........... Hudud - Kenyataan Penuh Nik Aziz Yang Kedua Ini LAIN PULAK ! ? HAMPEH .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hudud - Kenyataan Penuh Nik Aziz Yang Kedua Ini LAIN PULAK ! ? HAMPEH ....

Friday, August 24, 201221comments

Sambungan kepada Jawapan Nik Aziz Terhadap Kenyataan MAZA - Cuba baca balik kenyataan Nik Aziz melalui FB beliau sepertimana artikel sebelum ini KLiK , kemudian baca kenyataan Nik Aziz dibawah yang saya copy dari Harakah - dan bandingkan keduanya.

Bagi saya terdapat satu perbezaan ketara antara keduanya dimana kenyataan melalui FB agak lembut dan akomodatif ketahap membuka pintu Umno dan/atau para ulama untuk berbincang mengenai Hudud tajaan Pas jika perlu dibuat sebarang pindaan / ubahan sementara kenyataan beliau dibawah bernada KERAS, TIADA TOLERANSI, PAKSAAN DAN TIDAK ADA LANGSUNG TOLAK ANSUR - Hudud Pas itulah Hudud Islam yang sebenar.

Baca dulu .....



Kefahaman bukan alasan tangguh hudud

Sukacita saya merujuk kepada laporan akhbar Sinar Harian (23 & 24 Ogos 2012) yang membicarakan persoalan hudud, terutamanya apa yang dibangkit oleh seorang ahli parlimen PAS dan seorang lagi mantan mufti.

Bagi saya tidak ada asas hukum dan keperluan atas dasar logik untuk melengah-lengah pelaksanaan kerana hudud adalah sebahagian daripada perundangan syariah yang diwajibkan dalam Islam. Ini kerana tidak ada hukum atau undang-undang di dunia ini, sama ada di bawah sistem demokrasi mahu pun komunis yang menunggu rakyat faham dan setuju dulu, baru dilaksanakan.

Atas kerana itu, apa sahaja undang-undang di Malaysia, ia dibuat dan dilaksanakan tanpa menunggu semua pihak faham atau setuju. Termasuklah pihak Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sendiri pun yang menguatkuasakan pembentukan negara Israel di bumi Palestine yang ditentang hebat oleh orang Palestine sendiri. Hatta Presiden Amerika, Barrack Obama sendiri turut bersetuju dengan perundangan ‘kahwin sejenis’ meskipun majoriti masyarakat dunia menolaknya.

Secara faktanya, persoalan sesuatu hukum boleh dilaksana setelah ada kefahaman dan persetujuan semua pihak, ia sesuatu yang tidak tepat dalam kaedah perundangan yang ingin mengawal dan mendidik masyarakat ke arah kebaikan. Tambahan lagi, soal hukum Islam (hudud) bukannya pilihan untuk menusia menolak atau menerima. Tugas pihak berkuasa atas nama Islam adalah kewajipan dan tanggungjawab. Jadi keperluan kepada suasana kondusif bukanlah penghalang ke arah pelaksanaan hukum Allah.

Atas dasar ini, pada masa Nabi Muhammad SAW sendiri umat Islam tidak mempersoalkan kewajaran perintah (hukum) Allah SWT. Apa yang utama membuktikan ketaatan dan keimanan yang tidak berbelah bahagi. Bukan sepertimana sesetengah pihak sekarang ini, ada yang sanggup rosak akidahnya atas dasar menolak mentah-mentah hudud atau mana-mana perintah Allah SWT. Tidak kurang pula berdolak dalih dan beralasan kononnya suasana belum kondusif untuk memakai hukum Allah SWT.  Tidak terkecuali juga, masih ada pihak yang bersimpati kepada si-jahil, maka isu hukum hudud ini perlu dibincangkan terlebih dulu. Sampai bila? Lepas bincang, bincang dan bincang, namun si-jahil tetap beralasan.

