........... Demi Membuktikan Taat Setia Kepada Karpal, Pas Akan Korbankan Nasha ! | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Demi Membuktikan Taat Setia Kepada Karpal, Pas Akan Korbankan Nasha !

Saturday, August 18, 20129comments

Mursyidul Agong PR

Benarkah Karpal melihat kenyataan Nasha sebagai begitu Kejam sehingga Karpal mahu menyaman beliau ATAU sebenarnya ada motif lain ? Baca lapuran SINAR dibawah.

Saya melihat ia tidak lebih hanyalah GERTAKAN Karpal kepada Pas, SATU MESEJ kepada Pas supaya benar2 IKHLAS kalau mahu MEMBELA Karpal dan Dap dalam isu Hudud. 

U cakap depan lain, belakang lain..... sekarang i mahu u BUKTIKAN, betul ka Pas tunduk pada Dap !
Betuuuul tuan ..... Apa Dap cakap semua betul. Kami Sokong ! Kami Pertahankan !

I tak percaya ! Kalau betul ....... kasi tunjuk BUKTI !
Apa saja tuan .....  Cakaplah, apa saja kami tunaikan .

I mau u kasi i satu KORBAN ! Kalau betul u ikut cakap I sama Dap, U kasi korban itu Nasha
Baik tuan Murshidul Agong !

Jadi sekarang akan rancaklah pencacai2 Pas memburuk2kan Nasharudin dimata ahli Pas. Sebab beliau masih lagi ahli Pas dan masih lagi dalam saf kepimpinan Pas, jadi demi melancarkan proses korban Nasha bagi membuktikan TAAT SETIA YANG TIDAK BERBELAH BAHAGI kepada Mursyidul Agong PR, imej dan kredibiliti Nasha perlu di calarkan terlebih dahulu.

Perhatikanlah aksi mereka sehari dua ini ....




Kenyataan Nasharudin ‘kejam’, Karpal mahu saman

KUALA LUMPUR – Pengerusi DAP Kebangsaan, Karpal Singh memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin Mat Isa ekoran kenyataan bekas Timbalan Presiden Pas itu semalam berhubung pendirian beliau berkaitan isu hudud dan Islam.

"Kenyataan Nasharudin bahawa saya bukan hanya menentang hudud malah menentang Islam, adalah tidak bertanggungjawab, tidak berasas dan kejam,"
katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dipetik Bernama hari ini, Nasharudin mempersoal pakatan politik Pas dengan pihak yang 'menentang Islam'.

Artikel itu memetik beliau sebagai berkata, "Karpal Singh bukan hanya menentang hudud, malah Islam".

Dalam reaksinya, Karpal, yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor, berkata kenyataan Nasharudin bahawa beliau menentang Islam, tidak mendapat sokongan Pas.

Nasharudin, katanya, kini hanyalah 'ikan bilis' dalam Pas
dan kenyataan beliau tidak mencerminkan pendirian parti itu.

"Memandangkan dakwaan serius telah dibuat terhadap saya, saya tidak mempunyai pilihan selain memulakan prosiding fitnah terhadap Nasharudin," katanya.

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2012 at 7:40 AM

apalah nak jadi...

1. eratkan silaturrahim jadi satu kesalahan berat

2. menentang pihak yang anti agama rasmi, kena saman

dunia akhir zaman agaknya

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2012 at 7:44 AM

adeeeeh .... bisa nya !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2012 at 7:48 AM

kalau Karpal tak tentang bermakna dai sokong lah yer?

cumanya, siapa ada bukti dai sokong Islam? Dap? Mursyidul?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2012 at 7:53 AM

Ikan Bilis juga ada pengikut tersendiri

kalaupun tak ramai...ia sudah cukup untuk menidakkan sasaran Pas/PKR/Dap

tak percaya? ok, go head lar!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2012 at 8:12 AM

Pihak PAS masih tak sedar sedar. Bangkit lah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2012 at 8:26 AM

Bila lagi puak2 pas nak insaf......berjuang mencari redha org kafir....korbankan pemimpin sendiri......buta mata hati antara Ust Nasha dgn Karpal....takleh beza......

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2012 at 11:56 AM

Saya so Kong tindakan karpal supaya menjadi pengajaran kepada nikaziz dan pas supaya sentiasa akur kepada segala keputusan pakatan pembangkangS

....................
Reply To This Comment ...................
August 18, 2012 at 2:17 PM

saya menunggu juga pengomen Pas sebelum ini muncul disini ..... takde pulak hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 18, 2012 at 2:21 PM

pasnmmg terkenal cantas org time org x serasi dgn dia. mcm tu la bibit2 umno dgn pas berpecah dulu. bezanya derang bukan tuan utkk cantas umno maka derang buatnperangai sampai umno terpaksabuang derang.

kalaundgn dap boleh bertahalusnsiasi mende ntah. xkan dgn ustaz nasha yg satunakidah satunparti xlehnnk discuss baik2.

nk kata perangai syiah kang....

melayu hampa

Post a Comment