........... AWAS ! Gangguan Baru Kepada Mahasiswa Malaysia. Ibubapa Nasihatkan Anak2 Anda. | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

AWAS ! Gangguan Baru Kepada Mahasiswa Malaysia. Ibubapa Nasihatkan Anak2 Anda.

Sunday, August 5, 201215comments

Bermula bulan September ini para pelajar di semua Pusat Pengajian Tinggi akan berdepan dengan satu bentuk cabaran / gangguan baru yang jika mereka tidak bersedia, bakal menganggu tumpuan mereka kepada tujuan utama mereka memohon kesana.

Ancaman Kepada Pelajar IPT Negara !

“Kita akan mula memasuki kampus ... dengan ketiadaan AUKU (Akta Universiti Kolej Universiti), kita akan sebarkan tawaran kita kepada mahasiswa,” kata Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar kepada pemberita sewakti melancarkan Kelab Mahasiswa Keadilan di Ibu Pejabat PKR hari ini. TMI


“Kalau kita gagal kekal relevan untuk isu anak muda, tiada gunanya kita kekal,” 

Sehubungan itu, parti komponen pakatan pembangkang itu akan memulakan aktiviti mereka ini bermula di kawasan Universiti Malaya (UM) pada September depan, dan seterusnya ke seluruh kawasan universiti dan kolej sekitar Lembah Klang.

Kalau sebelum ini mereka dilindungi oleh AUKU, walaupun masih terdapat bisikan2 agar mereka mengalihkan tumpuan terhadap pelajaran , namun ia agak terkawal dan dilakukan secara senyap2. Tapi kini, tanpa AUKU, anda BERSEDIALAH !

Anak muda sememangnya berdarah panas dan secara umumnya adalah anti establishment. Lebih ramai yang memilih untuk membangkang dari menyokong dalam apa jua isu. Memihak kepada parti pembangkang akan dilihat sebagai 'hip' berbanding menjadi penyokong kerajaan.

Setiap detik masa yang dialihkan untuk aktiviti berpolitik adalah juga detik masa yang sepatutnya dimanafaatkan untuk akademik, juga merupakan detik masa yang tidak mungkin dapat digantikan semula.

Para pelajar mungkin akan terpengaruh dengan 'semangat juang yang membara' demi menegakkan keadilan dan laungan2 seumpamanya dan semuanya langsung tidak memberi sebarang kesan positif kepada pencapaian akademik mereka.

Jadi kepada para pelajar yang bakal kembali ke kampus dan mereka yang bakal memjejak kaki pertamakali ke dunia IPT, bersedialah. Sentiasa peringatkan diri anda - 

Ada masa untuk itu semua NANTI ..... SELEPAS anda telah berjaya dalam misi utama anda di IPT. Tak perlu mengambil sebarang risiko yang tidak mendatangkan sebarang faedah.

Perjalanan hidup kita ada peringkat2nya dan anda sedang melalui satu peringkat paling kritikal dalam hidup, peringkat yang bakal menentukan halatuju hidup anda seterusnya .... JANGAN PERSIAKAN !


Kepada para ibubapa, nasihatilah anak2 anda. JAUHI POLITIK ketika masih bergelar pelajar. Tak kiralah parti pembangkang ke, kerajaan ke .... JAUHI  POLITIK  !

Kepada Nurul Izzah @ Pkr @ PR - Kalau nak teruskan juga menganggu anak2 muda kita dari pengajian mereka, jangan lupa tumpukan perhatian anda juga kepada IPTS, mereka LEBIH RAMAI penuntut.

Dan jangan hanya ganggu pelajar2 Melayu saja, pelajar2 kaum lain pun kena ganggu juga, barulah adil.

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2012 at 5:59 AM

Jahat turun temurun

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2012 at 6:43 AM

Tolong kawal bahasa anda ya.. Dua komen saya padam sebab bahasa mcm. ...tuju pada bekas janda yg lari ikut jantan lain!

