Nampak gayanya Saman SpeedTrap sudah menjadi satu industri menjana pendapatan tetap kepada syarikat swasta tidak lama lagi ! Dari The Star - Speedsters watch out ! dilapurkan dua buah syarikat telah diberikan kontrak bagi memasang dan menyelia sistem AES ( Automated Enforcement System ) iaitu Beta Tegap s/b yang akan menjaga bahagian selatan dan ATES s/b menjaga selebihnya.
AES akan menggunakan 800 kamera tetap dan 500 kamera mudahalih untuk mengawasi 831 kawasan hitam diseluruh jalanraya Malaysia, baik hiway, jalan persekutuan maupun jalan negeri. 200 dari kamera tetap itu pula akan dipasang di lampu isyarat termasuk dikawasan perumahan.
Kamera2 tersebut akan merakam dalam bentuk gambar statik dan juga gambar bervideo ! Pendekata - TAK BOLEH LARI !
Bila dah diswastakan pastinya 'penangkapan' akan dibuat dengan semaksimum mungkin kerana saya pasti pendapatan syarikat akan seiring dengan bilangan saman yang dikeluarkan. Tidak disebut pula bahagian pengutipan saman apakah turut sama diswastakan ? Jika iya juga, bermakna payah dah nak dapat diskaun lepas ni sebab jumlah RM yang dikutip akan menentukan pendapatan syarikat.
So ....... terpulanglah kita nak melihat langkah kerajaan ni samada dari sudut mengurangkan statistik kemalangan atau dari sudut memaksimumkan pendapatan dari saman hehehehe ... Yalah, untuk apa diswastakan in the first place ?
Kemudian kita lihat pula iklan2 kereta baru yang mempromosikan prestasi kelajuan kenderaan yang menakjubkan ! Siap dibuat pula lapuran testdrive oleh pemandu wartawan yang akan mengulas bukan saja tahap keselamatan, ciri2 keselesaan tapi juga keadaan enjin / kereta pada kelajuan maksimum ! Belum pernah lagi saya baca komen mereka akan keadaan enjin dan kenderaan pada kelajuan 110km/jam hahahaha ... Semua itu menggalakkan pemandu memandu laju dan pada waktu sama pengeluaran saman speedtrap diswastakan !
Alamak , tak matching la kedua tuh .... kecuali kepada kontrektor AES ....
Hmmm .... satu lagi peluang perniagaan lumayan - penjualan dan pemasangan Speed Limiter pada kenderaan ! Tak pun ........ Radar Detector hehehehe... siapa ada lubang ?
![]() |
| Semua Pemandu akan suka siBaju Oren begini ! |






+ comments + 16 comments
BIARLAH..BIAR SEMUA PENGGUNA JALANRAYA KECUT SIKIT NAK SPEEDING. KALAU TAK STRICT, DEPA BUAT DONO JE. TAKKAN NAK MANJAKAN TERUS? TENGOK KAT SINGAPORE, BUANG SAMPAH DI LUAR TONG SAMPAH PUN KENA SAMAN. VERY STRICT! NAMPAK KEJAM BUKAN? TAPI AT THE END OF THE DAY, TAKDE SORANG PUN BERANI BUANG SAMPAH MERATA2.
CUMA PADA PENDAPAT AKU, YANG TERLALU SLOW DAN TIDAK MEMATUHI HAD LAJU YANG SEPATUTNYA PUN PATUT KENA SAMAN JUGAK. YE LAA, MENYUSAHKAN PENGGUNA LAIN YANG NAK CEPAT KE DESTINASI.
Ya, mungkin sudah tiba masanya kita ubah sikap kita dan tiru cara Singapura yang tegas.
adooooi, ingat nak cuba try test 3jam setengah kalau hiway LPT dah siap nanti hehehehe .... takde can lah
BALIK RAYA NI LAMBAT LA... BIASA 5 JAM.. KINI 9 JAM.. DARI JOHO KE TRG..
APA PUN TAHNIAH LAH....
Buat macamana pun, mereka yang biasa bawak laju tu tetap akan bawak laju jugak.
Aku cadangkan supaya mereka yang biasa bawak laju ni diberi lesen untuk bawa laju. License to speed.
Ini tidak ada sesetengahnya lesen P bukan main besar lagi, tetapi bawak kereta macam pelesit.
kereta kecik 'merangkak' di jalan raya, okey gak, tapi kalau lamborkini dan posche kena merangkak di laluan Plus apa pulak pandangan awam? depa ketawa?
