........... EKSKLUSIF ! Mencari Kebenaran Di Pondok Geting Tumpat Kelantan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

EKSKLUSIF ! Mencari Kebenaran Di Pondok Geting Tumpat Kelantan

Tuesday, August 14, 201227comments


Terlebih dahulu ingin saya refresh balik isu yang membabitkan Tok Guru Abdullah Saamah @ Pondok Geting ni. Semua pasti ingat kenyataan beliau - Undi Dap Haram yang sedikit sebanyak menggegarkan politik orang Melayu baru ni.  Antara strategi menangkis serangan dan sekali gus usaha mengalih isu yang sering digunakan dalam politik adalah dengan menyerang KREDIBILITI musuh dan dalam kes ini, Pas melalui YB Kelaboran, Tumpat telah membuka gelanggang dengan membuat pelbagai tuduhan yang mengaibkan bertujuan mencalar kredibiliti Abdullah Saamah.



Dalam artikel saya sebelum ini ( KLiK ) ada saya menulis intipati video ucapan YB Zaki Ibrahim diatas -

Untuk lawan Pas, Umno main kutip mereka yang berperwatakan Ustaz, lagi baik kalau dari pondok2, bubuh gelaran Tuan Guru Haji Abdullah Saamah ...  tapi TAKDE ANAK MURID SEORANG PUN ! PONDOK PUN TAK WUJUD ! Kemudian dijadikan jurucakap bagi menyerang pemimpin2 Pas.

Pendekkata - Tuan Guru Haji Abdullah Saamah adalah seorang PENIPU ! 'Ustaz' cari makan, dibayar untuk berlakon sebagai ustaz dan serang Nik Aziz @ Pas.

Semuanya LAKONAN yang didalangi oleh Umno.

Begitu juga Zainal Abidin yang kononnya mengaji  pondok di Pasir Tumboh. Asalnya cuma penjual pasar malam, kemudian buka kedai kopi depan mesjid, tak laku.... kemudian buat rumah di Pulau Ular tapi mengaku sebagai 'pondok' padahal tidak ada sorang pun anak murid.

Muhyiddin ditipu bila bagi derma buat pondok yang tak wujud. Abdullah Saamah dapat RM100k, Zainal Abidin dapat RM50k.

Tapi kemudian  Zaki kata cuma sampul surat saja, duit belum terima.

Terus terang saya cakap, saya cukup pantang ditipu kalau benarlah dakwaan YB itu. Ada yang kata , yang penting adalah kenyataannya ...... saya tidak ada masalah dengan itu. Kenyataan, kenyataan juga tapi Tipu pun kena sahkan juga !

TIDAK ADA blogger pro Umno lain yang berani sambut artikel saya ...... hairan ! Mungkin SEMUA SIBUK NAK BUAT PERSIAPAN HARIRAYA KOT ..... jadi malas nak serabutkan otak. Takper lah.

Saya terpanggil untuk mencari KEBENARAN - YB ZAKI PENIPU atau ABDULLAH SAAMAH PENIPU ?

BESAR risikonya buat Umno sekiranya ternyata dakwaan YB Zaki itu benar ! Kira boleh bye-bye la nak tawan Kelantan kalau benar terbukti Umno menjadi dalang disebalik lakonan Abdullah Saamah.

Tapi waktu sama, jika benarlah dakwaan itu, saya pun tidak akan berdiam diri ! Hell no, saya akan dedahkan sebab terlalu jelik perbuatan sepertimana dakwaan YB Zaki itu. Umno tak Umno ... nasiblah.. Saya sendiri sudah menulis beberapa artikel yang menyokong kenyataan Abdullah Saamah, minta maaf la, saya tidak boleh biarkan isu ini berlalu begitu saja tanpa saya cari KEBENARAN yang sebenar.

Carian dalam internet memberikan saya info tentang Pondok Geting dan gambar - KLiK . Tak sukup power rasanya ...... takde gambar pelajar dan gambar bangunan seperti dibawah ini nampak macam ...... tak bernyawa. Takder impak !

