........... Bila Bulan Ramadhan Dah Habis, Siapa Pulak Nak Raikan Anak Yatim ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Bila Bulan Ramadhan Dah Habis, Siapa Pulak Nak Raikan Anak Yatim ?

Thursday, August 23, 201212comments


Gambar Hiasan
Saya hanya mampu tersenyum je membaca gurau senda antara bloggers Mat Kilau ngan APA mengenai soal KEIKHLASA para pemimpin Umno semasa meraikan anak yatim berbuka puasa ...... saya TAK NAK CAMPUR ! Bagi saya, tak penting samada para pemimpin itu ikhlas atau hanya nak promosikan diri, apa yang penting anak2 yatim diraikan. 

Sekurang2nya mereka tidak dipinggirkan sepanjang bulan Ramadhan baru ni. Kalau hari2 ada majlis untuk meraikan mereka, LAGI BAGUS. Soal ikhlas nak dapat pahala atau tidak itu saya tidak mahu persoalkan.

Tujuan saya menulis ini sekadar nak peringatkan SEMUA pemimpin2 tak kiralah dari parti manapun - TERUSKANLAH meraikan anak2 yatim tu biarpun dah lepas bulan Ramadhan. 

Sebab lepas Raya ni, saya tak baca lagi para pemimpin yang buat open house ada menjemput anak2 yatim ikut sama beraya. Mungkin dah ada dalam senarai yang ramai2 tuh, alhamdulillah la. Kalau hanya mampu terfikir untuk berbuka puasa saja pun takpe, buat jugalah majlis berbuka puasa sunat bersama mereka. Yang penting, anak2 yatim itu TERUS diraikan walaupun dah habis bulan puasa.

Mungkin bagus kalau SETIAP pemimpin diwajibkan meraikan anak2 yatim setiap 3 bulan sekali tak kiralah bulan apa. Masukkan dalam laporan KPI masing2 siap ngan gambar2 pemimpin duduk bersama, suakan makanan atau isikan air dalam gelas ... i don't care, asalkan mereka TERUS diberi perhatian.

Para bloggers boleh dijemput untuk buat coverage hahahaha ....

Share this article :

+ comments + 12 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2012 at 8:23 PM

Hanya Rasi sahaj anak Yatim

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2012 at 8:38 PM

DOK KATA KAT UMNO. YANG HAMPA TU DOK BUAT APA PULAK KAT ANAK YATIM. PAS BUAT APA? DAP BUAT APA? SEBENARNYA BANTUAN KAT ANAK YATIM TAK PERNAH TERHENTI. RAMAI PEMMPIN UMNO YANG SENTIASA AMIK TAHU DAN BAGI BANTUAN. TAPI TAKKANLAH SEMUANNYA NAK PANGGIL PEMBERITA AMIK GAMBAR. NANTI DIKATA NAK MENUNJUK PULA. YANG UMNO BUAT PUN MASIH DIFITNAH LAGI. KEPADA BLOGGER YANG DOK RASA DEPA BAGIUH SANGAT TU, SELAMA NI APA YANG HAMPA BUAT UNTUK ANAK YATIM? JANGAN JADI MACAM PUAK-PUAK YANG DOK KELAHI PASAI TARAWIH 8 KA 20 RAKAAT? TOK GURU AKU CAKAP, SOLAT TORAWIH TU SUNAT. GADUH TU HARAM. 8 KA 20 KA BUAT JUGAK. MACAMANA YANG TAK BUAT LANGSUNG. SAMA DENGAN KES INI. DOK MENYIBUK KAT ORANG YANG BUAT. YANG TAK BUAT APA TAK KATA PULAK. LAGI HARU, YANG DOK KATA TU PUN TAK PERNAH BUAT APA PUN.

