........... Adakah Ini DiTakrif Sebagai Berpolitik Dalam Mesjid ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Adakah Ini DiTakrif Sebagai Berpolitik Dalam Mesjid ?

Friday, August 3, 20127comments


(Gambar Ketua bahagian Umno Hulu Selangor menyampaikan sumbangan dalam beg BN di dalam masjid)

Media Pas banyak yang menyiarkan gambar diatas bagi menghentam Umno BN yang mereka dakwa sebagai berpolitik dalam masjid bila sumbangan yang diberi melibatkan LOGO BN pada beg yang digunakan.

Hmmmmm .... bagaimana ya ?

Kalau dijawab nya waktu itu beg lain dah habis, yang ada cuma beg berlogo BN saja .... nak kata apa ?  Ok lawak ketepi, apapun alasan yang diberikan, Bagaimana kalau orang Pas buat yang sama - menyampaikan sumbangan pada orangramai DALAM mesjid menggunakan beg berlogokan lambang Pas ? Kalau BN boleh buat, Pas pun nak buat juga !


Apakah tindakan itu akan ditakrif sebagai berpolitik dalam masjid ?
 
Bagi saya, ELAKKANLAH aktiviti sebegini DALAM Mesjid. Bukannya tak boleh buat diLUAR Mesjid .... dirikan khemah ke. Elakkan sebarang masalah yang bakal menjadi polemik. Kalau nak buat juga dalam mesjid, jangan libatkan sebarang lambang parti.

Bukankah itu juga salah satu cara PENCEGAHAN AWAL sebarang masalah yang bakal timbul ?

Sekadar meluahkan pandangan .....

Share this article :

+ comments + 7 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 3, 2012 at 3:11 PM

bn tiru pas...sbb pas yg wat dl...xkn pas je bole...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 3, 2012 at 3:33 PM

Saya memang tidak suka dengan orang yang menjadikan ruang masjid sebagai medan berpolitik. Tapi saya agak open, setakat orang Islam menyampaikan sumbangan di dalam masjid dengan ada logo BN, PAS, PKR dan sebagainya saya boleh terima. Yang saya tidak boleh terima ialah bila ada orang menghentam serta mencaci kiri kanan di dalam masjid.

Saya cuba untuk bersikap baik sangka, mungkin dia hanya menyampaikan bantuan sahaja. Nak pacak khemah mungkin tak sempat kot.

Anyway lebih baik dia menyampaikan bantuan dengan logo BN daripada membiarkan Teo Nie Ching atau Xavier yang naik ke ruang solat sambil memberikan tazkirah. Just my two cents.

akuantiPAKATAN.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 3, 2012 at 3:51 PM

DT,

bagi saya kalau pihak partisan sampaikan bantuan impak negatifnya tak sama macam penyampaian tazkirah politik. bantuan kebajikan tidak mungkin memecahbelahkan umat tetapi tazkirah hampir pasti.

justeru kalau bantuan kebajikan partisan hendak di hapuskan tetapi tazkirah/ceramah/syarahan politik partisan tidak dihapuskan sekali, tidaklah ada maknanya.

AP

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 3, 2012 at 6:01 PM

aku pnyokong kuat BN...tp aku x suka/x stuju ddlam masjid kita brpolitik..mcm diatas ni..x kira BN/PAS/PKR...jgn diamalkn...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 3, 2012 at 6:02 PM

betul din..kalau kite kate pas x bleh, x kan kite bleh..dh mcm pas plak kite..

....................
Reply To This Comment ...................
August 3, 2012 at 6:34 PM

hmmm ..... tulah saya cakap, tidak akan boleh semua orang bersetuju dalam semua perkara pada setiap masa . Jadi apa kata kita ambil pendirian BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU ?

Apa maknanya, tanya lah orang Pas muahahahahahaha .....

....................
Reply To This Comment ...................
August 3, 2012 at 6:46 PM

Saya bersetuju untuk tidak bersetuju lambang parti digunakan dlm sebarang upacara di mesjid. Walaupun impaknya hanya sedikit berbanding pas yang bertazkirah dan berkhutbah politik,dlm mesjid, tapi sebaiknya jangan beri ruang untuk puak2 tu guna sebagai madal politik.

Post a Comment