Tun Mahathir - PRU13 - Berubah Biar Demi Kebaikan | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Tun Mahathir - PRU13 - Berubah Biar Demi Kebaikan

Friday, June 22, 20129comments


Dalam artikel terbarunya, Tun Mahathir telah memberikan contoh2 bagi menjelaskan betapa Malaysia telah membangun dengan pesat dan MASIH membangun. Tun yang telah jauh merantau keseluruh dunia berkata tidak ada negara lain yang mengalami pembangunan serancak dinegara sendiri. KLiK

Tun juga memberi contoh bagaimana negara2 membangun lain yang kaya dengan sumber asli mereka telah gagal bilamana kepentingan peribadi melebihi kepentingan kepada negara. Maka mereka terus ditakuk lama.

Mereka yang suka membandingkan kebangkitan Arab Spring dengan keadaan politik Malaysia sering menyamakan  kerajaan sedia ada dengan kerajaan disana walaupun negara kita dengan sumber asli yang jauh lebih kurang telah berjaya melebihi jangkaan. Proses demokrasi kita juga lebih telus dimana pembangkang mampu menang besar melalui pilihan rakyat berbeza dengan negara2 Arab dimana kebiasaannya kerajaan mereka mendapat 90% undi.

Walaupun parti yang sama telah memenangi 12 pilihanraya dan ini pastinya membuat pembangkang rimas, rakyat berhak untuk menukar kerajaan sedia ada tapi waktu sama rakyat juga berhak untuk mengekalkan kerajaan sedia ada. Apa yang penting, sokongan kepada parti bergantung kepada kejayaannya memajukan negara dan memenuhi kehendak rakyat.

PERUBAHAN TIDAK SEMESTINYA UNTUK KEBAIKAN. Telah terbukti banyak kali dimana perubahan membawa kehancuran kepada negara.

Rakyat berhak untuk menegur dan menghentam kerajaan yang mereka pilih, ia perlu untuk memastikan kerajaan sentiasa dijalan yang benar.

PRU13 akan diadakan tidak lama lagi dan Tun berharap rakyat tidak akan terpengaruh dengan politik benci tapi akan menilai kualiti pemimpin dan parti yang bertanding. Fikirkan pembangunan dan kemajuan yang telah dicapai dan buatlah pilihan yang tepat.

                                 ********************************

KEBETULAN siang tadi saya tulis satu artikel simple, beberapa gambar KL dan sekeping gambar pemimpin Pas dengan persoalan mudah - Mampukah mereka ini menjaganya ? KLiK 

SAMAlah tu  dengan apa yang Tun cuba sampaikan ! hehehehehe ....

Rakyat perlu buat pilihan yang tepat - SIAPA YANG LEBIH BAIK ? Buat perbandingan - Hendak pilih parti yang buktinya ada dimana-mana ATAU pilih parti yang buktinya hanya akan ditunjukkan selepas menang ! 

Susah atau mudah ?

SUSAH jika fikiran kita terpengaruh dengan cara politik menghukum yang diamalkan Pakatan Rakyat - itu tak betul, ini tak betul tanpa memberikan caranya yang betul, itu rasuah ini rasuah tanpa memberi bukti, itu haram ini haram tanpa menggariskan dengan terperinci cara yang halal.

MUDAH jika kita mampu berfikir apakah pembangkang itu mampu menjadi lebih baik dari kerajaan yang mereka hentam dengan pelbagai tuduhan itu.

Dengan katalain - Buat pilihan BUKAN berdasarkan kelemahan BN seperti yang didakwa TAPI berdasarkan kekuatan PR apakah mereka mampu menjadi LEBIH BAIK ?

Share this article :

+ comments + 9 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 22, 2012 at 1:42 AM

BAYANGKAN KALAU SEBUAH KILANG PENGELUAR KERETA TELAH MEMECAT SEORANG EKSEKUTIF KERANA GAGAL MEMAJUKAN SYARIKAT 14 TAHUN YANG LALU TIBA-TIBA INDIVIDU YANG SAMA MEMOHON UNTUK MENJAWAT JAWATAN KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PADA 2013. APAKAH PIHAK PEMEGANG SAHAM AKAN MEMBERIKAN JAWATAN BERKENAAN

TERPULANGLAH

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 22, 2012 at 6:38 AM

Sememangnya benar apa yang disarankan oleh Tun dan sepatutnyalah setiap perubahan membawa kepada kebaikan. Kerajaan BN telah pun melaksanakanya yang dapat diterjemahkan sebagai bukti yang telah dan sedang kita sama sama nikmati.

