........... Hisham - Halal Atau Haram Janji Bersih MALAM INI ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Hisham - Halal Atau Haram Janji Bersih MALAM INI ?

Thursday, August 30, 201226comments

Menteri KDN Datuk Seri Hishammuddin dah bersuara mengenai perhimpunan JB ( Janji Bersih ) - SINAR

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengingatkan penganjur 'Himpunan Janji Bersih' yang dijadual diadakan di Dataran Merdeka malam ini supaya mematuhi undang-undang di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. Beliau berkata, penganjur perhimpunan itu perlu mengemukakan permohonan rasmi kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terlebih dahulu kerana Dataran Merdeka terletak di bawah bidang kuasa agensi itu.

"Tuan punya kawasan (Dataran Merdeka) ialah DBKL dan kita tidak boleh masuk campur secara langsung dalam hal memberi kebenaran ini.


"Bagaimanapun, kita masih tunggu perkembangan lanjut daripada DBKL dan setakat ini saya belum dapat maklumat rasmi mengenai status permohonan ini," 


Tapi beliau tidak pula menyentuh soal keperluan PERMIT POLIS UNTUK BERHIMPUN ? 

Bendanya MALAM NI dan semalam Hishammuddin masih nak beri peringatan supaya penganjur minta izin ? Tahulah mentaliti orang kita ni yang suka buat kerja last minute, tapi agak-agaklah.... kenapa tidak sound 2 minggu lepas sementara masa masih panjang ?

Bukankah Hisham dah peringatkan mereka supaya minta permit awal lagi, pada 11 Ogos lalu tapi hari terakhir ( hari ini ) mereka masih buat tak tahu ? Kan JELAS tu ?

SEKARANG bukan lagi isu penganjur ada izin atau tidak ATAU mereka ada permit atau tidak sebab saya lihat mereka langsung TIDAK BERNIAT hendak mohon kebenaran dari DBKL maupun mohon permit dari pihak Polis.... saya ulang - Mereka TIDAK AKAN pohon pun !

Gambar diatas disiar paper pada 11 Ogos lalu, nah ... dah ada pun ajk ngan banner pun siap dicetak bagai .... kalau mereka ikhlas, dah lama mereka pohon permit semua tu.


Jadi persoalan sekarang yang rakyat nak tahu dari Menteri Dalam Negeri, apakah JB malam nanti HALAL atau HARAM. Soalan sama saya timbulkan awal dulu -   KLiK Waktu itu Hisham bertanya - 

"Yang penting sekarang sama ada janji-janji mereka boleh dipercayai atau tidak, itu bukan untuk saya tentukan," 
.
Jadi bila kah masanya cut-off time untuk menentukan janji2 mereka boleh dipercayai atau tidak ? Nak tunggu waktu kejadian baru nak tentukan ?

SATU PERKARA yang PASTI - JB TETAP BERHIMPUN MALAM INI TANPA PERMIT.

TMIGabungan Janji akan meneruskan perhimpunan pada ambang merdeka di Dataran Merdeka, walaupun dilarang oleh pihak polis dan pihak berkuasa DBKL. Mereka siap jemput Menteri datang sekali join mereka pakai baju kuning !

Sekarang saya tanya lagi - Apakah perhimpunan itu HALAL atau HARAM pada pandangan KDN ? Dan apakah tindakan KDN, Polis, DBKL terhadap mereka malam nanti ?

Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2012 at 11:13 AM

malam nie acara terbuka dan yg nak datang terbuka...warna warni bajupun takper....nak sambut ambang merdeka bukan?.......tapi grup buat kecoh. .tangkap jer!

