........... Kemeriahan Pertandingan Pelita Raya 2012 Di Tepoh Terengganu | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Kemeriahan Pertandingan Pelita Raya 2012 Di Tepoh Terengganu

Saturday, August 11, 20123comments



KUALA TERENGGANU - Tradisi warisan lama orang Melayu memasang lampu pelita semasa bulan Ramadan terutama menjelang malam tujuh likur atau 10 malam terakhir sebelum sambutan Hari Raya Aidilfitri, kini semakin berkurangan dan jarang dapat dilihat di Malaysia.

Namun, bagi penduduk di lima buah kampung di Tepoh di sini, sambutan Ramadan mereka agak istimewa kerana pada bulan berkenaan mereka akan menghiasi halaman rumah dengan disimbahi cahaya pelita minyak tanah.

Fenomena ini menjadi tradisi dan acara tahunan bagi masyarakat di Kampung Padang Hangus, Kampung Raja Tepoh, Kampung Baru Tepoh, Kampung Padang Ubi dan Kampung Tokeng sejak diperkenalkan, yang kini memasuki tahun ke-12.

Antara replika yang dicipta menerusi cahaya pelita minyak tanah ialah bentuk kapal layar, ketupat gergasi, kereta kebal, pokok kelapa, kereta lembu, beca, bintang dan bulan, Menara Berkembar KLCC, Masjid Putrajaya dan beberapa lagi mercu tanda kebanggaan negara.Seterusnya - SINAR

Share this article :

+ comments + 3 comments

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
August 11, 2012 at 7:48 AM

Syabas pendudok-penduduk Kampong Tepoh, tradisi dikekalkan 'susasana diserikan.

Saudara Din !,

Terima kasih dengan berita bergambar sebagini,dapat juga kita tengok ,tak semua tempat ada suasana begini.

....................
Reply To This Comment ...................
August 11, 2012 at 9:30 AM

Nak datangkan mood raya :))

....................
Reply To This Comment ...................
August 11, 2012 at 9:31 AM

Suasana pelita raya (di Perak dipanggil 'panjut'), termasuk pertandingan, telah dihentikan berbelas tahun lalu atas teguran Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria.

Post a Comment