........... Kes Anwar Saman Utusan - Benarkah Hasan Ali GELABAH Diasak Peguam ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kes Anwar Saman Utusan - Benarkah Hasan Ali GELABAH Diasak Peguam ?

Monday, August 13, 201212comments

Cuba baca lapuran Keadilandaily mengenai kes Anwar saman Utusan ketika peguam menyoal Hasan Ali. Artikel ini turut di copy oleh bloggers mereka. Pada pandangan anda - Apakah Hasan Ali GELABAH ?

Klik dan Baca pula cara SINAR melapurkannya.- 

Hasan: Temu bual Anwar dengan BBC bermaksud menghalalkan kegiatan homoseksual


Kes Anwar saman Utusan: Hasan Ali gelabah diasak peguam


KUALA LUMPUR 13 Ogos: Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Hasan Ali tidak keruan selepas diasak peguam N Surendran berhubung tuduhan beliau kononnya Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghalalkan homoseksual.

Dalam keadaan tertekan, Hasan tetap mempertahankan kenyataannya mendakwa Anwar menyokong homoseksual seperti yang disiarkan pada muka depan Utusan Malaysia pada 17 Januari lalu bertajuk “Tolak Anwar – Hasan”.

Berikut adalah soalan yang diasak Surendran kepada Hasan:

Surendran: Anwar telah mengatakan “We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women”. Berdasarkan pendapat anda, adakah ayat ini menunjukkan Anwar tidak menyokong homoseksual?

Hasan: Yang Arif saya membaca keseluruhan ayat. Ayat pertama dan ayat kedua (but we should not be seen to be punitive and consider the archaic law as relevant) tidak dapat berdiri dengan sendirinya dan ia tidak memberi maksud homoseksual tidak diterima.

Surendran: Kalau kita lihat ayat kedua, adakah anda setuju ‘archaic law’ adalah undang-undang lapuk?

Hasan: Saya tak setuju sebab kelapukan tidak pernah berlaku dalam undang-undang Islam.

Surendran: Adakah anda setuju tidak ada apa-apa rujukan undang-undang Islam dalam ayat itu?

Hasan: Undang-undang Islam tidak ada tetapi ayat ini merujuk kepada undang-undang Islam.

Surendran: Adakah anda setuju tidak ada rujukan undang-undang Islam?

Hasan: Ya, tidak ada.

Surendran: Berdasarkan kenyataan “We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women” adakah Anwar menyokong institusi perkahwinan antara lelaki dan perempuan?

Hasan: Ya setuju.

Surendran: Dalam ayat ketiga “We need to review them. We do not promote homosexuality in public sphere and domain”. Adakah ayat itu menunjukkan Anwar menyokong homoseksual?

Hasan: Ya (disambut gelak tawa pemerhati di galeri awam kerana Hasan dilihat tetap mempertahankan pendiriannya).

Surendran: Anda pasti dengan jawapan itu?

Hasan: Ya!

Surendran: Saya cadangkan kepada anda ayat ini tidak sokong homoseksual tapi sokong perkahwinan.

Hasan: Saya tak setuju!

Dalam soal balas itu, Hasan turut ditanya peguam Latheefa Koya adakah sesuatu dosa itu akan menjadi jenayah apabila ia dilakukan di khalayak umum.
Bekas Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor itu menjawab, dalam hukum Islam dosa tetap dianggap satu jenayah tidak kira ia dilakukan secara sembunyi atau terang-terangan.

Latheefa:Adakah anda tahu perbezan antara dosa dengan jenayah.

Hasan: Saya tak pasti.

Latheefa: Saya cadangkan kepada anda sesuatu kegiatan yang dilakukan dalam Islam boleh dianggap sebagai dosa tetapi sekiranya tidak dilakukan di hadapan khalayak ramai, ia tidak boleh dijadikan sebagai jenayah. Adakah anda setuju?

Hasan: Tidak setuju. Sama ada di tempat awam atau tertutup, kalau itu tidak dibolehkan (berdosa), maka ia tetap tidak dibolehkan.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=34519

    
                      ***********************************

Saya setuju dengan kenyataan Hasan Ali ini -

Hasan: Yang Arif saya membaca keseluruhan ayat. Ayat pertama dan ayat kedua (but we should not be seen to be punitive and consider the archaic law as relevant) tidak dapat berdiri dengan sendirinya dan ia tidak memberi maksud homoseksual tidak diterima. 