....................
Reply To This Comment ...................
August 30, 2012 at 11:19 AM

Pemahaman saya begitu juga tapi biarlah ada satu amaran yang JELAS apa yang boleh dan apa yang tidak boleh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2012 at 11:22 AM

sekali lagi modus operandi yang sama di pakai macam bersih 3.0 dulu, suruh minta permohonan TAK NAK BUAT, lepas tu buat himpun salahkan polis bertindak ganas, tapi kalau berhimpunan dekat umah ambiga, PANDAI PULAK TAK MINTA PERMIT LAH TAK BUAT PERMOHONAN LAH

sekali lagi bersih 3.0 berlaku lepas tu mangkuk2 bersih SIAPA YANG NAK BERTANGGUNG JAWAB BAWAHA TIDAK AKAN BERLAKU SEKALI LAGI PERISTIWA MACAM HARI TU, SIAPA ANTARA JAWATANKUASA JANJI BERSIH BERANI BAGI JAMINAN????

....................
Reply To This Comment ...................
August 30, 2012 at 11:34 AM

secara direct saya nak beri cadangan -

TANGKAP dan TAHAN REMAN SEMUA penganjur JB untuk beberapa jam mulai petang ini. Lepaskan mereka esok pagi.

Pembangkang gerenti akan bising tapi rakyat MAJORITI akan sokong, tepuk tangan beri sokongan kepada kerajaan !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2012 at 11:55 AM

Kerajaan jangan jadi penakut macam penulis blog mereka yang sangat susah untuk menerima komen pembaca. Bravo untuk blog pro kerajaan yang terbuka untuk komen. kerajaan patut berani kerana dipihak yang benar. Rakyat tetap akan sokong. Mereka nak tunjuk berani dan nak tunjuk kononnya ada sokongan dipihak mereka sedangkan silent majoriti yang inginkan keamanan lagi ramai..

....................
Reply To This Comment ...................
August 30, 2012 at 12:23 PM

Cuba lah berubah jadi saorang yang tegas dan berani sikit...tak sudah2 dengan amaran tetapi tiada sebarang tindakan dilakukan. Disebabkan perlakuan sebegini lah menyebabkan puak pembangkang naik minyak dan tak menghormati undang2 negara..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2012 at 1:00 PM

Siapa kata Pakatan Tidak Tepati Janji?

semua itu tidak benar!

Janji Bersih Pakatan pasti di tepati.

....................
Reply To This Comment ...................
August 30, 2012 at 1:58 PM

Busan dengar komen 'Boy George' nih.

Dalam bahasa Inggeris kementerian ini disebut HOME MINISTER.

Kalu ditaksir terus ke dlm bahasa Melayu mcm puak2 PAS Jahilliah tu buat (kes TDM), ia akan membawa makna MENTERI RUMAH. Ini jelas membawa maksud yang berkaitan dengan hal ehwal rumah seperti memasak, mencuci pinggan, menyapu, ganti lampin budak....

Sangat sesuai sebenarnya takrifan tersebut!!!

....................
Reply To This Comment ...................
August 30, 2012 at 2:37 PM

Tangkap pemimpin dan penganjur JB tidak akan memberi kesan yang baik, pasti ribut dan bising akan brterusan dan menjadi modal sampai PRU13.

Yang terbaik ialah tangkap Menteri KDN, Ketua Polis dan Dato' Bandaraya, sumbat dalam lokap untuk mereka mempunyai 'alasan' dan 'alibi' tidak dapat bertindak ke atas puak JB.

Yang gagal ialah kerajaan, jangan salahkan orang lain.

....................
Reply To This Comment ...................
KA
August 30, 2012 at 2:40 PM

SETUJU

....................
Reply To This Comment ...................
August 30, 2012 at 3:09 PM

Bayangkan persepsi rakyat terhadap ketegasan kerajaan dalam 'Kedaulatan Undang-Undang' sekiranya JB dibiarkan berlangsung malam nanti ......

....................
Reply To This Comment ...................
August 30, 2012 at 3:10 PM

Hahahahaha ..... ini baru dikatakan berfikir diluar kotak ! I LIKE !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2012 at 3:28 PM

aku tak larat dah dengan hisham...malas dah nak ambik tahu pasal statement dia.

