........... Dr RT Balun Ketaksuban Orang Pas Yang Taksub Gaban | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Dr RT Balun Ketaksuban Orang Pas Yang Taksub Gaban

Sunday, July 1, 201215comments

Artikel terbaru Dr Ridhuan Tee sememangnya merupakan satu kritikan yang tajam lagi amat pedas terhadap para penyokong Pas Kelantan yang dilihat beliau terlalu taksub kepada Nik Aziz dan Pas, yang kadangkala saya panggil juga sebagai bodoh sombong. Sememangnya itulah sikap kebanyakan orang Pas bukan hanya terhad kepada mereka yang hadir di wacana tersebut.

Pada 24 Jun 2012, dengan niat baik, saya menerima jemputan menjadi tetamu dan panel Wacana Perdana PRU 13: Masa depan Islam, anjuran Kerajaan negeri Kelantan, bersama dengan panel gandingan  lain Dr Fadzli (exco Kerajaan Negeri Kelantan), Ustaz Fathul Bari (ulamak muda Umno), dan Dr. Mohd Asri Zainal Abidin, dipengerusikan Amin Idris (TV9). Apa yang mengejutkan adalah tingkah laku sebahagian peserta yang hadir membanjiri Balai Islam, Kota Bharu.


Tingkah laku mereka yang bersorak, menjerit-jerit, mengejek, tidak meraikan perbezaan dan sebagainya, langsung tidak mencerminkan akhlak Islam. Begitu mengejutkan! mengalahkan wacana bukan Islam yang pernah saya hadiri. Inikah yang dikatakan rakyat Serambi Mekah? Hilang sudahkah ajaran ‘tok guru’ yang selama ini mereka pelajari? Saya dan Fathul Bari, seolah-olah tidak diberikan ruang untuk berhujah. Mereka tidak dapat menerima perbezaan pendapat. Sedangkan kami hanya berkata benar. Isu partisan langsung tidak dibangkitkan, kecuali Dr Fadzli.  

Apakah ini dinamakan fanatik atau taksub sehingga menyangkakan mereka yang betul, orang lain salah? Fanatik bermakna sikap yang keterlaluan dan melampau dalam sesuatu pegangan atau pendirian yang biasanya berkaitan dengan keagamaan. Tidakkah kita sepatutnya berlapang dada dan fikiran serta sabar yakni tasamuh atau bertoleransi? 

Beberapa saya ingatkan, apabila berhujah, bincangkan apa yang betul, apa yang salah kerana itu akan membawa kebaikan dan meningkatkan minda. Bukannya menuding jari siapa betul, siapa salah, kerana ia hanya akan mengkerdilkan minda.
Ingatlah wahai umatku! sikap fanatik dan taksub adalah dilarang oleh Allah S.W.T. terhadap umat yang dahulu seperti yang ditujukan khas kepada Ahli Kitab. 

FirmanNya yang bermaksud:
"Katakanlah, "Wahai Ahli Kitab! janganlah kamu melampau-lampau dalam agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul". (Surah al-Ma'idah:77)

Saya lihat sebahagian besar mereka yang hadir teramat taksub dan fanatik kepada pendapat sendiri, mahu pun guru atau kumpulan mereka. Perbuatan mereka begitu melampau. Kejumudan pemikiran mereka begitu terserlah.  Kebekuan pemikiran mereka tidak mampu untuk berbincang bagi membandingkan pendapat sendiri dengan pendapat orang lain, terutama dalam mengambil pendapat yang lebih kuat dalil dan alasannya. 

Menurut Mohammad Kamil Majid (2011), taksub dan fanatik adalah sikap menutup pintu bagi pandangan lain yang berbeza dan berusaha untuk menidakkannya. Sikap ini adalah pembawaan yang memandang bahawa hanya diri sendiri atau kumpulannya sahaja yang betul. Malah secara berani menuduh orang yang berlainan pendapat darinya sebagai jahil, bodoh, fasiq dan derhaka. Seolah-olah menjadikan diri sendiri sebagai nabi yang maksum dan perkataannya sebagai firman yang diturunkan. Sikap taksub dan fanatik ini dikutuk kerana, ia mengikat orang lain dengannya dan menafikan peranan orang lain. Justeru itu, mana-mana orang atau kumpulan yang taksub dan fanatik tidak mungkin bertemu dengan pihak lain. Keadaan akan menjadi lebih buruk, apabila ia mahu mewajibkan pandangannya ke atas orang lain dengan kekerasan seperti mengutuk dan menuduh orang lain melakukan tidak betul, bidaah, kufur dan keluar dari agama. 

