........... Bila Tony Pua Mengkritik Amalan ALIBABA, saya SOKONG ! Tapi ....... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bila Tony Pua Mengkritik Amalan ALIBABA, saya SOKONG ! Tapi .......

Wednesday, August 8, 201210comments


Membaca artikel TMI dimana Tony Phua mengkritik budaya Ali Baba yang didakwanya berleluasa dalam kontrek LRT Ampang bernilai hampir RM1 Bil yang diberikan kepada George Kent, buat saya terpanggil untuk menulis tentang isu ini.

Sebelum itu saya cuba cari artikel The Edge bertarikh 5 Ogos yang menjadi rujukan beliau ( dan TMI ) dimana George Kent dikatakan telah mengsubkontrekkan 80%  dari kontrek asal yang dberikan kepadanya, tapi saya tak jumpa. Malah tidak ada artikel langsung pada carian 5 Ogos dilaman The Edge, baik untuk segmen Business maupun Politics....  ( Jadi terpaksalah saya copy dibawah artikel TMI 5 Ogos -  sebagai rujukan )

Bukan line saya untuk komen tentang isu George Kent - LRT Ampang jadi saya lebih tumpukan komen kepada kenyataan Tony Phua berkaitan ALI BABA. Rujukan TMI dan versi Omputeh.


“Kami benar-benar terkejut bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak boleh terus bercakap tentang ‘Model Ekonomi Baru’ dan ‘Transformasi Ekonomi’ apabila kroni Barisan Nasional (BN) terus memenangi tender kerajaan yang lumayan melalui pencarian sewa dan naungan, dan bukan kerana kecekapan, kualiti dan daya saing harga.

“Anugerah itu menunjukkan bahawa kontraktor Ali Baba yang masih hidup kerana hubungan politik mereka serta pakar navigasi dalam proses perolehan kerajaan terus mendominasi di Malaysia,” kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum itu saya nak sentuh sikit definasi Ali Baba sepertimana yang ditulis oleh artikel TMI itu -

Najib membuat percubaan untuk mereformasikan sistem tender kerajaaan dengan membuka ruang kepada bukan bumiputera dengan lebih telus di mana sebelum ini kontrak kerajaan hanya diagihkan kepada yang rapat dengan pihak berkuasa.

Amalan ini dikatakan sebagai budaya 'Ali Baba' oleh pengkritik dan parti pembangkang.

Amalan mana yang dikatakan Ali Baba itu ? Jika dikatakan amalan dimana kontrak kerajaan hanya diagihkan kepada yang rapat dengan pihak berkuasa, bagi saya itu BUKAN ALI BABA. Errr... itu Kronisma. Ali Baba adalah bila kontrek diberikan kepada kontrektor Bumi yang tidak layak yang kemudiannya mengsubkontrekkan (menjual kontrek itu ) kepada Bukan Bumi untuk mencari keuntungan segera.

Jadi agak nakal cara TMI menulis artikel itu .........

OK , jadi ahPua menentang amalan Ali Baba ? BAGUS ! Saya sokong 100% . Amalan AliBaba lah antara faktor utama yang telah menggagalkan dasar DEB selama ini dan mereka yang terlibat merupakan ANAK HARAM yang telah membastardizedkan DEB.

Tapi ahPua sebenarnya tidak cakap habis ! Kalau Melayu yang menjadi ALI, siapa pula yang menjadi BABA ? Kalau menjadi ALI salah, apakah tidak salah menjadi BABA ?

Bukan maksud saya bersetuju dangan amalan itu tapi untuk mengatasi masalah ini, kita juga harus lihat secara lebih luas. Bukan itu yang saya nak bincangkan disini tapi NIAT ahPua. Sebab bunyinya memang cantik .... menentang amalan Alibaba bla bla bla .....

Bila ahPua mengkritik amalan Alibaba, apakah atas dasar mahu melihat dasar afirmatif ala DEB itu dilaksanakan dengan lebih telus iaitu menggesa kerajaan memastikan kontrektor benar2 melaksanakan tugas dan kalau meng-sub pun, hanya kepada subkontrektor Bumi juga ATAU niat ahPua mahu menghapuskan terus dasar afirmatif ?

Sebab saya lihat ramai orang Melayu yang akan menyokong buta kritikan ahPua tapi apakah orang Melayu yang sama akan tetap menyokong ahPua jika beliau bercakap habis ? Kenapa ahPua tidak cakap sepenuhnya apa yang beliau mahu kerajaan lakukan ?

ahPua menyebut tentang keperluan memastikan faktor  kecekapan, kualiti dan daya saing harga diambil kira ..... BAGUS, saya setuju. Tapi ahPua TIDAK sebut faktor2 itu harus dimiliki oleh SIAPA ? Saya pasti ahPua merujuk kepada Meritokrasi sepenuhnya - Open Tender, siapa yang terbaik menang, tanpa mengambilkira sebarang faktor lain.