....................
Reply To This Comment ...................
August 30, 2012 at 4:28 PM

Biarkan mereka nak buat perhimpunan dimana, tapi kalau langgar mana-mana Akta, hukum. Jangan tak hukum pulak. Akta dah ada, undang-undang dah ada.

Buat penat je buat Akta atau undang-undang tetapi tak ada penguatkuasaan. Buatlah beribu-ribu akta, kalau penguatkuasaan lemah, tak ade maknenyer.

Adakah pasal mereka tak tahu undang-undang, maka ramai yang langgar undang-undang? Nak tahu macamana, penguatkuasaan dan pendakwaan tak dibuat. Alasan tak tahu undang-undang tak boleh pakai untuk elak diambil tindakan.

Aku sampai la ni tak tahu apa yang ada dalam Akta Perhimpunan Aman 2012 tu. Betui cakap, baca pun tak faham. Jadi kalau ada yang kena tangkap, barulah menjadi contoh kepada aku untuk tahu lebih lanjut.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2012 at 5:38 PM

Dalam statementnya beliau telah mengatakan :

“…… polis akan menjaga keselamatan semua pihak termasuk mereka yang 'berniat jahat'”

Sangat menghairankan sebab saperti selalu diperkatakan, orginisasi itu sendiri adalah satu pertubuhan yang HARAM, segalah bentuk tindakan yang dilakukan sudah pastinya HARAM. Tidak keterlaluan jika dikatakan semua mereka yang menjadi ahlinya serta pendukong watak pemimpin adalah HARAM. Juga mereka yang memberikan kerjasama dalam perkara ini termasuklah ke dalam gulungan orang orang yang HARAM termasuklah HISHAM.

Amat menyedihkan, dipehak kerajaan sanggup memberikan kerjasama. Sangat aib sekali dipehak kerajaan sangat takut dan begitu lemah. Persoalanya, ada kah nanti mereka mereka yang menyertai perhimpunan itu nanti akan memberikan UNDI kepada kerajaan kalaulah UNDI yang kerajaan harapkan?

Saya rasa tidak adil sekarang ini kita hendak salahkan pehak disebelah sana saja, sebab dipehak kerajaan sendiri tidak kurang lebih dari itu. Ada undang undang pun tak dilaksanakan, kalau HUKUM HUDUDlah dilaksanakan saperti ini tak taulah apa nak cakap lagi. Ada kah ini yang dikatakan HUKUM UMNO/BN? Lebih teruk dari itu.

Kalau beginilah rupanya akan berterusan, hilanglah nanti undi yang sudah sepatutnya dapat itu disimpankan saja. Janganlah pula yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2012 at 5:42 PM

sememangnya itulah yang terbaik dilakukan pehak berkuasa. penganjur JB sudah pun dikenal pasti, apa lagi, simpanlah sementara waktu saja. saya sangat menyokong pendapat saudar penulis. tapi macamana pun saya TIDAK BERSETUJU kompromi dibuat sebab pertubuhan itu haram dan sudah difahami maksud yeng tersirat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2012 at 5:52 PM

kamu ni lupa makan ubat agaknya. pergi makan ubat dulu takut nanti meracau lagi kat mana mana entah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2012 at 5:53 PM

benar juga cakap kamu ni beb. kenapa aku tak terpikir sampai kat situ? kamu ni memang terbaikkkkk.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2012 at 5:54 PM

Sedangkan lepas cium keris, hisham bole pulak mintak maaf takut golongan tertentu tersinggung. Kali ni hisham nak jaga hati siapa pulak ? Nanti kalau berkeras sgt takut hilang undi pulak, tapi kalau berlembut, jadilah seperti rusuhan bersih hari tu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2012 at 5:55 PM

kena ambek tau juga bang. kita kan rakyat Malaysia dan patut tau apa yang berlaku disekeliling kita. jangan simpat kat dalam dada, nanti meletup pulak tu, luahkan untuk kita kongsikan bersama

