Melayu Dan Pas Punya Musuh Bersama Tapi Pas Lebih Rela Tidur Bersama Musuh Itu

Thursday, May 24, 201226comments





Ya SIAPA LAGI kalau bukan Karpal Singh ! Ramai kekawan bloggers sudah menulis tentang kebiadaban Karpal semalam, sengaja saya pendam untuk memerhati apakah ada sebarang respon dari puak Pas.

Hampeeeeeh ..... Tidak mengejutkan namun terdetik juga sedikit, walau sebesar kuman akan harapan untuk melihat saudara2 seIslam dari kem Pas untuk bangkit mempertahankan MARUAH Agama dan Bangsa dari terusan di injak dan diperlekehkan oleh keparat bernama Karpal.

Tidak mampu terfikirkah dibenak mereka bilamana seseorang telah bersumpah lagak seorang pahlawan - LANGKAH MAYAT AKU DULU - yang orang itu sudah nekad tidak akan berpaling lagi dari pendiriannya ? Hingga sanggup mati ?

Kenyataan yang diucap secara SPONTAN adalah lahir dari hati. Bukan kerana perkiraan politik atau menjaga hati sesiapa tapi benar-benar mencerminkan isihatinya. Dan isihati manusia bernama Karpal Singh adalah KEBENCIAN yang SEPENUHNYA terhadap Agama dan Hukum Islam kerana ia bertentangan dengan prinsip hidupnya yang berasaskan Demokrasi 100% .

Berbelas tahun hidup bersama sumpahnya, tidak sekali pun terlintas oleh Karpal untuk menarik balik atau memperbetulkan tafsiran orang ramai akan sumpahnya yang ditujukan kepada PAS ! Begitu juga keseluruhan kepimpinan dan ahli Dap, tidak ada seorang pun yang bersuara seolah sumpah itu juga mewakili pendirian mereka.

Tapi bila persetujuan dicapai untuk berganding bersama Pas menentang musuh bersama yang lebih besar, demi kepentingan politik, semudah itu Karpal menyatakan bahawa sumpah beliau yang hampir 20 tahun dulu telah dilapur diluar konteks.

Demi kepentingan politik juga, pemimpin Pas begitu mudah menerima alasan yang sebegitu dangkal. Tapi seperti yang saya katakan, ia bukan sekadar janji politik yang boleh diubah2 tapi merupakan prinsip hidupnya, bila berdepan dengan situasi dimana Hukum Allah dibincangkan, dengan pantas Karpal bangkit menentang dan menegaskan bahawa Dap tidak akan setuju dengan Hudud. Bukan sekali tapi beberapa kali.

Tidak nampak lagikah pada orang Pas yang sumpah 20 tahun dulu masih dipegang erat oleh Karpal ? Dan setiap kali itu juga tidak pernah dibantah oleh kepimpinan dan ahli Dap yang lain !

Saya YAKIN pemimpin dan sesetengah ahli Pas SEDAR akan hakikat ini namun mereka cuba menipu diri mereka dan ahli-ahli lain yang tidak mampu berfikir dek ketaksuban melampau dengan pelbagai alasan demi menjaga hubungan antara kedua parti.


DEMI kepentingan politik, demi menjatuhkan musuh bersama iaitu Umno, Pas rela TUNDUK MENGALAH ..... mengalah ...... dan terus mengalah. Pas seperti telah kehilangan MARUAH PERJUANGAN  dan HARGA DIRI bila berdepan dengan Karpal Singh !

Semuanya kerana Kepentingan Kuasa Politik !



                                             *****************************

Terbaru Karpal telah tersasul dalam satu majlis bersama Lim Guan Eng bila hampir menyebut Lim Guan Eng sebagai calon Perdana Menteri yang baru. Cepat tersedar, Karpal segera cuba membetulkan keadaan dengan berkata tidak ada dalam Perlembagaan yang mengatakan PM mesti dari orang Melayu.

( “There is nothing in the Federal Constitution which says that non-Malays cannot be the prime minister. I have read the Constitution.)

Guan Eng mungkin saja jadi PM satu hari nanti dan ia akan buat saya lebih bangga jika dapat meraikannya.
( “Guan Eng may well be prime minister one day and nothing would be a bigger privilege than for me to address him when he does become one,”) The Star 22 May

Sekali lagi Karpal cakap secara SPONTAN. Jelas sikap dan pendirian beliau terhadap Islam dan Melayu !

