........... Hudud TIDAK MUNGKIN AKAN Terlaksana Di Malaysia ..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hudud TIDAK MUNGKIN AKAN Terlaksana Di Malaysia .....

Saturday, August 11, 201210comments

Sebenarnya saya dah boring giler bertekak dan juga membaca orang lain bertekak tentang isu Hudud. Waktu sama timbul kesedaran betapa BODOH dan LEMAHNYA umat Islam di Malaysia. Cuba berhenti sejenak dan lihat debat Hudud antara Pas - Umno ini dari luar ... dari kacamata orang kafir.

Tak perlu saya sebutkan disini tapi anda semua boleh bayangkan apa yang ada dalam fikiran orang kafir !

Pung pang Pung pang ...... BUATNYA TIDAK JUGA .....

Hakikatnya Hudud TIDAK AKAN dilaksanakan diMalaysia selagi Pas dan Umno TIDAK BERPAKAT ! Itu saja satu-satunya cara kalau mahu melihat hukum Allah dan cara pemerintahan Islam berjaya diimplementasikan dalam kerajaan.

Saya sebut BERPAKAT bukan BERSATU. Kalau boleh bersatu lebih baik tapi disini saya cuba berhujah secara REALISTIK.

Selagi Pas dan Umno tidak berpakat, tidak akan ada Hudud yang sebenar kerana apa yang ada nanti hanyalah Hudud Pas dan Hudud Umno. Jika Pas keluarkan deraf Hududnya, PASTI Umno akan kata itu Hudud ala Pas dan begitu juga sebaliknya. Masing2 akan memperlekehkan usaha lawan, setiap kelemahan akan diperbesarkan, akhirnya HABUK PUN TARAK !

Keutamaan sekarang adalah menggubal SATU HUDUD yang dipersetujui dan diterima oleh semua umat Islam. Dan selepas wujud Satu Hudud itu, barulah kita boleh sambung semula bertekak cuma kali ini berkisar tentang pihak mana yang mahu ikhlas mahu melaksanakannya.

Tidak ada lagi dah Hudud Pas atau Hudud Umno. Dan saya percaya dengan sepenuh hati, sekiranya dapat diwujudkan Saru Hudud yang diterima semua , insyaAllah, jalannya akan dipermudahkan.

Jadi apakata semua pihak berdamai dulu dan BERPAKAT semua para ulama yang ada, berkumpul, dan hasilkan Satu Hudud yang tidak lagi dipertikaikan oleh mana-mana pihak.

KENYATAANNYA - Hudud TIDAK MAMPU dilaksanakan oleh siapapun lagi dalam waktu terdekat ini.

Hentikanlah bercakap tentang Hudud buat sementara. Pas janganlah berjanji Hudud sempena PRU13 sebab TERBUKTI Pas belum mampu tunaikan. Dan jika Pas senyap saya yakin Umno pun tidak akan sebut. Dapatkan persetujuan akan Satu Hudud itu dulu. Kepada Pas, jika anda ikhlas mahu melaksanakannya, percayalah, tugas anda akan lebih mudah selepas terhasilnya Hudud yang tidak lagi boleh dipertikaikan oleh Umno atau siapapun. Tak gitu ?

Apa yang pasti, sungguh memalukan keadaan yang sedang berlaku sekarang ini....

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
tebing tinggi
August 11, 2012 at 7:39 AM

Saudara Din,

Cerita hudud ni kalau dok layan buat penat jari sahaja. Sebenarnya dalam keda'an kentandusan issue bagi mengankat perhatian umum dan mengapongkan moral ahli masing issue ini diulang tayang dari masa kesemasa agar ianya sentiasa diperkatakan dan diperbualkan sama ada olih pengamal media atau di kedai-kedai warong.

Sebenar ini hanya lakonan-lakonan semata agar penyokong dan pemerhati mereka sentiasa ditayangkan dengan issue-issue yang memang tiada issue.
Kalau ramai yang menari dan menyanyi mengikut rentak dan lagu mereka ,maka berjayalah mereka.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2012 at 7:47 AM

setuju dengan komen diatas..

UMNO dan PAS perlu bersatu dan berpakat..

malangnya byk parasit dan kroni anwar dlm PAS yg menghalang UMNO & PAS bersatu dan berpakat.

