........... Jawapan PENUH Nik Aziz Terhadap Kenyataan Dr MAZA | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jawapan PENUH Nik Aziz Terhadap Kenyataan Dr MAZA

Friday, August 24, 201246comments

Kemaskini 10.00pm - Sila baca pula artikel selepas yang ini - http://dinturtle.blogspot.com/2012/08/hudud-kenyataan-penuh-nik-aziz-yang.html - dimana Nik Aziz bertukar nada pula...

Gambaran Salah : Perbetulkan Bukan Halang

by Nik Abdul Aziz Nik Mat on Friday, August 24, 2012 at 12:51pm ·

Di wad HUSM, saya membaca kenyataan yang dikeluarkan oleh Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang tersiar di dalam akhbar Sinar Harian hari ini 6 Syawwal 1433H bersamaan 24 Ogos 2012M berhubung isu hudud yang sedang dijadikan 'modal politik' oleh UMNO dan Barisan Nasional hari ini. Di dalam kenyataan tersebut, Dr Mohd Asri dipetik sebagai berkata bahawa Pas telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras pemimpin tertinggi DAP dan mengelirukan orang bukan Islam.

Barangkali kenyataan beliau dipetik separuh atau sebahagian kecil, wallahualam. Bagaimanapun saya berterima kasih kepada Dr Mohd Asri yang saya yakin berniat ikhlas di dalam membuat teguran.  Pada saya, para ilmuan seperti beliau berhak untuk membahaskan isu dengan secara ilmiah dan bukannya membiarkan orang-orang jahil melontarkan pandangan dengan tujuan bukan untuk menimbulkan kefahaman bahkan menambahkan kekeliruan. Apapun, saya ingin memberikan respon terhadap kenyataan beliau yang disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian tersebut.

Apabila Dr Mohd Asri menyatakan bahawa Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, menimbulkan salah faham hingga kini, ingin saya nyatakan enakmen tersebut digubal pada masa itu mengambil kira pandangan pakar-pakar perlembagaan dan undang-undang seperti Al-Marhum Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim dan Almarhum Dato Paduka Seri Setia Prof. Dr. Mahmud Saedon Awang Othman. Kedua-dua ini pada masa itu dianggap sebagai rujukan utama di dalam undang-undang syariah. Antara nama lain yang terlibat pula ialah Tun Salleh Abbas, Dr Abdullah Abu Bakar, Alamrhum Dato' Hasbullah Mohd Hassan, Haji Wan Mutalib Embong, Dato' Harun Taib dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Dato' Daud Muhamad. Jawatankuasa berkenaan dipengerusikan Timbalan Menteri Besar pada masa itu, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman.

Saya tidak bermaksud untuk menyatakan bahawa enakmen tersebut telah sempurna tanpa sebarang kecacatan, namun untuk menyatakan bahawa ia digubal sambil lewa amatlah tidak benar sama sekali. Kerajaan Kelantan telah mengambil inisiatif sebaik mungkin untuk mengumpul pandangan pakar-pakar bagi menjadikan enakmen ini satu kenyataan. Saya sentiasa terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan kritikan sekiranya ia mempunyai kelemahan. Datangkanlah alrtenatif dan buatlah pembetulan terhadap kelemahan.  Jika ingin dibincang sekalipun, silakan. Para penggubal ada lagi yang masih hidup alhamdulillah, pintu perbincangan masih terbuka. Namun menghantar surat menghalang pelaksanaan hudud bukan merupakan cara seorang muslim! Ia lebih mirip kepada gerak langkah politik jahat yang tidak berminat kepada hukum Allah SWT. Sesuai sangatlah apabila individu ini menulis, "better the devil you know than the angel you don’t..." (lebih baik syaitan yang anda kenal daripada malaikat yang anda tidak kenal).

Sudah 19 tahun ia dibentangkan, tempoh yang cukup panjang ini jika dinisbahkan kepada seorang manusia yang belajar, umur ini sudah menjejakkan kaki di universiti. Namun UMNO khususnya bekas presidennya yang sudah bersara tidak pernah mengambil langkah positif membentangkan hudud versi UMNO yang dikatakan adil itu! Tempoh 19 tahun, satu hurufpun hudud ala UMNO masih belum wujud, jika manusia belajar selama 19 tahun, tetapi sedikitpun tidak mengerti, apa gelaran yang akan diberi? Mengaku sahaja UMNO tidak berminat untuk melaksanakan hudud, apa yang dibisingkan hari ini hanya sekadar nyanyian politik semata-mata. Tangan menuding kepada orang lain, diri sendiri berkudis seribu.