Pengalaman Negeri Kelantan dalam usaha melaksana hukum hudud ini, sebenarnya telah melalui proses memperkenal, membincang dan meluluskannya secara masak. Usia enakmen kanun jenayah syariah (termasuk hudud) kini akan genap 19 tahun pada November ini. Sejarah penggubalannya cukup matang kerana ia merupakan sumbangan cendikiawan perundangan Islam Almarhum Prof Ahmad Ibrahim, Almarhum Prof Mahmod Saedon dan Ketua Hakim Syarie Kelantan sekarang, Dato’ Daud Muhammad.

Selain ia turut dikongsi dengan pakar-pakar perundangan bidang syarie dan jenayah sivil.  Malah tidak terkecuali  poses menerima maklum balas dan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk badan NGO turut dibuat di Kota Bharu dan di Kuala Lumpur. Turut serta adalah Tengku Razaleigh Hamzah selaku presiden parti Semangat 46 ketika itu telah juga menganjurkan perbincangan terbuka sebagai melebar kefahaman dan tanda sokongan serta persetujuan atas usaha Negeri Kelantan. Justeru pada persidangan dewan negeri, semua ahli dewan termasuk daripada Umno turut menyokong. Namun selepas itu, permohonan ke arah pelaksanaannya telah ditolak oleh Kerajaan Pusat.

Kini berbangkit isunya, pelaksanaannya masih tertangguh meskipun telah diluluskan sejak November 1993 lagi. Bagi Kelantan, ia tertangguh bukan kerana usaha dan keperluannya masih tidak memenuhi suasana yang kondusif. Sebaliknya ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk ‘amaran’ menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik.

Justeru persoalan yang ada di depan umat Islam hari ini, adakah ingin terus meraikan suara bangkangan seumpama suara daripada sesetengah pemimpin bukan Islam? Ataukah kita ingin terus meraikan pihak si-jahil yang sentiasa beralasan atas kefahamannya yang tidak bersandarkan nilai-nilai keimanan?

Sampai bilakah segala alasan tanpa keimanan dan hujah akal sentiasa dijadikan alasan untuk menidakkan penerimaaan dan pelaksanaan hukum Allah SWT ini?  Apa yang pasti, hukum Allah SWT tetap serasi dengan hukum alam dan makhluk ciptaan-Nya. Kalaulah menunggu alunan ombak reda, sampai bila nelayan akan dapat ke laut? Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan.

                                           ******************************

Sedikit pun tidak ada bau 'Jika ingin dibincang sekalipun, silakan' seperti dalam FB sebelum ini ! Secara jujur saya katakan - INI BARU NIK AZIZ YANG SAYA KENALI  !  !

Bunyi keras macam pejuang yang dahagakan jihad, mati pun sanggup ...... tapi dek kerana  ‘amaran’ menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik   jihad pun cancell ? ? ?

Meminjam kata Nik Aziz - Ketika laut berombak itulah, nelayan boleh meluncur perahunya ke laut bagi menangkap ikan, tapi mendengar guruh dilangit saja dah kelam kabut tarik perahu naik kedarat !

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 10:23 PM

amaran bersih ari tu tak cancel pon..hikhikhik nmpak sgt penipunye

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 10:33 PM

de ke ADUN UMNO pd taon '93..bkn ke APU sapu bersih kerusi DUN KELANTAN pd PRU '90..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 10:50 PM

Ada tak sesiapa yang boleh post comment Hj Hadi tentang hudud hanyalah 0.001% drp undang2 Islam.. Rasanya berlainan sekali dengan kenyataan Nik Ajis ni.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 11:04 PM

ia tertangguh disebabkan halangan Kerajaan Pusat, termasuk ‘amaran’ menerusi satu surat rasmi perdana menteri ketika itu yang masih tidak ditarik balik.
-----------------
Tun M dah lama brsara...PM Malaysia dah 2 x brganti slps Tun ..nape ttp xlaksanakn hudud PAS tuh????..