Ayat harus dibaca secara keseluruhan dan tidak boleh dipisahkan. Penggunaan perkataan BUT / TAPI menunjukkan kedua bahagian itu adalah SATU AYAT. Malah bagi saya, soalan dari wartawan BBC juga harus dibaca sama kerana keseluruhan jawapan Anwar adalah merujuk kepada soalan berhubung hak Homoseksual.

A BBC reporter had asked Anwar whether he was prepared to push for the idea of anti-discrimination as far as gay rights were concerned,...             


Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2012 at 10:36 PM

Perangai AnWAR memang suka konar-konar. Dia ingat rakyat Malaysia ni semua bodoh-bodoh macam pemimpin hamPAS kot. Depan rakyat cakap lain, dalam bilik depan jambu cakap lain. Can I F*** You Today..???

Aku doakan Hassan Ali beroleh kemenangan dalam 'kes fitnah' yang sememangnya bukan fitnah ni. Sesuatu yang berbeza dengan kes fitnah oleh Stopa Ali tu....

....................
Reply To This Comment ...................
August 13, 2012 at 10:44 PM

Ada kemungkinan anwar boleh menang sebab banyak bergantung kepada kepetahan peguam dalam membelit. Dan peguam2 memang pakar pembelit

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2012 at 11:19 PM

InsyaAllah, doakan Hassan Ali berjaya dalam dugaan melawan dajjal AnWAR ni. Tak selamanya AnWAR mampu memperbodohkan rakyat Malaysia. Yang tak mahu cerdik-cerdik je akan terus jadi balaci mempertahankan 'Anughairah Tuhan' tu...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 13, 2012 at 11:20 PM

itulah namanya loya (Lawyer) buruk....memang tepat bila kita tengok pada soalan peguam di atas....Sengaja mereka membangkitkan soalan berkenaan pada statement pertama Anwar (dengan sengaja) tanpa menyebut tentang statement kedua "archaic law" tersebut dan tanya sama ada hasan ali setuju atau tidak...

mereka ini memang misleading...

....................
Reply To This Comment ...................
August 14, 2012 at 12:01 AM

Anuwar ni memang pakar putar belit dalam bermain kata2.Sebab tu ramai mamat pas/pkr cair dengan ayat dia.

Ayat dia sengaja diucapkan untuk mengelirukan orang.Mamat2 pakatan yang cair dengan aljub ni pasti membaca apa yang tersurat tanpa mahu memahami apa yang tersirat.Tapi orang2 yang lebih cerdik dan teliti akan dapat menangkap maksud sebenar celaka(pinjam ayat najis)ini.

Ketika ditemubual oleh BBC anuwar mahu dikenali di barat dan antarabangsa sebagai seorang muslim liberal yang tidak memandang serong pada golongan lgbt.Ini yang tak difahami oleh pencinta2nya di Malaysia.Anuwar membina persepsi yang berlainan untuk audien yang berlainan.Aljub adalah seorang munafik yang pandai berlakon bergantung kepada audiennya.

Ketika ditanya oleh wartawan luar satu ketika dulu sama ada dia gay atau tidak,jawapan sepatutnya sama ada yes or no,semudah itu tapi anuwar tidak menjawab begitu sebaliknya bermain kata2 pusing sana pusing sini yg tak menjawab soalan.Begitulah manusia putar alam bernama anwar ibrahim.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2012 at 1:32 AM

setidak-tidaknya kes ini akan memberikan satu mesej jelas pada golongan songsang sama ada mereka mendapat sokongan moral dari pemimpin tertentu secara tersurat macam di AS atau secara tersirat.

yang patut difahami oleh marhaen ialah kes ini hanya berkisar pada kenyataan media tetapi bukan pendirian sebenar terhadap golongan yang menjadi isu. dalam kata lain kes ini hanya akan menetapkan apa sebenarnya maksud kenyataan media berkenaan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2012 at 8:20 AM

Apa benda la korang semua ni ...

Yang Arif saya membaca keseluruhan ayat. Ayat pertama dan ayat kedua (but we should not be seen to be punitive and consider the archaic law as relevant) tidak dapat berdiri dengan sendirinya dan ia tidak memberi maksud homoseksual tidak diterima.