Justeru, saya menyokong kenyataan Dr Mohd Asri yang menyebut bahawa ada golongan yang mengkritik hudud sudah rosak akidahnya. Rosak akidah inilah penyakit merbahaya dalam masyarakat. Ia lebih merbahaya dari sebarang virus di dunia. Walau apapun bangsa di dunia ; Arab, Melayu, Cina atau India sekalipun, kerosakan akidah ini padahnya ialah azab Allah SWT.

Semoga Allah SWT memberikan kejayaan kepada perjuangan menegakkan agamaNya di dunia ini Insya-Allah.

Sekian....

Salam dari saya,

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
6 Syawwal 1433H / 24 Ogos 2012M


                                         *******************************

Ada beberapa point yang saya nak komen , tapi cuma dua saja buat masa ini. Pertama,   Jika ingin dibincang sekalipun, silakan.  - Apakah Nik Aziz dah lupa pihak mana yang mulanya cadangkan MUZAKARAH dan kemudian sendiri TARIK BALIK ? Saya ingin bersangka baik kali ini , Apakah Nik Aziz ikhlas dengan jemputan diatas ?

Saya harap pihak kerajaan / Umno dapat terima dan kita boleh jadikan perbincangan itu sebagai langkah permulaan kearah sesuatu yang pastinya memberi kebaikan kepada umat Islam.

Kedua - saya menyokong kenyataan Dr Mohd Asri yang menyebut bahawa ada golongan yang mengkritik hudud sudah rosak akidahnya. Itu cuma sebahagian dari kenyataan Dr Maza yang dikutip oleh Nik Aziz, kenyataan sepenuhnya adalah -

Menolak nas Quran tentang Hudud ( hukumnya ) murtad. Tetapi menolak tafsiran ( atau ) / pendapat tentang Hudud oleh pihak tertentu tidak murtad.

Apakah Hudud yang dikemukakan oleh Pas itu satu nas Quran ATAU Tafsiran Pas ?

Kalau benar Nik Aziz ikhlas, tak perlulah nak menyindir atau berpolitik, CUKUP SEKADAR MENJEMPUT UMNO UNTUK DUDUK BERSAMA DAN BERBINCANG TENTANG HUDUD.

Apapun, saya harap 'jemputan' dari Nik Aziz itu disambut dengan hati terbuka oleh pihak Umno.

Share this article :

+ comments + 46 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 3:59 PM

blogger pro umno slalu x de komen..x de spe nk bce ke..ak sorg2 je ke bce?

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 4:03 PM

hehehehe ... komen bergantung kepada 'angin' artikel :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 4:09 PM

.
masakan sudah ribuan tahun

belum ada satu versi standard?

atau versi standard memang ada...

cumanya tak glamor pakai versi standard?

tak boleh cari makan kalau pakai versi standard?

NAMPAK SANGAT ADA YANG TAK KENA

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 4:10 PM

pd aku nik aziz ini kalau dia ikhlas bermakna dia bodoh, kalau dia cerdik bermakna dia tidak ikhlas krn ayat2 dia asyik nampak nak cari alasan dan menyalahkan umno shj

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 4:11 PM

.
sekor kejar duit untuk bawak mati

sekor guna hud hud sebagai pemanis bicara

sekor nakkan kebebasan mutlak

kalau tiga ekor ini bergabung sepatutnya tidak ada konflik

tapi kenapa berantakan jugak?

kenapa penang ada tremor?

Umnu dalang?

masala negara, yoep!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 4:15 PM

paling sempoi adalah perenggan paling bawah:

Hospital Bahagia, Uni Bahagia, Tanjung Bahagia, 0000 Bahagia

16 Syawwal 1434H / 24 Ogos 2013M

itew pun nak nak sebut jugak ker?

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 4:24 PM

bacalah alquran secara online di http://www.alquran.co.cc

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 4:25 PM

Bagi saya yang PENTING, kedua Pas DAN Umno dapat bertemu dan berbincang.

Tengoklah nanti betapa tingginya Anwar melompat !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 4:32 PM

DT,

kenapa baru sekarang agamawan

kata TDM tidak bersalah dalam isu hudud?

kenapa setelah bermacam-macam pelabelan negatif

dipakaikan pada TDM baru kenyataan sebegini keluar?

oh ya...dulu tak dak tweeter

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 4:36 PM

Jika UMNO/PAS duduk semeja Nuar bukannya melompat tapi terus pindah duduk Amerika.. kah..kah..kah..

