........... JIHAD kalau gugur dalam menentang Umno tapi MERBAHAYA melabelkan Dap sebagai Kafir Harbi ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

JIHAD kalau gugur dalam menentang Umno tapi MERBAHAYA melabelkan Dap sebagai Kafir Harbi ?

Friday, August 17, 201210comments

SEBAGAI TANDA PROTES, saya akan kekalkan artikel dibawah pada awal setiap artikel untuk beberapa hari. Untuk terus ke artikel baru sebagaimana tajuk, skrol kebawah selepas artikel protes ini. 

 

Pemimpin Umno Kelantan Dan Terengganu Pandang Rendah Peranan Bloggers ! Tak Nak Ubah Ker ?

Saya rasa tajuk artikel ini saja sudah cukup memberi hint kepada anda halatuju penulisan saya seterusnya ... Saja saya tulis dekat nak Raya ni supaya mereka yang berkenaan tu, bila dah berjumpa beraya sesama anda, boleh berbincang sejenak isu yang saya timbulkan ini..... itu pun kalau mereka cakna dengan perkembangan dunia politik dialam maya.

Setakat ini saya berani katakan bahawa pemimpin2 Umno di Kelantan dan Terengganu langsung tidak pandang akan peranan bloggers ! Bukan saja tidak hiraukan bloggers malah sesetengah mereka melihat secara NEGATIF akan bloggers. Menganggu, mengacau, menyemak dan tidak diperlukan. Adalah sorang dua tu yang nampak sedar tapi majoriti yang lainnya - Bloggers ni SERABUT !

Mereka tidak sedar banyak isu2 politik masakini yang bermula dari blog, ditangani oleh bloggers dan dijawab oleh para bloggers pro Umno. Peperangan politik didunia maya ini tidak banyak disedari oleh pemimpin2 Umno Pantai Timur yang rata2nya masih berfikiran konservatif.

Kelantan dan Terengganu punya persamaan dari segi politik dimana hampir kesemua isu nya melibatkan isu2 Melayu Islam dan parti Pas. Disinilah lubuk kekuatan Pas, dan waktu sama disinilah juga sebenarnya banyak isu yang boleh dibangkitkan tentang Pas.

Kalau disebelah pantai barat kita boleh lihat betapa rancaknya peranan para bloggers dalam menangani setiap isu yang timbul. Pantang ada isu sikit ....... berderu mereka serbu macam semut ! Kalau takde isu pun, mereka akan pecahkan otak wujudkan isu ! Pendekata, meriahlah.....Dan peranan mereka pula jelas diiktiraf oleh para pemimpin. Tapi di sini .... hampeh.

Cuba tanya berapa ramai bloggers pro Umno yang aktif di sini ?

Tidakkah anda mahu melihat dunia bloggers Pantai Timur ini juga turut 'meriah' dengan pelbagai isu yang begitu cepat dan tangkas ditangani oleh para bloggers pantai timur sendiri ? Malah mode operasi diPantai Timur mungkin boleh bertukar kearah MENYERANG dengan mencari pelbagai isu yang selama ini tidak dipandang langsung.

Peluru yang sama juga akan dibekalkan kepada para bloggers dipantai barat kerana setiap isu lokal jika diolah dengan betul, akan menjadi isu nasional.

Tapi sayang .... seperti yang saya sering katakan kepada rakan2 bloggers dari Pantai Barat, disini pemimpin2 Umno tidak pandang walau sebelah mata akan peranan bloggers. Tak tahulah mereka TAKUT senjata akan makan tuan ( ! ) atau mereka tidak mampu untuk berfikir diluar kawasan masing2 ! Semua hanya pentingkan diri dan kawasan mereka saja.

Tak kisahlah kalau ada yang nak marah dengan artikel saya ini. Nak kejut orang yang tidur lena kenalah keras sikit. Nak maki orang yang kejut itu pun, maki lah ..... janji dah bangun !

Punyalah banyak isu Pas yang boleh dibangkitkan tapi takde siapa yang mahu ambil cakna. Dan kalau ada mana-mana pemimpin yang kena serang, ikut pandai mu lah .. Cuba kalau ada Team Bloggers yang mampu memainkan peranan dengan berkesan ...... Terutama di Kelantan - Umno serius ke nak menang ? Atau di Terengganu - Bukan ke cukup makan jer ?

Tak perlulah saya berikan contoh2 .... anda semua tahu sendiri. Saya bukan maksudkan bloggers yang sibuk bersama2 pemimpin melaporkan perasmian itu ini ..... semua kerja itu dah ada 'pekerja' nya. Faham2 sendirilah ...

