Isu WWW1 - Nizar Mahu Mohon Maaf - AMACAM ORANG JOHOR ? | dinturtle - Blogger PARTI MELAYU

Isu WWW1 - Nizar Mahu Mohon Maaf - AMACAM ORANG JOHOR ?

Tuesday, June 12, 201221comments

 
Dari Harakah - Beliau akan menghantar surat memohon mengadap Sultan Johor pada bila-bila masa sahaja.

"Surat akan dimajukan kepada istana, untuk kita kemukakan permohonan mengadap," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen.

Ketika ditanya mengapa beliau mahu memohon maaf, sedangkan beliau sendiri mempertahankan kenyataan 'tweetnya' langsung tidak menggambarkan penghinaan kepada Sultan Johor, beliau  berkata inilah sifatnya sebagai seorang rakyat.

Katanya, tidak salah untuknya memohon maaf dan itu merupakan sifat yang mulia.


Dari Mstar

"Selepas Sultan Johor menyatakan bahawa elok saya memohon kemaafan kepada rakyat Johor, hari ini saya ingin menyatakan seiklas hati bahawa saya ingin sangat untuk mohon kemaafan kepada Sultan Johor sendiri.

"Saya ingin mohon mengadap bagi menceritakan sendiri keadaan sebenar supaya tidak disalah erti dan disalah anggap oleh media. Saya menyatakan kesedian mohon mengadap pada bila-bila masa supaya kemelut ini akan dapat ditangani,".

                                                *************************

Semalam Sultan Johor bertitah, sekiranya Nizar ikhlas mahu meminta maaf, beliau perlu meminta maaf kepada rakyat Johor terlebih dahulu kerana telah berlaku biadap terhadap mereka ( KLiK )

Bagi saya, kalau dah alang-alang buat press conference dilobi Parlimen macam gambar diatas, kenapa tidak terus jer mohon maaf kepada seluruh rakyat Johor ? Kemudian baru sebut akan mohon mengadap untuk memohon maaf secara berdepan dengan Sultan ......

Entahlah ..... TERSERAH kepada RAKYAT JOHOR sendiri untuk menilai Nizar.

Share this article :

+ comments + 21 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2012 at 2:50 PM

Bro, cara orang politik minta maaf lain sikit. Dia kena buat satu PC dulu untuk UMUMKAN MAHU minta maaf, lepas itu baru satu lagi PC UNTUK minta maaf. Aku nengok simahfuz kat sebelah tu aku dah gelak ..... SEMUA PUN MAHU DIPOLITIKKAN ! HAHAHAHA ....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2012 at 2:57 PM

Tak buat salah tapi MINTA MAAF????? Sembah derhaka tapi tapi TAK BERMAKSUD DERHAKA??? Tak payah la jemput orang sakit otak ni jejak kaki ke negeri Johor, di negeri sendiri pun tak habis-habis buat onar...

....................
Reply To This Comment ...................
June 12, 2012 at 2:59 PM

Nizar ni tak pernah belajar! Lepas satu, satu masaalah yg ditimbulkannya. kalau jadi menteri mana boleh macam tu. Buat salah lepas tu mintak maaf. Apa dia ingat rakyat sekarang ni bodoh benor ke. Bak kata orang lebih baik terlondeh kain dari terlondeh mulut.
Mintak maaflah pada sultan kamu dulu baru cakap pasal sifat mulia. Pada saya Nizar tidak layak bercakap tentang negeri orang sedangkan negeri sendiri dihuru harakannya. Boleh blah dgn nizar.

....................
Reply To This Comment ...................
June 12, 2012 at 3:00 PM

Tunggu dan lihat !!!

1. Cuma nak tanya, Nizar dah tanya ke pada anwar, karpal, dap dan nik aziz boleh ke tidak.

2. Nizar tak terasa ke 'ini semua kerja dan dalangnya UMNO' (alasan yang selalu diberikan oleh puak pembangkang.

....................
Reply To This Comment ...................
June 12, 2012 at 3:02 PM

Maksud saudara dalam isu WWW1 - TIADA MAAF BAGIMU, Nizar ! ?

....................
Reply To This Comment ...................
June 12, 2012 at 3:04 PM

Takut itu yang mahu dibisikkan kepada Sultan tak ? ( yang semuanya adalah angkara Umno )

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2012 at 3:35 PM

aku ada seorg anak sedara...umur 5 tahun...selalu marah org lain dgn perkataan yg kurang sesuai...jadi kitaorg selalu nasihat dia...jgn guna perkataan2 yg macam tu...tak elok...tapi disebabkan dia dah cakap, jadi kitaorg ajar dia mintak maaf...mintak maaf bukan bermakna segala apa yg salah sebelum ni jadi betul dan ok....perkara yg lebih penting adalah, jgn lagi guna perkataan2 yg tak elok tu...tapi dia macam gets the idea...kalo dah cakap salah or buat bende yg salah...cepat2 dia mintak maap...pasal dia ingat kira setel la tu kan...pastu nanti, bole buat lagi...Nizar ni agak2 nya macam budak2 umur 5 tahun jugak kot....hahahaha...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2012 at 4:21 PM

Saya suka memetik kata2 ilmuan dahulu kala...." Orang yang bijak akan berfikir dahulu sebelum berkata-kata...bukannya berkata-kata dahulu dan kemudian baru memikirkan apa yang diperkatakannya".

Dalam isu nizar, ternyata beliau bukan seorang yg bijak. Pengalaman2 lepas ternyata tidak menginsafkan beliau.Dah terlajak kata baru nak mintak maaf.

Saya percaya tindakan Nizar nak mohon maaf ini pun akibat terdesak dan bukannya datang dari keikhlasan hati sebab dia dah nampak penolakan orang-orang Johor terhadap dirinya dan secara tidak langsung kepada PR (terutamnya PAS). PRU13 nanti alamatnya PR takde tempat di Johor! Boleh pakat2 bungkus lah ye!

