Presidennya Datuk Ibrahim Ali berkata, sudah sampai masanya majlis fatwa berbuat demikian memandangkan ia boleh mengelirukan umat Islam, terutama di kalangan penyokong fanatik parti itu.
Sinar
Dan dari sebuah blog Pas yang mengulas saranan Ibrahim itu, saya dapat info dibawah -
Tiada halangan untuk menggunakan perkataan "Islam" oleh mana-mana pertubuhan, malahan digalakkan tetapi hendaklah berdisiplinkan ilmu, iman dan ehsan. Walau bagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan "Islam" untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada."
Majlis Raja-Raja juga pada 22 Mac 2001 telah memutuskan bahawa ia tidak menghalang penggunaan perkataan Islam pada mana-mana pertubuhan dan parti politik.
Ia juga memutuskan bahawa tiada pihak berhak menentukan keislaman seseorang itu dengan mengenakan syarat-syarat tambahan setelah orang itu menepati rukun Iman dan rukun Islam.
Keputusan itu yang dibuat berdasarkan usul Jawatankuasa Fatwa, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam, dicapai pada mesyuarat ke-188 Majlis Raja-Raja selama dua hari di Istana Negara.
( Info diatas saya ambil dari greenboc. TerimaKasih ... )
**************************************
Cuba baca balik lapuran Sinar diatas ........ ( saya tidak pasti apakah ia perkataan dari Sinar atau Ibrahim sendiri ) 'MENGELIRUKAN' bukankah seiring dengan Fatwa ?
" Walau bagaimanapun mana-mana orang atau pertubuhan yang menggunakan Islam atau perkataan "Islam" untuk tujuan mengelirukan masyarakat atau penyelewengan adalah salah dan bercanggah dengan prinsip-prinsip syariat Islam dan boleh diambil tindakan menurut peruntukan undang-undang yang sedia ada."
Memang benar apa yang terkandung dalam Perlembagaan Pas itu semuanya nampak molek TAPI bagaimana dengan tindak-tanduk dan kenyataan oleh para pemimpin Pas ? Apakah semuanya mengikut cara dan nilai2 Islam ?
Parti Islam Se-Malaysia atau omputehnya Pan-Malaysian Islamic Party ( darimana diorang dapat akronim PAS entah ? Sepatutnya PIS ) memberi gambaran ia sebuah parti politik yang mewakili Islam. Bermodalkan nama Islam pada partinya, orang akan melihat segala tindak tanduk para pemimpin serta ahlinya sebagai mencerminkan Islam. BENARKAH ?
Persoalan UTAMA - Apakah benar Pas berpolitik demi memperjuangkan Islam ATAU berjuang demi kuasa politik dengan menggunakan nama Islam ?
Apakah persengkongkolan Pas dengan Dap demi memperjuangkan Islam atau demi kuasa politik ?
Saya SOKONG saranan Perkasa malah saya sendiri berulangkali menyarankannya dalam blog ini. Dan saya percaya RAMAI umat Islam juga setuju isu ini dikaji semula oleh pihak berkuasa termasuk Majlis Fatwa.






+ comments + 25 comments
Saya juga mengesyorkan supaya MAjlis Fatwa menggugurkan perkataan PERKASA dari PErkasa kerana perkasa sudah penjadi penakut dan hanya menjadi balaci Umno.PErkasa juga kecut telor bila perhimpuna Bersih dimana perkasa hanya bermail guli di tasik titiwangsa.Buang perkasa menjadi bapuk.
saudara ni orang yang sama yang komen diartikel sebelum ni ? Yang gagal ujian bertulis JPJ tu ?
asyik lari topik jer .....
aku sokong 100% bro tp ape kata ko gugurkan kerayaktan ko kt malaysia ni.. he3
orang sebelah sana niiiii ..... susah nak control bila BUTA HATI. kalo ada fakta ... pusing sana - pusing sini . gambar jelas nampak ko*e pon kena ada 4 saksi pulak . ni cerita apa ni . KALO BARAACK OBAMA ada gambar macam tu garenti PENCEN dan bunuh diri . Ni boleh jadi KAPTEN lagi . apa raaaa TERUK SANGAT puak tu ......
