........... 2 Cermin Diri .... | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

2 Cermin Diri ....

Monday, August 27, 201210comments

Hentam pembangkang ngan puak2 harbi kiasu pun hentam juga ..... tapi seperti yang selalu disebut, sesekali kena juga tengok cermin. Kita tidak akan kemana juga kalau kelemahan yang ada pada diri sendiri tidak diperbaiki.

Dalam mempertahankan hak memegang tongkat tapi tongkat tidak digunakan sebaik mungkin, selamanyalah kita tempang dan terus bergantung pada tongkat.

Ada dua artikel terbaru teman bloggers yang saya mahu kongsikan bersama -

PANEH

Muhyiddin Kaki Sembang... 

Umat Islam Perlu Ambil Bahagian dalam Pembangunan Ekonomi pesan Muhyiddin Yassin. Kenyataan berasas dan mulia. Namun, realitinya ialah:

1. Sebutkan mana satu institusi kewangan dan perbankan Malaysia yang mengota Janji untuk bantu usahawan Muslim di Malaysia?

2. Apakah Lembaga Zakat Negeri yang ada dan Baitul Mal menyambut faham yang sama?

3. Berapa ramaikah usahawan Muslim yang berjaya dibantu oleh sektor kewangan Negara?

4. Usahawan Muslim di Malaysia masih memerlukan sokongan kewangan yang besar daripada Pengurus Kewangan Berlesen, apakah Janji Di Tepati?

5. Siapakah boleh beri jawapan lebih berasas, mengapa "kemut" sangat sektor perbankan dan kewangan berlesen hendak beri pinjaman keusahawanan kepada umat Islam?

6. 80% Pegawai Pengawal Pinjaman ialah orang Melayu-Islam, tapi kebanyakannya suka Makan Duit Haram, sanggup bergelumang dengan Perkara Haram, Tiada Integriti bahasa orang kampung sekarang?

7. Apabila ada peluang Direct-Nego, maka, yang pasti dapat ialah Dewata Qadin Ahli Politik, walaupun projek itu akan jahanam, tak kiralah siapa pun dia. Lagi syok dia pakai baju Tun ke, Tan Sri ke?

8. Adakah diadakan Kajian Persekitaran berapa ramai usahawan Melayu di bawah umur 40 tahun dapat bantuan kewangan sebaiknya, dalam bentuk Geran, Pinjaman Mudah, Pinjaman Berjangka, Pinjaman Secara Factoring sebagainya?

9. Apakah maknanya jika banker Melayu lebih sudu dari kuah? Boleh nak beri pinjaman, tapi kau beri aku makan dulu boleh...makan duit kau, betina, golf, arak, judi, shopping, joli katak di luar negara, bayar housing loan, bayar installment kereta, tukar rim, laptop rosak, kereta anak accident sebagainya...! Banyak skrip-skrip BIADAB pengawal kewangan ini kalau nak luluskan PINJAMAN...apakah Muhyiddin sedar bab ini?

10. Paling seronok, di akhir persoalan semuanya, Mesti orang bertanya..kalau 1 hingga 9 ini, berlaku kenapa tiada laporan SPRM? Siapa nak jawab? Apakah dengan membuat laporan SPRM boleh selesai dalam masa 24 jam? Usahawan ini perlu bisnes, untuk cover isirumah dan mungkin pekerja? Ada yang terpaksa suap lebih 1000 perut, andai 1000x2 maka ada 2000 perut berpayung dengan hasil usahawan ini. Sesungguhnya lingkaran kepentingan bisnes bukan dalam gandaan 2, ianya akan berganda 4 setiap satu bisnes. Dan dari 4 akan berganda 16. Sistem ini telah dikaji oleh Al-Khindi dalam ilmu statistiknya, sebab itulah Hukum Pengkamiran penting.

