........... Ada Orang Mahu HIJACK Bersih Dari Pak Samad ? ! Rambut Tebal Pakai Bowtie ..... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Ada Orang Mahu HIJACK Bersih Dari Pak Samad ? ! Rambut Tebal Pakai Bowtie .....

Friday, August 10, 20121comments

Membaca artikel Sinar mengenai Himpunan Janji Bersih sempena Merdeka yang akan diadakan pada malam 30 Ogos di Dataran Merdeka, sekali lagi dibawah kepalanya Pak Samad .... saya hanya mampu menggelengkan kepala. 'Bersih' menumpang nama Merdeka ? ?



Tak habis2 lagi ! Dah la tu, dalam bulan Syawal dimana suasana Hari Raya masih hangat lagi .... Lagi baik buat pot-luck HariRaya dimana masing2 bawa kuih raya, berkumpul dan makan ramai2 !

Tapi kali ni sebelum saya komen banyak, saya cuma nak tahu terlebih dahulu dari Menteri Dalam Negeri kita - Himpunan Janji Bersih ni HALAL atau HARAM ?

Dalam pada itu, rupa-rupanya ada seorang insan - rambut tebal suka pakai bow tie - yang meleleh airliur mengidamkan pengaruh dan glamer yang dimiliki oleh Pak Samad selaku Ketua Penganjur Bersih ! Tak sangka ya ..... saya terbaca tadi di Harakah satu artikel temuramah Lutfi bersama Abdul Kadir mengenai cadangan mengadakan satu Himpunan Sejuta Umat sebelum PRU13


Kadir secara serius mencadangkan satu perhimpunan besar-besaran Pakatan Rakyat, dengan target menghimpunkan sejuta orang, di sebuah lokasi tertutup, seumpama Stadium Bukit Jalil atau Shah Alam, bagi menunjukkan kesatuan padu parti-parti pembangkang, dan menolak dakyah elit pemerintah yang sentiasa mencari jalan untuk "mengacau-bilaukan" seteru politiknya.

Dan PUNCHLINEnya -

"Ya, kita boleh boleh namakan apa saja, misalnya Bersih 4.0, dan saya boleh menjadi tenaga pentingnya ... Bariskan serentak pemimpin utama Pakatan, dan buat pengisytiharan bagi menamatkan salah faham, khususnya antara PAS dan DAP. Memang selama ini pun, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng sudah berucap berulang kali mengenai hal itu,"

Kadir offer diri tuh ! Dengan matlamat yang hampir sama dengan Bersih, dan siap sebut lagi Bersih 4.0 , nampaknya Kadir mau HIJACK Bersih dari Pak Samad !

Menarik nih !

PS - Teringat waktu Kadir berceramah dipentas Pas 4-5 bulan lepas .... Kadir duk bercerita memuji2 pemimpin2 Umno lama sampai orang Pas jadi serba salah nak takbir atau tidak tiap kali ada punch line ! hahahaha ..... ( KLiK )

Share this article :

+ comments + 1 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 10, 2012 at 9:55 AM

Nak berkumpul di stadium??? Kah kah kah kah... tak payah nak bermimpi la kalau cakap dengan BERUK-BERUK KUNING tu...!!!!

Post a Comment