........... Eksklusif Pondok Geting - Bahagian Akhir | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Eksklusif Pondok Geting - Bahagian Akhir

Saturday, August 18, 20126comments

Ada rakan yang minta saya kumpulkan kesemua artikel Pondok Geting dalam satu post supaya senang untuk dibuat modal berdebat masa balik kampung beraya nanti .... hehehehe , ok gak idea tu. Nah saya susun kesemua link artikel Pondok Geting mengikut kronologi. 


EKSKLUSIF ! Mencari Kebenaran Di Pondok Geting Tumpat Kelantan

 

EKSKLUSIF PART 2 - Gambar2 di Pondok Geting

 

KEMASKINI DENGAN VIDEO ! Sumbangan BUKAN 50 Ribu la Tapi 2 JUTA ! ! - Pondok Geting

 

JOM TENGOK ABDULLAH SAAMAH MENGAMUK Pada Pas dan Dap ! ( Dan Kenapa Dap Kafir Harbi ) GERENTI KECOH

 

Video Temuramah Bersama Ustaz Zainal Abidin Minda Pondok - WAJIB TOLAK PAS !

 

 

Ada seperkara lagi yang belum saya sebut iaitu dakwaan YB Zaki terhadap Zainal Abidin yang TIDAK PUNYA sekolah pondok maupun anak murid namun tetap menerima sumbangan sebanyak RM50k.

 

Secara jujur, saya sendiri terkejut bila dapati memang beliau TIDAK PUNYA SEKOLAH PONDOK ATAU ANAK MURID pada waktu ini dan waktu sama mengakui ada menerima wang sumbangan tersebut !

 

 

Saya tidak berkesempatan menanyakan dengan detail soal itu, namun beliau ada menjelaskan perancangannya. Gambar diatas menerangkan dengan lebih jelas.

 

Ya, Ustaz Zainal Abidin tinggal disebuah pondok yang simple diatas tanah wakaf yang agak luas. Bangunan besar diatas adalah madrasah yang sedang dibina ( pondok kediaman tersorok dibelakang ). Disebelah kiri kelihatan satu plot tanah yang sudah ditambun, disitu kelak akan dibina asrama pelajar.


Ya, gambar diatas adalah tapak dimana akan dibina sebuah pondok agama yang baru kendalian 'Tok Guru' Zainal Abidin, yang merupakan jurucakap ( bersama Tok Guru Abdullah Saamah ) mewakili Minda Pondok, sebuah NGO guru2 pondok sekitar Kelantan. Dana sumbangan akan digunakan sepenuhnya bagi tujuan itu.

Hmmmm .... terlalu sedikit tuh RM50k ..... ( atau mungkin lebih dari itu yang diterima ! .... wallahualam )


Akhir kalam, Ustaz Zainal Abidin  mengeluarkan CABARAN BERDEBAT kepada YB Zaki bagi membuktikan kebenaran perjuangan masing2 dari YB Zaki terus menabur fitnah DI BELAKANG beliau dan Haji Lah.


Saya sebenarnya tidak bersetuju dengan debat tapi dalam kes ini, daripada YB Zaki terus membuat dosa kering menfitnah dalam sesi2 ceramah beliau, kerana ternyata beliau banyak berbohong, mungkin ada baiknya beliau menyambut cabaran itu bagi mengembalikan semula kredibiliti beliau. Dan rakyat juga berpeluang mendengar penjelasan dari pihak kena tuduh .


Sebab ini bukan soal dasar2 kerajaan tapi soal peribadi yang diserang oleh YB Zaki. Amat tidak kena bagi seorang bertitle Wakil Rakyat bertindak demikian. Sempena cuti Raya ni, bolehlah YB timbangkan cabaran debat bersama Tok Guru tanpa Pondok Zainal Abidin. Kasi settle once and for all dari terus membebel dibelakang.... apa barang !  Jangan lupa jemput saya ya ...

Share this article :

+ comments + 6 comments

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2012 at 2:44 PM

Abis dah ke cerita Pondok Geting ni? Dah disiar semua foto dan video?

Kamu jangang buat saspeng Ding... Pegi 3 jam, ambik video 3 minit jer...

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2012 at 2:57 PM

Untuk yang relevan dgn tujuan kesana, selesai dah :-)

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2012 at 3:43 PM

Ikhlas aku cakap, aku kecewa. Tujuang kamu ke Pondok Geting nak cari kebenarang, bukang nak suruh dia ulang percakapang pasal DAP. Dan tak cukup setakat tunjuk pondok buruk. YB Zaki pertikai tentang kredibiliti dan kewibawaan Haji Lah. Ada yang gelarkan dia sebagai pelampau agama, dll.

Sayang kamu tak temuramah tentang asal-usul dia, tempat2 dia belajar, apa perancangan dia untuk masa depan pondok dia, pandangan dia tentang masa depan umat Islam. Tak payah sentuh tentang PAS dan DAP pun takpe. Letak politik ke tepi bila bercakap mengenai agama dan kebenaran.

Dapatkan juga sejarah dan maklumat tentang NGO Minda Pondok ni. Cerita biar semua orang tau.

Kita nak cerita hal kebenaran, mengharap yang positif kepada semua pihak dari usaha ikhlas kita ini. Dan didalam keikhlasan itulah juga akan timbul keadilan (bagi puak pembangkang) kerana kita menceritakan kebenaran.

Apa pun aku ucapkan syabas dan tahniah kepadamu Din atas usaha dan pengorbanan yang kamu lakukan di bulan yang mubarak ini. Itu saja anugerah yang mampu aku bagi tetapi aku yakin kamu akan dapat pulangan yang lebih setimpal.

Salam Aidilfitri untuk semua.

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2012 at 6:29 PM

dear din
keep up the good work. by the way.. pls check nik aziz credentials especially the origin of his 'tok guru' title (obviously he should have some pondoks too) and his degree and so forth.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2012 at 10:28 PM

Salam Aidilfitri untuk semua juga terutama penulis kita saudara Din. Mohon maaf diatas segala kekasaran bahasa.

....................
Reply To This Comment ...................
August 19, 2012 at 2:23 AM

Qalam Qabut, TerimaKasih diatas pandangan. Sebenarnya sebahagian nya sudah ada dalam kepala, tapi keadaan beberapa faktor ketika itu buat saya agak berhati2 ketika bertanya. Maka tumpuan lebih pada respon mereka terhadap video YB Zaki. Yang lain tuh, mereka sendiri yang cakap dek semangat hehehe

InsyaAllah, jika ada peluang lagi saya akan tanyakan.

SELAMAT BERHARIRAYA SEMUA !

Post a Comment