Fenomena ketaksuban juga boleh berlaku apabila ada golongan yang mengkafirkan masyarakat secara menyeluruh, kecuali mereka yang berpegang kepada prinsip mereka atau menganggotai jemaah mereka sahaja. Ketaksuban ini boleh membawa kepada menghalalkan darah dan harta orang yang di luar jamaah, kerana telah dianggap murtad dan kufur. Golongan melampau juga akan memperlihatkan sikap pra-sangka buruk kepada pihak lain. Lebih banyak menuduh dan menghukum dari memberi nasihat dan pengajaran. Kekerasan bersenjata mungkin digunakan terhadap perkara yang mereka anggap batil. Selalunya ia ditujukan kepada pemerintah yang tidak melaksanakan hukum seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT atau menangguhkan pelaksanaan syariat dan menggantikannya dengan hukuman ciptaan manusia. Golongan ini akan melancarkan jihad terhadap sesiapa yang enggan menunaikan hukum Islam (Mohammad Kamil, 2011).


Pada saya, inilah sebenarnya yang menjadi punca kemunduran umat Islam ialah kerana salah faham umat Islam terhadap akidah mereka. Dalam hal ini, bukan akidah itu yang salah, tetapi cara memahami akidah itu yang salah. Di manakah sikap kesederhaaan (berimbang) atau wasatiyyah yang sepatutnya menjadi pegangan kita semua? Lebih menyedihkan lagi, mereka bersorak dan mengejek-ngejek ketika ayat-ayat Quran dan Hadis dibacakan.

Maka benarlah kata-kata Syaikh Al-Albani yang mengatakan, umat Islam masa kini, semakin jauh tersasar. Mereka hanya berpegang kepada pendapat pemimpin mereka. Tatkala terjadi perselisihan, pendirian mereka pada dasarnya kembali kepada pemimpin mereka, jika ada ayat yang sesuai, mereka ambil, jika tidak, mereka sisihkan. 

Saya ingatkan pimpinan negeri Kelantan, sebagai pemimpin umat Islam hari ini, hendaklah berhati-hati dalam memimpin anak buahnya agar jangan sampai menjadi penyebab kerosakan umat. Mereka hendaklah takut kepada Allah SWT. Bacalah surah Ibrahim : 21-22, Al-Ghafir : 47-48, dan As-Saba’ : 31-33. Mudah-mudahan Allah SWT memberi petunjuk kepada kita semua, menjadi pemimpin yang mengajak umat ke jalan benar dan hak, bukannya batil.

Bagaimanakah kita sebagai satu umat itu boleh maju ke hadapan, apa tah lagi boleh memimpin umat Islam, jika kita asyik berpecah belah sesama sendiri? Saling bermusuhan dalam perkara titik bengik dan hilang pertimbangan, kerana rasa fanatik dan taksub kepada pegangan dan ajaran masing-masing. 

Kenapa dengan bukan Islam kita begitu berlembut, sedangkan sudah jelas mereka menentang Islam? Apakah kita menjangka mereka akan memeluk Islam dengan menggadaikan prinsip dan maruah? Tidak boleh dibezakan antara kafir harbi dan kafir zimmi? 

Saya masih ketika mengikuti kuliah-kuliah Pas dahulu, bertepuk tangan itu dalam majlis seolah-olah haram. Hari ini mereka terlebih bertepuk daripada Umno sendiri.  Apakah makna semua ini? Itupun mereka masih terus menuding jari kepada Umno tanpa mahu muhasabah kepada diri sendiri?

Kesimpulannya, mereka yang saya perkatakan ini sebenarnya keliru dan tidak boleh membezakan antara tugas pemerintah dengan tugas individu atau rakyat marhaen. Mereka tidak dapat membezakan antara ajaran tok guru dengan ajaran Islam yang sebenar. Semua yang dilakukan oleh tok guru, seolah-olah maksum. 

Saidina Abu Bakar RA memerangi orang yang tidak membayar zakat dan murtad adalah sebagai menjalankan tugas sebagai pemerintah. Pada peringkat individu, mereka sepatutnya melakukan amar maaruf nahi mungkar. Mencegah kemungkaran dengan menggunakan kekuasaan tidak semestinya atas semua orang, tetapi bagi yang ada kuasa terhadap orang bawahannya. Begitulah dalam konteks negeri Kelantan. 

Rakyat Kelantan mesti dididik untuk berlapang dada dan bersikap terbuka menerima orang lain dan perbezaan yang wujud. Kita tidak mahu mendengar lagi ada yang sanggup bakar stadium dan trak polis hanya kerana kalah dalam permainan bola sepak. Ini bukan lagi taksub tetapi telah diserang dengan virus Permanent Head Damaged  (PHD). Tidak dinafikan saya agak sedikit beremosi ketika wacana itu, tetapi saya tidak berada dalam kelompok PHD.