Macam mana korang translate ayat ni? Bergantung pada pendirian/pemahaman masing2 kan? Aku punya terjemahan - Org Muslim dan bukan muslim sokong institusi perkahwinan antara lelaki dan wanita (secara lumrah) tetapi kita tidak boleh dilihat seolah-olah menghukum dan menggangap undang2 lapuk sebagai relevan.

Bagi tau tranlasi anda, baru komen .... jangan dok ikut je apa orang cakap, tak sedap tambah rasa.

....................
Reply To This Comment ...................
August 14, 2012 at 8:52 AM

undang2 lapuk yang berkaitan isu apa ? itu saudara tak sebut.

Makanya saya sarankan supaya soalan wartawan BBC itu juga kita kena sebut supaya tidak lari topik.

....................
Reply To This Comment ...................
August 14, 2012 at 9:06 AM

A BBC reporter had asked Anwar whether he was prepared to push for the idea of anti-discrimination as far as gay rights were concerned..

We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and committed to support the sanctity of marriage between men and women BUT we should not be seen to be punitive and consider THE archaic law as relevant..

terjemahan aku plak.. kita org muslim dan bkn muslim secara umumnya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara laki dn pompuan TETAPI kita tak patut dilihat sebagai menghukum dan menganggap undang2 lapuk ITU sebagai berkaitan..

nko tertinggal perkataan ITU yg merujuk kpd hukuman undang2.. kalau kat malaysia ni, hukuman tu samada sivil atau syariah TETAPI kegiatan homoseksual MESTI dihukum.. mana boleh kata hukuman utk homoseksual tu lapuk.. takde kaitan langsung dgn pemahaman individu.. ayat ni straight fwd.. kecuali bila nko dan geng2 pakataiks yg sengaja memadamkan sesetengah ayat atau perkataan utk pusing sket makna text dsai, utk sesuaikan gelaran anugerah tuhan yg wan azizah bg kat laki dia tuu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2012 at 3:59 PM

YANG MANA SATU UNDANG2 LAPUK? KALAU IKUT SATU AYAT, SANGAT JELAS DIA MENGATAKAN UNDANG2 ISLAM ITU UNDANG2 LAPUK. NAMPAK SANGAT SURENDRAN DAN LATHEEFA TENGAH MENGGUNAKAN KEPAKARAN MEMBELIT MEREKA..SPIN SINI BELIT SANA CORNER BARING..SEMUA DORANG AKAN BUAT...SEMATA2 UNTUK MENGELIRUKAN SEMUA ORANG..TENGOKLAH..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2012 at 12:48 AM

lagi satu dia tertinggal perkataan "general" yang bermaksud SECARA UMUM...iaitu secara umum orang islam dan bukan islam menyokong kemurnian/kesucian perkahwinan lelaki perempuan seperti yang ada pada translation rexuan di bawah!. dengan adanya ayat "umum" ini ia menjadikan ayat tersebut sebagai mengatakan bukan semua orang islam menyokong menjadikan ayat ini rapuh dan tidak boleh membawa maksud dengan kepastian yang Anwar juga termasuk dengan golongan islam yang menentang homoseksual kerana mungkin sahaja dia termasuk dengan golongan Islam yang menyokong homo! Inilah namanya ayat lidah bercabang instead of saying firmly that he himself including in general of muslim doesnt support homo he chooses a careful and deliberate statement as above so that to make it softer to BARAT. In the end ayat diatas boleh sahaja membawa maksud keduanya tetapi ayat seterusnya berkenaan archaic law itu membawa kepada lebih cenderung menyokong homo...

Aku bagi komen dekat blog kelab greenboc berkenaan hasan terbelit kata YA pada dua soalan sama? aku kata yang dia itu yang sebenarnya terbelit otak dan tak ada kontradiksi mahupun kesalahan pada perkataan Ya pada kedua dua soalan itu berdasarkan hujah yang details.....Haram dia tak siarkan...ponat aku menulis...

So much for transparency and fair media coverage uh????

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2012 at 10:48 AM

greenboc? hehe..sorila bro. dia takkan lepas hujah2 kuat yang menentang depa. aku pun dah kena dah..depa takut penyokong2 depa terbaca komen kita..takut beb...takut. blog tu takde kredibiliti langsung..malas dah aku nak jenguk kat situ..

Post a Comment