Maknanya hukum 'hudud PAS' tu bolehlah jika nak di tolak..

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 4:42 PM

tau takper ....

tapi apakah orang Pas akan menerima pandangan Dr Maza itu ? Atau main pilih2 mana yang sesuai dengan agenda politik saja ? Seperti Nik Aziz sendiri yang tidak memetik sepenuhnya kenyataan Dr Maza , sepertimana saya tulis diatas..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 4:43 PM

ELOK HUDUD YANG TELAH DIHASILKAN ITU DIPERKEMASKAN LAGI SUPAYA MENJADI LEBIH LENGKAP DARI MASA KE SEMASA.
PERBETULKANLAH AYAT-AYAT AGAR TIDAK MENJADI MUSYKIL SEHINGGA DIFAHAMKAN SISUAMI BOLEH MELIWAT SIISTERI.
HUKUM HUDUD ADALAH HUKUM ALLAH, ELOK KITA TERUSKAN.
POKNIK TIDAK BERHAK MENCAMPURI HUKUM HUDUD KERANA POK NIK DAH BERKAWAN DENGAN SYAITAN.POK NIK TIDAK MEMPUNYAI ILMU KEARAH ITU MELAINKAN ILMU DYAITAN UNTUK PECAHBELAHKAN UMAT ISLAM ,ILMU BANGGA DIRI DAN ILMU MAKI HAMUN.POK NIK DOK DIAM DIAM

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 4:47 PM

Saya berpendapat mereka mereka yang menjadikan issue hudud sehinggalah ianya menjadi kecaman hebat beberapa pehak adalah kerana kefahaman akan hukum itu sendiri tidak mencukupi. Ada juga pehak dari kalangan orang orang Melayu yang beragama Islam termasuk pemimpin agung UMNO juga turut mempersendakan hukum tersebut. Sepatutnya sesuatu perkara yang tidak difahami di selidik terlebih dahulu dan janganlah jadi saperti burung kakak tua. Kerajaan kita ada majlis fatwa dan ustaz ustaz yang hebat serta menteri yang menjaga hal ehwal agama yang sepatutnya dirujuk sebelum penolakan dilakukan.

Oleh kerana hukum tersebut mula dituntut oleh Parti PAS, dan oleh kerana PAS dilihat ancaman kepada UMNO, maka tuntutan tersebut terus diperlekeh dan dipersendakan. Orang orang Melayu sendiri tidak mempercayai akan hukum Allah dan terus menerus menakut nakutkan bangsa lainya. Maka terjadilah saperti hari ini, hukum bahkan agama Islam sendirinya dipersendakan.

Kesalahan memberikan penerangan kepada umum terutama kaum bukan Islam sangat mengecewakan. Mereka mereka yang menanggap diri mereka pendukung agama juga tidak mampu memahami hukum itu, justeru penerangan yang diberikan hanyalah singkatan tanpa huraian. Contohnya saperti mencuri hukumnya potong tangan, zina, rogol semuanya berkehendakkan empat orang saksi. Saperti artikel penulis yang lepas jelas menerangkan kedudukan hukum hudud itu sendiri (xtract dari klip video - saya juga berkata saperti burung kakak tua kerana tak tengok pun clip video itu. Atas dasar kepercayaan kepada saudara penulis sajalah).

Oleh kerana hukum tersebut telah menjadi topic hangat ketika ini, maka saya berpendapat agar kerajaan memandang serious akan perkara ini. Untuk membentuk undang undang Islam pastinya mengambil waktu dan untuk melaksanakanya juga perlu dilihat kepada keadaan semasa. Walau bagaimana pun kerajaan perlu dilihat sedang mengambil initiative akan hal ini.

Nik Aziz telah pun mepamerkan sikap keterbukaan untuk berbincang dan diharapkan kali ini tiada syarat yang diberikan dan tidak ada pengubahan tajuk. Berhentilah dengan sikap mengutuk dan mempersendakan kerana perbuatan tersebut tidak akan memberikan kelebihan malah kebencian.

Sebagai seorang Melayu yang beragama Islam, saya tetap sokong pelaksanaanya kerana kepercayaan saya kepada Allah kerana Allah bersifat TAHU akan apa yang perturunkan kedalam AlQuran. Dalam soal ini, parti terpaksa diketepikan sementara waktu dan dari segi politik tidak mengira kecondongan kita kemana, hukum Allah tetap diperjuangkan.