Kalau tak bubuh Parti Islam .. apa akan jadi dengan PAS.. jadi macam PSM lah ..lama lama kena jual.
saya setuju nama islam dilarang digunakan oleh parti parti politik. nama islam boleh digunakan pada mana2 pertubuhan tapi kene ada syarat2 nya juga. pada politik adalah dilarang sama sekali, sbb kelakuan pas yg dah 100% kapir. org islam tak perangai mcm tu. org islam ajaran nabi muhammad saw bukan mcm yg cuba di klon oleh PAS.
lan
dulu org kapir mcm kapral sink tak berani nak tolak islam secara terang2an. tapi semenjak berkawan dgn PAS, DAP berani keluar TV dan tolak islam terang2an. itulah jasa PAS bila PAS kuat.
masa UMNO kuat thn 80an dan 90an tak berani kapral nak pertikaikan islam. kapral pernah kene tampar dgn pahlawan melayu dulu hasil dia pertikaikan sultan. tapi hasil usaha licik anwar yg berjaya pujuk pas supaya bersekongkol dgn pakatan, hasilnya dap cukup berani menolak islam.
dan kurang dari 20thn kita selepas peristiwa kapral di tampar, generasi baru skrg sudah boleh menerima org kapir yg tolak islam secara terang2an. dulu tak berani.
otai
hahaha....marah siot puak2 PAS & biaDAPigs...kalau aku jd Pak Berahim, bukan setakat kaji nama, tapi aku DESAK supaya BUBARkan terus parti topeng ni....menghancurkan perpaduan & mengelirukan rakyat Islam dah berpuluh tahun dahhhh..... :p
BUBAR...BUBAR!!!....BUBAR PAS...hahaha
Parti politik berubah2 cara mereka mengikut pemimpin, padahal Islam itu tetap sama. Paling baik, haramkan penggunaannya oleh parti politik.
ya,satu pemerhatian yang baik. Baru tadi dalam berita tv3 disiarkan klip karpal dalam isu diatas. Memang beza sekali sekarang dengan dulu....
ganaz mu .......:)
Aku tak sokong cadangan Perkasa agar diadakan muzakarah. Aku cadang didakwa saja parti PAS kerana melanggar garis panduan atau disebut Keputusan yang dikeluarkan oleh Majlis fatwa. Jelas sekali ketiga-tiga panduan tersebut telah dilanggar sewenang-wenangnya.
Rujuk Keputusan Fatwa yang bertarikh 31 Mac, 2000 seperti yang tersiar di atas.
Perkara 1: "menggunakan Islam atau perkataan 'Islam'untuk tujuan mengelirukan masyarakat. Memang PAS mengelirukan masyarakat bila mengatakan bahawa mereka saja yang Islam, yang lain semua kafir. Sebab itulah wujudnya sembahyang dua masjid, contohnya.
Perkara 2: Seseorang itu sudah diiktiraf sebagai Islam jika menepati Rukun Iman dan Rukun Islam. Tetapi PAS meletakkan syarat untuk menjadi ahli parti PAS pula untuk menjadi Islam sebenar. Bukan ahli PAS bermakna bukan Islam. Sebab itulah berlaku cerai berai antara pasangan akibat takrifan ini, satu lagi contoh.
Perkara 3: Ketentuan syurga atau neraka adalah hak mutlak Allah Taala. Tetapi hak itu telah dirampas oleh manusia yang bernama Tok Guru Nik Aziz selaku Mursyidul Am PAS.
Untuk menjaga kesucian agama Islam dan kesejahteraan umatnya, tidak tanduk sebegini tidak boleh dibiarkan berleluasa dan berterus-terusan. Ianya harus didepani dengan segera, secara terbuka supaya jelas untuk semua, supaya perpecahan orang Melayu/Islam dapat dihentikan.
Sebodoh-bodoh aku pun aku tak sejahil tu.
TerimaKasih diatas satu komen yang bagus dan straight to the point :)
Jadilah Parti Auta SeMalaysia... sama juga dengan perkataan PAS sekarang ni.
Kalau Parti Isle SeMalaysia (PIS), bunyinya pun dah seakan-akan PISS, asyik kencing orang je la, memang itu pun kerja mereka sekarang.....
Rukun iman penganut Parti Auta SeMalaysia dah bertambah menjadi tujuh, yang terakhir tu: PERCAYA PADA nabi N.Ajis...
Semua kata-katanya pernah tak kita dengar penganut hamPAS bantah walaupun kata-kata yang tak layak dikeluarkan oleh orang yg kononnya terlalu alim dan warak?? Tak pernah kan??... jadi rukun iman penganut mereka dah menjadi tujuh la.....
sebenarnya org islam yg boleh terpedaya dgn hanya menamakan parti itu islam sgtla x berotak. (ayat sopan utk bodo)
tp sbb org kita mmg mcm tu saya sokong usul perkasa.
melayu hampa.
