Saya copy beberapa perenggan yang saya kira penting untuk dibuat rujukan dalam kes tanah Rezab Melayu -
Terdapat dua objektif utama :-
- Menyekat tanah kerajaan di dalam kawasan Rizab Melayu daripada dilupuskan dengan apa cara juapun kepada bukan Melayu
- Menyekat tanah Pegangan Melayu atau tanah Rizab Melayu daripada dibuat apa-apa urusniaga persendirian (private dealings) di antara Melayu dan bukan Melayu.
Dengan dua objektif itu adalah diharapkan tanah-tanah kepunyaan Melayu akan berkekalan dikuasai oleh orang Melayu sepanjang zaman.
Tujuan Pengisytiharan
- Untuk mewujudkan satu kawasan Rizab Melayu
- Untuk membatalkan kawasan Rizab Melayu
- Untuk meminda had atau sempadan mana-mana Rizab Melayu
Syarat-syarat Pengisytiharan
- Tanah yang belum dimajukan (not developed) atau dicucuk tanam (cultivated) sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai kawasan Rizab Melayu. [Perkara 89(2) Perlembagan Persekutuan]
- Jika 100 hektar tanah kawasan baru diisytiharkan maka satu kawasan lain yang belum dimajukan atau dicucuktanam seluas 100 hektar juga hendaklah disediakan untuk diberimilik pada orang ramai termasuk Melayu. [Perkara 89(2)Perlembagan Persekutuan]
- Jika mana-mana kawasan Rizab Melayu itu dibatalkan sama ada keseluruhan atau sebahagian daripadanya sahaja maka satu kawasan lain di dalam negeri itu yang sama jenis (similar in character) dan sama luasnya dengan kawasan yang dibatalkan itu hendaklah serta merta diisytiharkan sebagai ganti. Tanpa gantian, pembatalan itu adalah tidak sah. [ Rujuk Perkara 89 (3) Perlembagaan Persekutuan]
- Mana-mana tanah yang dimiliki atau diduduki oleh orang bukan Melayu, atau orang bukan Melayu mempunyai hak atau kepentingan, tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Rujuk Perkara 89(4) Perelembagan Persekutuan]
- Bagi maksud Enakmen Rizab Melayu Kedah, tanah bandar atau tanah yang termasuk dalam kawasan “Sanitary Board” tidak boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu [Sek.3(1)ERM Kedah]
- Dibawah Enakmen Rizab Melayu Terengganu pula hanya tanah bandar atau tanah pekan sahaja yang boleh diisytiharkan sebagai Rizab Melayu. [Lihat tafsiran (d) ‘Malay Holding’]
Rizab Melayu Kekal Sebagai Rizab Melayu
Mana-mana kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Rizab Melayu hendaklah kekal sebagai Rizab Melayu melainkan ianya diisytiharkan dan diwartakan sebagai batal oleh pihak yang berkenaan.
**********************
Apa yang saya fahamkan dari atas, Tanah Rezab Melayu BOLEH dibatalkan kerezabannya dengan syarat diGANTIkan dengan tanah yang SAMA LUAS dan SAMA JENIS.
TANPA GANTIAN, PEMBATALAN TIDAK SAH.
Merujuk kepada kes Jirat Mega Sungai Kob ( KLiK ), persoalan utama yang timbul adalah - Apakah sudah dibuat Pembatalan Status Rezab Melayu itu mengikut syarat diatas ?
Apakah sudah diganti tanah lain yang sama luas dan sama jenis ditempat lain dalam negeri Kedah juga sebagai Tanah Rezab Melayu supaya dengan cara ini STATUS QUO kekal ?
Ada teman yang emel beritahu saya, kemungkinan kelulusan telah diberikan oleh Kerajaan BN tahun 2007, yakni sebelum Pas ambilalih. Tapi tidak ada bukti cuma mengikut ingatan beliau saja. Wallahualam ....
Seperti yang saya sebut sebelum ini, buat masa ini TAK PERLULAH kita menuding jari bertekak, berpolitik siapa yang salah. Diharap dapatlah pihak yang bertanggungjawab menyiasat dan bertindak segera bagi MENGEKALKAN STATUS QUO Rezab Melayu itu.
Sekiranya pembatalan status itu semasa jual beli / kelulusan diberikan adalah tidak sah, saya tidak pasti apakah implikasinya.
Apa yang PENTING - Pihak yang MENJAGA HAK MELAYU atau pihak yang mendakwa mereka menjaga Hak Melayu - BUATLAH SESUATU !