Alang2 menyentuh soal ekonomi ni, soalan saya kepada pro PAS - Dalam keadaan diatas, apakah anda juga akan menyokong Meritokrasi sepenuhnya dimana jika diamalkan pasti semua kontrek akan dibolot oleh orang bukan Melayu ( yang MAJORITINYA KAFIR ) dan akhirnya akan menyaksikan ekonomi negara dikuasai sepenuhnya oleh orang kafir ATAU

Pas punya kaedah lain bagi memastikan umat Islam tidak ketinggalan dalam arus pembangunan dan penguasaan ekonomi negara ? Jika ada - bagaimana cara Pas menyelesaikan masalah ini ? Serius saya nak tahu ni. Kerana ini yang saya maksudkan bila saya sering bertanyakan apakah Pelan Pas dalam memastikan jurang ekonomi antara orang kafir dan umat Islam negara ini tidak terlalu besar.

Sebenarnya masalahnya tetap sama dalam konteks Cina-Melayu cuma ditukarkan menjadi Kafir-Muslim jer..... Bagaimana orang Pas ?

PS - Artikel ini berkenaan isu AliBaba secara UMUM, bukan merujuk kepada isu George Kent. Yang itu saya akan komen jika ada blogger ekonomis yang lebih pandai menulis terlebih dahulu hehehe...

                                           *****************************

Industry: George Kent likely to subcontract 80pc of Ampang LRT work


KUALA LUMPUR, Aug 5 — The George Kent-Lion Pacific joint venture, which has fallen under scrutiny for winning the RM1 billion Ampang LRT tender despite allegedly lacking rail expertise, may have to subcontract nearly 80 per cent of works for the project, The Edge Weekly has reported, citing industry executives.

This is because George Kent, more known as a manufacturer of water meters, pipes, valves boilers and fibre glass reinforced polyester water tanks, is not the original manufacturer of any of the components needed for the Ampang LRT line extension, one executive was quoted as telling the business newspaper.

“It is not uncommon for large portions of contracts to be given to subcontractors by the main contractor when it involves general work packages, for example, construction,” a rail sector project consultant was quoted as saying.

But the consultant added that subcontracting more than 30 per cent of the specialised work package was questionable, as George Kent should have been originally selected for specific technical capabilities.

The award of the lucrative Ampang LRT extension project to the George Kent consortium on Tuesday has come under heavy fire following claims of political interference in the tender process, as alleged by PKR strategy director Rafizi Ramli.

Rafizi had also claimed George Kent had scored the lowest points in the technical and commercial evaluation process for the project and that it was initially the UK-based Balfour-Beatty consortium that was selected for the award by the Finance Ministry Acquisition Committee.

The PKR leader had also accused Datuk Seri Najib Razak of reversing the decision and granting the tender to George Kent instead, which he claimed was controlled by a “close associate” of the prime minister.

According to The Edge, George Kent even approached Balfour-Beatty to become one of the subcontractors but industry executives claimed the UK-based consortium had spurned the offer.

But the firm reportedly told the paper that it was still interested in participating in Malaysia’s rail sector projects, despite refusing to comment on any possible tie-up with George Kent.

Quoting a top executive at Siemens, The Edge reported that the German-based engineering group would likely participate in the Ampang LRT project as a subcontractor.

Siemens, the executive told the paper, was capable of undertaking most of the project’s major subsystems.
The long delayed systems work tender is said to be the most technical package in the Ampang line extension project, which industry executives have agreed would be the most complex.

It comprises seven major sub-systems: signalling, track works and a third rail, communications, supervisory control and data acquisition, power supply and project management as well as systems integration.

“Even with experienced contractors, the job represents a huge challenge for seasoned railway players,” they were quoted as saying.

On Thursday, George Kent came out for the first time to deny allegations that it had won its tender bid for the Ampang LRT project despite being not as qualified.

In the company’s first statement to the media since winning the Ampang LRP project on Tuesday, Cheong Thiam Fook, executive director of George Kent and also project director of the George Kent-Lion Pacific joint venture (GKLP-JV), said that the partnership was well positioned to deliver the project.

“We strongly refute the baseless allegations that GKLP-JV failed the full technical and commercial evaluations,” said Cheong, who is also a qualified engineer and was involved in the construction of the Ampang LRT line Phase 1 and 2 from 1994 to 1998.

He added that there was “also absolutely no question that George Kent has a healthy balance sheet and is in a strong cash position”.

As of January this year, George Kent had cash and cash equivalents of RM54.9 million while its debts amounted to RM34.46 million.

For the 2012 financial year ended January 31, the group reported a profit of RM19.3 million on the back of RM152.2 million in revenue.