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2012 at 6:55 AM

Salam bro,

Taktik "usik" pelajar ni dah tulis dlm buku Tunku Abdul Rahman - 13 Mei Sebelum & Selepas. Dlm bab 22 Pengajaran drpd Baling,kita akan tahu taktik siapakah ini.
Wallahualam

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2012 at 6:59 AM

Alahai cik mimie. .. Tak ramai yang baca buku tuh. Ceritalah sampai habis.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2012 at 7:15 AM

Betol tue Bro Din... kiasan tue paham...tapi nak tau apa cerita penuh Mimie hehehhe

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2012 at 7:31 AM

din ...
manusia dengan nasihat ini ibarat jadam dan selera.
jadam tidak akan dimakan kerana ianya pahit dan tidak mampu memuaskan selera.
selera mahukan yang manis dan seronok, dan itu yang ada pada politik - tidak perlu ulangkaji pelajaran yang memenatkan otak, boleh maki haum - melepaskan stress.
apatah lagi jika ada pensyarah yang pro atau kon pada parti atau ideologi tertentu, mereka ini pasti akan menghasut pelajar. tujuannya supaya pelajar ini menjadi penyokong pada parti tertentu dan apabila pensyarah ini bersara dan terlibat sebagai ahli politik, pelajar ini tentu akan menjadikan pensyarah tersebut sebagai idola mereka. pensyarah itu tentu akan berjaya menjadi adun atau mp, manakala pelajar itu kekal bodoh menjadi pengikut. kalau pelajar itu gagal - pensyarah akan menyatakan kegagalan itu adalah disebabkan kesalahan sistem dan bla... bla ... bla ... pelajar yang dungu itu akan percaya dan menyalahkan sistem, bukan dirinya.
din ...
cuba tengok sambutan ramadan ... pasti akan ada mangsa terkena letupan bom buatan sendiri hasil dari kreativiti bangsa melayu yang panjang akal tetapi cetek minda. undang-undang ada tetapi kenapa masih bermain mercun. bermain mercun adalah suatu pembaziran dan banyak mudaratnya. kenapa masih bermain mercun setiap kali sambutan raya - jawapnya kerana nafsu manusia sukakan keseronokan. alangkah ada undang-undang ianya dilanggar apatah lagi jika tiada undang-undang.
semasa undang-undang AUKU ada pun dilanggar dengan penuh hemat setelah tiada maka pastinya bebas melakukannya dan makin seronoklah. undang-undang perhimpunan aman ada, arahan mahkamah ada, padang merdeka dikepung, tawaran tempat altenatif ada tetapi kenapa bersih 3 tetap diteruskan kerana ahli politik cita-citanya hanya mahukan kuasa dan memerentah dari kuasa ini mereka akan membina kekayaan. selagi ada rakyat mahu menjadi pengikut yang buta selagi itu ahli politik akan berusaha mempergunakan mereka.
din ... nwar berahi, semasa belajar pernah berjuang di baling kerana kononnya rakyat baling menderita kelaparan dan ada yang mati akibat kelaparan. walaupun sebenarnya tiada seorang pun yang mati kerana kelaparan. selepas itu masa berganti, akhirnya nwar berahi menjadi menteri, semasa menjadi menteri ada dia kesah kepada rakyat baling ... tiada din ... tiada ... dia hanya kisahkan dirinya sahaja ... tanah baling terus dilupakan dari mindanya, kenapa? jawapnya kerana selepas itu dan kini rakyat baling tidak memberi keuntungan politik kepadanya lagi ... dan itulah yang akan berlaku kepada pelajar yang gagal ... mereka akan ditinggalkan tanpa apa-apa. dan jika pelajar itu terhegeh-hegeh berjumpa mereka ... sekali lagi pelajar itu akan diberikan nasihat yang salah.
selamat tinggal AUKU ... dan bersedialah umno untuk masuk ke kampus jika tidak ...
aku bagi anologi yang mudah. dalam segelas ada air dan udara ... jika air tidak mahu masuk pasti ruang yang kosong itu akan di isi oleh udara. begitulah sebaliknya. faham ... tak faham - jika umno tidak mahu gunakan kesempatan ini, ianya akan digunakan oleh pembankang sepenuhnya. mahukah umno kekal releven. jika mahu kekal ... ambilah peluang ini. kerana pelajar adalah pelapis masa hadapan. jika pelajar tidak menyokong bn mereka akan menyokong pembankang. jika ramai yang menyokong pembankang maka kerajaan pasti akan bertukar. wasalam.

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2012 at 7:52 AM

Point taken :-)
Memang panjang kalau nak huraikan sepenuhnya. Atas kematangan pelajar sendiri untuk memilih jalan hidup mereka. Hanya saja mereka sudah matang. ...

