaitu islam. Bila islam dihentam, maka menjadi modal besar kpd nik azis untuk mengkafirkan umno.... Itulah muslihat nik azis.
Kalau dilihat sebelum ini ditonjolkan pemimpin psa sebagai alim ulamak, pemimpin umno hanya org biasa, bila pas menghina pemimpin umno, tiada apa yang salah. Tapi bila umno mengata pemimpin pas, maka dicop umno mengata dan menghina ulamak.
Nik azis ni bukannya bijak sangat, kalau dikaji modus operandinya. Cuma dia ni perangai jahat ....

Post a Comment