........... Faktor Kaum - Terjemahan Artikel Tun Mahathir | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Faktor Kaum - Terjemahan Artikel Tun Mahathir

Thursday, August 9, 201210comments


Dibawah saya terjemahkan artikel terbaru Tun Mahathir - The Race Factor. Jika terdapat sebarang kesilapan terjemahan atau dari segi maksud, sila perbetulkan.

1  - Ramai yang bertanya kenapa kita tidak boleh hapuskan politik yang berasaskan perkauman ?

2  - Jawapan yang mudah adalah kerana kita sendiri yang mahu memperingati diri dan diiktiraf mengikut asal usul kaum, negara asal tuk nenek, bahasa dan budaya ibunda.

3  - Kita tidak cukup setakat menyatakan bahawa kita ini adalah rakyat Malaysia. ( maknanya kita masih mahu merujuk kepada kaum kita samada Melayu, Cina , India dll )

4  - Jika diberikan contoh negara lain dimana rakyat pelbagai kaum mereka mampu hidup tanpa adanya politik perkauman, atau perlu dibezakan mengikut negara asal mereka ( contohnya China, India dll ) , kita akan jawab yang kita ini berbeza. Keadaan kita unik, tidak boleh dibandingkan dengan negara lain. TAPI waktu sama dalam banyak perkara lain, kita mahu pula bandingkan dengan mereka.

5 - Tapi apakah kita begitu berbeza dengan mereka ? Sebenarnya ramai juga rakyat kita yang berasal dari negara luar tapi mereka telah lupa akan negara asal. Kita menerima mereka kerana mereka telah menerima sepenuhnya cara hidup penduduk asal disini. Mereka berbahasa tempatan, mengamalkan budaya dan tradisi tempatan dan kebetulan kebanyakannya adalah orang Islam.

6  - Mengikut Perlembagaan, mereka ini adalah Melayu dan diiktiraf sebagai Bumiputera dan bukannya pendatang luar.

7  - Menjadi satu isu besar diSabah kerana bilangan besar mereka yang diberikan kerakyatan. Ada yang telah dihantar pulang kenegara asal tapi ramai juga yang kembali secara haram.

8  - Tapi ramai dari mereka ini sebenarnya layak untuk diberi kerakyatan. Mereka telah tinggal di Malaysia ( Sabah ) berpuluh tahun lamanya. Mereka dan anak2 fasih bertutur dalam Bahasa Melayu iaitu Bahasa Kebangsaan kita.

9  - Atas dasar permastautin yang lama dan kefasihan mereka dalam Bahasa Kebangsaan mereka layak dan telah diberikan taraf Warganegara.

10 - Sebagai perbandingan, kita punya ramai dikalangan rakyat yang tidak boleh bertutur dalam Bahasa Kebangsaan tapi telah diberikan Kerakyatan. Dan kita masih lagi berikan kerakyatan kepada orang luar yang memohon menjadi Warganegara dengan syarat mereka telah tinggal disini selama 10 tahun dari 12 tahun yang lepas, fasih dalam Bahasa Kebangsaan dan mengangkat sumpah ketaatan kepada negara. Jadi kenapa imigran diSabah yang sudah memenuhi syarat2 diatas tidak boleh diberikan Kerakyatan ? Bantahan kepada pemberian Kerakyatan mereka ini dilihat lebih bersifat politik.

11 - Faktor perkauman menjadi isu besar lagi. Suatu ketika dulu terdapat parti2 politik yang berasaskan ideologi bertanding dalam Pilihanraya tapi mereka semua ditolak oleh pengundi dan rakyat memilih parti2 yang berasaskan kaum.

12 - Jika kita tidak mahu melihat politik yang berasaskan kaum, maka kita harus bersedia untuk melupakan asal usul kita, bertutur dan menerima Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa ibunda dan melafazkan ikrar taat setia kepada negara ini saja. Kita masih boleh kekalkan ugama masing2.

13 - Mungkin satu hari nanti ia akan berlaku. Tapi untuk ketika ini, politik kita akan tetap berasaskan kaum walaupun kita tidak mahu mengakuinya. Kita juga tidak harus sebut 'pelbagai kaum' kerana dengan itu secara tidak sedar kita mengakui wujudnya perbezaan kaum.


                                        **************************************
Komen Dinturtle -

Ya, kenapa ramai dari kaum bukan Melayu yang mengaku sebagai rakyat negara ini, yang marah jika kita pertikaikan semangat nasionalisma mereka, yang mendakwa mereka adalah pejuang konsep Bangsa Malaysia yang sebenar TAPI waktu sama ramai dikalangan mereka tidak fasih dalam Bahasa Kebangsaan Malaysia ? Mereka juga lebih mengutamakan sejarah dan budaya luar negara berbanding sejarah dan budaya tempatan ?

Mereka ini marah jika kita sebut hal2 yang berkaitan dengan perkauman TAPI waktu sama mereka lah yang paling vokal memperjuangkan budaya dan bahasa kaum mereka yang berasal dari negara luar ?

Mereka ini juga merasakan TIDAK ADA KEPERLUAN untuk fasih dalam Bahasa Kebangsaan Malaysia, yang juga memberi makna yang mereka merasakan TIDAK ADA KEPERLUAN juga untuk bercampur gaul dengan kaum yang hanya faham Bahasa Kebangsaan negara.

DAN MEREKA MENDAKWA MEREKALAH JAGUH BANGSA MALAYSIA ? ? ?

