Min 3:15 - Presiden Perancis baru kalah dalam Pilihanraya. Sarkozy baru kalah dalam Pilihanraya baru-baru ni. ...... Isu ia diPerancis ialah .... antara isu-isu besarnya... ialah ... kerana dikaitkan Sarkozy ini dengan perkara-perkara berkaitan dengan amalan Rasuah dalam pentadbiran kerajaan beliau.
Apatah lagi apabila isu perbicaraan kes pembelian Scorpene yang dibuat oleh kerajaan Malaysia yang cuba untuk mendedahkan bagaimana penglibatan Datuk Najib membuat satu nota untuk meminta pembayaran dari syarikat pengeluar kapal selam itu untuk dibayar sebanyak US1 bil bersamaan dengan RM3billion kepada syarikat kroni Datuk Najib iaitu Perimekar yang dimiliki oleh Razak Baginda.
TIGA BILLION RINGGIT MALAYSIA ! BAGI KAT KITA BERAPA RATUS ? LIMA RATUS RINGGIT ....
ITU BARU NAK JUMPA DATUK NAJIB ! Minta Tiga Billion. Syarikat tu mintak nak jumpa Datuk Najib. Datuk Najib pada waktu itu sebagai Menteri Pertahanan. Syarikat itu minta nak jumpa Datuk Najib ... nak beritahu tentang soalannya berkaitan dengan penjualan jual-beli kapal selam. Najib buat satu nota ...
NAK JUMPA AKU BOLEH .... TAPI BAYAR KEPADA PERIMEKAR ... TIGA BILLION RINGGIT MALAYSIA !
Nak jumpa, bayar RM3bil ! Belum beli lagi ...... Bila dah beli ... siap settle semua perjanjian ... entah berapa ? Ini menyebabkan kapalselam itu menjadi harga dia lebih mahal daripada yang dibeli oleh India, yang dibeli oleh negara-negara lain didunia ini.
Sebab apa? Sebab nak bayar kepada Perimekar, nak bayar kepada Datuk Najib, nak bayar kepada kroni-kroni kepada Perdana Menteri !
Min 6:48 - Beli kapalselam duit siapa ? Duit Negara, duit negara duit rakyat. Kita beli kapalselam harga mahal untuk apa ? Untuk bayar KOMISEN KEPADA DATUK NAJIB DAN KRONI DIA !
Diatas adalah Ceramah Mahfuz di Kuala Berang 8 Mei 2012. Dakwaan diucap depan orang ramai, video di upload dalam Youtube dan pastinya disebarkan dengan meluas !
PERSOALAN SAYA - Apakah Najib @ Umno @ Pihak Berkuasa harus berdiam diri dengan dakwaan sedemikian ?
Benda ni bukan baru cuma ini baru saya jumpa dalam bentuk video dengan jelas. Saya tak kata dakwaan ini benar atau salah atau apapun, tapi saya nak tahu apakah dakwaan sebegini dibenarkan ?
Tak kiralah samada Mahfuz BERTANYA atau MENDAKWA ... tapi kalau cerita begini disebarkan dengan meluas dengan berani secara terbuka dimerata ceruk negara ..... takkan nak dibiarkan begitu saja ? ? ?




+ comments + 17 comments
Jangan dok biar orang mcm ini fitnah. Kalau di Singapura dah lama orang ni muflis. Saya harap kerajaan saman jika cerita ini fitnah. Jangan pandang perkara ini kecil.
Bro, dah ter report spam kat youtube.
Takut kena delete. Download dan copy untuk simpanan.
hahaha.komisen rm 3 billion tolak kos pembelian rm 3.7 billion.harga 2 kapal selam rm 700 juta?lawak betul la naib presiden pas ni.lagi lawak kalau najib buat bodoh macam orang bodoh yang tak tau apa nak buat tanpa diarah atau diajar...
kalo kerajaan BN tak ambik apa2 tindakan ... maka aku anggap apa MAHFOZ cakap AMATLAH BENAR SEBENAR BENAR NYA .
Mahfox ni khabarnya SRP pun beberapa kali tak lulus....Dia tau ke ..nak tulis angka 3 Billion tu?