Pakatan Rakyat sedang bercelaru menentukan halatuju oleh kerana tidak ujud kesepakatan sesama mereka. Negeri negeri yang diperintah mereka telah juga mengalami perubahan, tetapi menuju kehancuran. Janji janji yang mereka taburkan adalah berupa angan angan dan bukanya cita cita untuk diperjuang dan dilaksanakan.

Wallahu’alam

جالن لوروس

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 22, 2012 at 9:10 AM

Saya cuba bersikap terbuka dengan kata lain memberi peluang kepada monyet2 Pakatan untuk "walk the talk" apabila mereka "menang besar" pada PRU 2008. Secara teori memang mereka cuba menjadi yang lebih baik tetapi sikap hipokrit mereka semakin terserlah apabila setiap kesalahan, kesilapan serta kritikan terhadap mereka akan dipulangkan kepada UMNO. Yes, UMNO bukannya BN. Hakikatnya mereka akan berkata "kami baru memegang tampuk pemerintahan, tak sama dengan UMNO yang dah perintah lebih dari 50 tahun". Hampir saya termakan dengan alasan mereka tapi terfikir pulak, kalau dah lebih 50 tahun mereka memerhatikan corak pemerintahan BN sepatutnya mereka sudah belajar dan tidak mengulangi kesilapan yang mereka lakukan.

Jadi jelas di sini yang Pakatan tidak pernah "walk the talk" sebaliknya meletakkan kesalahan dan kesilapan mereka kepada UMNO semata2. Mereka juga tidak pernah menonjolkan apa kelebihan mereka sebaliknya mereka membongkar atau memfitnah lawan mereka dengan tuduhan2 yang tidak berasas. Adakah orang sebegini yang ingin kita tonjolkan sebagai pemimpin. Yang pasti orang sebegini tidak tersenarai dalam calon yang akan saya pangkah nanti.

akuantiPAKATAN.

....................
Reply To This Comment ...................
June 22, 2012 at 9:27 AM

Sebagai pengundi kita mahukan yang terbaik buat negara dan generasi akan datang. PR seharusnya ubah cara mereka berpolitik dari mencari kesalahan Umno BN kepada menonjolkan kemampuan sendiri.

Bertanggungjawab dan berlaku adillah pada rakyat.

....................
Reply To This Comment ...................
June 22, 2012 at 9:33 AM

Walaupun cuma sepenggal ataupun tidak pernah diuji, sekurang2nya PR sudah punya satu bluprin kemana hala tuju negara yang mereka mahu bawa. Jika Hudud mahu diperkenalkan, ( seperti yang dijanjikan kepada orang Islam ) maka tunjukkan bagaimana rupabentuknya. Janganlah Hudud itu berlainan mengikut negeri pulak. Lebih penting - dapatkan konsensus dari PR barulah dijual kepada takyat.

Bagaimana dengan dasar ekonomi ala Berkebajikan itu ? Adakah sama dengan DEB atau lain ? Berapa % rezab atau kuota atau untuk Bumi atau tidak ada langsung ? Merit 100% atau ada syarat ? CONTOHnya ....

Jangan hanya berretoriks !

....................
Reply To This Comment ...................
June 22, 2012 at 10:41 AM

saya amat2 setuju dgn statement ni

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 22, 2012 at 4:28 PM

sebab tu non partisan mcm aku ni memang amat berat hati untuk ubah kerajaan..kita nak berubah, tapi berubah kepada yang lebih baik. tapi PR pula sebaliknya. rakyat dah bagi chance, maka tunjukkanlah kebolehan. secara otomatik rakyat akan sokong jika terbukti berkualiti. tapi dari 2008 sampai sekarang, sebarang kelemahan diletakkan kepada pihak lawan. halatuju serabut. sampai bila begitu?

....................
Reply To This Comment ...................
June 22, 2012 at 4:31 PM

tapi kalau saudara cakap begitu kepada orang Pas, akan hilanglah status non-partisan tu sebab secara otomatik saudara akan dilabel sebagai pencacai Umno !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 22, 2012 at 9:26 PM

hehe..dah kena pun bro din..sebab tu undi kami sekeluarga akan maintain pada kerajaan sedia ada buat masa ini.Insya Allah..'change' bukan utk suka2 seperti tukar baju.

Post a Comment

.............................BERITA DARI WEB PORTAL...............................