....................
Reply To This Comment ...................
August 23, 2012 at 8:43 PM

Nak peringat pun payah hehehe :-)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2012 at 9:11 PM

oh bama tak pernah nampak pun meraikan anak yatim tetapi jadi presiden jugak.

yang penting dalam hal sebegini adalah penglibatan semua pihak, individu, keluarga dan masyarakat tetapi bukan satu atau dua VVIP saja.

bukankah ada institusi yang menjaga semua ini? makanya bertempik buat apa.

tetapi kalau tak ada institusi yang menjaga anak yatim, bertempiklah semaunya!

KAN KAN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2012 at 9:53 PM

Makin dekat pru makin sensitif orang, semua cepat terasa hehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2012 at 10:22 PM

nak tunggu bisul meletup katakan

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 23, 2012 at 10:29 PM

saya bersetuju dengan saranan penulis tapi kalau dibuat tiga atau empat bulan sekali tu nak gunakan duit sapa? kalau duit kerajaan, bankruptlah tapi kalau duit poket, tak kira dari mana datangnya, aku sangatlah bersetuju. mungkin UMNO boleh mulakan memandangkan sudah semakin terserlah komitmen parti tersebut kepada Islam. tapi biasanya kalau ada majlis majlis yang pemimpin parti buat, belum lagi rasanya dijemput anak anak yatim. seolah olahnya anak anak yatim ni hanya sebagai promosi jer dan hanya laku dibulan ramadhan dan hari raya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 12:33 AM

bayangkan rm250 JUTA yg dirembat oleh pemimpin umno unt projek lembu diberi pd anak2 yatim.mungkin asrama mereka tidak daif mcm skng.tp biasa la pemimpin ni..raikan anak yatim just unt promosi diri je.lepas ramadhan kembali rembat balik..

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 1:17 AM

ikut pandailah duit siapapun ........ hehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 1:18 AM

duit pinjaman tuh ..... tapi lembu jenis wangyu tu sedap kalau buat jamu hehehehe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 24, 2012 at 2:29 AM

Maaf le, bg aku tak highlight pasal anak yatim ni pun takpe, zakat yg dibayar oleh rakyat Malaysia telah memadai utk membiayai anak-anak yatim, tak pernah lak aku dengar anak yatim kat Malaysia ni mati kebulur tak makan. Program Bersamamu TV3 tu sebenarnya pun tak perlu, mostly yg masuk tv tu pun boleh appeal utk dptkan bantuan kewangan kat Baitulmal/PPZ/Perkim/NGO..... (Setau aku le Baitulmal pun ada Dana besar(Almost 3Billion) utk golongan mustad"afin ini), Apa yg perlu dihighlightkan sampai bila nak bagi ikan kat golongan mustad'afin, kenapa tak diberi joran.....

Adakah dizaman Khalifah Umar Abd Aziz tidak ada anak yatim sehingga tidak ada yang layak utk menerima duit zakat dizaman beliau. Sampai bila perlu di"tongkat"kan anak yatim khasnya dan orang Melayu amnya dalam hal-hal charity dan publisiti yg mana semua ini akan didokumenkan didalam pelepasan cukai tahunan individu dan company.

Pengalaman akulah kan dalam bg charity kat anak yatim ni, apa budak-budak tu kata aku " Alah bang kalau makan kat hotel 3 bintang ni tak mainlah, kami selalu makan kat hotel 5 bintang" Mak aaii!!!! berdesing telinga aku bila kena sound dgn anak yatim yg tak sedar yatim.

Satu perkara yg perlu diingat, 100ribu pelarian vietnam yg singgah di P.Bidung dan kemudian dihantar ke Amerika, pada hari ini 10 ribu dari mereka adalah Jutawan Amerika. 100ribu melayu yg diberi tongkat dan berbagai AP keramat, berapa orang yg menjadi Jutawan Malaysia. Tolong habaq mai.....

....................
Reply To This Comment ...................
August 24, 2012 at 2:39 AM

I LIKE ! :))

Post a Comment