10 Julai 2012
Ketua Penerangan PKR, Dr Muhammad Nur Manuty berkata demikian apabila diminta memberi komen mengenai cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat supaya hukum hudud dilaksanakan di Johor.
“Daripada sudut PR, kami masih berpegang kepada pendirian sebelum ini. Saya sedang meneliti kenyataan pelbagai pihak dalam isu ini,” katanya.
PR telah menyatakan pendiriannya secara bersama bahawa hukum hudud tidak akan menjadi sebahagian daripada dasar bersama sehingga parti komponennya bersetuju.




+ comments + 14 comments
Sebenarnya saya dah letih dengan cerita hudud PR ni. Satu pihak cuba mencari populariti yang dah pudar dengan mengimbau nostalgia silam dengan membuka cerita hudud. Yang satu lagi kata hudud tidak akan menjadi dasar PR. Agree to disagree.
Penyokong PAS pula tidak akan akan membaca kenyataan Dr. Muhammad Nur Manuty sebaliknya menyalahkan Tun yang dikatakan menolak hudud. End of the day UMNO juga yang kena.
akuantiPAKATAN.
MULAI SEKARANG, PAS JGN BANYAK CAKAP, PAS JANGAN BERANGAN, PAS JANGAN NAK TUNJUK TERRER, PAS JANGAN NAK TUDUH UMNO, PAS JANGAN DOK TAKBIR TAK TENTU PASAL.... PENDEK KATA PEMIMPIN DAN PENGIKUT PAS PATUT BUNGKUS MUKA SUPAYA KURANG SIKIT MALU HE HE HE !!!
Hudud: Mesyuarat teknikal masih tertangguh
KOTA BHARU 18 April - Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hudud kerajaan Pas Kelantan masih gagal diadakan sehingga kini meski pun telah ditubuhkan sejak Oktober tahun lalu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, beberapa tarikh mesyuarat telah dicadangkan sebelum ini namun ditangguhkan kerana kesibukan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub.
Menurut beliau, Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud mempunyai pelbagai komitmen lain dan mesyuarat jawatankuasa itu hanya boleh diadakan dengan kehadiran Ahmad.
“Kita tidak bimbang sekiranya dikritik lambat mengadakan mesyuarat kerana pada asasnya Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) Kelantan 1993 sudah lama kita gubal dan sahkan.
“Apa yang tinggal sekarang hanyalah daripada sudut teknikal, maka tidak menjadi masalah jika ia mengambil sedikit masa,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
--------------------------------------------
YANG INI PUN TAK PERNAH SELESAI-SELESAI. APA KEPUTUSANNYA???? DAH DEKAT SETAHUN BERMESYUARAT, HABUK PUN TAK NAMPAK..... KENCING LAGI.....
Ahli Akademik dari Arab Saudi, Ahmad Hamad al-Jilani berkata, Islam menuntut umatnya mengutamakan pelbagai perkara asas yang lebih utama seperti isu pendidikan, ekonomi dan sosial sesebuah negara itu.
Jelas beliau, sebelum mewajuikan hukum hudud, pelbagai aspek lain perlu diambil kira termasuklah semua masyarakat perlu menerima pelaksanaan itu.
"Apa yang penting kita perlu mencari keredaan Allah bukan keredaan manusia.
Sesiapa yang menggunakan hukum hudud untuk menang pilihan raya maka tujuannya bukan kerana Allah tetapi mencari keredaan pengundi," katanya.
PAS, DAP dan PKR telah 'BERSETUJU UNTUK TIDAK BERSETUJU' untuk mengadakan Hukum Hudud.
PAS cuma menjaja NIAT untuk mengadakan Hudud sedangkan Perlaksanaannya tidak akan terjadi.
Contoh macam ni. Ada seorang warga emas berniat untuk ke pergi menjejakkan kaki ke bulan. Beliau tahu bahawa niatnya itu tidak akan terjadi kerana banyak halangan yang bakal ditempuhi.Namun demikian, beliau mempunyai niat, iaitu kalau tidak sampai ke bulan, sampai ke Angkasa pun jadilah. Lalu beliau pun mulalah berceramah di sana sini menjaja niatnya untuk ke bulan itu bagi tujuan mencari dana. Orang yang bodoh pun menyokong dan menderma kepada beliau.
Isunya, boleh ke niat yang tidak masuk akal itu digunakan untuk meraih sokongan sedangkan beliau ada niat tersembunyi yang tidak diketahui oleh orang ramai.
berita ini akan membuatkan puak penganut agama pas marahkan umno. tak percaya .... 2 ka 3 ari lagi keluarlah suara dari pas yang menyalahkan umno.
APA? TAKDE HUDUD? DALAM BUKU JINGGA TAKDE HUDUD?
JADI...YANG DOK CERITA PASAL HUDUD SELAMA NI APEHAL? OOOOOI...PENCACAI2 PAS..MASIH NAK KELENTONG HIDUP2 LAGI?
wah, wa banya sinang hati lorr..sume perjuangan aw dan lakan-lakan jadi kenyataan!
tq, tq pkr!
Benar kata saudara, tetapi peliknya Pas masih lagi selitkan topic hudud ni diceramah ceramah. Mungkin kah panyokong penyokong tidak kesah nak baca berita berita yang disiarkan?
kesibukan itu cuma alasan jer; yang sebenarnya mungkin mereka tak tau dah buat macamana. tu sebab bila dengar jer johor nak buat, cepat cepat nik aziz alukan. bolehlah dia ikut contoh lepas tu kelak. Pas hanya pandai merapu tapi habuk pun tadak.
saya tak fikir mereka berjuang kerana Allah, semuanya nafsu untuk terus ke Putra Jaya konon.
sungguh menarik bro. betul jugak tu, setiap perjuangan perlukan dana tapi dana yang diperolehi Pas rupanya dengan cara menipu yer?
biasalah tu, apa lagi yang pas pandai buat selain menyalahkan semuanya kepada UMNO
hidup pencacai pencacai Pas tu sememangnya suka dikelentong. itu sebabnya bila ada berita benar yang dihidangkan, cepat cepat mereka takbirkan.
Post a Comment