PRU13 dah semakin hampir ...... saya sekadar memberi pandangan saja. Untuk cadangan pula ..... takkanlah saya nak tulis kat sini ! Giler ... ramai juga orang Pas baca ni hehehehe ....

Akhir kata, kepada semua Pemimpin Umno Kelantan dan Terengganu - SELAMAT HARI RAYA !

                                      ***************************************

JIHAD kalau gugur dalam menentang Umno tapi MERBAHAYA melabelkan Dap sebagai Kafir Harbi ?


Kelakar lah bila baca kenyataan Pas takut penggunaan istilah kafir harbi sangat berbahaya kerana ia diibaratkan menghalalkan darah orang DAP. SINAR



Demikian kata Khalid Samad - “Dalam soal nak mengatakan haram atau sebaliknya jangan sampai tahap isytiharkan mereka ini sebagai murtad atau kafir harbi sehingga menjadikan darah mereka halal.


YB Khalid, Tolong jangan samakan taraf mentaliti orang Pas dengan yang tidak menyokong Pas. Orang Pas mungkin akan ikut jer MEMBABI BUTA apa yang pemimpin Pas katakan, mereka semua tak pandai nak guna otak untuk berfikir sendiri, menilai kebenaram pada setiap kenyataan pemimpin. A kata pemimpin Pas, maka A lah yang diterima.


Menentang bagi kami bukan bermakna menumpahkan darah ! Apa yang dikatakan sebagai 'Fatwa' Dap itu Kafir Harbi, sudah hampir dua minggu diucapkan ..... ADA TAK LAPURAN MANA2 ORANG DAP YANG TELAH DITUMPAHKAN DARAHNYA OLEH ORANG MELAYU ISLAM ATAS DASAR FATWA ITU ? Kalau sebegitu ceteklah pemikiran orang kita pada pandangan Khalid, dah lama kita berperang dengan kafir harbi Dap tuh...

Orang Melayu yang bukan orang Pas tidak serendah itu pemikiran kami. Penentangan kami terhadap Kafir Harbi Dap akan diterjemahkan melalui kertas undi - TOLAK DAP ! dan sesiapa yang bersekongkol dengan Dap.


Punyalah pemimpin Pas nak mempertahankan / bodek rakan Kafir Harbi mereka ......Mungkin Pas tak sedar ramai dikalangan pemimpin Dap merupakan pendakwah tegar Kristian ! Nah, ni saya copy dari ucapan terbaru Hadi sendiri -

Allah berfirman dalam al-Quran, Surah al-Baqarah ayat 120:

Maksudnya: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (Wahai Muhammad) sehingga Engkau menurut agama mereka. Katakanlah (kepada mereka): "Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk Yang benar". dan Demi Sesungguhnya jika Engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu Yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah Engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) Yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepada mu”.

Tapi seperkara lagi, kenyataan Khalid ni buat saya terfikir akan Amanat Hadi yang sehingga kini masih belum ditarik balik .......

JIHAD kalau gugur dalam menentang Umno tapi MERBAHAYA melabelkan Dap sebagai Kafir Harbi ? Ni hukum mana yang Khalid pakai ni ?

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2012 at 3:24 PM

sebagai org tak tak alim sgt dalam hal agama kadang2 terdetik dalam hati ni yang PAS ni semakin lama semakin teruk dan semakin merapu...nampak sangat2 memang menjual Islam demi kepentingan undi dan bukan nak tegakkan Islam sgt dah ....tapi bila 2,3 org, org kuat PAS sendiri pon beranggapan macam tu mmg betul la PAS semakin hanyut dalam mengejar undi bermodalkan serban,jubah dan ayat quran....

sy setuju yg bukan semua pengundi ahli PAS yg mudah telan apa saja yg pemimpin PAS cakap....bagi saya jiwa kita ni Allah boleh bolak balik kan....kalau 2008 kita undi PAS tak mustahil Allah tetapkan jiwa kita pilih selain PAS