Saya mungkin akan dikutuk dan diserang lagi selepas ini seperti yang dilakukan dalam you tube Wacana tersebut, yang sedang tersebar dan hangat diperkatakan. Tetapi saya mengambil sikap tidak kisah. Puak-puak fanatik dan taksub ini boleh berkata apa sahaja tentang diri saya. Saya tidak perduli apa yang manusia mahu kata. Saya lebih peduli kepada apa yang Allah kata. 

Jika ada kesempatan lagi, mungkin akan pergi ke Kelantan, untuk melihat telatah-telatah PHD ini. Mudah-mudahan dengan tersiarnya artikel ini, pihak kepemimpinan negeri Kelantan akan mengambil langkah-langkah tertentu untuk mengurangkan dan mengatasi masalah kefanatikan dan PHD di kalangan pengikut-pengikutnya. 

Jika tidak, tag line “membangunkan bersama Islam” yang menjadi pegangannya, hanya akan tinggal menjadi kata-kata yang enak didengar, tetapi tidak ke mana-mana. Pakailah serban dan kopiah sebesar manapun, tidak ada maknanya, jika akhlak kita tidak mencerminkan sunnah yang sebenar. Pendek kata, jika kita ingin membangun bersama Islam, pastikan di dalam kopiah dan serban itu tidak bersarang PHD. Jauhilah sifat fanatik dan taksub.

Share this article :

+ comments + 15 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Otak geliga
July 1, 2012 at 11:37 PM

pedas giler teguran DrRT....inilah masalahnya penganut2 PAS @ Parti Ajaran Sesat.....melampau sgt taksubnya ada pemimpin tu......nak buat mcm manakan...dah pemimpin sendiri ramai sgt yg taksub dgn diri sendiri sampai nabi Muhammad SAW pun dipandang rendah & nama Allah pun digadai

pakai serban, besar-besar,
serban besar, tapi kosong,
terlalu taksub, sampai tersasar,
Otak beku, akal terpesong,

penganut PAS, lain kali telatah tu jaga la...hormat org bertandang.....ke nak kata kat Mekahpun org2nye mcm tu???.....ada akal guna, letak dlm peti ais je buat apa...BEKU!

....................
Reply To This Comment ...................
July 1, 2012 at 11:56 PM

Tahniah kearna bantai pengacara yg kononnya neutral digelanggang sendiri...non melayu lebih faham bahasa melayu!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2012 at 1:32 AM

orang/organisasi yng difanatiki biasanya akan mudah dapat sokongan sama ada moral, fizikal dan tidak ketinggalan material. mungkin berakhir dengan gejala negatif.

dalam konteks anutan, kefanatikan sepatutnya ditujukan kepada tuhan yang menurunkan agama berkenaan tetapi bukan terhadap manusia yang bertindak sebagai pengguna dan tukang sebar.

SEKADAR PANDANGAN

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2012 at 1:41 AM

FANATIC TERHADAP BERSIH 3 SUKU BERAKHIR DENGAN KEKOTORAN DEGIL

FANATIC TERHADAP BULAN BERAKHIR DENGAN PENIDAKKAN PERANAN MATAHARI

FANATIC TERHADAP REFORMASI BERAKHIR DENGAN ANARKI

....................
Reply To This Comment ...................
July 2, 2012 at 3:22 AM

Siap dengan pantun tuh ! hahahaha ...

....................
Reply To This Comment ...................
July 2, 2012 at 3:28 AM

Habis adab sopan dan perasaan hormat menghormati dibuang kelaut hanya kerana tetamu punya pandangan yang berlawanan ..... mengikut Sunnah kah begitu ? Langsung tidak ada teguran dari pemimpin Pas yang pastinya suka kalau ketaksuban begitu semakin subur dikalangan pengikut.

Orang Pas masih tidak nampak ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2012 at 5:00 AM

saya sbg org kelantan, sikap pimpipan pas sbnrnya amat mudah di baca. pglmn brkerja dgn puak2 nie sdkt sbnyk melunturkn sifat taksub yg ada dlm diri saya. suatu masa dulu saya jg tergolong dlm mereka yg taksub, tidak terima pndapat org lain, kenegerian, ironinya mereka selalu menyelar prkataan nasionalis/kebangsaan sbg suatu sifat assabiyah, ttp hakikatnya puak2 nie lbh assabiyah dr yg mereka tuduh. semoga Allah selamatkn kita di dunia & akhirat....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2012 at 8:41 AM

TENGOKLAH...
CAMNI NAK DEBAT? DENGAN SIKAP PENYOKONG YANG SEDEMIKIAN?
BUANG JE LA NAMA PARTI ISLAM TU..BUAT MALU JE..

