........... Janji Bersih Malam Esok Sah HARAM ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Janji Bersih Malam Esok Sah HARAM !

Wednesday, August 29, 20122comments

Janji Bersih atau Janji Demokrasi atau Perhimpunan Di Ambang Merdeka atau apasaja nama yang diberikan bagi perhimpunan malam esok di Dataran Merdeka yang dianjurkan oleh Gabungan Janji ( anak haram Bersih ) ADALAH BERSTATUS HARAM.

Ketua Polis Dang Wangi, OCPD Zainuddin berkata - 

“Semua acara Himpunan 55 Tahun Merdeka akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, dan tidak ada apa-apa aktiviti akan berlangsung di Dataran Merdeka.

“Dan sekiranya mereka (Gabungan Janji) mahu melakukan aktiviti di situ, mereka perlu minta permit 10 hari lebih awal dengan pihak polis.

“Dan setakat ini mereka tidak melakukannya, dan dari situ mereka telah gagal untuk mendapatkan permit,” TMI

TIDAK ADA PERMIT BERMAKNA HARAM !

Saya harap pihak Polis dapat segera mengeluarkan kenyataan resmi bagi menjelaskan implikasi dan peraturan kesan dari keputusan itu. Pasti ramai yang ingin tahu -

1 - Apakah kawasan Dataran Merdeka ditutup ?

2 - Bagaimana jika orang awam melepak dikawasan Dataran Merdeka malam esok ?

3 - Bagaimana jika ramai orang awam yang melepak itu pakai baju kuning Bersih ?

4 - Penganjur mendakwa mereka hanya mengadakan satu 'majlis' dan bukannya berhimpun, maka mereka merasakan tidak perlu untuk  memohon permit. Bagaimana hendak bezakan , apakah keadaannya baru sesuatu kumpulan itu ditakrifkan sebagai berhimpun ?

Apakah tindakan pihak polis ?

Bukan apa,sekadar ingin memastikan duduk perkara sebenar apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.

PS - KALI NI HISHAMMUDDIN SENYAP TERUS !

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2012 at 10:58 PM

janji bersih anjuran pembangkang yg diadakan di Dataran Merdeka bertujuan jahat utk mengotorkan sambutan hari kebangsaan malaysia yg ke-55 dengan mengadakan demontrasi secara besar-besaran utk membangkitkan kebencian dan melancarkan gerakan keganasan yg dasyat hingga menjatuhkan maruah bangsa,agama dan negara ini.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 29, 2012 at 11:04 PM

janji bersih anjuran pembangkang pasti menimbulkan keganasan dan menjejaskan nama baik negara sempena sambutan hari kemerdekaan ke-55. Perhimpunan haram ini mesti diambil langkah yg tegas tanpa mengira budi bicara.

Post a Comment