........... Janji Bersih Semalam Adalah Satu Perhimpunan AMAN Yang HARAM | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Janji Bersih Semalam Adalah Satu Perhimpunan AMAN Yang HARAM

Friday, August 31, 201214comments

Lama saya melayari blog2 kedua belah pihak sambil meneliti gambar yang ada  ( setakat ini ) mengenai perhimpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka semalam. Hampir 30 blog jugalah, mana yang ada tulis tajuk berkaitan JB akan saya klik.

Perlahan2 saya mendapat satu gambaran ... LEBIHKURANG ... keadaannya apa yang berlaku semalam. SAYA TIDAK BERADA DILOKASI, saya sedang makan kuih raya lama dirumah saya di Kuala Terengganu sambil menonton cerita Mantera diTV3 semalam.

Berdasar apa yang saya lihat dan baca, apa yang boleh saya rumuskan adalah - Janji Bersih semalam adalah satu perhimpunan yang AMAN tetapi HARAM.

Biar saya mulakan komen dengan insiden Hina Bendera dan Pijak Gambar yang heboh dimainkan semalam TERMASUK saya sendiri.

Perhatikan gambar2dibawah ...... terus terang saya katakan - ada yang tak kena. Hampir semua blog pro BN yang memainkan isu ini hanya memaparkan gambar2 yang sama.





Maksud saya, mungkin saya salah, TAPI saya rasa HANYA DUA BENDERA SIAL itu saja yang ada diseluruh Dataran Merdeka semalam dan hanya melibatkan sekumpulan kecil anak muda biadap dan bodoh. Omputeh kata - an isolated case. Ia tidak menggambarkan suasana keseluruhan keadaan semalam.

Saya tidak nampak orang lain mengibarkan bendera sama selain group mereka diatas. Sepatutnya orang ramai yang ada menyaksikan adengan terpencil ini memberitahu pihak berkuasa supaya mereka ini ditahan kerana aksi mereka adalah merbahaya ! Ia adalah satu bentuk PROVOKASI mengambilkira keadaan semalam. Pihak Polis SILA AMBIL TINDAKAN TERHADAP MEREKA DIATAS !




PS - Saya tambah kemudian gambar diatas ni. MEMANG BIADAP !

Mengenai insiden memijak gambar pemimpin ...... bagi saya  SAMA JUGA, satu isolated incident yang hanya melibatkan sekumpulan kecil manusia nakal dan biadap. Adakah anda lihat gambar2 pemimpin bertebaran dijalanraya ? Sekeping itu sajakah ?

Mereka yang sengaja memijak-mijak gambar Rosmah itu memang biadap. Tapi ramai yang berjalan tidak sedar mereka memijak gambar Rosmah, Mereka tidak sengaja. Malah bagi saya, jurugambar2 dan mereka yang berkerumun LAMA sambil MENUNGGU orang untuk memijak gambar tersebut untuk dirakam adalah SAMA BIADAP ! Kenapa tidak mereka kutip saja ?

Apakah itu saja AKSI LIAR yang berlaku semalam ..... jika iya, fuuuuh , nasib baik ! 

Cuba perhatikan gambar2 dibawah pula -




Saya tidak fikir mereka yang ramai2 diatas mahu mencetuskan keganasan atau kekecohan. Aksi lebih tampak bersantai !

JAUH BERBEZA DENGAN AKSI PERHIMPUNAN BERSIH SEBELUM INI ! Makanya saya rumuskan Perhimpunan semalam adalah satu PERHIMPUNAN AMAN.

TAPI ia tetap HARAM kerana tidak mendapat permit dari pihak berkuasa ! Yang ini saya akan tulis kemudian ...

Share this article :

+ comments + 14 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2012 at 11:30 AM

kalu perhimpunan haram dh tentu fru datang...mereka mematuhi peraturn n undang2..tahniah peserta JB.mereka membuktikan mereka mmg mereka mematuhi undang2 dan pasti membuat najib pening.

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2012 at 11:34 AM

"kalu perhimpunan haram dh tentu fru datang" hahahahaha ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2012 at 12:10 PM

Aku suka baca blog kau sebab kau matang dan rasional lah brader..teruskan rentak begini ^_^

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2012 at 12:16 PM

aku pun suka baca blog aku ni hehehehe ...

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2012 at 12:23 PM

Biar saya tulis disini - Sekiranya dibuang dua insiden diatas - Bendera dan gambar , adakah lagi aksi liar ?

