Jawatan MB ? Sikit Wa Tak Minat - Shabery Cheek | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Jawatan MB ? Sikit Wa Tak Minat - Shabery Cheek

Saturday, June 30, 20122comments


Begitu pantas Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek membidas cubaan Pas menjadi batu api dalam memecah belahkan Umno Terengganu seperti artikel sebelum ini. KLiK dimana Harakah mendakwa Najib merancang melantik beliau menggantikan MatSaid sebagai MB Terengganu.

"Berita itu sama sekali tidak berasas dan hanya khabar angin dari pembangkang untuk memecahkan Umno,”

Katanya, beliau juga tidak berminat untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU akan datang.

"Itu bukan bidang saya dan saya percaya kepimpinan Datuk Seri Ahmad Said adalah yang terbaik yang patut diberikan peluang untuk meneruskan kepimpinannya pada penggal yang akan datang," kata Anggota Parlimen Kemaman itu
.

Mengulas lanjut, Ahmad Shabery  berkata, jika diberi pilihan pada pilihan raya umum akan datang, dia berhasrat melihat orang muda mengambil alih posisi disandangnya sama ada sebagai Anggota Parlimen Kemaman mahupun untuk portfolio Menteri Belia dan Sukan.

Katanya, tidak timbul isu sama ada beliau masih mahu bertanding atau pun tidak kerana siapa calon yang bertanding adalah pilihan pucuk pimpinan parti

Satu pendirian yang seharusnya dipuji dan pastinya mematikan terus langkah Pas dari terus memainkan isu ini ! Dan diakhiri dengan balasan smash yang rasanya tak terbalas oleh Harakah @ Pas -

"Konflik dalam Pas dan PKR lebih teruk. Pas ketandusan pelapis dan saya lihat hanya orang yang sama dari dulu (yang memegang jawatan) walau usia sudah lanjut masih enggan melepaskan (jawatan) seolah-olah tiada ‘bintang’ (calon) baharu. SINAR

Samada itu atau pun pemimpin Pas yang GILA KUASA .... hehehehe takpun nak cuba potong rekod 31 tahun presidensi Hosni Mubarak ?

Share this article :

+ comments + 2 comments

....................
Reply To This Comment ...................
June 30, 2012 at 3:15 PM

Di Tranung. Haji Hadi = PAS. 0 = 0.

Di Kelantan. Nik Aziz = PAS. 0 = 0.

....................
Reply To This Comment ...................
tukang telek
June 30, 2012 at 11:58 PM

Taktik memecahbelah kan umat yang PAS pelajari dari Yahudi.

Post a Comment

.............................BERITA DARI WEB PORTAL...............................