Nak 1000 daya, xnak brjuta2 lemon depa bg ALASAN..

pooddaaaachitt

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 11:05 PM

Ya, betul tu. Hudud ialah milik ekslusif pas. Oleh itu, ianya tidak perlu dibuka kpd sebarang perbincangan. Mengkritik hudud adalah ditegah sama sekali. Jika begitu keadaannya, adakah hukuman hudud hanya dikenakan ke atas org pas sahaja hinggakan ia tidak boleh dikongsi org lain selain pas.

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 11:15 PM

Assalamualaikum.

Tuan DinTurtle, saya sudah berhenti menulis....

http://kembarapolitik.blogspot.com/2012/08/kembara-politik-berhenti-menulis.html

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 11:22 PM

Saya baca lain pulak ? Ada partner baru, maknanya akan MAKIN KERAP keluar artikel baru hehehehehe ....

Bukan Goodbye tapi WELCOME BACK !

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 11:23 PM

komen o.ooo1% itu dibuat tatkala kuasa sudah ada ditangan.....

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 11:26 PM

Apa yang menariknya, sehingga jam 11.26 pm ni belum ada blogger Pas yang tolong hebahkan atau komen kedua2 kenyataan Nik Aziz itu ..... kenapa ya ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 11:32 PM

Saya hairan, tiap kali cerita pasal hudud mesti dr mahadir dipersalahkan... Tapi kenapa tang ni dia orang nak pulak ikut cakap mahadir tapi Hal lain dibangkangnya apa2 pun yang tun cakap..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 25, 2012 at 12:14 AM

Sdra Din,
I admire lah your patience in trying to understand Pas. Me? I gave up long ago and, esp during the kalimah Allah issue. My opinion is that Pas is a very confused party. So you can't begin to understand confused people.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 25, 2012 at 12:17 AM

Rasanya dulu ada Nik Aziz kata "tak apa tunggu walaupun 30 tahun lagi untuk laksanakan hudud"...

Dia ni Ok ke?? atau dah nyanyuk

....................
Reply To This Comment ...................
August 25, 2012 at 12:38 AM

Trying to understand Pas ? Hehehehe ... these two articles are very much political psy-war as they come. If i could get a few hundreds fence sitters reading BOTH articles plus the comments, how many u think would still believe Nik Aziz and his Hudud ?

Most of it done by the man himself, i just put both articles together and let them do the math.

Ini yang tak ramai orang dapat tangkap ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 25, 2012 at 1:42 AM

Amat bersetuju dgn anon 12:17,
Nik Aziz memang pernah berkata bahawa hudud akan ditangguhkan 30tahun lagi ketika Perak di Menteri Besarkan oleh Nizar Poyo.Ketika itu Nik Aziz gelak-gelak kerana dapat memperbodohkan BN yg dianggapnya forever Bodos dan jahil tentang agama.

Jujur aku nyatakan bahawa apabila dua manusia ni berbicara, aku akan amat berhati-hati. Siapa Maza nak membicarakan Hudud sedangkan kelulusan hanya Kesusateraan Bahasa Arab dan dakwaan beliau adalah Muhaddithin (Pakar Hadis) amat menggelikan ketiak aku ni.

Walaupun aku bukan ulama dan bukan jugak Sarjana Islammmmmm,aku tak tergamak nak kata Nabi aku tu Mamat biasa je....Maza seolah-olah bersetuju dgn N.aziz.Kalau Uztaz Kemas yg cakap camtu aku tak heran, dah lah hina Nabi, lepastu ngaku lak mimpi jumpa Nabi.....Adussssss
Cuba korang FB nik aziz ngan Maza ni tanya dia pasal Usul Fiqh "Menolak mudharat yg banyak adalah lebih baik dari mengambil manafaat yg sedikit" pasti diaorang berdua akan kata Bidaah Dholalah.

Bagi aku la kan,ini semua "politic mileage" sebagaimana taktik memakai songkok oleh Lee Kuan Yew demi meraih undi Melayu.Teringat aku akan kata-kata ulama sufi, jangan diikut orang yang merasa puas dengan diri sendiri kerana Merasa puas dgn diri sendiri adalah satu bala yg sgt besar.