Sukalah Pak Sedaro menegaskan Malaysia ingin melihat wujudnya Tsumani Usahawan Muda Melayu Islam seramai 100,000 orang dalam masa 2 tahun, maka, semak semula semua bentuk piagam pinjaman dan pembiayaan di sektor bank dan kewangan. Mungkin Perbendaharaan (dengan kredibiliti Ketua Setiausaha Perbendaharaan baru, Dr. Irwan Serigar Abdullah - PTD secara lantikan (kaedah-kaedah perjawatan awam) sejak 1984) kena buat Sistem Flying Squad Usahawan Muda iaitu Perbendaharaan sebagai Debentur dan Penjamin Usahawan, duit yang diguna akhirnya boleh menerbitkan pulangan kerja dan ekonomi sebanyak 15 kali ganda setiap kitaran pinjaman (tak mustahil)!?


Dan Dr Ridhuan ( cuma bahagian tengah keakhir yang saya copy )

Jangan Terlalu Defensif Bila DiKritik

Kadangkala, kita tidak wajar menyalah misionari Kristian semata. Kita sendiri yang bersalah. Institusi zakat sepatutnya memainkan peranan. Ketika memberi taklimat dan memungut zakat, mereka tersenyum lebar sampai telinga. Bila sampai bab pengagihan, kenapa muka masam mencuka. Lebih menyedihkan ada yang menghemburkan kata-kata, “tak kerja lainkah selain meminta sedekah”? Inilah kata-kata yang sering didengari oleh mualaf.

Kita sepatutnya mencari mereka yang memerlukan seperti yang dilakukan oleh Khalifah Umar al Khattab dan Umar Abd Aziz. Bukan menunggu mereka datang kepada kita. Di sini kelebihan missionari Kristian

Kita seronok kerana dapat mengumpulkan zakat begitu banyak. Kita suka tengok wang itu, kita laburkan, kita bina bangunan pencakar langit untuk menunjukkan kehebatan kita. Kita tidak sedar betapa ramai yang kecewa dengan Islam, disebabkan perbuatan kita.  

Sepanjang kajian saya, dalam jawatan kuasa agihan zakat, tidak ada seorangpun mualaf atau OKU yang dilantik menjadi ahli lembaga. Jika adapun satu atau dua buah negeri sahaja. Semua mereka kalangan yang ‘bergelar’ dilantik menjadi ahli lembaga. Kelayakan tidak diambil kira. Janji mereka mempunyai gelaran. Apakah kelebihan gelaran itu saya masih mencari jawapan?

Saya bersetuju dengan saranan  Shaharul Anwar Shafie (14.8.2012), pihak yang menguruskan zakat dan pemegang amanah zakat di seluruh negara yang lebih suka menjadi “tuan” di pejabat dan lebih suka orang ramai datang menagih meminta bantuan zakat. Sememangnya rasa gembira mendengar kutipan zakat tahunan yang bernilai puluhan dan ratusan jutaan ringgit tetapi yang menjadi tanda tanya ke manakah wang tersebut disalurkan memandangkan wang yang dikutip dalam satu tempoh itu perlulah dihabiskan kepada penerima yang layak dalam tempoh yang sama.

Saya ucapkan tahniah kepada Jabatan Audit Negara kerana mengaudit akaun zakat. Ia perlu dilakukan secara menyeluruh di setiap negeri. Ini dapat mengelakkan fitnah terhadap institusi Islam yang menjaga amanah harta ini. Selaku ‘mualaf’, beberapa kali telah saya nyatakan karenah birokrasi dan menganggap wang zakat itu kepunyaan bapak kita, hendaklah dielakkan. Institusi Islam sebegini perlu menjadi contoh kepada yang lain. Jangan sampai ada orang mencemuh “nama saja Islam, tetapi cara menguruskannya langsung tidak Islamik”. Kadangkala saya merasa malu apabila label Islam digunakan, cakap tidak serupa bikin.

Saranan saya keluarlah daripada pejabat berhawa dingin itu. Carilah penerima zakat seperti OKU, sebelum pihak lain atau misionari Kristian mencari mereka. Tidak ada gunanya kita bising, apabila orang lain sudah mendekati mereka dan mereka telahpun murtad seperti yang telah berlaku. Paling baik, wajibkan OKU sebagai asnaf zakat.