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Kalau KARTUNIS Zunar BEBAS mengHINA Majlis FATWA tanpa diambil sebarang TINDAKan, apakah sebarang keputusan Majlis FATWA akan diPATUHi terutamanya oleh orang ISLAM SPESIS Zunar dan Lebai-Lebai PAS yang lain?
http://sensecredaccountability.blogspot.com/2012/05/case-study-anda-wajib-untuk-percaya.html
Abg. Din, INGAT tak kisah seorang PEMIMPIN Turki (Erdogan ke Erbakan, lupa dah NAMAnya) yang jumpa Tun Mahathir kata parti berHALUAN ISLAM di Turki tak pakai nama ISLAM pasal TAKUT menCEMARI keSUCIan agama ISLAM? Turki yang diLABELkan SEKULAR pun jauh lebih menSUCIkan ISLAM berbanding Lebai-Lebai PAS!
Wallahualam..
setuju.perkara2 yang mempertikaikan majlis fatwa perlu dikenakan tindakan tegas.klo dibiarkan sama seperti menghina majlis fatwa.satu persatu institusi dalam negara ini cuba diperlekehkan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab.hukuman setimpal shj sebagai penyelesaian.
Kalau dah perkara asas macam "Islam tidak akan menjadi agama rasmi apabila Pakatan memerintah malaysia", mana peginya fungsi perkataan Islam pada sesebuah parti? Serupa macam sekotak teh yang dinamakan "teh asli", tapi takde satu bahan teh pun didalamnya, ada kopi pulak, boleh ke dinamakan teh? Kat negara China je boleh gunakan perkataan lain untuk benda lain. Contohnya telur palsu yang takde lansung kandungan telur di dalamnya, tapi masih dipanggil "telur".
Orang Melayu kita terlalu takut untuk mempersoalkan apa-apa kalau diiringi dengan gambaran Islam, baik dari segi penggunaan ayat Quran, penampilan atau nama berpangkalkan Ustaz, atau nama yang ada perkataan Islam.
Ramai yang jadi buta bila berdepan situasi begitu. Dan keadaan itu dimanipulasi sepenuhnya oleh Pas
Sambungan kepada komen saya pada melayu hampa diatas - bukan saja rakyat yang jadi takut, malahan pemimpin dalam kerajaan juga takut bila berdepan dengan apa saja yang punya konotasi Agama.
Bila dibiarkan tnpa tindakan, tidak dicegah dari awal, ia akan semakin merebak hingga tidak terkawal .....
Menarik contoh yang diberi ! Ramai yang bawa telur palsu sekarang ni ! hehehe
kalau majlis fatwa pn dipersoal siapa lagi lepas ni yg mutlak utk dirujuk. walaupn kita berbeza huraian dlm hadiths dan quran tp aku pasti ade dlm sistem islam yg mewajibkan kita utk rujuk satu badan yg mmg bila dh putus maka mutlak kene ikut, mcm kepatuhan pada pemimpin umpamanya.
kalau tidak selamanya kita berbeza kalau mcm sampai bila kita akan bersatu. aku x fikir islam tidak sempurna mcm tu.
ape pn biar dikenal pasti kalau pada siapa pn yg dirujuk sudah pasti bukan pas yg sentiasa berubah2 pendirian dan lebih berkiblatkan politik.
melayu hampa.
Bro din, mcm 2 la TRADEMARK komen puak2 PR ni..Divert isu,meraban,maki hamun mencarut..lepas 2 takbir..delete jer komen murahan mcm 2 bro..
Rujuk kepada To Live Again,
Biarkan saja. Itu pendapat bijaksana dia mengenai tajuk di atas. Kalau kamu kata dia BANGANG, mungkin 100 orang yang baca pun fikir macam tu ke cara orang parti si anu berfikir. Kalo didelete, kamu sorang je yang tau. Kalo mencarut, censor saja perkataan tu, cukup.
Kita pun nak tau jugak pandangan bijak pandai orang PR, yang baik buat teladan, yang tak elok buat sempadan. Bukan kita saja yang betul dan yang pandai dalam dunia ni.
Dan kita amal demokrasi bukan untuk puak kita saja, tapi untuk semua. Kalau kita tak boleh sembang tempat depa, biar depa sembang di tempat kita.
Post a Comment