........... Kos Baiki Bumbung Stadium RM120juta ! MAHAL TUH .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kos Baiki Bumbung Stadium RM120juta ! MAHAL TUH ....

Monday, August 27, 201215comments



Beberapa blog Pas telah mula memainkan isu bumbung stadium runtuh sekali lagi..... kali ini mengenai KOS PEMBAIKAN BUMBUNG STADIUM yang dikatakan TERLALU TINGGI iaitu sebanyak RM120juta !

Siapapun yang baca akan tertanya-tanya - BIAR BETUL ! Takkanlah sampai RM120juta nak baiki / ganti bumbung stadium. Nak ganti dengan bumbung kristal ke apa ? Tidakkah AGAK MAHAL ?

RM120juta itu adalah angka yang diberikan oleh kerajaan negeri sepertimana atikel SINAR 14 Ogos lalu -

KUALA TERENGGANU – Menurut anggaran kasar, sebanyak RM120 juta diperuntukkan bagi membaiki keseluruhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang mengalami kerosakan akibat bumbungnya runtuh pada Jun 2009.

Bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri, Datuk Za’abar Mohd Adib berkata, angka sebenar bagi kos itu akan diketahui selepas semua kerja membaik pulih selesai.

“Kajian keseluruhan untuk baik pulih stadium ini telah disiapkan sementara kerja baik pulih dijalankan secara berperingkat. Sebahagian kerja itu melibatkan pembaikian skop kerja bagi peringkat pertama, kerja-kerja pembaikian struktur yang telah rosak termasuk kerosakan lantai dan sebagainya.

“Kerja struktur pengkalisan air, kerja luar, kerja permulaan, kerja elektrik sementara dan mekanikal akan dilakukan secara keseluruhan dan ia dimulakan selepas Aidilfitri,” katanya pada sidang Dun semalam.

Za’abar berkata demikian bagi menjawab soalan yang dikemukakan Dr Syed Azman Syed Ahmad (Pas-Batu Burok) mengenai status terkini Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh dan berapakah jumlah sebenar barangan yang dicuri di stadium tersebut.

Menjawab soalan tambahan mengenai peruntukan yang dianggarkan untuk baik pulih dan pemberian tender, Za’abar berkata, fasa awal kerja itu melibatkan peruntukan hampir RM14 juta dan pemberian tender bergantung kepada bidang kerja yang dilakukan.

“Kerja khusus seperti reka bentuk struktur tidak dibuat secara tender terbuka dan  diberikan kepada mereka yang menjadi ahli serta berpengalaman. Kita akan panggil mereka yang berpengalaman, bagaimanapun ada juga kerja yang dibuat secara tender terbuka.

“Reka bentuk akhir bumbung akan ditentukan, cadangan dan laporan yang telah dibuat dicadangkan dan disarankan supaya bumbung tersebut tidak bebankan struktur asal,”
Katanya, setakat ini, terdapat enam laporan polis yang telah dibuat berhubung kes kecurian barangan di bangunan tersebut.

Mungkin kerajaan negeri merasakan angka itu BERPATUTAN dan TIDAK PERLU untuk memberikan penjelasan kenapa ia tinggi kerana bagi mereka ia tidak tinggi ....... NAMUN saya sebagai rakyat Terengganu merasakan KOS ITU TINGGI.

Isu sedang hangat dimainkan oleh Pas ..... jadi terpulanglah kepada kerajaan Terengganu dibawah MatSaid samada hendak membuat penjelasan atau buat tak tahu saja .....

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 27, 2012 at 4:14 PM

Tambahan - kalau tak silap pernah saya terbaca yang segala kos pembaikan akan DITANGGUNG OLEH KONTREKTOR LAMA... Apa cerita sekarang?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2012 at 4:15 PM

berapa kos asal keseluruhan stadium...kurang atau lebih dari kos baik pulih bumbung?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2012 at 4:21 PM

iktibar:

1. takpe lar kalau nak tolong kroni mace pkhatan selangor, tetapi jangan abaikan kelayakan

2. jangan jadi mace klate...jarak antara yang berada dan tidak berada umpama langit dan bumi.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2012 at 4:30 PM

DT,

bukan sedikit bangunan runtuh dengan sendiri

(kerana masalah teknikal/mekanikal)

di luar negara (seperti Taiwan, AS, India, dsbnya)

tetapi dalam kes ini kebetulan ia berada di

negara yang mana kerja pembangkang hanyalah

mencari kesalahan orang lain secara aktif.

....................
Reply To This Comment ...................
August 27, 2012 at 4:36 PM

Saya ada terbaca dulu, kalau tak silap keseluruhan stadium kosnya rm292 juta. Untuk membersihkan runtuhan stadium dulu, kos nya rm20 juta.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2012 at 4:44 PM

baikpulih mahal pada buat baru woi.... banyak mende yg kena ubah...tolong marahkan jugak pada arkitek yang buat bangunan stadium itu, masa reka tu fikir tak ketahanan struktur bumbung ....kontraktor buat berdasarkan pelan arkitek...cuba cari siapa arkitek....

