Terbaru mengenai kes saman Umno Selangor terhadap Harakah dan Mustafa Ali dalam isu DUMC kerana mengaitkan Umno dalam kes tersebut, dari Sinar -
Pada prosiding semalam, peguam mewakili Mohd Zin, Datuk Mohd Hafarizam Harun berhujah bahawa kenyataan Mustafa berhubung artikel itu telah menjejaskan reputasi Umno.
"Mustafa tidak menafikan beliau membuat kenyataan itu dan ia diterbitkan oleh Harakah. Beliau juga akui dapat info menerusi panggilan telefon. Ia khabar angin. Beliau sendiri tidak tahu siapa yang membuat panggilan telefon itu, yang beliau dakwa daripada Jais .
Berdasarkan panggilan talipon yang entah dari siapa, TANPA sebarang bukti kukuh, Mustafa Ali selaku Setiausaha Agung Pas telah mengeluarkan kenyataan berikut di Harakah -
“Saya dapat maklumat ‘dalaman’ Jais semalam (14 Ogos), berkait dengan operasi Jais pada 3 Ogos 2011 lalu bahawa ada eleman dan peranan Umno dalam operasi Jais terhadap majlis yang diadakan di kawasan Gereja Methodist, Damansara Utama, Petaling Jaya itu,” ujarnya pada sidang media di pejabat PAS Terengganu, di sini hari ini.
Dakwaan itu kemudiannya disebarkan oleh pemimpin2 Pas dan para pencacai Pas sebagai bukti kukuh penglibatan Umno dalam serbuan Jais terhadap DUMC ! ?
Apakah maksud fitnah ? Menurut Wikipedia - Tuduhan (khabar, kisah dan lain-lain) yang diada-adakan (dibuat-buat) untuk memburukkan atau membencanakan seseorang.
Bagaimana dengan tuduhan berdasarkan sumber yang tidak dikenali dan yang boleh dipertikaikan kesahihannya kerana tidak disertai sebarang bukti sokongan ?
Serius saya nak tanya anda semua - Apakah kenyataan Mustafa Ali itu boleh dikategorikan sebagai menyebarkan fitnah atau tidak ? Apakah ada sebarang kredibiliti dakwaan Mustafa itu ?
Menariknya Harakah tidak menyiarkan perkara ini dalam lapurannya tentang isu yang sama - Ada saya copy dibawah kepada mereka yang malas nak klik-klik.
Apakah hujah balas peguam Pas ? Adakah Pas akan berkata - Ya , kami ada bukti. Kami tidak akan buat tuduhan sebarangan kalau tidak ada bukti. NAH - INI DIA BUKTI !
Tidaaaaak ..... nak tunjuk macamana kalau informer pun dia tak kenal !
Jadi peguam Pas cuba bermain isu teknikal iaitu Mustafa tidak sebut pun nama Umno Selangor tapi Umno jadi apahal Umno Selangor pulak yang nak saman ? Satu lagi mempertikaikan hak/kuasa Mohd Zin selaku wakil Umno mengemukakan saman. ( Ada saya komen bulan lepas - KLiK )
Begitukah cara Pas apabila membuat pelbagai tuduhan keatas Umno ?
Saja nak refresh kes DUMC ini, kalau anda masih ingat isunya langsung tidak melibatkan Pas. Pemimpin Umno pulak tak komen apapun. Ia antara Jais dengan Harapan Komuniti. Alih-alih masuk Pas mempertikaikan segala tuk nenek keatas Jais dan diikuti dengan dakwaan penglibatan Umno seperti diatas. APA HAL ? ? Pas sakit tang mana ?
Begitu teruknya dengki kesumat Pas terhadap Umno ?
Dari Harakah -
SHAH ALAM, 15 Jun: Mahkamah Tinggi Shah Alam hari
ini menetapkan tarikh 20 Julai untuk membuat keputusan kes saman RM10
juta Umno Selangor terhadap pemimpin PAS berhubung penerbitan satu
artikel dalam akhbar Harakah yang didakwa memfitnah parti itu.
Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan pihak pendakwa dan pembela pada semalam dan hari ini.
Plantif iaitu Setiausaha Pehubungan Umno Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menamakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, penyunting akhbar tersebut Ahmad Lutfi Othman dan wartawannya, Khairul Azlam Mohamad sebagai defendan.
Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Mustafa dalam hujahannya hari ini menegaskan Mustafa tidak menyebut Umno Selangor dalam artikel mengenai dakwaan wujudnya elemen dan peranan Umno dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos tahun lepas.
Sebaliknya beliau menyebutnya secara umum berdasarkan maklumat dalaman yang diperolehi daripada Jais.