Karpal juga pernah berkata , untuk mendalami pelan transformasi tersebut, langkah pertama yang perlu diambil oleh Perdana Menteri ialah “mengembalikan status bumiputera kepada semua warganegara yang lahir pada dan selepas 31 Ogos 1957, iaitu tarikh kemerdekaan negara ini.”


Intipati dari kata-kata Karpal ini hanyalah satu, iaitu menghapuskan hak keistimewaan bumiputera. KLiK

SEMUANYA KONSISTEN !

Makanya tidak hairanlah bila Utusan melaporkan beberapa NGO meminta Nik Aziz dan Hadi tampil untuk
menyatakan pendirian mereka terhadap kenyataan Karpal.

Itu yang saya tunggu sepanjang hari ..... dan ternyata pemimpin Pas juga KONSISTEN dalam pendirian mereka untuk terus dianjingkan oleh Karpal @ Dap !

Karpal bersama anjingnya yang bernama Pas ( rasanyalah )

Share this article :

+ comments + 26 comments

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2012 at 6:28 AM

iblis yang mahu menyesatkan umat manusia pun pas beriktikad akan bersahabat demi mengalahkan umno, apatah lagi setakat kapal sing tu yang memusuhi umno dan perjuangan ad din sebagai islam tetap pas akan cintai dan angau sepenuh hati dan akan patuh seperti makhluk Allah yang ada di kanan kapal sing itu .... tepat ulasan lu tu bro ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2012 at 6:40 AM

Bro u letak gambar pimpinan pas yang sanggup mati demi mempertahankan kup all sing tu ... barulah real ... tak balance la gambar tu mana aci hanya ada sekor ... sebelah kanan kup all sing, sepatutnya ada satu lagi kat sebelah kiri iaitu pimpinan pas tu. for sure kapal sin selamat punya ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2012 at 7:01 AM

yaaa...umno jgk dpt tentangan dr mca n mic bro.ada umno berkeras?xde pun.sama la mcm kontek karpal ni..mca terang2 kutuk hudud pun umno masih diam dan tiada tenterA yg menonggeng ataupun bukak gerai depan umah csl..

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2012 at 7:22 AM

1 - Umno tidak ada berjanji apa-apa berbanding Pas yang menjadikan Hudud sebgai modal politik. Hudud sebagai ganti undi. Adakah Pas ikhlas dengan janji itu ?

2 - Saya juga bising tentang CSL. Adakah jika Umno dayus maka Pas juga ada hak untuk jual maruah ? Kata Pas LAIN ? Kalau hujah itu yang digunakan, kenapa tidak berterusterang je dengan orang Islam ?

3 - CSL hampir tiada pengaruh, sebanyak mana dia bising pun bukan ada yang layan pun. Itu pun Dap setuju. Berbanding Karpal yang punya pengaruh kuat. Balik kepada JANJI .... Umno tidak berjanji tapi Pas berjanji.

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2012 at 7:24 AM

satu lagi -

4- Pas mewakili ISLAM melalui namanya !

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2012 at 8:14 AM

bro petunjuk bukan ape umno buat ape umno x buat.

nk yg sebenar berbalik la pada islam. umno pn x buat. so? doesnt make pas any less hipokrit.

at the very least umno x penah janji nk buat hudud,. kelakar bila ada parti politik dlm dia gagal mengotakan janji pada pengundi masih ada hati nk menghentam umno pasal hudud.

ape alasan derang? sekurang2nya mereka berjanji?

yee.. rakkyat kita dh matang

melayu hampa

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2012 at 8:20 AM

hehehehe betullah pok chik dinPenyu....memerlukan tahap pemikiran luar tabi'e untuk mencerna komen2 dan halatuju pemikiran dia org nie....

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2012 at 8:24 AM

Masalah besar pemimpin utama PAS ni ialah mereka terdiri dari orang baik-baik dan orang zuhud atau dalam peribahasanya orang lurus bendul. Itu pasal mereka mudah kena tipu oleh DAP dan PKR.

