........... Isu Tema Merdeka - Rais MELENTING ! ( hahahaha ) | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu Tema Merdeka - Rais MELENTING ! ( hahahaha )

Saturday, August 4, 201213comments



Membaca artikel Sinar ( saya copy dibawah ) ini, buat saya geleng2 kepala jer dengan telatah Datuk Seri Rais Yatim ni yang MELENTING dek asakan bertubi2 rakyat terhadap kreativiti beliau...  Tema  55 Tahun Merdeka Janji DiTepati TETAP dipertahankan !

Sebelum ini saya tidak pernah menyebut nama Rais dalam kritikan saya terhadap Tema, Logo dan Lagu Merdeka tahun ni kerana kritikan saya tidak bersifat personal. Saya komen berdasarkan pandangan saya terhadap HASIL KERJA bukan orang yang bertanggungjawab dibelakangnya.

Tapi kali ni saya nak komen pasal Rais .....  Disebalik alasan2 betapa murni dan sejagatnya Janji DiTepati sepertimana yang dilaung2kan oleh pro Rais sebelum ini, Rais dalam tak sedar telah MENGAKUI bahawa tema itu sememangnya bermotifkan POLITIK PILIHANRAYA !


"Janji kerajaan kepada rakyat terisi sudah. Di musim ulang tahun merdekalah perihal ini perlu dihayati dan dirayakan. Jasa perjuangan lampau juga wajar diingati. Merdeka!!!," katanya

Kemana perginya sikap menepati janji merupakan sikap terpuji yang harus ada pada semua rakyat ? ( Mungkin tahun depan boleh pakai slogan - Hormati Ibubapa ! )

Maaf Rais, saya tidak berkongsi pendapat dengan Datuk Seri. Janji DiTepati LEBIH SESUAI dijadikan MANIFESTO BN untuk menghadapi Pilihanraya SAMA SEPERTI Presiden OBAMA yang menjadikan Promises Kept sebagai Kempen Pilihanraya beliau ! ( Bukannya kempen menyambut Independence Day hahahahahaha )

Merdeka adalah untuk SEMUA RAKYAT tanpa mengenal politik. Ia berkaitan semangat NASIONALISMA, semangat CINTAKAN NEGARA bukannya Semangat Cintakan BN.

Saya sokong Umno BN tapi kita kena ADIL. Dan bukankah kita juga berkata Keadilan itu bermakna Meletakkan Tempat Pada Yang Hak.

Penghargaan kepada Umno BN JANGAN DIPAKSA-PAKSA kerana takut akan backfire.


PS - Nak bodek pun biar bertempat ... jangan sampai MENJAHANAMKAN !

Tema Merdeka : Rais tidak akan berganjak


KUALA LUMPUR - Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) tetap teguh dan tidak akan berganjak dengan tema "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" bagi sambutan Hari Kemerdekaan kali ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata kementerian itu bertanggungjawab menterjemahkan kejayaan negara selama 55 tahun kebelakangan ini, lantas menjiwainya dengan isian setimpal.


"55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" adalah keputusan Jemaah Menteri. Pembangkang dan sekutunya memang rasa terhimpit dengan slogan tema ini kerana mereka kini ketara sangat tidak ada rekod pencapaian.

"Yang dimainkan oleh Malay Mail itu merupakan gara-gara politik bangkangan yang tak senang dengan pencapaian dan kejayaan kerajaan setakat ini," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai pemilihan "55 Tahun Merdeka Janji Ditepati" sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang dipertikaikan pihak pembangkang kerana dikatakan mempunyai unsur politik.

Rais berkata semasa musim ulang tahun kemerdekaan perihal janji kerajaan kepada rakyat perlu dihayati dan dirayakan.
"Janji kerajaan kepada rakyat terisi sudah. Di musim ulang tahun merdekalah perihal ini perlu dihayati dan dirayakan. Jasa perjuangan lampau juga wajar diingati. Merdeka!!!," katanya. - Bernama

Share this article :

+ comments + 13 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2012 at 9:27 PM

Si Rais dungu ni sebenarnya nak cover Malu je ni..sebab tu saja keras kepala..kalau dia mengaku salah..tercalar lah ego dia tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2012 at 9:27 PM

Rais..,

Resign laaa....! Aku dah boring nagn kau...