Bagaimana dengan dakwaan2 lain itu ?




Dalam kebanyakan isu, kebenaran dibuktikan melalui tindakan orang lain. Saya sekadar menunggu dan kutip saja apa yang orang lain berikan. Tapi kali ini LAIN. Tumpat cuma 3-4 jam saja dari Kuala Terengganu. Saya boleh saja kePondok Geting dan tengok dengan mata kepala saya sendiri ! Maka saya cari no talipon untuk bercakap dengan Tok Guru Abdullah Saamah sendiri, berjaya, dan terus set masa untuk bertemu dengan beliau di Pondok Geting.

Isunya mudah .... buktikan apa yang YB Zul sebut diatas itu salah atau benar dan SAYA SENDIRI MAMPU lakukannya tanpa perlu mengharapkan bantuan sesiapa. Tapi itu untuk diri sendiri.

Kalau nak ditulis dalam blog, setakat pengakuan saya saja mana cukup. Maka terpaksalah saya cari bantuan jurukamera professional yang boleh merakam visual dan seterusnya mengedit dan upload dalam Youtube. Manalah saya tahu semua tuh .....

Letih saya menalipon kekawan yang saya fikir boleh bantu. Tapi seperti yang saya katakan tadi, semua sibuk nak melayan program2 Berbuka puasa pemimpin2 Umno bersama anak yatim dan oraang susah. TAK SAH KALAU TAK DER SIAPA YANG RAKAM !

Mujur juga sahabat blogger dari UMB Double Y mahu membantu, beliau call rakan blogger Gelombang Kick diKota Bharu dan kebetulan mamat tu free ......... dan dipendekkan cerita -


Gambar baru diambil sat ni...

Sekarang jam 2:16pm saya sudah berada di pintu masuk Pondok Geting Tumpat Kelantan !

SERIUS GILER NI -  saya BELUM LAGI berjumpa dengan Abdullah Saamah. Saya juga BELUM MASUK lagi dalam kawasan pondok. Artikel ni saya siapkan dulu, tunggu gambar je sebelum saya postkan. Sekarang saya baru nak masuk kawasan pondok itu dan seterusnya memulakan pencarian Kebenaran yang menjadi matlamat saya kesini.

Apakah info atau visual yang bakal saya temui ? Wallahualam ..... 

Share this article :

+ comments + 27 comments

....................
Reply To This Comment ...................
KA
August 14, 2012 at 2:29 PM

kesungguhan saudara memang saya kagum dan respek. memang saya pun nak tahu kebenarannya so terima kasih di ucapkan di atas usaha murni saudara ini.

....................
Reply To This Comment ...................
August 14, 2012 at 2:42 PM

saya berdoa semoga berjaya mendapatkan kebenaran bro..

....................
Reply To This Comment ...................
August 14, 2012 at 2:43 PM

InsyaAllah.. kalu betul alek Tok Guru Abdullah Saamah, Allah akn permudahkan urusan deme...

....................
Reply To This Comment ...................
August 14, 2012 at 2:57 PM

Pada 15 Syaaban lepas saya dapat peluang bercakap dengan Tuan Guru Abdullah Samaah melalui telefon bimbit anak mureednya. No telefon TG Abdullah Sammah mmg saya ada tapi saya hormati dia kerana tak nak menganggu dia Berdzikir dan beribadah. TG Abdullah Samaah adalah seorang tokoh Islam ASWJ yg ikhlas berdakwah demi ugama Islam-Ilmunya banyak dan bersanad. Dalam Islam ilmu bersnaad dan bertalaqqi lebih ebrkah dr ilmu university kerana ilmu bersanad ini dapat direct dari ulama yg mengaji dgn sahabat dan ahlul bayt dan bersambung sehingga ke Rasulullah SAW oleh itu kefahamannya lebih dalam dan ulama jenis ini lebih ikhlas dan lantang mempertahankan ugama Islam-saya sempat cakap "Tuan Guru saya sentiasa doakan Tuan Guru cekal dan terus brdakwah"

