........... Dr Maza - Penolakan Tun Mahathir Terhadap Hudud Pas Tindakan TEPAT | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Dr Maza - Penolakan Tun Mahathir Terhadap Hudud Pas Tindakan TEPAT

Friday, August 24, 20129comments

Dibawah adalah bebrapa petikan dari artikel sinar serta linknya, kenyataan Dr Maza mengenai kemelut Hudud yang hangat diperdebatkan ketika ini


Saya sudah jelaskan sejak dulu lagi bahawasa pesalah rogol masih boleh dihukum jika tidak mempunyai empat saksi, maka qarinah diguna pakai iaitu  bukti kukuh lain.

“Jadi Pas sebagai rakan DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) gagal menerangkan kepada mereka mengenai undang-undang Islam sebenar,” kata bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin ( Maza ).
SINAR

Menurutnya, Pas perlu bertindak lebih agresif dengan menerangkan hukum hudud kepada rakan dalam PR, selain semak semula tafsiran hudud yang dicanangkan agar ia benar dan tepat.

Mengulas kritikan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai hudud yang mahu dilaksanakan Pas di Kelantan, Dr Asri menegaskan tindakan Dr Mahathir tepat kerana melihat enakmen itu tidak lengkap.


Semalam Sinar ada juga menyiarkan artikel dari Maza Hudud perlukan ijtihad baru yang dipetik dari entri blog beliau drmaza.com . Untuk membaca keseluruhan artikel tersebut yang bertarikh 29 September 2011 itu klik - Hudud Dan Beberapa Gambaran Salah

Saya copy beberapa bahagian -

Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, hudud hanya makanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran keseluruhan negara Islam, bahkan bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah.

Banyak lagi jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud. Peratusan besar jenayah yang pelbagai, terutama di zaman ini berada di bawah takzir (discretionary punishment). Makanisme ini pula memerlukan suasana yang kondusif untuk perlaksanaannya.

 Seseorang muslim apabila berbicara tentang pemerintahan dan tanggungjawab pemerintahan bukanlah membayangkan mekanisma mengatasi jenayah semata, tetapi membayang tanggungjawab keadilan dan kebajikan yang menjadi asas tersebarnya kebaikan dan keamanan dalam negara.

Justeru itu, Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan tergamam dan begitu hiba. Beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila isterinya Fatimah bertanya, dia berkata:
“Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang fakir yang lapar, yang sakit lagi derita, orang yang tidak berpakaian yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan hartanya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis” (Al-Zahabi, Tarikh al-Islam wa Wafayat al-Masyahir wa al-A’lam, 7/197. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi/1407H)

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 11:31 AM

Masalah utama hudud ialah masalah memberi pemahaman yang tepat kepada seluruh rakyat Malaysia termasuk yang bukan Islam. Hakikatnya di Malaysia, bukan sahaja orang bukan Islam yang kurang jelas pasal hudud. Orang Islam sendiri juga bermasalah serupa. Kenapa ini terjadi ?

Faktor utama ialah soal pendidikan itu sendiri. Di peringkat pendidikan rendah kita mempunyai sekolah kebangsaan, sekolah vernakular dan sekolah agama bantuan kerajaan. Kesemua sekolah-sekolah terbabit mempunyai sukatan pelajaran yang berbeza. Ini menyukarkan kita untuk menyalurkan fakta yang benar tentang hudud. Salah tanggapan tentang hukum hudud perlu diperjelaskan satu persatu melalui subjek pendidikan Islam di sekolah. Selain itu, kita juga perlu membincangkan tentang takzir, qisas dan diyat.

Pembentukan mahkamah perundangan secara tersusun dan secara berperingkat termasuklah dalam soal qarinah, pendakwaan, pembelaan dan hukuman. Sejujurnya, masih ramai rakyat Malaysia yang melihat hudud dari aspek hukuman semata-mata. Apabila hanya memfokuskan kepada hukuman hudud, sudah pasti akan mereka akan membayangkan seolah-olah hukuman itu terlalu kejam. Sedangkan jika kita nak mensabitkan seseorang dengan jenayah hudud pun amatlah sukar sekali. Terlalu banyak prasyarat yang perlu dipatuhi dan diteliti sebelum hudud boleh dilaksanakan.

Draf Hudud yang berbeza antara negeri Kelantan dan negeri Terengganu juga menimbulkan polemik yang tidak berkesudahan. Penyeragaman hudud sepatutnya diperhalusi terlebih dahulu sebelum ingin dilaksanakan. Sebarang kelemahan yang wujud kepada draf hudud perlu diperbetulkan dan dikemaskini sepanjang masa sebelum boleh dibentangkan. Tun M telah meneliti draf berkenaan dan mendapati ianya perlu disemak semula agar tidak ada sesiapapun yang akan mempersoalkannya kelak. Tun M bukan menolak 100% hukum hudud seperti dakwaan sesetengah pihak.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 12:13 PM

Pewaris Nabi Tok Guru Nik Aziz nampak rileks je.

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 12:16 PM

Komen yang baik, TerimaKasih !

Pas Kedah takde bunyi pun tentang Hudud?

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 12:17 PM

Bukan nampak rileks tapi memang tengah rileks 2 hari kat hospital hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 1:07 PM

kalau mcm tu qarinahkan si anwar ibrahim... kenapa dr.maza tak cadangkan qarinah pd kes dsai tu???? takde kesudahan... keputusan mahkamah org da tak igt pasal kes liwat tu...o myb org pas tutup telinga...ulama patut tampil ke depan untuk megelakkan rakyat tertipu ngan pemimpin yg fasiq!!! kecewa!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 3:06 PM


http://www.facebook.com/notes/nik-abdul-aziz-nik-mat/gambaran-salah-perbetulkan-bukan-halang/522353511115554
Gambaran Salah : Perbetulkan Bukan Halang

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 3:17 PM

Timbalan Presiden PAS faham tak pasal hudud tu?....di kala pas bercakap kepimpinan ulamak, TERPILIH ularmak jadi timbalan......tu pas jadi haru biru.....

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 3:54 PM

TerimaKasih diatas link, sudah saya copykan sebagai satu artikel terbaru saya :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 5:54 PM

Timbalan Pres.PAS tu adalah
Timbalan Pre. Parti Ajaran Syiah

Post a Comment