....................
Reply To This Comment ...................
June 12, 2012 at 4:23 PM

Eloklah tu, Rakyat dan Raja berpisah tiada. Tiada Rakyat Tiadalah Raja.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2012 at 4:38 PM

Tak payah dilayan terus atau tangguhkan sampai salepas PRU.... Dia ni kuat putar issue nanti...digunakan untuk publisiti yg mengelirukan Rakyat Johor dan discredit Tuanku lagi...Rakyat Johor perlu pertahankan agar Tuanku tidak ambil pusing hal Maaf yg akan mencacatkan Tuanku semula...... Biar perkara ini berlalu..Tapi keseluruhan Rakyat masih memendam rasa...Ini bukan soal Tubuh Tuanku lagi tapi ini merupakan Institiusi Di Raja yg orang Johor pertahankan dari anasir jahat saperti Nizar...Tidak sedikit cacat pun kalau Nizar tak minta maaf..Tapi Tuanku akan merendahkan derjat jikalau menerima spesis ini .Paling paling tidak biar di jumpa wakil Tuanku yg bukan kerabat maupun pegawai tinggi Istana... cadangkan Peon yg dipakaikan baju Melayu berkain pelekat saja... Berharap sangat Tuanku tidak tertipu dgn spesis spesis ini...
Ekoran kebiadapannya orang PAS takut nak memfitnah di surau dan masjid diJohor....biar rakyat Johor yg ajar puak puak yg nak memecahkan Rakyat Johor diSurau dan Masjid... Nahas !

Hperancis

....................
Reply To This Comment ...................
June 12, 2012 at 4:43 PM

tak perasan ke sebenarnya nizar ni dh teruk kena balun oleh din pudu? nizar punya pasal, din pudu punya cita2 nk jadi mb johor akan gagal. nk mengadap sultan ni sebenarnya nk beli jiwa org johor beb, kasi sejuk hati. lantak ko la nizar, jangan bertembung dgn din pudu sudah, lebam bijik mata kang!!!!

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2012 at 4:46 PM

Ramai Pemimpin PAS suruh Nizar minta maaf..sebab penceramah mereka complaint kutipan Tong Pas diJohor amat susut...tak bolih bayar duit kereta dan tanggung bini kedua... mereka tak nak ceramah kat Johor sebab...poket tak untung...

Nasihat Negeri lain kalau kita tak bagi duit kat Tong Pas..maka pemfitnah dan pemecah Ummat muhamad tak naik pentas ... maka kita dapat pahala tapi kalau bagi makna kita suburkan yg jahat...dapat dosa....Puak ni kalau ada duit mesti datang..kalau 2..3 ...kali kosong depa pun ponteng... maklumlah..Hantu lapar colok lagaknya...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2012 at 4:51 PM

dengan Sultan Perak pun dia biadap tanpa mohon maaf..sebab diperak PAS bolih bergerak bebas..Cuba Rakyat perak bangkit bersama Sultan...mesti pemimpin pas paksa dia minta maaf... Kalau tak Tong Kosong pulak... Ini terjadi kat Johor...
minta maaf sebab nak kutip duit kat Johor.....
Ketemahak duit sungguh lebai lebai ni..

....................
Reply To This Comment ...................
June 12, 2012 at 5:17 PM

Kenapa Nizar tidak terus jer minta maaf melalui Press Conference diatas ? Seperti kata anon 2:50 , nak minta maaf pun kena ikut cara politik...

Ya, saya sokong kalau Tuanku buat tak tahu je dan kita tengok tindakan Nizar selanjutnya

....................
Reply To This Comment ...................
June 12, 2012 at 5:20 PM

Saya pun rasa Nizar kena tekan Pas supaya minta maaf sebab baru semalam dia keluar kenyataan tidak bersalah.

"Saya ingin mohon mengadap bagi menceritakan sendiri keadaan sebenar supaya tidak disalah erti dan disalah anggap oleh media. "

Maksudnya Nizar masih tidak rasa dia bersalah !

....................
Reply To This Comment ...................
June 12, 2012 at 5:23 PM

RM sememangnya satu insentif yang kuat untuk siapapun ucap minta maaf !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2012 at 5:38 PM

Letih la bro citer raja ni...citer la politik bur best...rakyat Dan raja tk bole pisah.....sistem raja kt Malaysia sapa bro.....melayu kr.....rasanya tk....Ada satu banga yg untung sgt kt sistem beraja Malaysia....tu sbb dia org semua rilek jr...kaya Dan ray a

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2012 at 6:00 PM

Tuanku Usah layan...nanti tercemar lagi...biar Rakyat johor yg berhitung dengan spesis spesis ini....Daulat Tuanku.....

Dato Bongkok bukan sebarang bongkok
Duduk tersenyum diTanjung Putri.
Nizar jangan berhati belok
DiJohor sini kami menanti.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
June 12, 2012 at 6:44 PM

hahah..idris jusoh derhaka..diam je..
mahadeer hentam raja...diam je...
breheng ali kena tarik gelaran datuk oleh sultan kelantan..diamm je...
kami mahu deris..natangggg...

....................
Reply To This Comment ...................
June 12, 2012 at 6:47 PM

hahahahaha ..... nak jawap pun malas ....

....................
Reply To This Comment ...................
Pedang Akhir Zaman
June 12, 2012 at 7:59 PM

penderhaka raja ni jgn. diberi muka. . xda tempat utk si pengkhianat negara. . puak2 lahanat2 ni patut faham sifat2 org johor bak kata sajak usman awang. .

Post a Comment

.............................BERITA DARI WEB PORTAL...............................