........... Mahfuz - Karpal Tu GEMPAK Jer Lebih, Emosi Sangat ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Mahfuz - Karpal Tu GEMPAK Jer Lebih, Emosi Sangat !

Monday, August 20, 20122comments

JANGAN! ...... JANGAN LAYAN SANGAT KARPAL TUH ...

Karpal tu GEMPAK jer lebih, "Saya fikir Karpal tidak akan bawa kes ini ke mahkamah. Mungkin, ketika beliau bercakap (pada Jumaat lalu) dalam keadaan emosi......" demikian kata Mahfuz.  "saya yakin beliau tidak akan membawa kes, tindakan yang hanya  akan membuka ruang kepada parti seperti Umno dan media mereka untuk membuat provokasi, mengambil kesempatan menimbulkan kemarahan."  SINAR


Fuyooooooh..... bergantung kepada cara mana kita nak spin kenyataan Mahfuz diatas, memang Mahfuz ada telur kerana berani MENEGUR Karpal ! Jom kita cuba analisa kenyataan Mahfuz -

1 - Karpal CAKAP BESAR jer, sebenarnya Karpal TIDAK BERANI pun nak saman Nasha

2 - Karpal jenis orang yang suka beremosi ketika beri kenyataan, jadi JANGAN LAYAN SANGAT KARPAL !

3 - Karpal TAKDE TELUR sebenarnya untuk bawa kes ke mahkamah !

Pusing ikut manapun, apa yang Mahfuz nak cakap - KARPAL GEMPAK JER LEBIH !

Apakah menurut Mahfuz kenyataan TEGAS dan BERULANGKALI Karpal tentang penolakannya terhadap Hudud dan cara Islam itu juga bersifat EMOSI ?

"Saya fikir dan yakin rakyat cukup matang untuk memahami keadaan, apa yang berlaku... pendirian Karpal dan Nasharudin yang sudah jauh daripada pendirian parti (Pas) sekarang," kata beliau sambil menambah, "jika begitu keadaan, mengapa kita harus membuka ruang untuk tindakan provokasi pihak-pihak tertentu."

Hmmm..... pendirian Nasha yang SUDAH JAUH TERPESONG DARI PENDIRIAN PAS ? Saya harap Mahfuz dapat spesifik sikit pendirian Nasha yang mana yang dikatakan terpesong itu. Adakah pendirian yang meminta Dap keluar dari PR kalau menentang Hudud ?

Bagaimana dengan kenyataan Nasha ini - "saya dididik di dalam Pas bahawa ajaran Islam itu adalah syumul merangkumi setiap aspek kehidupan. Di dalamnya ada akidah, perundangan dan akhlak. Menolak sebahagian dari Islam bermakna menolak Islam," Sinar Adakah pendirian Nasha ini juga BUKAN pendirian Pas ?

Inilah bahananya kalau tidak ikhlas bila memperkatakan hal perjuangan sebenar Pas atau bila mencampur adukkan politik dengan agama. Cakap berbelit dan akhirnya lidah sendiri bakal terbelit.

Jika Pas sebuah NGO yang memperjuangkan agama tanpa melibatkan diri dalam politik, saya percaya pemimpin2nya tidak punya masalah untuk menyatakan satu pendirian yang tetap dan sekata. Siapapun dan dalam keadaan apa sekalipun, mereka akan tetap dengan satu pendirian.

Tapi bila terdapatnya kepentingan politik dimana asasnya adalah UNDI, maka akan berputarlah lidah kerana setiap kenyataan perlu diambilkira kesannya kepada sokongan undi. Disinilah berlakunya KOMPROMI dek kerana keperluan menjaga hati pengundi.

Perlu diingat, hati pengundi yang perlu dijaga bukan saja orang Islam tapi juga orang kafir.


Tak sabar menunggu reaksi Karpal terhadap kenyataan Mahfuz ini !

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2012 at 4:03 PM

Sekali lagi pemimpin pas menjadi jurucakap bagi pihak dap. Seolah2 aspek psikologi pemimpin dap difahami oleh pemimpin pas. Adakah mahfuz tahu apa yg tersirat dlm hati karpal ?

Jika karpal nak meneruskan prosiding terhadap nasha, siapakah yg untung ? Ya, betul tu. Umno yg akan untung kerana selama ini pas tuduh umno tolak Islam hanya semata2 menangguhkan hudud.

Memandangkan pas sedar yg tindakan karpal itu akan menguntungkan umno, pas terpaksa melakukan damage control. Tapi siapa pas dlm pr ? Layakkah pas nak menegur karpal ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 20, 2012 at 6:08 PM

mahfuz, selamat menduduki pmr tak lama lagi.
semoga lulus dengan cemerlang

Post a Comment