........... Janji Bersih - Polis TIDAK Beri Permit TAPI Akan Beri Kerjasama ? ? ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Janji Bersih - Polis TIDAK Beri Permit TAPI Akan Beri Kerjasama ? ? ?

Tuesday, August 28, 201213comments

Sesungguhnya saya TIDAK FAHAM !

Pihak Polis TIDAK berikan kebenaran ( PERMIT TIDAK DILULUSKAN ) kepada penganjur Janji Bersih untuk berhimpun diDataran Merdeka pada malam 30 Ogos dengan alasan tidak cukup syarat notis 10 hari -

"Kalau menurut akta tersebut, penganjur telah melakukan kesalahan kerana tidak memberikan notis kepada kita...jadi dari pihak polis tiada sebarang kebenaran akan diberikan. TETAPI Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Zainuddin Ahmad berkata -

Beliau berkata, pada perhimpunan tersebut polis bersetuju memberikan kerjasama daripada segi kawalan trafik dan keselamatan sebagai langkah awal bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas dan sebarang kekecohan. SINAR

Berulang kali saya baca artikel SINAR ini untuk mendapatkan kepastian sebelum saya komen apa-apa dan yang apa pasti bagi saya adalah - SAYA TIDAK FAHAM !

Wakil JB ( Bukan Johor Baru, Bukan Jub*r tapi Janji Bersih ) Maria Chin ada berjumpa dan berbincang dengan pihak polis dimana diadakan sesi TERANG MENERANG antara satu sama lain -

"Mereka (penganjur) memberitahu polis akan menganjurkan perhimpunan itu secara aman dan bersetuju akan mematuhi segala peraturan yang terkandung dalam Akta Perhimpunan Aman seperti tidak akan mengadakan ceramah, ucapan,  pemasangan kain rentang (banner) atau membawanya semasa perhimpunan.

"Jadi kita berjumpa hari ini untuk mendengar apa yang mereka inginkan selain kita turut menerangkan kepada mereka peraturan yang perlu mereka patuhi sekiranya ingin mengadakan perhimpunan tersebut,"


dan diakhiri dengan AMARAN - "Polis akan bertindak menahan peserta perhimpunan sekiranya mereka (peserta) melanggar akta yang telah ditetapkan," 


Ini yang saya TIDAK FAHAM ! Bukankah jika mereka tetap meneruskan dengan perhimpunan itu TANPA KEBENARAN / PERMIT dari pihak polis, BERMAKNA mereka telah MELANGGAR AKTA ?

Yang saya FAHAM kini adalah - Permit Polis BUKANNYA SYARAT WAJIB  untuk berhimpun.

Mungkin pihak Polis termakan dengan alasan Maria ini -

"Tetapi kami memberitahu polis bahawa kami cuba mengadakan sambutan menjelang detik 12 tengah malam, dan memberitahu polis bahawa tidak perlu ada kebenaran... sebab itu adalah hari sempena kemerdekaan... ini bukan perhimpunan, satu majlis sahaja," 

"Kita telah bersetuju dengan pihak polis, tiada banner, sebarang sticker (pelekat), atau ucapan pada perhimpunan malam itu, cuma Pak Samad (A. Samad Said) akan menyampaikan puisi sahaja.

Bagaimanapun - Ketika dihubungi sekitar 8 malam ini, Maria Chia berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan esok untuk menentukan langkah susulan ekoran laporan media bahawa pihak polis tidak beri 'lampu hijau'.

Maria Chin juga berkata, polis juga memaklumkan pihaknya dalam pertemuan hari ini bahawa tiada sambutan mengira detik menjelang 12 tengah malam.

 
"Ini maklumat baru yang kami terima hari ini. Jika betul tidak ada, kami harap pihak polis akan membuat hebahan menerusi media," katanya lagi
.


Jadi mungkin ada kesilapan dengan cara wartawan menulis artikel itu. Maka saya juga berharap pihak Polis dapat keluarkan satu kenyataan RESMI akan duduk perkara sebenar.

TAPI mana mungkin permit Polis dibenarkan jika Tuan Punya Premis sendiri belum berikan keizinan ?


Janji Bersih: DBKL belum terima permohonan


Nak harapkan satu KEPUTUSAN TEGAS DAN PASTI dari Menteri Dalam Negeri - USAH HARAPLAH ! This is your show Mr Policeman.

PS - Harakah ada satu perenggan dari Maria yang lebih jelas -  

"Polis tidak cakap mereka benarkan atau tidak (sambutan) tapi kami sudah terangkan apa yang akan berlaku pada hari itu dan tidak melanggar akta perhimpunan aman 2012,"

Cuma saya masih tidak faham juga bagaimana dikatakan tidak melanggar Akta jika perhimpunan itu sendiri tidak mendapat permit ?

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2012 at 8:33 AM

Pacik DIN.

Kalu pacik mahu lebih faham, kena tanya Hisham.

Untuk kefahaman yang lebih jelas, biar saya bagi perumpamaan.

Katalah Hulk Hogan dgn Ultimate Warrior hendak bertarung, tiba-tiba pengadil cakap "kita kena rujuk hal ini kepada George Micheal (Duran-Duran) terlebih dahulu...."

Begitulah hakikatnya pemimpin2 Malaysia kini. Minoriti (pembakang) Didahulakan, Majoriti (pengundi) Dikemudiankan....