Sial tu memang sial la, tapi akan bertambah sial sekiranya tiada tindakan pemulihan dilakukan.





+ comments + 12 comments
Kasi godak Pejabat Tanah....sapa dalang yang menukar hakmilik bumi reserve nie....sampai akar umbi dia....semua na bermula disini..
SIAPA SEBENARNYA YANG MENGUBAH STATUS TANAH REZAB MELAYU ITU? CARI DIA SAMPAI DAPAT..
DAN KEPADA MEREKA2 YANG MENGAKU MELAYU DI KEDAH, MANA MARUAH KORANG?
dah tak berani diorang nak buat keputusan sebab mulut, tangan dan kaki telah diikat dengan duit.
Tahniah Din. Penulisan kamu mantop sekali. Rasa macam tak minum kopi pulak kalau tak singgah sini walau sekejap.
Sokonglah perjuangan maruah tanah kita oleh sudara kita di sana... Panasnya isu y berlaku semata2 kerana politik...xdak pon politician y ikhlas kerana Melayu.
BN luluskan pada 2007 katanya... Memang salah BN n projek tangguh.
PAS jalankan projek tu 2011...
Xguna pakat nak tuduh sapa salah kalau hak kita tergadai
Tapi kita kena igt, salah BN ke, PAS ke, jgn sampai kita jadi Lebai Malang
Rasanya ramai (rakyat biasa) yang terlepas pandang akan perkara ini. Sudah banyak tanah tanah rezap Melayu yang telah di”rampas”. Persoalan sedemikian sering timbul dalam perbualan dan perbincangan orang orang Melayu (yang sedar) dimana saja. Inilah satu satunya kesilapan pehak tertentu demi mengejar pembangunan hingga terlepas pandang hak orang orang Melayu dirampas. Kesudahanya kaum lain yang untung kerana pembangunan adalah merupakan rumah mewah atau komleks dan pangsapuri dimana orang orang Melayu tidak mampu membelinya.
Alhamdulillah orang orang Melayu di Kedah sudah mula sedar. Saya amat menyokong tindakan mereka mereka itu mempertahankan hak dan inilah hikmahnya. Dimasa akan datang, pehak pehak yang berwajib akan sedar orang orang Melayu sudah mula bangkit mempertahankan hak. Saya kira orang orang Melayu sudah menjadi tabie semula jadi, terlalu bersikap sabar dan akan hanya bertindak balas apabila diasak ketembok.
Saperti kata saudara, saya juga mengesyorkan akan penyiasatan dilakukan dan perbetulkan dimana ada kesilapan. Samada suka atau tidak, kita terpaksa menghalang kaum kaum bukan Melayu meminta atau mengambil apa yang bukan hak mereka.
جالن لوروس
saya setuju dengan saudara. Ini melibatkan undang2 tanah negara. Mesti boleh settle punya. Agong pun bersuara lah. Ni hak rakyat kedah dan org Melayu!
Kalau tanya orang Melayu, mereka cakap tak patut pasal ambil Tanah Rezab Melayu.
Kalau tanya orang Islam, mereka juga cakap tak patut pasal didalam kawasan orang Islam.
Kalau tanya orang PAS, ada dua jawapan.
1. Sebelum bergabung tidak patut kerana mencemar kawasan majoriti penduduk Islam
2. Bila dah bergabung, patut pasal Cina pun rakyat Malaysia juga.
Kalau tanya aku, aku jawab aku orang melayu beragama Islam dan bukan penyokong PAS setelah mereka bergabung.
salam Qalam Qabut, Jalan Lurus, Putrarahman dan anons - TerimaKasih diatas pandangan anda semua. Saya tak berkesempatan nak jawap , tapi nanti saya akan sambung isu Jirat Mega ni .... sebab rasanya dah tahu siapa dalangnya :)
Dulu masa baru-baru merdeka ada 3 juta hektar TRM. Banyak yang kerajaan semua negeri (tak kira siapa perintah) berhutang dengan Melayu sebab tak ganti balik tanah yang diambil (dirampas?).
Tanah rezab Melayu semakin berkurang tapi kalau keturunan pendatang ceroboh tanah rezab sungai, rezab jalan, rezab tnb, tanah kerajaan; takde siapa yang berani bertindak walaupun benar. Akhirnya tanah-tanah rezab tersebut pulak seolah-olah jadi milik keturunan pendatang. Memang jelas ada pihak yang tutup mata.
Motto zaman sekarang "Melayu hendaklah berkorban tanah demi pembangunan".
Kepercayaan kepada Tuhan
Kesetiaan kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan
Post a Comment