Komen adalah dalam konteks 'AMAN' atau tidak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2012 at 1:13 PM

aman atau tidak, isu masih sama. mereka fikir mereka saja yg berhak ke atas malaysia. mcm mana plak yg tidak merestui perhimpunan tersebut. kami pn rakyat msia. benci pn ade tgk negara aman tp ada2 saja yg nk didemokan. bertambah meluat bila budaya demo ni bukan budaya kita pn.

mungkin dalam menuju kemodenan kita kene ikut segala budaya barat. benarla kata tun m, kita ni belum tentu betul2 merdeka. akan selalu ada anasir yg memaksa kita ikut budaya mereka. benar la kata Allah SWT org yahudi dan nasrani xkan redha dgn kita selagi kita x mengikut cara mereka.

benarla juga kini heritage yg ambiga tinggalkan utk rakyat msia berkembang subur dalam setiap sanubari anak2 muda kita.

akhirnya secara general kita melihat kerajaan seolah2 hanya serve mereka2 ini aja yg selalu mendemand mcm2. org2 seperti kami yg cuba memahami kerajaan dikerah supaya tetap cuba memahami. hak2 kami tidak pula kerajaan dgr. hanya tahu entertain mereka2 ini yg cuba buat hal di negara kita.

kalau pn perhimpunan adalah aman saya masih memandang jijik mereka yg cuba menghasut kebencian, kempen yg x habis2 menunjukkan kita ni tidak tahu bersyukur spoil dan manja x habis2 meminta2 seperti la kwn2 sekerja saya kene cukai gaji pn bising padahal semua negara kecuali negara kaya arab saja yg tidak mengenakan cukai. inilah org2 yg kerajaan lebih layan.

kami yg cuba memahami dipandang sepi.

barangkali najib kene lihat pendekatan yg diambilnya. sejujurnya kalau ade alternative lebih baik dh lama saya tinggalkan BN yg dilihat dayus terlalu mengikut telunjuk dan xtau bertegas.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2012 at 1:19 PM

saya dah bercadang nak sambung tulis bab 'haram' JB ni petang nanti tapi banyak point2 dah saudara tulis !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2012 at 3:06 PM

sememangnyalah bro, kamu berikan komen yang amat baik sekali. ketidak adilan malayani yang kamu maksudkan. saya turut berasa terkilan dan pelik juga kenapa kerajaan terlalu takut dengan mereka mereka ini. pendekata sesiapa yang membuat kacau bilau akan diberikan perhatian yang begitu baik sekali. sudah pun disedari perhimpunan itu merupakan perhimpunan haram walau pun secara aman, masih tetap diberikan keistimewaan. saperti yang ditulis, kiranya tidak ada kecacatan saperti memijak gambar dan bendera, ia merupakan satu perhimpunan yang aman; jawabnya tetap haram. samalah saperti orang yang tidak berpusa dibulan ramadhan ditangkap didalam kedai yang ditutup pintunya. mereka makan bukan dikhalayak ramai tetapi masih ditangkap atas perbuatanya yang tidak berpuasa itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2012 at 3:36 PM

Fru datang kalau korang yg buat perhimpunan haram mengganas dan mencetus huru-hara macam yg selalu korang buat. Takkan dah lupa kot wahai pembangkang yg tak reti bersyukur dilahirkan dalam negara yang aman damai...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2012 at 4:04 PM

Melayu hampa,

Saya sokong komen saudara. Saya dah lama menyampah dengan Menteri dalam negeri yg dayus tak bertempat. Dia lebih suka melayan kehendak minoriti pembangkang dari kebanyakan majoriti senyap yang nakkan keamanan. Banyak benda yang nampak lembik tak bermaya dia buat. Nak cerita kat sini pun panjang sangat nanti.

Akhir kata, menteri dalam negeri macam nilah yg buat PM dan kerajaan nampak lembik. Blogger pro kerajaan nak jumpa pun dia tak nak (atau takut),tapi pembangkang dilayan.

....................
Reply To This Comment ...................
August 31, 2012 at 4:07 PM

Komen Melayu Hampa saya masukkan dalam artikel terbaru saya ( kedua selepas yang ini )

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 31, 2012 at 4:35 PM

exactly polis ni boleh je buat ikut akta mngunakan kekerasan terhadap bangsat2 nie..
ttapi satu hal plak yg mnghalang kerja polis dari mngikut akta..iaitu Hishamuddin..
tolongla jgn berlembut sangt dgn puak pembangkang nie...tolongla..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 4, 2012 at 9:12 AM

Salam..

Pendapat peribadi saya jika kita benci seseorang pun janganlah sampai memijak gambar mereka. Bayangkan gambar itu bapa/ibu/saudara kita sendiri. Macam mana perasaan kita. Mereka pun manusia jika tidak puas hati rujuk saluran yang betul.

Mengenai menukar bendera, saya memang tidak setuju kerana seluruh dunia kenal dengan negara dan bendera kita, apa akan jadi kepada generasi anak2 kita yang baru lahir? Mesti penuh persoalan apabila mereka besar kelak.

Kekalkan keamanan negara kita, gunakan cara yang berhemah untuk menegur jika pemimpin kita lalai atau terlupa....

TQ

....................
Reply To This Comment ...................
September 4, 2012 at 9:16 AM

Pandangan peribadi saya pula - TUMPUKAN KEPADA HARAMNYA BERSIH !

Post a Comment