Asal jangan semakin ramai pelajar Melayu semakin jauh ketinggalan berbanding pencapaian bukan Melayu

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2012 at 9:39 AM

PERCAYALAH..YANG TERPENGARUH NANTI ADALAH BUDAK2 DROP OUT YANG PERASAN DAH JADI PEMIMPIN. CAMNE NAK DIIKTIRAF SBG PEMIMPIN KALAU RESULT PUN KANTOI?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2012 at 10:53 AM

Abih la kalau ada yang terpengaruh....macam dia (nurul izzah) tak per la mak bapak kayer rayer....ni yang belajar kebanyakan bukan dari orang senang...Harap jangan lah diganggu masa depan mereka nurul izzah....fikir la masa depan diaorang kerana mereka ada orang tua dikampung yang susah dan memerlukan anak yang pandai dalam pelajaran untuk menjadi tempat mereka bersandar....jangan kau merosakkannya....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 5, 2012 at 12:03 PM

bagi aku dikesempatan inilah putera umno dan puteri umno kena aktif, begitu juga semua parti komponen bn perlu menubuhkan saya putera/i masing-masing. masuklah ke kampus, anjurkan program yang boleh membina siasah dan minda pelajar, agar pelajar menjadi lebih matang dan berwawasan. banyak program yang puteri/i boleh lakukan - contohnya sempena bulan ramadan ini anjurkan majlis qiyamulail di kampus. bagi meningkatkan kecemerlangan pelajaran anjurkan program "membina minda cemerlang" di kampus, bagi mendedahkan pelajar baru dengan budaya kampus anjurkan program "lestari kampus". ah banyak din. kamu kata kampus dah buat, diakui memang kampus dah buat dan diruang inilah putera/i perlu memainkan peranannya. kalau tidak ... pkr/pas/dap akan menjadi koordinatornya. kalau itu yang terjadi ... nasiblah umno/bn kerana tidak mahu berubah ...

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2012 at 1:49 PM

Memang aksi makhluk perosak puak2 ni..

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2012 at 4:51 PM

Tak boleh ke ikut cara pelajar2 bukan Melayu belajar yang rata2 cemerlang ? Para pelajar pun dah pandai sebut - cina lebih maju, cina lebih rajin bla bla bla, tapi sama seperti yang dewasa, mereka tetap leka dan suka berpolitik juga...

....................
Reply To This Comment ...................
August 5, 2012 at 5:24 PM

Salam Bro,

Hehehehe sori lah...ingatkan semua blogger baca buku2 yg mcm ni. Haaa...dlm bab tu, Tunku ada jelaskan yg komunis dah give guna force utk take over this country, so dia org tukar taktik and konsentrate utk belia2. So, uolz pk sendiri la belia2 ni suka benda2 mcm mana. Darah tgh panaz bro, so bila kene cucuk skeet of coz naik semangat. Kita pun pernah muda kann. Pjg la nak citer lg, so from there uolz tau la skeet2 apa yg akan jd bila andaikata PR masuk Uni & brainwash delia2/student2 kita ni. benda ni semua berkait2 bro. Cari & telitilah tulisan Tunku tu. Org2 lama pun pernah berkata "Sejarah mungkin berulang" so taktik ni x la baru.
Wallahualam

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 6, 2012 at 4:18 PM

saya bekas pelajar upm tahun 90an dulu, telah menjadi kebiasaan kpd sy utk sentiasa berjemaah setiap kali masuk waktu solat di surau kolej....suatu hari saya telah diajak oleh senior utk 1 aktiviti kerohanian ketika cuti semester....sy masih ingat aktiviti tersebut di adakan di sg. ramal, selangor....apa yg mengejutkan saya ialah tempat tu sebnarnya merupakan markaz PAS...dari hari ke hari kami semua telah ditarbiyahkan oleh aktivis2 PAS tentang negara islam, politik dlm islam dll...semuanya kearah mewujudkan kadet2 muda PAS dlm kampus...sy rase tertipu....sesungguhnya selama ini telah ade gerakan PAS dlm kampus, mereka berselindung dibawah persatuan seperti biro2 agama, majlis perwakilan islam kampus dan sbgnya....golongan ini akan mendekati pelajar2 baru yg ade imej2 islam spt rajin solat di surau2 kolej....strategi pertama adh membentuk kumpulan usrah....2@3 kali seminggu....awal2 nya adh berkenaan dengan islam, kemudian akan dimasukkan unsur2 politik dan penentangan terhadap kerajaan....

....................
Reply To This Comment ...................
August 6, 2012 at 4:38 PM

hmmm .... nampaknya Pas tidaklah sesimple yang kita percaya. Pengalaman yang saudara gambarkan itu merupakan satu perancangan teliti, bervisi, perlukan kesabaran dan komitmen untuk berjaya.

Sejauhmanakah kejayaan nya ?

Dari satu sudut lain pula, perancangan itu boleh dilihat sebagai satu usaha mensabotaj negara dan bangsa !

Post a Comment