....................
Reply To This Comment ...................
July 2, 2012 at 10:30 AM

Sy pon dh tgk full version dlm youtube forujm tersebut.Bagi sy lgsg tak MENGHAIRANKAN.Ini kerana sblm ini pon dh byk forum2 sebegitu diadakan spt Wacana Sinar Harian yg Ust Fathul sndiri kerap diundang menjadi panelist.Begitu la gelagat pencacai2 PAS ni.Dari awal smpai akhir asyik bersorak dn menjerit.Ingat tgk bola ker aper.

Panelist plak sebijik mcm perangai Dr.Fadzli 2.Bila ada hujah panelist lain yg x sehaluan mula la nk disindir,provoke dll.Pencacai plak menyambut dgn tepuk sorak.Dulu TS Harusani pon kena mcm D.Redhuan gak.

Sbb 2 sy lgsg x berminat nk tonton apa saja program berbentuk debat tak kisah la apa nama dia debat ker forum ker wacana dn sebgala bagai.Asal ada panelist PAS dn crowd plak org PAS fenomena begini mmg dh dijangka.

....................
Reply To This Comment ...................
July 2, 2012 at 10:34 AM

Betul 2 bro.Sy pon respect sgt dgn Dr.Redhuan yg bantai pengacara yg konon NEUTRAL.Neutral kepala hotak dia.Tak habis2 dok sindir DRT dn UFB.Lepas 2 tebal sgt assobiyah dia dok memuji2 kelantan.Konon org kelantan ni open minded la,cinta ilmu la,hormat pemimpin dll.Nk termuntah tgk.

....................
Reply To This Comment ...................
July 2, 2012 at 10:39 AM

Biasa la bro.Sy dh tonton byk dh forum mcm ni.Jgn kata diaorg nk tenagkan audien yg tgh fanatic membara 2,siap dibakar lg semangat penyokong diaorg.

Mcm TS Harussani kena dulu la.Bila beliau menasihatkan pencacai2 yg fanatik 2 jgn dok bertakbir tak tentu hala,maka muncul sorg pencacai nk tunjuk bgs dgn mengemukan dalil HARUS bertakbir kuat2 smpai membuat tafsiran sendiri pd hadis tersebut.(Saya rasa din pon penah mengulas isu ini).

Bila dh jd mcm 2,Ssi Tuan Ibrahim plak dok sindir TS Harusani kononya lebih baik takbir dari laung HIDUP MELAYU seolah nk gambarkan TS Harusani ORG UMNO.Apa lg menjerit dn bersorak la disulami dgn takbir.Mmg assobiyah!

....................
Reply To This Comment ...................
July 2, 2012 at 12:22 PM

Ya, selain dari menunjukkan betapa taksubnya penyokong Pas, satu lagi tujuan artikel ini adalah untuk membuktikan betapa TIDAK BERSEDIANYA mereka untuk menerima secara sihat dan rasional apa yang mereka duk cabar pemimpin2 Umno iaitu DEBAT.

Macam itu yang dikatakan rakyat yang sudah matang ?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2012 at 4:07 PM

SEBAB NI DIORG NAK ANWAR BERDEBAT DENGAN PM.SEBAB MEREKA NAK BUAT MALU DS NAJIB LAH.LAGI2 SINAR HARIAN YG BUAT MESTI MODERATOR ORG PAKATAN...ORG PAS MEMANG TAKSUB DAN BERKIBLATKAN HARAKAH MEREKA JER SEGALA MAKLUMAT LAIN MEREKA TAK TERIMA.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
July 2, 2012 at 5:41 PM

Tok Guru dan segala ostad-2 pas dah berpuluh tahun menanam sifat demikian kpd pengikutnya. Kalau ada pengikut yg buat salah atau melakukan perkara yang bertentangan dgn agama pun, pemimpin mereka diamkan, hanya kerana takut kehilangan sokongan atau undi. kalau macam ni, sampai bila2 pun penyokong pas tak akan berubah, malah jauh lebih sesat dan menyesatkan (nauzubillah). Mereka didik supaya mendengar dan setuju dgn ostad dan lebai pas sahaja, lain2 org walau setinggi mana hikmah dan ilmu, tidak akan didengari. Yang salah disini sebenarnya ialah ostad2 dan pak lebai pas termasuk mursyidolnya. Tunggulah janji Allah di mahsyar untuk mula mengaku kesilapan... tapi dah terlambat.

....................
Reply To This Comment ...................
July 4, 2012 at 2:45 PM

2 blm lg nuar yg berdebat..Kalau nuar yg berdebat lagi la merepek meraban..Tajuk MENGURUSKAN EKONOMI NEGARA tp nnti hbs dia meleret smpai konspirasi umno,Tun.M,Najib,Rosmah,Musa Hassan,mahkamah,scopone,altantuya dn segala bagai.

Lepas 2 puak pencacai pon BERTAKBIIIIIIRRR...

Post a Comment