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 4:51 PM

Satu pandangan yang selari dengan saya. TerimaKasih kerana sanggup meluangkan masa menaip dengan panjang lebar.

Kita tunggu perkembangan selanjutnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 4:54 PM

ya lah pak nik ini aku ambik untuk semua hali pakatan haram termasuk lah paknik, pinjam kata2 paknik sendiri

Tangan menuding kepada orang lain, diri sendiri berkudis seribu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 4:56 PM

saperti kata pepatah Melayu, sesat dihujung jalan, balik kepangkal jalan. sudah terhantuk baru tengadah. jelas kepada kedua dua pepatah ini menunjukkan tindakan sikap. kebetulanya sama samalah kita tunggu dan lihat kerana bukan kita pembuat dasar. doakan sajalah agar sesuatu yang baik akan diperolehi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 4:58 PM

bersangka baiklah beb. mungkin dalam banyak banyak helah itu ada terselit kebenaranya. oleh kerana kita belum pasti yang mana, layankan ajer ler

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 4:58 PM

semoga kita dapat memperaktikkan hudud dimasa akan datang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 4:59 PM

dalam hal ini sama samalah kita do'akan. setiap kebenaran tetap akan terserlah walau pun mengambil tempoh yang lama

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 5:00 PM

ada ker perenggan tu bang. mungkin saya terlepas pandang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 5:03 PM

Dr Asri selar Pas didalam isu Hudud..

Pas telah memberikan gambaran yang salah mengenai hukum hudud sehingga ia ditentang keras oleh pemimpin DAP.

Bekas Mufti Perlis, Prof. Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri Kelantan telah menimbulkan salah faham hingga kini.

“Mereka telah memberi persepsi salah mengenai hukum ini umpama dalam kes rogol, ramai bukan Islam seperti Pengerusi DAP, Karpal Singh faham bahawa perlu empat saksi bagi mengadili penjenayah, jika kawan sudah lama tidak faham bagaimana dengan rakyat biasa.

“Ia adalah gambaran salah yang cuba diberikan hingga menimbulkan persepsi negatif kerana tidak boleh membawa keadilan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas pendirian Karpal yang mengulangi pendiriannya menentang keras hukum hudud dengan menyifatkan ia mustahil dipraktikkan di negara ini.

Tambah Mohd. Asri, Pas perlu menyemak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia adalah yang benar dan tepat.

“Kita tidak mahu menimbulkan salah faham kepada orang bukan Islam. Jika mereka faham bagaimana hudud sebenar, ia tidak akan ditolak.

“Kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat Pas adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh parti itu tidak lengkap," jelasnya.

Menurut Mohd. Asri, adalah sesuatu yang biasa apabila bukan Islam di seluruh dunia tidak bersetuju dengan hukum hudud disebabkan persepsi salah terhadap maksud hukum tersebut.

“Hukum itu yang dilaksanakan pada sesetengah negara telah disalah guna menyebabkan salah faham dan gambaran negatif kepada orang ramai,’’ katanya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 5:04 PM

harap saudara penulis dapat muatkan text penuh Dr Maza bila dapat nanti untuk direnung dan difahamkan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 5:05 PM

tak kiralah apa pun tindak balas dia tu asalkan harapan perlaksanaan hudud menjadi kenyataan.

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 5:06 PM

sila rujuk kepada artikel kedua sebelum yang ini

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 5:08 PM

kamu ni bro buat marah dia jer. mana mungkin Pok Nik tak campur. kan ker dia tu tulang belakan parti PAS? kalau dia tak der, lumpuhlah PAS dan macamana pulak nak berbincang dengan UMNO nanti?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 5:11 PM

AnonymousAugust 24, 2012 3:59 PM

bang, kamu cukup bernasib baik dapat duduk nombor satu. sebab tulah agaknya kamu tak nampak orang orang dibawah. ingat ingat sikit bang, orang diatas tu kalau jatuh lebih teruk dari orang bawah, patah riok. he he he. jangan marah bang, senda syawal.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 5:19 PM

sememangnya jelas saperti diperkatakan bahawa maknusia diibaratkan saperti cermin kepada diri kita. dalam hal ini kita yang menjadi cermin kepada Pok Nik. cermin akan memberitahu apa yang kita tak nampak berkenaan diri kita. tapi carilah cermin yang betul dan bukanya yang mengejek.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 5:20 PM

insya Allah. Islam agama kita dan kita sepatutnya mengalukanya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 5:26 PM