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2012 at 8:47 AM

George Michael tu dari Wham. kalau Duran2 Simon Le Bon hehehehehehe ..... zaman saya la dulu tuh..:)) Ni lembu merah otai juga ke nih ?

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2012 at 8:49 AM

Salam bro dn Selamat Hari Raya..

Sy pon blur dn pening jugak melihat situasi perhimpunan JB ni.Ini la masalahnya bila undang2 diBAKUL SAMPAHkan dn undang2 hanya tinggal di atas kertas.

Sekarang ini apa2 terjadi kpd pihak selain dari PEMBANGKANG maka undang2 akan terus DIKUATKUASAKAN,tapi jika pihak mereka yg kena pihak polis menjadi spt ROBOT yg telah diPROGRAMkan.

Sejak si nuar terlepas kes liwat hnya kerana KESILAPAN TEKNIKAL,sy lgsg dh x penuh peduli dn hormat pd undang2 lg.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2012 at 8:56 AM

Beginilah bro, kalau tidak sayangkan agama, bangsa dan negara tercinta, dah lama saya tinggalkan kerajaan. Rasanya sudah berbuih mulut menegur dan berikan pendapat, namun takuk itu juga yang didudukki. UNDANG UNDANG? Kenapa tidak dilaksanakan? Kenapa pula boleh diremeh temehkan? Dari artikel saudara dan Sinar, jelas menunjukkan HARAM. Kenapa pula UNDANG UNDANG itu boleh diharuskan? Dalam statement statement yang selalu kita dengar ialah “Kami akan bertindak “TEGAS” dan barang siapa tidak mematuhi undang undang akan ditangkap dan didakwa dimahkamah?

Menteri dalam negeri? Berfikiran baiklah, kita TIDAK ADA menteri dalam negeri. Kalau ada takkan pula negara boleh terbelit dengan undang undang.

Sekali difikirkan BETUL juga mereka disebelah sana tidak langsung MENGHORMATI polis dan undang undang. Kenapa pula mesti disebutkan banyak kali oleh pemimpin dan pehak polis “BAHAWA NEGARA KITA ADA UNDANG UNDANG blah blah blah!!!!” Mungkin juga mereka BETUL kerana tidak dinafikan undang undang yang ktia ada sekarang sememangnya cukup untuk menjaga KESELAMATAN negara. Persoalanya ialah kenapa tidak dilaksanakan dan dibolehkan pula dipinda ikut selera tanpa dirujukkan …………. (entah)?

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2012 at 8:57 AM

Lamanya saudara beraya :)Balik Texas ke ?

Kenapa hati saya berdetik mengatakan penganjur SENGAJA nak cari pasal ....

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2012 at 9:02 AM

Ternyata saya tidak keseorangan dalam meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap cara pelaksanaan undang2 bila melibatkan Bersih. Benda2 macam nilah yang bakal buat pro BN berikan undi protes !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2012 at 9:03 AM

kekadang pikirkan kerajaan hari ni sangat takut dengan pembangkang. kerajaan hari ni cakap tak serupa bikin. pelik sangat pehak polis akan memberikan kerjasama dalam perkara yang salah. bagi perkara yang betul agaknya individu tersebut akan ditangkap dan didakwa. patutlah bagi kes kes yang jelas salah boleh bebas begitu jer.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2012 at 9:42 AM

Saya juga sependapat dengan saudara penulis. Takut takut kalau hasrat nak berhimpun di dataran tidak kesampaian, maka mereka gunakan taktik lain pulak bagi tujuan yang sama. Nampaknya kali ini ada harapan, maka kita sama sama tunggulah. Kalaulah berlaku saperti yang saya sangkakan, maruah polis beserta undang akan tercabar.

....................
Reply To This Comment ...................
August 28, 2012 at 9:59 AM

George Michael to gay pondan..saya faham maksud Lembu Merah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2012 at 10:04 AM

haa sekarang tengok balik komen saya dalam "cermin diri 2", bab ketujuh komen ke6...
Kan saya dah kata usaha merosakkan reputasi kerajaan dgn menyerang agensi spt PDRM, KDN akan berterusan, bukan saja kini oleh pembangkang tapi di'sumbangkan' juga oleh pihak agensi tersebut melalui keputusan yang bercelaru.
Mungkin Najib tak boleh tunggu lama untuk laksanakan PRU 13, Kalau tidak.... kemungkinan yang dikejar tak dapat, yang dikendong bakal berciciran.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2012 at 10:16 AM

BUKAK MASSAGE PARLOR TAK PERLU PERMIT ITU DAN INI

KALAU MASAGE PARLOR JUAL PERKHIDMATAN MENYALAHI UNDANG-UNDANG...

HA HA, SENDIRI MAU INGAT LER

....................
Reply To This Comment ...................
KA
August 28, 2012 at 11:35 AM

Saya pun dah boring dengan team Bersih ni DAN juga pihak Kerajaaan yang tidak tegas lantas memberi ruang untuk mereka mempermainkan undang-undang. Tak habis-habis.

Don't they ever learn from the past???

Bab ni mmg ada sikit kagumlah atas kelicikan dan kepandaian team bersih dan pembangkang ini mengambil peluang atas kelemahan kerajaan.

....................
Reply To This Comment ...................
August 29, 2012 at 12:48 PM

Bro din,

heheh sorry la bro din.Lama x jenguk blog bro sebab sibuk raya di TEXAS hahahha..Tp mmg hakikat bro.penganjur mmg nak CARI PASAL!

Post a Comment