....................
Reply To This Comment ...................
August 30, 2012 at 5:57 PM

errrr... saya pun tak tahu juga ! hahahahaha .... yang saya tahu kalau dah wajib minta permit, kalau tak de permit maknanya SALAH la sebab waktu proses permit, pihak berkuasa akan kaji permohonan mengikut syarat2 sebagaimana dalam AKta sebelum diluluskan. Tak gitu ? hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
August 30, 2012 at 5:59 PM

Pembangkang TAHU itu, makanya mereka sengaja nak langgar undang2. Kalau tidak ada tindakan, rakyat akan kecam kerajaan. Kalau Polis bertindak, pembangkang akan lawan supaya jadi ganas.

Tapi kalau dari awal lagi semua tahu yang kerajaan kita TEGAS , mereka tidak akan berani rancang pun. Tengok macam Singapura.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2012 at 6:02 PM

saya baru saja layari satu blog dimana ceritanya untuk kita kongsikan bersama:

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tidak akan membenarkan sebarang perhimpunan yang bertentangan dengan mana-mana perundangan terpakai di sekitar Dataran Merdeka, daripada diadakan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, kawasan air pancut di Jalan Raja juga tidak dibenarkan memandangkan ia merupakan kawasan 'Landskap Bandar' yang diselia agensi itu.
"Sehingga kini, kita tidak menerima sebarang permohonan daripada pihak tertentu untuk mengadakan perhimpunan malam ini dan kelulusan tidak akan diberi sekiranya terdapat permohonan.
"Tambahan pula persiapan menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke-55 sedang dibuat di sekitar Dataran Merdeka.
"DBKL akan menghantar pasukan penguat kuasa untuk mengawal keselamatan dan keselesaan orang awam dengan kerjasama pihak polis," katanya pada sidang akhbar ketika mengadakan lawatan di Persiaran Endah di sini hari ini.

LJ - MASALAHNYA JIKA PAKATAN DEGIL, NAK BUAT JUGA PERHIMPUNAN.

....................
Reply To This Comment ...................
August 30, 2012 at 6:19 PM

persoalannya yang perlu diberitahu oleh pihak berkuasa - APA YANG BOLEH BUAT DAN TAK BOLEH BUAT OLEH ORANG AWAM ?

Bendanya AKAN berlaku juga, terbaru saya baca mereka akan bertebaran sekitar KL dengan baju kuning. Takpelah gitu asal jangan kecoh.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 30, 2012 at 6:48 PM

Mengapa perlu di ganggu gugat sambutan hari kemerdekaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini semata-mata tamakkan kuasa. Jelas niat busuk pembangkang untuk merosakkan nama baik negara dimana sudah tentu mendapat liputan berita luar. Sudah tentu tiada lagi pelancung asing datang didataran setelah apa yang mereka alami di demo ganas sebelum ini. Kali ini mereka akan berhadapan dengan ribuan orang awam dan bukan dengan anggota keselamatan sahaja. Jadi kemungkinan kekecohan tidak dapat dielakkan. Wahai puak-puak yang suka huru hara gunakan otak yang dianugerah supaya befikir dengan waras bukan masa ini untuk konon menuntut pilihan raya adil. Andai awak "berkuasa"(ditakdirkan tidak) awak tidak akan dapat keadaan yang serupa seperti apa awak lakukan sekarang.

....................
Reply To This Comment ...................
August 30, 2012 at 11:33 PM

Kalau nak buat jugak berhimpunan malam ini dengan memakai baju kuning bersih, macam tak ada dah hari lain dah, ini menandakan mereka ini hendak menghuru harakan negara. Jelaslah mereka ini lah penganas. Tangkap dan humban mereka in dalam penjara dan jangan dibicara kan di mahkamah membuang masa saja.

Post a Comment