Senyuman ketika memungut zakat, hendaklah diterjemahkan dalam konteks mengagihkannya, Saban hari saya menerima panggilan telefon dan sms daripada mualaf yang memerlukan bantuan. Apakah cukup sekadar memberi bantuan sekali, kemudian dibiarkan bergelandangan? Jika mereka perlu bantuan seumur hidup sekalipun, apakah salah kita membantunya? Saya amat bimbang birokrasi, kesilapan atau keangkuhan kita bakal memalukan Ketua Agama Negara/Negeri yang terdiri daripada Duli Yang Maha Mulia Raja-raja Melayu. Apatah lagi hari ini kita sudah ada kaunter pandu laju. Syabas!

Share this article :

+ comments + 10 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2012 at 2:11 PM

Realiti..pedih tapi itulah kenyataan..
moga individu/ pihak yg bertanggungjwb sedar dari lena.

anon10

....................
Reply To This Comment ...................
Ozone_Crash
August 27, 2012 at 2:27 PM

Cantik sangat apa yg anda diutarakan ini Din. Realitinya peniaga kecil , sederhana kecil sebenarnya dalam keadaan kritikal.Peniaga bazar Ramadhan yg lalu di Jalan TAR ramai yg merungut.Ada sebahgian dari mereka yg mengalami kerugian dan ada yg terpaksa meneruskan perniagaan sehingga Syawal keempat utk membayar Sewa Kanopi DBKL yang terlalu tinggi.Ujar mereka "Orang memang ramai, tapi takde yg membeli".

Dalam erti kata lain tidak ada "Purchase Power" dikalangan orang Melayu. Rakyat Malaysia khususnya Orang Melayu lebih suka berjimat kerana menyedari bahawa kenaikan harga kini adalah secara senyap.Seolah-olah kerajaan telah menggubal satu dasar yg dipanggil sebagai "Silent and Implement".

Kontraktor,Konsultant(Tak kiralah samada Akitek,Jurutera Struktur,Qs,PMC ke)semuanya dalam keadaan nazak ,malas nak ceritalah dan lihatlah sendiri realitinya disekeliling anda. Dari Kontraktor A sampai F,bukan gulung tikar lagi bahkan dah ada yang bakar tikar pun ada.

Apa yang lebih terharu, bila ada sekolah-sekolah yang minta derma nak beli A4 paper. Disini para guru melihat sesuatu yang tidak realistik pada BR1M dan apa-apa saja dana yg disalur terus kepada rakyat dan dilihat sebagai umpan dan rasuah berhemah dari kerajaan.

Sesuatu yg drastik mesti dilakukan seandainya BN memenangi PRU13 ini. Sekiranya rentak zaman Pak Lah juga yg dibawa, nantikan Kebangkitan Rakyat yg tidak didokong oleh mana-mana parti politik dan NGO, rakyat akan bangkit berarak dijalanraya sebagaimana kebangkitan rakyat Mesir dan negara-negara Arab yg lain.

Sesungguhnya perut adalah buta kepada kenaikan harga global.Ianya perlu di isi dari semasa kesemasa. Jika perut kosong orang yg bersopan pun akan menjadi kurang ajar dan sudah tidak boleh diajar pada ketika itu. Pelan jangka pendek dan panjang perlu dirangka mulai sekarang oleh Kerajaan khususnya barangan makanan.

Bertindak sebelum terlambat.Benarlah bahawa Demokrasi memang berada diambang Keruntuhan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2012 at 2:39 PM

PANG!kena sebijik!terbaiklah..

Patutlah UMNO ni orang cakap parti untuk golongan Bangsawan yang tak sedar diri.

Kroni,nepotisme,monopoli,korupsi memang dah identik dengan Umno..dah macam mafia umno ni.

Walaupun PR memang cacat serba serbi tapi apa yang mereka katakan tentang UMNO semuanya benar belaka.

bagi aku,selagi dah nama politik..tak pernah jujur orang yang bergelumang dengannya.