terima kasih beb. mungkin sesiapa yang terlepas pandang akan berita tersebut faham. bukan nak menyalahkan saper saper, tapi dalam hal ini, kesalahan tersebut sudah pun berlaku dan tak payah nak di perbesarkan. jalan yang terbaik perlu dilakukan dan PERBINCANGAN adalah yang terbaik.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 5:33 PM

terima kasih saudara. tunggulah kami dipintu syurga

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 5:34 PM


Dr. Mohd Asri menyifatkan kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai enakmen hukum hudud yang dibuat PAS adalah betul, ini kerana orang tidak mempertikaikan Islam, tetapi melihat enakmen yang dibuat oleh PAS adalah tidak lengkap.
---------------------------

Dah brpuloh tahun Tun M di kutok , di hina dan di fitnah dgn pelbagai tohmahan dgn kata2 TUN M MENOLAK HUDUD..baru ada sorng di sblh pihak pmbangkang trsedar akan KEKHILAFAN mrk dlm pertuduhan itu....
Yg malangnya msh ada yg nak mnyalahkn Tun dan UMNO pasal HUDUD PAS itu...

Dah trsedar akan kesilapan itu....mintak maaf saja le..

Kalo betol2 PAS ikhlas mmprjuangkn HUDUD , mulakn la muzakarah dgn UMNO bkn dgn DAP ...bkn hny utk gimmik politik saje sbb nnt bila di herdik oleh ANUwar dan DAP ura2 utk brmuzakarah antara PAS dan UMNO trs di nafikan oleh pemimpin2 PAS spt yg sudah2....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 5:43 PM

"Apabila Dr Mohd Asri menyatakan bahawa Enakmen Undang-undang Kanun Jenayah Syariah (ii) 1993 (Hukum Hudud) yang telah diluluskan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, menimbulkan salah faham hingga kini, ingin saya nyatakan enakmen tersebut digubal pada masa itu mengambil kira pandangan pakar-pakar perlembagaan dan undang-undang seperti Al-Marhum Tan Sri Prof. Ahmad Ibrahim dan Almarhum Dato Paduka Seri Setia Prof. Dr. Mahmud Saedon Awang Othman. Kedua-dua ini pada masa itu dianggap sebagai rujukan utama di dalam undang-undang syariah. Antara nama lain yang terlibat pula ialah Tun Salleh Abbas, Dr Abdullah Abu Bakar, Alamrhum Dato' Hasbullah Mohd Hassan, Haji Wan Mutalib Embong, Dato' Harun Taib dan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Dato' Daud Muhamad. Jawatankuasa berkenaan dipengerusikan Timbalan Menteri Besar pada masa itu, Dato' Abdul Halim Abdul Rahman."

APALAH SALAHNYA AMBIL SEORANG ATAU

DUA ORANG PAK ARAB SEBAGAI KONSULTANT

TAFSIRAN AKAN LEBIH TEPAT

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 6:25 PM

Anwar & Karpal tolak hudud pok nik tak kata apa? Kalau dah dendam kesumat bersarang dalam hati, jalan akhir pok nik mesti mati barulah penyatuan org melayu jadi kenyataan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 6:47 PM

tu hanya ramalan bang, kerja Tuhan kita tak tau. oleh itu kita yang sedar janganlah jadi saperti dia tu. kalau tak suka tu agak agaklah jangan pulak sampai ke hati.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 6:50 PM

patutnya apa yang UFB sarankan itu pun tepat. kalau diadakan muzakarah, perlu diadakan dalam bahasa Arab dek kerana hukum yang diturunkan itu dalam bahasa Arab. kadangkala terjemahan dalam bahasa kita boleh menimbulkan kekeliruan. bagus jugak saranan tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 6:54 PM

PAS sepatutnya terlebih dulu keluar dari Pakatan kerana selagi berada disana hukum yang dituntut supaya dilaksanakan tidak akan berhasil. bila dah keluar baru boleh bermuzakarah dan tak payak timbulkan isu perpaduan dulu. kalau sama sama dah bersepakat, insya allah perpaduan akan menyusul kerana bagi bangsa Melayu dari kedua dua parti UMNO/PAS berpegang kepada agama yang sama.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 7:00 PM

terima kasih bebanyak penulis yer?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 7:01 PM