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2012 at 10:01 PM

"Janji Ditepati" sebenarnya bukan isu pun. Ianya adalah satu seruan semangat kepada pemimpin dan rakyat sempena sambutan hari kebangsaan pada kali ini supaya sentiasa menepati janji-janji yang dilafazkan dan jangan sesekali berjanji sesuatu yang tidak mampu untukm ditunaikan.

Namun demikian, bagi orang munafik slogan ini seolah-olah menyindir dan menghina mereka. Patutpun mereka disindir dan dihina kerana itulah yang sepatutnya diterima oleh munafikun.

AKu setuju slogan ini diteruskan kerana sesungguhnya seruan untuk menepati janji itu sesuatu yang baik disisi Islam.Biarlah orang munafik kepanasan apabila mendengarnya.

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2012 at 10:53 PM

Takdelah sampai ketahap minta resign :))

Saya tegur jika nampak salah pada mata saya, itu saja ... kalau setiap benda salah nak kena resign, susahlah nak Najib hehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
August 4, 2012 at 10:55 PM

saya tidak nampak kaitan Janji DiTepati dengan semangat Nasionalisma. Bukannya takde pilihan lain.

Tapi apapun, kita Bersetuju Untuk Tidak Bersetuju :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 4, 2012 at 11:13 PM

Orang lama, corak pemikiran lama...........hmmmmmm

Dah lama dok pikir pasai pa la dia sorang ja veteran y dok ada lagi lam kabinet.Herannnn.. Tapi dah dok tang kebudayaan tu, ngatkan padan la kot ngan dia dok tang tue,,,tapi rupanya leh jadi masalah jugak huhu

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2012 at 12:15 AM

Kalau ada luncai nak terjun dengan labunya...jawapan yang tepat ialah biarkan.

Rais pernah 'bakar jambatan' tetapi entah mana datang keajaibannya, tiba-tiba dia boleh 'bina' semula. Jambatan boleh dibina tanpa perlu JKR, memadai guna kipas sate.

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2012 at 1:34 AM

Kipas sate ? Sensitif tuh... tapi sesama orang Johor, lantak pi la..:)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2012 at 1:45 AM

Lirik lagu Janji Ditepati pun macam susunan kata oleh budak-budak. Lagu rock lentuk pun lagi tersusun. Contoh:

"Macam malam ikut siang. Macam bulan ikut matahari..."

cuba bandingkan dengan lirik

"Umpama mimpi dalam mimpi..."

Yaang mana lagi sedap deogar? Tak pernah pulak aku dengan perkataan "macam" dalam lirik yang ditulis oleh pro. Yang ada selalunya digunakan perkataan "umpama".

Sedih la, menteri kebudayaan, tapi susunan lirik tak nampak budaya Melayu kecuali budaya mengungkit dan membodek.

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2012 at 1:48 AM

ada pengaruh Rock Kapak juga Rais ni yer hahahahaha ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2012 at 7:20 AM

Sehebat Samy Veloo kat JKR dulu pon teruk dia kena hentam projek lambat siap...Ini kira sudah bikin magis....hehehe

"Ingat itu bikin hospital mcm bikin kopi kedai ka... Ini hari tiang pacak, esok sudah siap" hahahhaha

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2012 at 8:00 AM

knp amalan biasa iaitu buat pertandingan tema dan logo yg biasa jbtn penerangan buat x diteruskan? cara ini lebih safe dan x pening kepala. rais ni masalahnya ego dia ke langit. pemikiran pun masih tahun 70-80an sedangkan kita dah masuk alaf baru. calon yg patut digugurkan PM next election!

jentayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
September 1, 2012 at 1:17 AM

hmmm kepada kaki komplen tu pk-pk lah idea baru(cara Pro!!!)...mana la nak tahu kot2 kami boleh tumpang berbangga....!takat dok komplen ja tak guna gak!!!

Post a Comment