....................
Reply To This Comment ...................
August 27, 2012 at 2:49 PM

SEBENARNYA ramai yang tidak sedar ramai manusia bermasalah yang berada dalam agensi2 kerajaan dan perbankan ini AKAN TETAP DITEMPAT SAMA kalaupun PR menang ! Tapi persepsinya mereka semua seolah2 adalah kerajaan.

Namun sebagai kerajaan yang membela orang Melayu, seharusnya perkara2 seperti diatas harus dipantau.

SEMUA orang kata pelaksana DEB yang bersalah bukannya DEB, tapi tidak ada siapa yang mahu semak atau kaji APAKAH TREND ITU SUDAH BERUBAH ATAU MASIH SAMA .....

Lebih baik tegur sementara waktu masih ada untuk dilakukan perubahan.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2012 at 2:58 PM

best artikel kali ni saudara din..walaupun copy paste tp pembuka mata..selagi x de rombakan dalam agensi kerajaan, selagi tu la usahawan melayu dan muslim x dpt dibantu..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2012 at 4:05 PM

sekarang kerajaan berani atau tidak nak berperang dengan pegawai2 yg bertaraf celaka dalam GOMEN? tak berani dowh..kerajaan pengecut..banyak tutup mulut sebab takut dan maybe makan diri balik..sebab tu semua DIAM!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 27, 2012 at 6:13 PM

Sebenarnya kerajaan banyak membuat sesuatu yang tak sepatutnya dibuat... semua kerana desakan politik, desakan pembangkang yang tidak membina, desakan yang meruntuhkan. sebagai contoh kecil, kerajaan terpaksa melayan kehendak setiap kaum kerana menjaga undi, walaupun ada kaum yang terang2 menyokong pembangkang. Pembangkang menggunakan semaksimum mungkin kepentingan diri dan kelompok untuk mendesak kerajaan dgn berbagai cara. Kerajaan terpaksa membelanja wang untuk menubuhkan suruhanjaya diraja untuk berbagai isu yang bersifat politik semata-2 (kematian TBH, demo bersih adalah antara contoh).
sementara pembangkang amat suka kalau negara tidak stabil dari segi ekonomi, dari segi hubungan kaum, dari segi hubungan luar dan dari berbagai segi lagi..mereka melihat ini sebagai political mileage, jadi kerajaan terpaksa lagi membelanjakan jutaan ringgit untuk menampung kerosakan yang dibuat oleh anasir dalaman serta luaran yang rata-2 ingin melihat negara dan parti pemerintah kecundang. kalau tak kenapa bersih dilaksanakan? kalau bukan kerana menghuru harakan kerajaan?
Bagi saya, sesiapa sahaja yang menjadi kerajaan yang mempunyai pembangkang seperti sekarang, tambahan pula yang diketuai oleh Anwar, akan diganggu sebegini rupa sehingga menuju kerosakan total.
Lihatlah bagaimana pelbagai akta ISA, AUKU serta akta mahkamah yang terpaksa dipinda untuk melemahkan kerajaan, itu belum lagi dikira berapa pula agensi kerajaan yang telah diserang dan dijahanamkan reputasinya seperti SPRM, PDRM, FELDA, JPA dll.
Dlm keadaan diikat, diserang dan diganggu dgn isu politik sepanjang tahun tak habis-habis begini, kerajaan mana yang boleh bertahan, kerajaan mana yang boleh memikir secara aman dan rasional untuk mensejahterakan rakyat?

....................
Reply To This Comment ...................
August 27, 2012 at 6:27 PM

aaaaaaaaa ( mulut terlopong ) .....saya tertanya2 siapa sebenarnya gerangan saudara ni ...... :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2012 at 1:27 AM

Siapa la yang gatal cadangkan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dulu tu dibubarkan dan siapa yang bangang ikut cadangan tu? Agenda siapa tu?

Habis usahawan Melayu sekarang dipandu oleh Pemandu dengan pemimpin yang langsung tak cakap bahasa kebangsaan.

Teraju apa cerita?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
August 28, 2012 at 1:43 AM

Aku tau sapa dia ni Din....Dia lah Ultraman Gaya yang ditunggu-tubggu utk menyelamatkan Bumi....kah kahh kaah

Post a Comment