Isu rasuah kontrek scorpene ni dah banyak kali kita dengar dan baca. Bukan benda baru. Hampir semua pro PR dah tahu cerita. Bila kita minta bukti, jawapan mereka adalah - kalau tak betul maka saman lah !
Orang ramai akan termakan dengan 'keberanian' sipenceramah apatah lagi dengan kehadiran Polis dimajlis2 ceramah. Secara saikologi, ramai akan termakan kata2 penceramah soal isu ini.
Jadi dengan video yang ada ini, adakah kerajaan akan tetap buat tak tahu dan biarkan saja ?
Terusterang, ramai yang dah termakan dakyah mereka ini. Kerajaan kena tegas ! Tuntut mereka ini kemukakan bukti atau saman mereka !
Itupun kalau Umno nak menang PRU13 la....
Dakwaan ni sama taraf dengan hadis palsu. Tak logik dan tak masuk akal. Kalau zaman kerajaan Islam dahulu, dah kena pancung ni.
Mahpus yg baghral ni cakap main tembak suka sedap mulut dia je. Bawak bukti baru org percaya. Setakat cakap je kita pun boleh cakap 'Mahpus rogol pelacur'...mesti dia melenting. Tak payah dilayan cakap2 org bodoh mcm dia. Bukan kerana sokong kerajaan tp dia kena le profesional bawak bukti. Ni sbb nak cong kat org yg dengar ceramah sedap je fitnah keluar dr mulut dia.
salam bro,
biaq pi la nooooo. ah jib gor nak playsafe. bila main sentiasa rasa selamat tak kira la main macam mana pun, masih lagi rasa selamat. rakyat dok cakap pun, depa masih lagi kena pilih. nak yg pi sorga pas ke, atau nak yang cium keris tapi dalam selimut. kalu kat luar kena minta maaf. pilihan lain, main bontot dan derhaka kat mak. yg tak mau melayu, susah la sikit nak pilih. so ada banyak pilihan ke pada rakyat ?
Dakwaan ini hanya berdasarkan nota seorang warga Peranchis. Tak de bukti pun. Dengar cerita Pakatan haram nak tunjuk bukti selepas perlimen dibubarkan. Tapi setakat tunjuk bank stetment, saya pun boleh buat...... Sesiapa ada masalah nak buat pinjaman kenderaan sila jumpa saya.
hahaha...aik? sempat promote bizness nampak?
bro, saya agak samar dalam kes scorpene ni. boleh tak tunjukkan blog mana yang dah buat pendedahan mendalam terhadap kes sebegini?
ada jugak kawan2 fb yang buh senarai2 penyelewengan/salahguna kuasa etc BN. salah satunya, kes kapal selam yang tak boleh menyelam. terus terang aku pelik ngan kawan tu, coz YDP Agong Sultan Mizan dan juga pimpinan PR masuk dlm kapal selam tu. dan menyelam!
ke dia tu main forward jek, tak nak edit dulu....hehe
kalau nak ikut dakwaan pemyelewengan kepada kerajaan memanglah banyak ! Paling menarik TAK ADA SATU PUN dakwaan kebaikan hahahaha ...
Kes scorpene ni pun, dia punya spin dah meleret2 ... saja menambah perisa masa ceramah buat orang gelak. TAPI disebalik cerita2 merepek tu, point utama iaitu 'terdapat elemen rasuah dalam pembelian scorpene oleh Najib' ternyata dipercayai ramai kerana ia diulang2 dengan begitu meluas tanpa dikawal.
Sebab itu saya tulis artikel ni, supaya satu tindakan dapat dibuat bagi membetulkan keadaan. Politik adalah Persepsi.
salam... sdr mmg blogger yg bhebat tlg link kan http://mynameblackpanther.blogspot.com/
bolg sdr telah saya link kan di blog saya..
bodek punya pasal, dengan segera saya dah link kan :)
Ye ke?
mahfuzzzzz.....sape dia,,,mentri...PM...lawyer...DR...cakap tin kosong anak aku pun bolihhhh.....piiiirahhhhhhhhh
Post a Comment