Aku ada beberpa cadangan kepada Nik Aziz la....
1-Selesaikan dulu masalah Air di Kelantan sebelum nak cerita pasal Hudud. Jgn cari point nak alihkan perhatian umum kpd masalah Air di Kelantan.
2-Selesaikan masalah kesesakan kenderaan di PasirMas-Kota Bharu yg aku jangkakan menjelang tahun 2015, Perantau Kelantan tidak akan pulang beraya di Kelantan utk tahun yg berikutnya.
3-Selesaikan masalah Ladang Rakyat yg kini telah menjadi Ladang Husam Musa.
4-Kembalikan Wang Pelaburan ahli Pas dalam Kohilal yang dgn mudah dan senyum nya mengatakan pelaburan itu rugi dan wang pelaburan adalah hangus.

Cukup 4 benda ni suruh dia settlekan dulu,Hudud kan dah digantikan dgn kebajikan...Apa lagi lah dia nak twist lepas ni.Sorry to say Aku memang tak percaya dgn org tua ni.

"Hidup Nekad Mati Muda"

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 25, 2012 at 7:34 AM

dia ni selalu terlupa makan ubat

....................
Reply To This Comment ...................
August 25, 2012 at 7:44 AM

alasan terbaik utk elak leher kena jerut pengikut sendiri...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 25, 2012 at 11:57 AM

- bukan soal rakyat setuju atau tidak tetapi apa yang diperbincangkan ialah ada kah hukum tersebut selari dengan kehendak Islam.

Saya mengaku disini bahawa saya kurang mengerti apa yang sebenar yang ingin disampaikan oleh mursyidul ‘am. Apa yang sebenarnya yang dihujahkanya itu pun saya nampak ada kekeliruan. Amat terkilan dan memalukan pendirian seorang yang menganggapkan dirinya ulamak bersikap tidak ketentuan.

Dalam satu kenyataan mengatakan tak usah diperbincangkan dan satu kenyataan yang berikut dalam tajuk yang sama, ianya menjadi secara fakta hukum dilaksanakan setelah ada persetujuan, maknanya setelah diperbincangkan.

“pada masa Nabi Muhammad SAW sendiri umat Islam tidak mempersoalkan kewajaran perintah (hukum) Allah SWT.”

Pada zaman nabi sememangnya tiada apa persoalan tentang kewajaran perintah Allah sebab baginda adalah penyampainya. Nabi bersikap sidiq, amanah, tabligh dan fathana. Zaman nabi dan zaman mursyidul amat jauh berbeza. Zaman mursyidul telah lahir ramai ulamak yang berkepentingan dan ulamak dalam semak. Fatwa fatwa yang disampaikan setengah daripada setengahnya dianggap songsang.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 25, 2012 at 12:14 PM

Aku ada soklan berkaitan perkara diatas:

1 - Seorang pemuda kelantan ditangkap kerana mencuri selori air bersih dari Lembaga Air Perak krana dakwanya keluarrga beliau koma setelah memminum air yg dibekal oleh kerajaan kelantan. Tangan siapakah yg perlu dipotong.
A-Tangan pemuda tersebut
B-Tangan kakitangan Air Kelantan
c-Tangan MB kelantan
D=Tangan UMNO/BN
E=Kesemua diatas

Sila Jawab

....................
Reply To This Comment ...................
August 25, 2012 at 12:40 PM


"Hidup Nekad Mati Muda" - cantik motto tuh :))

....................
Reply To This Comment ...................
August 25, 2012 at 12:42 PM

ya, amat 'riak' bila menyamakan keadaan sekarang dengan semasa zaman Rasulullah. Banyak faktor sampingan lain yang perlu diambilkira.

....................
Reply To This Comment ...................
August 25, 2012 at 12:45 PM

Menarik sekali soalan saudara .... :)

Hmmmm ...... kalau tanya orang Pas mereka akan jawab - Tangan Tun Mahathir ! hahahaha ...

apapun curi tetap curi :)

Post a Comment