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2012 at 3:50 PM

aku memang undi UMNO. kerana UMNO teras BN. memang BN ada salah. banyak pun. salah besar kerana rasuah. tapi bapak rasuah UMNO dah keluar pegi PKR. Itu la bapak dan emak segala rasuah dlm UMNO.
salah UMNO yg lain kerana suka buat cerita konspirasi. melayu benci cina la. pengganut kristian tak boleh meraikan krismas la. jatuh kan pemimpin tertinggi la.
zina dgn anak bini anak dara anak teruna la. tapi itu semua dah berlalu pergi ke parti yg lebih "adil"
salah UMNO yg paling besar dlm islam ialah (sekarang la) tak nak hudud dan rosmah tak pakai tudung dan belanja besar mcm dia PM.
tapi gebeng yg sana pasal tak laksnakan hudud, seolah olah perlembagaan islam itu, tanpa hudud runtuh la islam. seolah olah tanpa hudud, maka quran dan hadis itu tidak berguna lagi. pikir lama lama, sape la gila sampai nak jadi kan hudud atau hukum hudud lebih besar dari quran dan hadis. allahamdulillah , dah pergi ke parti yg sangat islam satu tu.
dan pasal rosmah, tak sangka ada org giler dan bodoh sangup pikir pasal tu.
pasal cina, mujur la perosak hubungan bangsa tu ada dlm parti anak beranak cina tu. tak nak pulak dia saman laporan mageran. lepas tu bising bising salah kan org melayu dan UMNO. yg pelik org sana tu percaya giler. nasib la kau org melayu belah sana.
jadi, buruk UMNO teras BN, buruk sangat la yg lain tu. sebab yg buruk semua dah belah kesana.aku undi UMNO teras BN. nasib kau la yg lain tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2012 at 4:36 PM

Bagi pas, menumbangkan sebuah kerajaan Islam yg diterajui umno adalah satu jihad. Sejak merdeka hingga kini, umno telah begitu byk menyumbang kpd Islam. Ramai org2 Islam telah dibela atas jasa dan prihatin pemimpin2 umno. Semua umno dah buat kecuali hudud je yg blom dilaksanakan lagi. Takkan hanya kerana hudud, umno wajib diperangi dan dijatuhkan. Hudud cuma 1% drpd tuntutan Islam, sedangkan umno telah melaksanakan 99% sumbangan kpd umat Islam meliputi ekonomi, pendidikan, modal insan dan bidang2 lain.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2012 at 7:30 PM

Boleh tahan juga bodoh kau ni ye.Hudud tu dlm Al Quran.Ko cuba jawap soalan aku ni.Boleh atau tidak,diambil separuh dr Al Quran dn buang separuh lg krn tk bersesuaian dgn UMNO?Bapak kpd rasuah berlambak dlm UMNO.Org yg kaki rasuah mati hidup blk pun dia tk kn sertai PKR.Bab zina tu,cuba ko bukti kn.Jgn nk sembang je.Dusta tu bkn sifat org ISLAM.Itu sifat org MUNAFIK.Ko tu yg bongok,di tipu UMNO msh lg nk menyokong UMNO!

....................
Reply To This Comment ...................
Zalee
August 17, 2012 at 7:42 PM

Lain kali fahami istilah tu dulu bro.Jihad bkn skdar berperang dn mati bro.Puasa tu jihad nafsu.Menyebar kn agama Allah pun jihad jg bro.Tetapi istilah Kafir Harbi lebih teruk.Maksud ny di halal kn utk membunuh mereka2 ni.Cuba tngk pulak imbuhan yg di perolehi oleh ulamak yg mengeluar kn fatwa tu.RM2 JUTA bro!Dn yg tk nampak salah UMNO,mengata kn salah UMNO cuma tk laksana kn hudud dn Rosmah tk pakai tudung.Nampak sngt bodoh ny.Tk ada PASAL ITU PULAK RAKYAT NK TUKAR KERAJAAN.Bnyk hal lain lg yg meruntun jiwa rakyat.Kos kehidupan yg meningkat,di Sabah kebanjiran PATI dn di Serawak pemimpin yg terlalu rakus menyamun harta rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
August 17, 2012 at 8:00 PM

saya sebut Jihad sepertimana yang terkandung dalam Amanat Hadi. Saudara masih ingat Amanat Hadi ? Adakah Hadi maksudkan Jihad memerangi Umno masa tu disamakan dengan jihad nafsu ?

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalahIslam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’.”

Kenapa tidak diterangkan kepada umat Pas 30 tahun dulu yang mati syahid diatas sama maknanya dengan jihad nafsu puasa ?

Saudara tu yang perlu fahami dulu artikel :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2012 at 10:17 PM

Perkataan hudud disebut dalam AL-Quran sebanyak 14 kali yang menyentuh perkara berikut :-

a. berkenaan hubungan suami isteri di dalam bulan puasa (disebut 1 kali) - pada surah 2 ayat 187
b. berkenaan perceraian (disebut sebanyak 8 kali) - 4 kali pada surah 2 ayat 229, 2 kali pada surah 2 ayat 230 dan 2 kali pada surah 65 ayat 1.
c. berkenaan faraid (disebut sebanyak 1 kali) - pada surah 4 ayat 13
d. berkenaan perkara umum (3 kali) - pada surah 4 ayat 14, surah 9 ayat 97 dan surah 9 ayat 112.
e. berkenaan adat zihar (1 kali) - pada surah 58 ayat 4.