Cheong said that George Kent has managed to diversify into managing construction projects involving complex mechanical and engineering requirements in Malaysia and overseas, and has successfully delivered large projects on time and on budget, including the construction and design of the new Kuala Lipis Hospital valued at RM100 million, which was recently completed with zero variation orders.

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2012 at 5:38 AM

pasal alibaba la banyak.bangunan di terengganu runtuh...sapa punya kerja?..umno la...hahaa..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2012 at 5:56 AM

Kerja yang besar disubcon kepada kontraktor lain adalah perkara biasa. Jarang sekali ada syarikat main contractor yang buat kerja pembinaan dari A sampai Z (rasanya tiada dalam dunia ni), contohnya syarikat menanam cerucuk, menguji tanah, membuat foundation, hatta membekal simen sekali pun, pasti akan di sub-con pada syarikat lain yang lebih pakar atau berpengalaman. Main-con lebih memastikan kerja dilakukan mengikut masa yang ditetapkan, sebagai penyelaras kerja-kerja sub-con yang lain dan mencari pembekal untuk kerja pembinaan berkenaan.

Istilah Alibaba yang Tony Pua sebutkan itu pun sebenarnya tidak tepat. Konsep Alibaba seperti yang saudara Din perjelaskan itu lagi tepat (Ali Baba adalah bila kontrek diberikan kepada kontraktor Bumi (Melayu) yang tidak layak yang kemudiannya menjual kontrak itu kepada Bukan Bumi - selalunya pada kontraktor Cina (baba) untuk mencari keuntungan segera).

Kalau macam ni kualiti MP yang DAP ade, lebih tolak ke tepi la... main tembak je, asalkan dapat salahkan orang lain walaupun fakta tak betul... Cukup memalukan....!!!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
August 8, 2012 at 6:39 AM

Terimakasih diatas penerangan.

Saya lihat ahPua sebenarnya bijak dalam berkata2. Dia ( dan yang sepesen dengannya ) sengaja tidak menyebut penuh maksud dihati, cuma sebut apa mahu didengar oleh mereka yang 'liberal' pemikirannya. Cina kiasu sekarang bukan macam 2-3 tahun sudah, sekarang mereka tidak akan sebut soal hapus hak bumi atau seumpama. Sekarang mereka bermain dengan 'meritokrasi' dan 'hak samarata'. Sekarang mereka dah pandai simpan ayat2 yang sensitif.

....................
Reply To This Comment ...................
August 8, 2012 at 6:41 AM

saudara ada info tentang penglibatan alibaba dalam bangunan runtuh di terengganu ? Kalau ada sila emel atau komen ya, ramai nak tahu.

....................
Reply To This Comment ...................
August 8, 2012 at 7:47 AM

Sdr. dinturtle (nasib baik bukan ninja turtle...hehe...)

Saya mengikuti juga tulisan sdr. kerana saya sering ke portal GAP (Gerakan Anti PKR). Izinkan saya memberikan padangan saya secara peribadi dan ikhlas kepada sdr.
Saya tidak membantah untuk manusia bercakap jujur. Malah kejujuran perlu ada pada semua insan. Tetapi kalau kejujuran kita menyebabkan kesusahan kpd diri sendiri.... adakan kita masih perlu jujur? Cthnya jumpa duit RM 100,000. Nak pulangkan pada Polis atau nak ambil...? Kita akan memikir pro kontranya tindakan kita... Dalam keadaan ini apakah kita perlu jujur terhadap parti pembangkang ini...?
Saya pernah terbaca pendapat seorang ustsz...(lupa di mana) kejujuran ada di negara-negara bukan Islam, negara maju, negara besar di dunia tetapi sifat itu tidak menjadikan negara mereka negara Islam atau menjadikan mereka orang Islam...sedarlah....

....................
Reply To This Comment ...................
August 8, 2012 at 7:54 AM

orang Malaysia kena tingkatkan tahap pendidikan Politik masing2 ..tak kira apa bangsa pun ... bukan setakat main redah je ...

....................
Reply To This Comment ...................
August 8, 2012 at 8:15 AM

Lamaaaaa saya memikirkan komen saudara untuk menyelami maksud sebenarnya. Maaf, saya tak berapa nak tangkap.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2012 at 10:38 AM

ini yang sebenarnya bro.

http://jebatmustdie.wordpress.com/2012/08/07/anwar-ibrahims-lrt-project/

baca dan fahamkan PR punya game..


-gapodio-

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2012 at 4:00 PM

dulu lu cakap wa jangan amaikan kronisme, sikalang lu pulak jadikan Talam busat punya kloni,LOL!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 8, 2012 at 4:12 PM

bkn susah nk tahu. arkitek tu org pas yg nak bertanding pru13 nanti.

Post a Comment