KENA KOWTIM DENGAN KONTRAKTOR YG PASANG SPEED TRAP NILAH NAMPAKNYA..DAPATKAN MAKLUMAT KAT MANA DIA PASANG DGN CARA UNTUK LEPASKAN DIRI ;)
tapi yg merepek tu camera kat trafic light, sebab JKR yang set tu tak ikut undang2, lampu kuning dipercepatkan dari sepatutnya contoh, 90KM/J = 5 saat, jadi 3 saat, 60KM/J = 3 saat jadi 2 saat, tu sebab saman banyak kat trafic light, kalau lawan kat mahkamah pun boleh menang kecuali yang ada lampu LED tunjuk berapa saat.
dalam hal jalanraya ini memang kebanyakan singaporian/berasal dari singapor adalah golongan hipokrit. kalau di seberang tambak johor bukan main patuh tetapi bila naik ke sini aje mulalah tunjuk karekter sebenar.
kalau mereka dari kalangan berstatus marhaen bolehlah dianggap ada kaitan dengan perasaan inginkan 'kebebasan' yang tidak diperoleh di Singapur tetapi bagaimana dengan Azzminn??? kenapa banyak sangat 'tiket'???
agak-agak ditunda/ditangguhkan selepas raya kot.kalau tiada penundaan penguat kuasaan bukan malaysia.
Hmmm menarik usul tu. Tambah masyuuuuuuk ! Yalah, jualkan lesen laju pada harga tinggi hehehehehe
Untuk lebih menjana pendapatan daripada saman melebihi had laju, kerajaan boleh meletakkan papan tanda had laju 40km/j di mana-mana sahaja walaupun di jalan yang lengang (contoh hari biasa jalan Raub - Sungai Koyan). Mesti berbilion RM boleh dikutip.
SEBAB TU LAH DIADAKAN HAD LAJU..BUKAN SEMUA JALAN HAD LAJU DIA 60KM/J.. LALUAN PLUS PUN BUKANNYA DEPA LETAK 70KM/J JE.. INI SEMUA PASAL PATUH PADA UNDANG2 SEBENARNYA. SAPE2 YANG PATUH, TAK PERLU RISAU. YANG KEPALA BATU YANG NAMPAKNYA SUSAH HATI..LAGIPUN, BERAPA KETUL SANGAT LA LAMBORGHINI ATAU PORSCHE KAT JALAN TU BERBANDING KERETA YANG MERANGKAK?
Kerajaan Malaysia lembut sangat. Sebab tu aku setuju dengan Anon July 19, 2012 1:11; terutamanya dalam segi penguatkuasaan. Ada yang tertangguh-tangguh, ada yang dikuatkuasaan secara hangat2 tahi ayam, ada yang suam2 kuku. Sebab tu ramai rakyat Malaysia kurang disiplin.
Memang tak dinafikan saman jalanraya boleh menjana pendapatan yang lumayan bagi kerajaan, dan dimasa yang sama mendisiplinkan pengguna jalanraya. Tapi tak patut sangat dibuat perangkap macam Anon July 19, 2012 2:36 cakap.
Bagi aku cara yang berhemah ialah kompaun kesalahan yang bertambah-tambah (incremental). Misalnya kesalahan memandu lebih had laju bermula dengan denda RM100 dan bertambah RM20 bagi kesalahan ke2 dan bertambah lagi bagi setiap kali kesalahan yang berulang. Takkan tak serik lagi kalau dah kena kompaun sampai RM500. Memang ganas le pemandu macam ni.
Banyak lagi cara nak didik jadi pemandu berhemah dalam kepala hotak aku. Tapi takkan aku nak huraikan berjela2 kat sini. Tapi apa yang mustahak, kerajaan kena serius dalam segala usaha nak sejahterakan rakyat Malaysia. Tak cukup setakat PM cakap dengan penuh serius tetapi kementerian atau jabatan atau penjawat awam yang bertanggungjawab buat kerja lepas tangan saja.
Yang dipersetujui ramai adalah - Kerajaan tidak ada ketegasan. Panjang kalau nak dihuraikan tapi secara am nya, itulah dia.
Tepat sekali Din. Mesej ni perlu disampaikan ke peringkat yang paling atas. Tak boleh setakat angguk2 saja. Tak perlu tunduk kepada sesiapa. Setiap undang2 yang ada perlu dikuatkuasa, setiap polisi perlu dilaksana, semuanya dengan bersungguh2. Bukan tidak ada timbangrasa atau tolak ansur, tapi biarlah dalam keadaan2 tertentu saja. Kita tidak boleh bertolak ansur dalam semua hal. Nanti puak2 pelampau ni yang tolak, kita yang tergelongsor.
BIAR LAMBAT ASAL SELAMAT BRO..
Post a Comment