........... Hudud - Nik Aziz Lepas Tangan, LARI Masuk Hospital ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hudud - Nik Aziz Lepas Tangan, LARI Masuk Hospital ?

Friday, August 24, 20125comments

Saya copy sepenuhnya artikel Harakah berkenaan komen Nik Aziz tentang isu Hudud dan kenyataan Karpal. Saya tak berapa reti nak komen hehehehe ... tapi adalah sikit kat bawah.




KOTA BHARU: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan bahawa orang Islam sama sekali tidak boleh menolak hukum hudud kerana ianya adalah hukum yang ditetapkan oleh agama dan bukan ideologi ciptaan manusia.

"Isu ini tidak perlu dibincang kerana ia adalah hukum agama, bukan ideologi, kalau hukum dunia, kita boleh tolak, tetapi sebagai orang Islam, (jika) tolak agama bermakna akan terima pembalasan di akhirat kelak," katanya.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata demikian kepada pemberita pada majlis Sambutan Hari Raya Pas Pengkalan Chepa di Kompleks Purnama, di sini, semalam.

Sementara itu ketika diminta mengulas kenyataan Karpal Singh yang mempertikaikan keupayaan hukum hudud untuk mengatasi jenayah, Tuan Guru Nik Aziz berkata berbanding undang-undang ciptaan manusia, hudud jauh lebih baik.

Jika dibandingkan dengan hukuman gantung sampai mati, hudud jauh lebih baik walaupun pencuri dipotong tangannya atas kesalahan itu.


"Sekurang-kurangnya, dia (pesalah) masih boleh bekerja dan hukuman yang diterima, boleh jadi pengajaran kepada masyarakat. Undang-undang Islam sudah semestinya cukup adil. Buat salah, terima hukuman yang setimpal dengan kesalahan," katanya lagi.

Beliau juga yakin kenyataan Pengerusi DAP itu tidak menjejaskan hubungan kedua-dua parti itu dalam Pakatan Rakyat.

"Tidak timbul soal perpecahan kerana sekarang kita tidak menghadapi masalah dan perkara ini hanya diperbesar-besarkan bagi menimbulkan kekeliruan," katanya
.

Secara ringkas Nik Aziz kata berkaitan Hudud - Tak perlu bincang Hukum Allah. Berkaitan Karpal yang menentang Hudud - No hal.

Mula2 tu ingat nak puji jugalah kenyataan Nik Aziz diatas ...... very the pragmatik. Pragmatik ni lebihkurang bercakap berdasarkan kenyataan. Realistik gitu....

Karpal yang bercakap mewakili Dap dan juga PR menegaskan Hudud bukan perjuangan PR, dan beliau bersama pemimpin2 Dap serta Pkr akan menentang sebarang usaha kearah Hudud atau cara pemerintahan Islam sekiranya PR memerintah. Dan Pas pula adalah sebahagian dari PR.

Kenapa saya sebut kenyataan Nik Aziz sebagai pragmatik ? Sebab Pas sebenarnya tidak pernah serius mahu laksanakan Hudud ! Jadi buat apa nak pecah kepala berdebat tentang kenyataan Karpal .... makanya NO HAL.

Yang menariknya, dikhabarkan selepas berkata begitu, Nik Aziz dinasihatkan berehat selama 2 hari di HUSM Kubang Kerian !

PS - Saya lebih berat untuk mengatakan yang Nik Aziz dah tak reti nak jawab isu Hudud dan Karpal ni. Cakap apapun akan jadi isu hehehehe...... Makanya kenyataan LEPAS TANGAN diatas, kemudian LARI masuk hospital dua hari ! Takdelah wartawan nak kacau ...Hehehehehe .... 

“Beliau tidak mengalami apa-apa masalah, sekadar berehat,” kata SU Akhbarnya.

Share this article :

+ comments + 5 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 5:51 AM

Pelik lah..makan gaji bute lah ye...rehat-rehat tak bekrja...tanpa saklit dan tak apa-apa...

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 7:18 AM

Artikel saya dah gerenti buat orang Pas bengang... Campur komen saudara ni, rasanya cari penyakit nih! Hehehehe..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 7:42 AM

Tak malu langsung manusia sebegini yer.. banyak kerja tertangguh dipejabat tetapi boleh lagi berehat, syok betul..
Dengar cerita dia ni bukan pandai pun buat kerja pentadbiran, yang dia mahir sangat2 menggebang (mengencing) orang jer..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 9:00 AM

tu sorang lagi Maha Firaun atau Maha Peraun

dah berpuluh tahunbila lagi nak pencen ... asyik muka tu je muak

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 10:17 PM

Kan saya dah kata semua itu gimik mereka sahaja. Lakonan mereka sahaja. Sandiwara mereka sahaja. Gempar mereka sahaja menjelang pilihanraya.. Mana ada PAS nak kan hudud. Karpal Sinki pun paham tu. Undang2 ciptaan UMNO tu jelah yg mereka guna sejak dulu. Sebab itu mari kita gelakkan mereka setiap kali mereka beria-ia cakap pasal hudud ini. Tak yah respon, gelak je cukup. Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih.kih..

Post a Comment