Yahudi memang tak suka org islam bersatu. Mereka tahu, kalau org melayu islam bersatu, kita mampu menggoncang dunia...

Sebab tu Yahudi hantar agen utk pastikan org melayu islam tak bersatu..Siapa agen tu?? rasanya semua org dah tahu!!! Orgnya memang tak bermoral, munafik, lidah bercabang, pengkhianat negara!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2012 at 11:20 AM

Isu hudud ni dah dipermainkan sehingga jadi macam misim buahan2......tiba musim pilihanraya muncul hudud.....lps pilihanraya senyap....itu hakikatnya.....sahabat2 dlm PAS.....berpijaklah ats realiti....sahabat2 dlm UMNO kena mengerti....sahabat2 ats pagar kena teliti....sahabat2 dlm keadilan usah main isu tak henti2....DAP biar mampus pi....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2012 at 11:34 AM

Wa cakap lu bro...PAS mana ada ikhlas nak wat HUDUD bro...tu modal pilihanraya puak2 serban yang besar bakul jer...yg pengikut bangang ni pula mati2 ngikut cakap pemimpin penipu mereka tu...selagi aku boleh jadi presiden parti...jadi mb.. selagi tu kita akan bawa modal HUDUD ni...mampus pi la ngan pengikut...afterall diorang ni bodoh bangang...dari dilahirkan di bumi cik siti wan kembang ni smp tua bangka dah wa ni...wa tengok cam tu jugak PAS ni...tkder perubahan...sama la pemimpin dan pengikut dia...40 tahun perintah kelantan apa ada...jual agama jer....sedih n pedih...menipu n terus menipu....

PASti hancur

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2012 at 2:58 PM

SEBUT PASAL HUDUD.. AKU TAK BOLEH LUPA PASAL AGREE TO DISAGREE.. HANYA SI BANGANG YANG TAKDE MARUAH JE SANGGUP DIAGREE TO DISAGREE SEDEMIKIAN RUPA..

....................
Reply To This Comment ...................
August 11, 2012 at 5:53 PM

hmm....aku selalu terpikir dari pihak umno ni la, nak ke diorang ni tegakkan hudud? kalau dah berpakat dengan PAS nanti of course salah satu perkara yang wajib untuk dibincangkan adalah hudud. mungkinkah kedua2 pihak dari UMNO & PAS juga tak nak bergabung/berpakat untuk mengelakkan hudud dilaksanakan?! wth indeed...

for the record, aku pun rasa hudud hanya boleh dilaksanakan bila UMNO & PAS berpakat/bergabung.

....................
Reply To This Comment ...................
August 11, 2012 at 7:48 PM

Ya saya setuju. Sebab jalan yang logik dan lebih mudah dielakkan malah dipilih jalan yang terlalu sukar dan berbelit, kerana merek sendiri tidak ikhlas.

....................
Reply To This Comment ...................
August 11, 2012 at 7:50 PM

Bila kita cabar mereka buktikan dari segi ekonomi, mereka tunjukkan penang dan selangor yang belum satu penggal pun dikuasai PR, itupun yang dibawah dap dan pkr. Kenapa tidak tonjolkan kelantan, ek?

....................
Reply To This Comment ...................
August 11, 2012 at 7:51 PM

Ituyang sebenarnya - tidak ada pihak yang benar2 ikhlas maukan hudud!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 12, 2012 at 8:34 AM

memanglah sudah menjadi resam nafsu dan iblis, sentiasa tidak senang dengan kebajikan. Untuk berdiri sembahyang dgn lepak tengok TV, mana lebih seronok, antara makan kenyang dgn berpuasa mana lebih disukai, antara tidur dengan baca Quran mana pula paling selesa? Jangan jwb ikut kata para ulamak atau sufi, ikut cara org jahil mcm kita.... sudah tentulah perkara yang disukai nafsu dan iblis adalah lebih cool, tapi disana ada janji neraka dan kegagalan diakhirat.
Begitu jugalah dgn bersatu dan berpakat, perkara tersebut disuruh dlm agama, beroleh pahala pulak.... sudah tentu berpecah dan berbalah mendapat dosa dan kemurkaan. Jadi siapa yang enggan atau menyusahkan jalan untuk kesepakatan adalah mereka yang menurut hawa nafsu dan iblis... tambah pulak berfahaman khawarij, lagilah susah.

Post a Comment