Mereka tak mahu berbaik-baik dengan UMNO kerana pemimpin UMNO bukan penipu. Kalau nak tipu mudah sangat.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2012 at 8:34 AM

aku pikir penganut pas sememangnya buta hati dan buta kepala tambahan dengan pemikiran yang sempit. tak nampak ker apa pas dah lakukan pada himpunan haram bersih 3.0 dengan pasukan amal dia; tak dengar ke nik aziz cakap pangkah pas masuk surga dan tak terpikir ker mana mungkin orang bukan islam masuk surga dan siapa kah nik aziz nak tentukan surga neraka tu?

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2012 at 9:03 AM

Anon... pernah ke UMNO berjanji nak laksana hudud dalam mana-mana manifesto PRU sebelum ni??? Walaupun takde hukum hudud di Malaysia, tapi kita dah melaksanakan hukum takzir. Dan yang penting, walaupun hukum Allah adalah terbaik untuk dilaksanakan tapi kalau takde KEADILAN di dalamnya, maka hukum itu tak layak dikatakan undang-undang Islam.

Perempuan/ lelaki yang dirogol tak kemukakan 4 orang saksi yang tidak fasik, melihat benang masuk ke lubang jarum dengan jelas boleh didakwa di bawah qazaf walaupun boleh dibuktikan dengan cara lain seperti kehadiran air mani, cebisan baju, kain dan sebagainya (qarinah). Apakah dakwaan rogol oleh perempuan / lelaki yang kena rogol dan disabitkan pula dibawah qazaf itu dikatakan ADIL???

Perihal CSL tu sama juga seperti N.Ajis cakap bila ditanya kenapa tak letakkan syarat semasa berunding dengan DAP dulu. JAWAPANNYA CSL TU BUKAN ISLAM... ko nak bising lagi ke???

Akhir sekali la, janji untuk melaksanakan hudud adalah cadangan untuk menarik undi oleh Parti Ajaran Sesat, jangan nak seret nama UMNO dalam permaiunan politik sempit hamPAS pulak....

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2012 at 10:43 AM

Parti PAS memang tak bermaruah. Menipu orang Islam dengan menggunakan Islam sebagai alat parti. Neraka jahanamlah tempatnya, Rasulullah s.a.w. menyebut “”, mengambil maksud, bahawa sebenar-benar pertututan itu adalah kitabullah dan sebaik-baik petunjuk adalah Rasulullah s.a.w. dan seburuk-buruk perkara adalah rekaan di dalam agama dan setiap rekaan itu merupakan suatu perkara bida’ah dan bida’ah merupakan suatu kesesatan dan kesesatan itu adalah di dalam neraka Jahanam".
Ada sesiapa yang berani menafikan maksud hadis ini? Fikirkanlah.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2012 at 11:40 AM

bukan kah Nik Aziz dah kata walau dengan setan sekali pun dia sanggunp bekersama. kapal sink hanyalah maknusia biasa.

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2012 at 12:53 PM

bagian'lurus bendul' itu sebenarnya ada kebenarannya ! Bukan menyindir tapi memang betul. Bukanlah semua tapi ramai jugalah yang bila kita berborak dengan mereka, akan terlintas difikiran kita ....... alahai, simple nya pemikiran dia ni !

Orang2 sebegini memang amat mudah terpengaruh dengan cara Pas.

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2012 at 1:08 PM

Kalau ada yang menyuhut cabaran karpal dengan 'kata-kata' tidak juga ada gunanya sekadar memberi kelebihan kepada karpal untuk nampak relevan kepada bukan Melayu.

Musuh yang terang2an seperti karpal nampak bahaya tetapi lebih mudah ditangani berbanding dengan 'tangan2 ajaib' yang sekarang mula mengganas menjelang PRU13. tanpa provokasi karpal pun Malaysia ditadbir urus dengan baik oleh UMNO dan berhemah dalam menjalankan hukum Islam berbanding dengan PAS yang pukul 'gendang' lebih tapi akhirnya menikus bila digertak.

Idea karpal akan pupus semulajadi bila sampai masanya dan lebih penting UMNO diperkuatkan dengan lebih ramai cendik pandai Islam menyertainya.

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2012 at 1:19 PM

DIN,

anjing itu mungkin berasakan karpal mampu berikan dia tempat tinggal yang lebih selesa berbanding ameno?

kah kah kah

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2012 at 1:53 PM

Pas memang parti sesat lagi menyesatkan...parti org2 munafiq yang bernafsu syaitan..parti org2 yang berhati kotor, hasad dengki dan pembawa kerosakan dan kemusnahan bangsa dan agama....jangan buang masa dengan golongan seperti pemimpin Pas ni..cara nak satukan org Melayu dan jaga agama ialah dengan melenyapkan dan melumpuhkan parti ini secara total...