Sebenarnya Dr ni antara kepimpinan golongan Parasit PAS. Parasit kini resah issue hudud meletup dan mengelapkan peluang mereka ke Putrajaya. Dr MAZA cuba menyelamatkan keadaan dengan memberi mesej pada PAS supaya tangguh debat issue hudud kerana enakmen PAS ada kepincangan. Menangguh debat boleh membiarkan 'kerjasama' PAS/DAP berterusan hingga ke PRU13 sebagaimana kehendak Parasit. Dr Maza sedia mengetahui kepincangan hudud PAS yang pernah didebat berkali sebelum ini. Namun Dr mendiamkan diri kerana ketika itu adalah baik bagi kepentingan Parasit untuk berbuat demikian.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 7:45 PM

Saya pulak melihatnya dari segi kebaikan. Dr MAZA mengeluarkan kenyataan bukan berdasarkan kepentingan politik tetapi agama. Saya menyokong Dr MAZA dalam hal ini kerana walaupun beliau dilihat kecondongan fahaman politiknya kepada PAS tapi masih sedar akan tanggungjawab beliau dalam soal agama. Rasanya bukan baru kali ini beliau membuat kenyataan yang tidak memihak kepada PAS. Janganlah pulak kita jadi semacam mereka disebelah sana tu bahawa apa saja yang UMNO buat semuanya tak betul. Lihatlah keburukan itu dengan kebaikan.

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 7:47 PM

apa yang dipertikaikan banyak pihak bukanlah hudud yang dinyatakan di dalam quran tetapi tafsiran hudud oleh pas yang ada di antaranya tiada di dalam quran tetapi dilabelkan/dinyatakan sebagai sesuatu yang diperintahkan allah.mempersenda dan mengkritik hudud yang ditafsirkan pas adalah berbeza dengan mengkritik dan mempersenda perintah allah di dalam quran.pihak2 yang terlibat boleh bermula dengan membezakan hukuman di dalam quran dengan hukuman yang terdapat di dalam hadis2.bezakan yang mana wajib dan yang mana bukan dan jangan dipaksakan sesuatu yang tiada di dalam quran kepada muslim seolah2 ianya adalah wahyu dari tuhan.jika semua pihak yang terlibat serius untuk mencari persefahaman dalam isu hudud ini,maka ianya adalah satu perkembangan yang harus dialu2kan oleh semua....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 8:17 PM

masuk saja ambang PRU...ketua triniti keluarkan arahan bersatu

apakah ketua lain-lain kefahaman tak mahu keluarkan arahan sama?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 8:35 PM

salam bro,

kalu pas dan umno bermuzakarah, bukan anwar yg melompat, ramai ahli pas sendiri akan melompat. tu pun jika ada yg terbuka minda dan hati dan diberi hidayah Allah swt. akan ternampak ada yg tersongsang. so nak elak terpandang muka hodoh dicermin, ajak-ajak ayam jer la muzakarah tu. melayu bila bersatu jadi kuat dan akan menimbulkan ketakutan orang lain. so, kena pisahkan kapla otak. biar la bergaduh sokmo asalkan jangan bersatu.

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 8:52 PM

Walau saya cuba bersangka baik tapi ada juga kesangsian akan keikhlasan nik aziz :-)

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 8:56 PM

Saya seberapa boleh akan hanya komen KENYATAAN atau TINDAKAN seseorang. Saya pernah kritik MAZA sebelum ini, juga berdasarkan kenyataan beliau. Jangan kita cepat generalise kan sesiapa kecuali 2-3 org tu yang memang saya tak dapek nak nolongnya :-)

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 8:59 PM

Ya, kekadang bukan sengaja kita hendak berfikiran negatif tapi kalau dah banyak kali kena kencing, susah juga tuh:-)

....................
Reply To This Comment ...................
August 25, 2012 at 12:15 PM

Kalau nik azis kata dia dah masak dan dia dah kenal umno 50 tahun dah... Dah masak dgn tipuhelah umno. Maka kita pun nak kata kita dah kenal nik aziz juga berpuluh tahun, dah masak dgn tipu helahnya.
Betullah kata orang, nik azis ni jika berkata lembut bermakna dia tergamam dan belum ada idea nak memutar belit, jika dia nampak tegas dan nampak zuhud bermakna dia nak tunjuk bahawa dia sangat wibawa memegang hukum dan agama. Kalau dia nampak lemah dan kurang bermaya bermakna dia sedang berhadapan dgn dap atau golongan kafir. Kalau kita nampak dia garang dan cakapnya seolah2 nak turun perang jihad, bermakna dia sedang bercakap dengan umno atau tentang umno.

Post a Comment