Sesungguhnya ada yang tidak kena dengan cara kita melayan rakyat yang tidak reti bahasa ini !

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 9, 2012 at 2:52 AM

Yang bercakap rasis jauh lebih rasis dari yang dituduh rasis..ini adalah hakikat nyata.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2012 at 5:47 AM

Aku sokong artikel ini... Usia 55 tahun kita merdeka, seolah-olah takde ape perubahan dari landskap bahasa... Puak2 tak reti bahasa masih tidak fasih dalam bahasa kebangsaan... Kalau tak percaya, cuba berurusan dengan golongan ini di KL atau dimana2... Berbeza dengan rakyat indonesia, walaupun berbangsa bukan melayu, tetapi cukup fasih dalam bahasa melayu indonesia...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2012 at 6:14 AM

habis tu yg TUn memerintah malaysia lebih 20 tahun tu buat apa? xkan x leh ubah?skng baru nak gelabah...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2012 at 8:08 AM

Ada satu bangsa kat tanah melayu ni yg semakin hari semakin kurang kebolehannya bercakap bahasa kebangsaan, tak caya tengok la kat tv bila ditanya mereka lebih gemar berbahasa inggeris dari bahasa kebangsaan, tv pun satu kalau slot bahasa macam berita tu janganlah disiarkan yg tak tahu bahasa kebangsaan tu buat susah-susah nak buat subtitle saja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2012 at 8:35 AM

DT,

sedar atau tidak politik berasaskan agama, dalam terang atau gelap, adalah lebih merisaukan berbanding politik berasaskan kaum.

ATAS PAGAR

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2012 at 8:57 AM

satu sekolah untuk semua,

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 9, 2012 at 7:21 PM

bukannya dia kelam kabut. reti baca x ? dia stating the fact nape keadaan msia mcm tu. dh kaum lain xnak hormat perlembagaan, xnak iktiraf ape2 yg ade kaitan dgn nilai melayu dlm perlembagaan mcm bahasa kebangsaan, habis tu nk buat mcm mana.

bukan dia gaduh pasal ape pn. menceritakan hakikat di msia yg ramai buat dek tp bising je memanjang. ckp samarata2 tp medium xde masing2 nk dgn adat masing2 instead of buat yg satu je mcm indonesia.

pastu bising lagi bila nk buat mcm indonesia. nk iktiraf yg mana. pastu pertikai sejarah pastu pusing balik ke square 1.

habis kalau dh kaum lain x reti nk hormat perlembagaan mcm mana? buat ape? baru draft bende sikit dh buat tunjuk perasaan kata hak asasi.

baru buat sikit dh claim racist.

yg melayu pulak sympathetic lebih2 terhegeh2 nk jadi juara kesamarataan. baru kene gertak racist dh diam. yg terlebih2 nk backing kaum lain walaupn melampau pn byk. habis camne.. tgk pemimpin je walhal kalangan kita pn mcm ape je.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
August 9, 2012 at 7:50 PM

Sekolah Wawasan adalah satu contoh Satu Sekolah tapi telah mendapat tentangan hebat dari banyak pihak termasuk dari Pas.

Tujuan kita bising soal sekolah vernakular ini supaya isu ini dibincangkan secara terbuka. Itu langkah pertama untuk menyedarkan rakyat, BUKAN mencari kesalahan sesiapa. Takde kesudahan kalau asyik menuding cari siapa lebih bersalah.

Bila isu jadi perbincangan, baru orang buka mata. Kalau tak disebut langsung, sampai bila nak ubah?

....................
Reply To This Comment ...................
anak malaysia
August 10, 2012 at 6:07 AM

negara luar klu dpt pemimpin macam tun,pasti mereka barasa bangga....bapa kemodenan bapa kemerdekaan dn blh dikatakan bapa utk kita semua,tp syg ada juga rakyat2 di mlaysia ni tak berapa suka dan tak berapa nk bangga dengan beliau...tak semua tapi ada la segelintirnya...cuba lihat selama 20 thn apa yg telah beliau lakukan untuk negara kita yang tercinta ini....lihatlah putrajaya,litar sepang,klcc,kl tower dan bermacam lagila sampai sekarang kalau kita lihat tempat-tempat macam tu pasti ramai pelancong dari luar akan ke sana....dunia pernah mengalami zaman kegawatan ekonomi tapi lihat apa yang telah beliau lakukan...beliau ada acuan sendiri tak ikut telunjuk orang,andai kata beliau ikut telunjuk oramg lain...pasti hancur,punah segalanya.. renung-renungkanlah.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 11, 2012 at 9:46 AM

Tun Gelabah?? ko gilak kah (Sabahan punya slank) hehe.. Tun berkata benar, tapi itulah kita sendiri Melayu dan Anon di atas pun kena bertanggungjawab..

Apakata kita kuasai Parlimen 2/3 dan tidak perlu harap kerjasama dengan (MCA/DAP/MIC DLL)kita kekal iktiraf kebebasan kaum2 lain mengamalkan budaya, agama cuma berbahasa WAJIBlah berbahasa MELAYU.

keluar je dari rumah masing2 dan berada di kawasan awam..terus guna bahasa melayu.. lambat laun harmoni dapat kita wujudkan tpai itulah

KEBERADAAN MCA/MIC dll dalam BN dan KEHEBATAN CINTA ANTARA DAP+PAS+PKR sebenarnya makin jelah menguburkan cita2 hendak menjadikan Malaysia ini yang SEBANGSA, SENEGARA DAN SEJIWA hahahah..

Post a Comment