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2012 at 2:18 PM

X pyh la nk divert isu.PAS selalu tuduh umno x Islamik, so pas tunjuk la apa KELEBIHAN dn ISLAMIK pas..Setakat bila dhj kantoi terus nk tuding jari pd umno, maka pas=umno..malahan pas lagi jijik sebab ckp tak serupa bikin.Dlm Islam sng ckp ialah MUNAFIK!

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2012 at 2:50 PM

Bro din,

Jgn ckp mcm 2..Nnti kena cop ASSOBIYAH..Nnti diaorg ckp dlm al-quran xder sepatah pon perkataan Melayu.Rasulullah pon x main bangsa2 suma ni..Kalau kita tnya pendirian diaorg dulu yg mana HARAM MEILIH BUKAN ISLAM sebagai pemimpin,jwn diaorg mcm ni plak:

LEBIH BAIK AMIK KAFIR JADI PEMIMPIN DARI UMNO YG MELAYU/ISLAM jd pemimpin hehehe..

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2012 at 2:55 PM

ATAUPUN - Lebih baik ambil pemimpin kafir yang sanggup mati menentang Islam dari Umno yang Melayu Islam jadi pemimpin ! :))

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2012 at 5:59 PM

bro din - itulah maksud nik aziz apabila dia berkata lebih baik bersahabat dengan iblis demi mengalahkan umno ... sebab itulah dia sanggup jumpa lim kuang yewwww dan kapal sin untuk menjalin persahabatan dan mengugurkan perjuangan menegakan negara islam dari bersahabat dengan umno ... harap harap orang pas faham bahasa tersirat niz aziz ini ...

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2012 at 6:55 PM

dah memang gitu ajaran tok guru nik ajis. lebih rela berkawan dengan syaitan untuk mencapai cita-cita daripada berdoa kepada Allah swt bagi mencapai maksud. kalu dengan Allah swt, Allah maha besar yang selalu ditakbirkan mereka boleh buat main-main, berkawan dengan syaitan untuk mencapai impian, setakat join kafir tu, peringkat bawahan jer. tak ada rugi amende pun pada mereka. asalkan bukan umno, melayu dan Islam.( pas tak mengapa, pasal islam tu equal pas dalam kapla otak lutut mereka)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2012 at 7:01 PM

saya rasa bukan lurus. x cerdik lebih emosi dr fikiran.

melayu hampa.

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2012 at 7:28 PM

Salam, tahniah dan syabas dari saya untuk saudara Din, catatan ini sungguh baik, ikhlas dan tepat. Ini merupakan antara catatan terbaik (bagi saya) yang pernah saya baca dlm blog ini.
Kenyataan ini telah menjentik hati sanubari saya sebagai melayu-islam di tanah bertuah ini.
Mohon saudara jangan lupuskan coretan ini, titipkan ia disatu sudut dlm blog ini untuk tatapan anak cucu umat melayu terutama yang kini begitu bengis dengan UMNO. Moga dihari2 mendatang seandainya Allah takdirkan apa yang sangat mereka kehendaki iaitu kehancuran sebuah parti melayu sejati termahbul (nauzubillah) maka sebelum mereka menafikan kerja tangan mereka yang begitu hina dialam kubur, dapat juga anak cucu mereka melihat kesan tinggalan peringatan ini disamping puluhan pesanan begini yang mungkin akan luput ditelan masa.

....................
Reply To This Comment ...................
May 24, 2012 at 7:50 PM

Terimakasih, memang saya very personal masa menulis ini. Sudah saya letakkan link di Must Read disebelah :)

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2012 at 7:51 PM

fu yooo... handsome lah anjin dia bang.. Pas yek.. pas apa melePAS kot...
"Pas... come on boy... let's me feed u with sardin cap PKR.. "
muah..ha ..ha..

....................
Reply To This Comment ...................
Anonymous
May 24, 2012 at 11:14 PM

Tak de nilai langsung kawan-kawan Melayu dia dalam Pakatan. Tak reti langsung nak jaga hati. Belum menang lagi tu. Dia tahu kalau dia sepak terajang PAS pun diaorang tak kisah, janji UMNO lingkup.

Post a Comment