TG Abdullah Samaah mengaji di Makkah sahaja 12 tahun dgn ulama Nusantara tersohor di zamannya-maka ilmunya cukup banyak-ulasanya semua berlapikkan DALIL yg sahh bukan hukum aqal spt Nik Aziz -yg Wahhabi taas sebab itu Nik Aziz tak mahu berdebat dgn TG Abdullah Samaah

....................
Reply To This Comment ...................
August 14, 2012 at 2:57 PM

go dinturtle bukti kan kebenaran!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2012 at 3:06 PM

Kita terjah untuk cari kebenaran... hehe. Bagus din, aku cukup puji cara anda ni. Serupa blogger-blogger yang terjah Rais Yatim ketika isu kononnya dia merogol amah dia dulu yang akhirnya kita daoat tahu isu itu adalah fitnah semata-mata......

Dengar dari mulut yang dituduh sendiri lagi baik dari dengar cerita sebelah pihak je....

Mudah-mudahan Allah memberikan kemudahan pada anda dan rakan anda tu.....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2012 at 3:19 PM

Allahuakhbar, teruskan pencarian kebenaran anda. Siarkan apa saja intipati temuramah anda dengan Abdullah Saamah dalam blog, pasti blogger lain akan ambil tolong sebarkan.

....................
Reply To This Comment ...................
August 14, 2012 at 3:40 PM

Saspen giler entry mun kali ni Din. Makin serius ni. Syabas. Tak sabor nok tunggu entry berikutnya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2012 at 3:52 PM

LAGI SEKALI BRO DIN..

JIKA DIBANDINGKAN ANTARA DUA ORANG YANG DISEBUTKAN TU..AKU TETAP TAK YAKIN DENGAN KATA2 SEORANG POLITICIAN..

....................
Reply To This Comment ...................
August 14, 2012 at 4:26 PM

tahniah dinturtle kerana sanggup bangkit dan buat begini.

ramai yang hanya berkokok tapi tidak berdaya buat seperti yang dinturtle buat ni.

syabas!

semoga bertemu kebenaran

....................
Reply To This Comment ...................
August 14, 2012 at 5:07 PM

Salam der,

Saya sokong usaha ni. Bkn psl tipu or apa tp just nak puaskan hati sendiri kannn. Pantang anak Melayu kena tipu (hehehe). Saya juga sokong usaha Brader Din cari back up utk sahihkan lg pencarian ini. Org skang agak skeptikal kalau tgk gmbr2,apa lg video kannnn. Lu dah mcm reporter pro plak bila buat usaha sendiri mcm ni. X yah nak gi oversea nak buat pendedahan ekskulsif. CAYALH!

p/s pas berjaya misi ni,jgn lupa diri bro hahahaha lu dah mcm Tom Kurus la kunun

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2012 at 5:41 PM

kenapa pondok berkenaan di cat hijau dan di belakangnya terpacak bendera hijau dan logo lunar kelompongan? apakah itu markas politik?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2012 at 5:44 PM

dengan adanya hasil balak kurniaan tuhan, tidakkah kerajaan negeri berkenaan dapat menaik tarafkan institusi pendidikan pondok demi agama dan bukan demi politik semata-mata?

....................
Reply To This Comment ...................
August 14, 2012 at 7:55 PM

TERIMAKASIH semua diatas sokongan anda ! Hilang rasa penat bila baca tadi dan naik semangat slalu hehehehe

Gambar2 sudah saya postkan diartikel terbaru selepas yang ini. Artikel dan video akan menyusul kemudian.