Dalam kesemua sebutan perkataan hudud di 14 kali tersebut, tiada satupun yang merujuk kepada kesalahan jenayah (mencuri, berzina, tuduhan berzina, merompak, murtad dan ditambah dengan minum arak dan pemberontakan).

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 17, 2012 at 10:21 PM

mereka dh dihasut membenci umno. sbb dengki, nafsu amarah dan sebagainya. itu je.

yg lain cuma alasan, alasan pulak akan mempergunakan islam yg suci utk meniyakan ape yg derang nk:

mengikut nafsu membenci umno.

anon di atas, semua ko ckp berdegar2 je. mana hudud di kelantan, terengganu, kedah, selangor wilayah.

ckp je lebih. korang pn amik separuh2 je islam. kalau ikut logic ko la.

walhal byk bende kene tgk sebelum nk laksanakan hudud.

ckp org lain weh tgk diri sendiri la dulu. baru kene sergah dh kene pulangkan arak. hudud konon..

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2012 at 12:12 AM

Kah kah kah... Aku agak dah Din tunggu nak balun saja. Kawan kita terlupa 'JIHAD kalau gugur dalam menentang Umno' tu fatwa siapa. Itu lebih dahsyat lagi. Tapi nakwat camne, zaman tu Din masih hisap puting lagi kot. Kalau tidak tentu dah perang sivil dengan Hadi.

Macam kawan kita cakap kat atas, salah dan lemah UMNO/BN cukup banyak hingga tak terbilang dengan jari tangan dan kaki. Tapi aku cukup yakin dan percaya, pemimpin yang ada sekarang akan cuba atasinya sedaya mungkin. Kalau tak sempat, pemimpin yang akan datang pulak akan cuba.

Pemimpin UMNO/BN adalah manusia, banyak kelemahan. Tetapi sekurang2nya dema cuba membaiki kelemahan dan kepincangan, tahu akan kelemahan diri sendiri. Dema bukan sesempurna Nik Ajis atau sehebat Hadi. Tetapi sekurang2nya dema buat sesuatu untuk meletakkan Islam di tempat yang sepatutnya, beri kemudahan untuk memperkasa Islam dalam menghadapi dunia dan zaman yang semakin mencabar.

Tetapi apa pemimpin agung PAS buat untuk Islam? Memberi lesen untuk berjihad sesama Islam? Bersumpah seranah dan berdoa untuk kemusnahan insan sebangsa dan seagama? Menggali, mendedah dan mengutuk segala kelemahan musuh sejati ini semata2 untuk merebut kuasa politik? Itukah saja pemimpin Parti Islam SeMalaysia pandai dan tahu buat?

Dema juga zalim dengan pengikut dan penganut PAS sendiri. Dema menipu dan menganiaya dari segala segi, dari wang ringgit hinggalah memesongkan pegangan agama, memperalatkan Islam dan al-Quran semata2 untuk mengikat ketaksuban pengikut, bukan kepada agama, tetapi kepada diri mereka sendiri. Quran dan Hadith adalah ciptaan mereka, berubah mengikut keperluan, mengikut suka dema. Taraf dema melebihi nabi dan rasul jika dilihat bagaimana dema dipuji dan dipuja. Setiap tutur kata dema adalah firman yang perlu dipatuhi tanpa bersoal. Begitulah hebatnya kepupayaan mereka memperbodohkan pengikut sendiri, memperalatkan pengikut demi mencapai cita2 politik dema. Kiblat sudah ditukar dari Mekah ke Putrajaya.

Cukup hebat! Semuanya boleh kerana jihad songsang, kerana UMNO kafir, kerana UMNO adalah musuh sejati. Mana ada alim ulamak lain yang sehebat dema, tidak ada di Malaysia dan tidak ada di dunia ini. Yang lain itu hanya ulamak picisan, ulamak upahan yang bodoh dan dungu. Tidak setaraf dengan dema yang serba bijak, serba mengetahui. Oleh itu hanya mereka saja yang berhak memerintah negara ini, negara Malaysia Berkebajikan.

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2012 at 12:27 AM

Itu saja pun yang alim ulamak PAS pandai buat, mencari kesalahan orang, menghina dan menghasut biar benci membenci biar berpecah belah kita sesama ummat. Semua yang orang lain buat adalah menjurus ke arah keburukan. Itulah ajaran agama PAS, hingga berdoa pun ke arah kemusnahan.

Post a Comment