Semalam, Mustafa sewaktu disoal peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Umno tidak bersetuju bahawa kenyataannya yang dibuat pada 15 Ogos 2011 itu bertujuan untuk memfitnah Umno.
Turut membuat hujahan hari ini ialah peguam yang mewakili empat lagi defendan iaitu Asmuni Awi, Zulhazmi Shariff dan Dr Dzulkarnain Lukman.
Hakim Datuk Ahmad Zaki Husin menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar hujahan pihak pendakwa dan pembela pada semalam dan hari ini.
Plantif iaitu Setiausaha Pehubungan Umno Negeri Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menamakan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, pencetak akhbar Harakah, Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd, penyunting akhbar tersebut Ahmad Lutfi Othman dan wartawannya, Khairul Azlam Mohamad sebagai defendan.
Mohamed Hanipa Maidin yang mewakili Mustafa dalam hujahannya hari ini menegaskan Mustafa tidak menyebut Umno Selangor dalam artikel mengenai dakwaan wujudnya elemen dan peranan Umno dalam serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos tahun lepas.
Sebaliknya beliau menyebutnya secara umum berdasarkan maklumat dalaman yang diperolehi daripada Jais.
Semalam, Mustafa sewaktu disoal peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Umno tidak bersetuju bahawa kenyataannya yang dibuat pada 15 Ogos 2011 itu bertujuan untuk memfitnah Umno.
Turut membuat hujahan hari ini ialah peguam yang mewakili empat lagi defendan iaitu Asmuni Awi, Zulhazmi Shariff dan Dr Dzulkarnain Lukman.





+ comments + 7 comments
PAS adalah parti yang memecahbelahkan orang Melayu Islam di Malaysia. PAS hari ini telah berjaya dalam agendanya untuk memecahbelahkan orang Melayu Islam. Tahniah. Tahniah....
Pemimpin PAS ni umpama orang sakit mental yang bertambah teruk sejak berkawan dengan khinzir. Mereka telah gelap mata hati, dah tidak dapat membuat penilaian secara orang siuman. Apa yang nampak adalah dorongan untuk mendapat kuasa di peringkat pusat, walaupun kemungkinan itu ada tapi harus diingat, cerminlah diri lihatlah disekeliling bagaimana suasana politik hari ini telah berubah bukan macam 2008 dulu. nanti aku takut PAS akan menjadi macam mat jenin yang mati jatuh dari pokok kepala kerana terlalu berangan-angan.
22 tahun PAS perintah Kelantan apa yang dia orang buat?..jom pakat ramai2 mari ke kelantan saya nak jadi pemandu pelancong. cakap hal agama dengan orang kampung tahi kucing punya PAS..saya benci PAS sejak dulu , kini dan selamanya.. yang rata-rata hipokrit..talam dua muka depan DAP kecut telur belakang DAP macam kutuk bagai nak giler..sejak perintah berapa buah masjid yang dia orang buat? sebuah jer kat Rantau Panjang rupa macam tokong cina...mailah tengok
Pas lebih teruk dari Mat Jenin sebab Mat Jenin takde siapa yang tegur dia berangan2, Pas ni dah kering tekak kita tegur tapi tetap juga dengan angan2 nya.
Hehehe..nanti org pas bole buat collection guna tin milo utk bayor saman tu...takpun, bole pakai duit derma lebuhraya tu dulu...hehehe...kasik bakor lagi diaorg ni...
Jangan terpengaruh dengan Parti Ajaran Sesat!!!!!
Kita ada banyak kerja untuk pembangunan umat Melayu Islam Malaysia.
Ada fahamka????!!!!
Ala diaorg ni pon blaja dgn Tok guru diaorg gak..ala Ustaz kesyangan abg din si Azhar Idrus 2 hehee..Jgn mrh abg din yer..
Si azhar 2 pon baru kantoi dgn seorg audien yg tnya dia mcm ni "BOLEH TAK USTAZ KOMEN MENGENAI DAKWAAN ULAMA UMNO DPT 15K SEBULAN"
Si ustaz kesyangan din ni jwb aper??? Dia jwb "BENDA NI DAH LAMA DAH ORG BECAKAP.BUKAN SAYA CAKAP TAPI ORG LAIN DAH LAMA DAH CKP.SAYA CUMA CAKAPA APA YG ORG LAIN CKP PD SY"
Hahahah kn sm jer mcm si Setapa Ali 2..Umno tak penah pon jentik dia tup2 dia tuduh umno mcm2..dh kena saman mula nk main teknikal plak..Halooo FITANAH TETAP FITANAH SETAPA oiiii..Ingt depan Allah nnti ko nk konar mcm maner ko konar dlm court ker..Time 2 Azhar idrus pon x blh tlg la..
Post a Comment