........... Kes Umno Saman Pas Isu DUMC - Kes DiBuang TAPI Harakah Dan Mustafa ADA Menfitnah ? ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kes Umno Saman Pas Isu DUMC - Kes DiBuang TAPI Harakah Dan Mustafa ADA Menfitnah ? !

Monday, August 13, 201211comments



Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membuat keputusan menolak saman Umno Selangor berhubung penerbitan satu artikel dalam akhbar Harakah yang didakwa memfitnah parti itu tahun lalu.

Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin membuat keputusan tersebut setelah meneliti peruntukan yang terkandung dalam Seksyen 9C Akta Pertubuhan.

Di bawah seksyen itu, hanya penama yang dimasukkan dalam daftar pertubuhan berhak menyaman atau disaman oleh mana-mana pihak terhadap pertubuhan berkenaan.


Mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Pertubuhan, Datuk Abdul Rauf Jusof selaku Setiausaha Kerja Umno Pusat iaitu penjawat awam Umno adalah penama yang berdaftar sebagai pendaftar pertubuhan dan hanya beliau yang berhak membawa kes.
SINAR

Maknanya kes dibuang atas sebab TEKNIKAL dan bukannya berdasarkan APA YANG BERLAKU. Malah Mustafa sendiri berkata -

"Hakim memang ada mengatakan bahawa ada unsur-unsur fitnah, tetapi pihak plaintif tiada locus standi untuk membawa kes,"



Unsur fitnah ada ! ? Cuma sebab tersalah orang yang bawa kes ke mahkamah ?

Nak komen macamana ni ya ....... nanti dituduhnya saya menghina mahkamah pulak. Gini, saya bagi satu analogi - CONTOH -  ( Nama tidak ada kaitan dengan yang masih hidup atau yang dah mati )

Mustafa telah merogol seorang wanita. Simangsa takut dan malu hendak buat repot. Namun rakan simangsa bernama Abby telah buat repot polis dan bila kes dibawa kemahkamah, KES DIBUANG atas alasan Abby tidak punya locus standi , Abby bukan mangsa dan dia tidak mengalami sebarang kerugian.

Mustafa suka sangat ! Melompat2 dan bertakbir ..... Nah, mahkamah kata aku tidak bersalah !

BENARKAH MUSTAFA TIDAK BERSALAH ?


Dan jika wujud unsur FITNAH, bagaimana dengan HUKUM ALLAH ?

Artikel berkaitan sebelum ini - KLiK

Share this article :

+ comments + 11 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2012 at 7:47 PM

Maaflah. Peguam yang mewakili UMNO tak tahu ke peruntukan ini? Kadang2 saya geleng kepala sendirian.

Siapa yang bodoh?

....................
Reply To This Comment ...................
August 13, 2012 at 7:56 PM

lebih kurang kes liwat pertama anwar la ni.ada bukti dan hakim percaya perbuatan liwat berlaku tetapi masa dan tempatnya tidak dapat dipastikan ketepatannya.mereka yang dikatakan sebagai mempunyai locus standi dalam kes ini patut bertindak dan tidak hanya berdiam diri seperti bos besar umno...

....................
Reply To This Comment ...................
August 13, 2012 at 8:24 PM

Pemimpin Pas yang mendabik dada sebagai pejuang Hukum Allah, berselindung disebalik kelemahan undang2 ciptaan manusia untuk melepaskan diri dari dosa yang mereka lakukan .

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2012 at 8:38 PM

saya setuju ! PAS harus bertindak menghukum Harakah dan Mustafa kerana terbukti wujud unsur fitnah walaupun tidak disabitkan kesalahan atas alasan teknikal.

teringat 121 Hotel Perdana satu ketika dulu .......... buang kes atas alasan teknikal juga. AHLI2 PAS HARUS MALU DENGAN SIKAP PEMIMPIN2 MEREKA YANG HIPOKRIT !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2012 at 9:46 PM

Setuju 1000%.... belajar la dari kesilapan ni. Fitnah memang telah berlaku, tapi sebab kebodohan peguam yang mewakili UMNO, kes ni dibuang senang-senang je....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2012 at 9:50 PM

PAS peduli ape tentang hukum-hukum dunia ni, mereka dah 'tentu' dapat syurga tajaan Pok Nik. Fitnah memfitnah memang dah jadi makanan rutin mereka, perkara yang betul tolak ketepi demi undi....

Cuma aku tergelak dengan kenyataan Mustafa, dulu bermati-matian kata ade bukti UMNO terlibat dalam kes serbuan di DUMC. Bila dalam mahkamah boleh pulak kata, bukti dia takde, cuma dengar sok sek sok sek cakap pegawai di Jais je. Memang haram jadah punye Setiausaha Agung....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2012 at 9:57 PM

Harap Datuk Mohd Hafarizam Harun belajar sesuatu dari kes ini. Satu lagi, terus buat rayuan, Stopa Ali tak patut dibiar dan dibebaskan kerana fitnah dia tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2012 at 9:57 PM

SHAH ALAM 13 Ogos - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa artikel yang diterbitkan dalam Harakah tahun lalu berkaitan dengan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas sebuah gereja pada 3 Ogos 2011 telah memfitnah UMNO Selangor.

Baimanapun, mahkamah dalam prosiding sama tidak membenarkan tuntutan yang difailkan oleh Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed kerana beliau bukan penjawat awam yang boleh berbuat demikian. - UM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2012 at 1:56 AM

BOLEH tak aku katakan TIADA TUHAN DALAM PAS MELAINKAN KEMENANGAN semata-mata KEMENANGAN dalam setiap apa tindak-tanduk PEMIMPIN PR . Allah TAK WUJUD bagi GOLONGAN PR. BOLEH ....???

....................
Reply To This Comment ...................
August 14, 2012 at 2:02 AM

TAK BOLEH ! itu seperti sudah mengkafirkan mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
August 14, 2012 at 8:46 AM

ari tu masa umno p.pinang saman dap pun kena tolak atas sb yg sama..

Post a Comment