....................
Reply To This Comment ...................
August 27, 2012 at 4:53 PM

Sebab tu saya tulis, kalau kerajaannegeri rasa tidak perlu nak jelaskan apa-apa, maka buattak tahu jer. Tapi pandangan rakyat mengatakan ia mahal.

Kenapa tidak kerajaan saman jer kontrektor lama stadium tu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2012 at 5:03 PM

bila lg nak kayakan kroni..bila rasuah berleluasa inilah jadinya..stadium runtuh, tangki air runtuh..akibat rasuah projek yg bernilai 1j akan jd 20j..tp bahan binaan berjumlah 500k..mana x runtuh..mujurlah tiada kematian..duit rakyat dibazirkan..sedangkan masih ramai yg miskin..hidup umno...hidup bro din yg mempertahankan umno yg korup.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2012 at 5:05 PM

ini ke alasan kita untuk jadi negara maju...bandingkan dengan negara luar dari segi keburukan bukan kebaikan.... jgn kita jadikan benda ni amalan...asal eksiden dan jadik benda lain..kita tuding pada sipolan lain.. BTW Din...patut kos ni HEMPUK jer pada kontraktor dan perunding bangunana... kenapa kerajaan NEGERI plak nak biayai BIAWAK nie...dan patutnya juga..KERAJAAN NEGERI SAMAN je kontraktor dan arkitek serta semua terlibat termasuk JKR yg meluluskan... hahahaha....

....................
Reply To This Comment ...................
August 27, 2012 at 5:36 PM

Tulah masalah saya ...... nak pertahankan Umno yang korup atau memperjuangkan Pas yang LAGI TERUK diperkudakan pengkhianat negara ...... hmmmmm saudara pilih mana ?

....................
Reply To This Comment ...................
August 27, 2012 at 5:37 PM

Isu ni SIMPLE BIN MUDAH jer - saya terbaca lapuran yang kata kos baiki stadium itu mahal dan saya setuju. Makanya saya tulis disini.

Saya tak kaitkan dengan politik langsung ! Salahkah saya sebagai rakyat bertanya ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2012 at 5:39 PM

meskipun kosnya berpatutan, marhaen akan tetap pertikai semua itu kalau ada rasa keterpinggiran.

kalau marhaen terlibat dalam projek sebegini mereka tidak rasa terpinggir...dan kalaulah berlaku kecacatan, tidaklah ada pihak pertikai lebih dari sepatutnya, kan kan?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2012 at 5:50 PM

Memang benar spt yg dikatakan, normally kontraktor ada "Defect liabilty" /Tanggungan Kecacatan selama 1 atau 3 tahun.Bergantung kpd kontrak. Sebarang kerosakan akan ditanggung oleh kontraktor didalam masa tersebut. Mungkin projek baru ni telah melepasi defect liabilities.

Prosedur sesuatu projek itu dimulai dgn cadangan dari Tetuan/Owner. Akitek menentukan kesesuaian lokasi kalau trengganu mungkin diambil kira "Velocity factor" iaitu arah dan kelajuan angin dan ketahanan material kesan dari tiupan angin (kalau posisi projek ditepi laut material mestilah anti karat) setelah akitek design bagi pulak kat struktur engineer utk calculate strengthen structure (Selalunya.light Weight and heavy duty material akan dipilih kerana berdasarkan kpd Lateral Force/Daya melintang yg akan ditanggung oleh struktur) ,

Lepas tu bagi pulak kat QS utk kira Kos...forward pulak kpd EPU/MOF utk approval.Bila approve baru buat submit plan kat PBT tempatan.Base on my experience, memang agak keterlaluan 120j utk roofing, dgn harga sebanyak itu kita boleh membina 5 biji MRSM.Jadi nak salahkan akitek ke, struktur engineer ke. atau QS tak bolehlah....yg salah adalah EPU and MOF.Dia orang yg luluskan.

Tapi mungkin jugak semahal itu kalau setiap elemen struktur dibalut dgn kristal....wohaaaa!!!!!!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
August 27, 2012 at 6:24 PM

Haaa... saya nak tulis macam tu lah tadi tapi tak jumpa perkataan ia .... hehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2012 at 7:56 PM

Bro din, saya nak off topic sikit boleh tak

Saya nak mintak din tolong siasat sejauh mana besarnya pengaruh syiah dalam pas. Saya menjadi semakin risau apabila melihat gambar2 pertemuan antara pimpinan pas dengan pemimpin syiah iran. Syiah adalah isu yang sangat penting sebab ia melibatkan aqidah kita sebagai ahli sunnah wal jamaah. Saya takut apabila golongan syiah menguasai pas, umat islam akan menjadi berpecah-belah. Harap din keluarkan artikel khas tentang syiah. TQ.

Post a Comment