Agak terkilan mengenangkan Umno Kelantan yang SEKAMPUNG tidak terfikir untuk melakukan 'siasatan' ini !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2012 at 8:30 PM

Bravo bro!
Gua respek sama lu! Dedahkan sipenipu..!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2012 at 9:29 PM

kesian pd unit penerangan umno setiap parlimen dan dun. semuanya beku. isu2 tak dijelas dgn baik. elok lantik mung jd ketua penerangan. umno masih syok sendiri. kalau umno terus buat senyap tak nak patahkan persepsi rakyat habislah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 14, 2012 at 9:30 PM

Mana2 umno ada sindrom 'complacency', wakper nak susoh2, bior jela..
Tahniah bro, caiyok..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2012 at 2:43 AM

saya nak kepastian sahaja yg saya faham yg tiada pondok dan anak murid tu adalah zainal abidin. bukan nye ustaz abdullah yg di sebut oleh yb pas tu. adakah saya salah dengar

....................
Reply To This Comment ...................
August 15, 2012 at 4:24 AM

ya, tapi zaki juga dakwa pelajar2 pondok Geting semua sudah lari kerana tidak lagi percaya kepada Abdullah Saamah.

Zaki juga dakwa Abdullah Saamah sebagai tok guru penipu, tiada kredibiliti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2012 at 10:24 AM

Untuk lawan Pas, Umno main kutip mereka yang berperwatakan Ustaz, lagi baik kalau dari pondok2, bubuh gelaran Tuan Guru Haji Abdullah Saamah ... tapi TAKDE ANAK MURID SEORANG PUN ! PONDOK PUN TAK WUJUD ! Kemudian dijadikan jurucakap bagi menyerang pemimpin2 Pas.

ayat ni tergantung ni..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 15, 2012 at 12:20 PM

Tahniah atas usaha murni. Dalam mencari kebenaran kita juga kena bercakap benar. Saya bangga dhn usaha tuan.

"Untuk lawan Pas, Umno main kutip mereka yang berperwatakan Ustaz, lagi baik kalau dari pondok2, bubuh gelaran Tuan Guru Haji Abdullah Saamah ... tapi TAKDE ANAK MURID SEORANG PUN ! PONDOK PUN TAK WUJUD ! Kemudian dijadikan jurucakap bagi menyerang pemimpin2 Pas."

Untuk kebaikan dan kebenaran sesuai di pinda supaya tidak menunjukkan pehak yg mencari kebenaran buat spin sahaja. Nasihat saya tak seberapa ini sahaja. TK

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 16, 2012 at 1:08 PM

Kalau YB tu tuduh guru yg baik penipu dia tunggu la masa nak tersungkur ke bumi

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
March 13, 2013 at 9:09 AM

Dlm dunia yg tanpa sempadan sejak zaman berzaman lagi.... sebelum zaman serba canggih ini pun, hubungan murid dan guru tetap terjalin, ada murid yg terzahir di mata dan ada murid yg terhijab drp umum. Kerana pilihan seorang murid berguru itu ketentuan drp yg maha pemilik kerana ilmuNya utk siapa yg terpilih darpada Nya jua. Jgn bercakap tentang bilangan murid tanpa tahu tasi ilmu itu.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
April 8, 2013 at 2:56 PM

Singgah sekali di Pondok Sungai Ular...Wujud ke tidak..Kirim Salam kat Ustaz Zainal Abidin.

....................
Reply To This Comment ...................
April 8, 2013 at 3:00 PM

@Anonymoushttp://dinturtle.blogspot.com/2012/08/eksklusif-pondok-geting-bahagian-akhir.html

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 26, 2014 at 7:35 PM

pondok geting memang wujud..loni dlm proses naik taraf lepas dpt duit 2juta hak kerajaan pusat bagi..saya singgah baru nih napok bangunan comel dh la..sgt kondusif utk pembelajaran..tapi hak yb zul cakap x wujud tu adalah pondok sungai ular..try cuba tuan intai pondok sungai ular..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 18, 2015 at 11:35 AM

"Untuk lawan Pas, Umno main kutip mereka yang berperwatakan Ustaz, lagi baik kalau dari pondok2, bubuh gelaran Tuan Guru Haji Abdullah Saamah ... tapi TAKDE ANAK MURID SEORANG PUN ! PONDOK PUN TAK WUJUD ! Kemudian dijadikan jurucakap bagi menyerang pemimpin2 Pas." cuba dgr balik... ada tak yb tu kata macam tu... yg dikata tiada anak murid dan pondok adalah pondok sungai ular... bkn pondok geting....

Post a Comment